Showing posts with label Brunei Darusalam. Show all posts
Showing posts with label Brunei Darusalam. Show all posts

20 December 2014

Brunei Darussalam - The Capital Residence Suites, Bandar Seri Begawan

Property: The Capital Residence Suites, Bandar Seri Begawan

Other Facilities: Breakfast, Wifi, ample parking space, free transportation, free pick-up from airport or ferry terminal
Attractions Nearby: Bandar Seri Begawan town, Kampung Ayer, Pasar Kianggeh, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Yayasan Sultanah Bolkiah, Royal Regalia Museum, Medan Selera. 

Booked via agoda.com

# From the outside

18 December 2014

Brunei Darussalam - From Serasa Terminal to Labuan FT to Menumbok to Kota Kinabalu

Assalamualaikum.

Sambungan dari sini.

30 April 2014

Pagi ni bangun tanpa rasa mau rushing ka apa. Memang langsung tiada plan untuk bertamu di Kianggeh. Yang aku tau, harini mesti balik KK. Mesti! 

So before pi cafe untuk breakfast, aku remind lagi sekali sama receptionist pasal hotel payment tu. That I will pass the $10 balance to the driver once I've change my money at the ferry terminal. On my way to the cafe, I heard the driver asked the receptionist what's with the $10 thingy. 

While I was having breakfast the driver approached me. And suddenly dia hulur $10 note. 

"What is this for Bang?"

"The balance u have to pay the hotel. Take it. We're Muslims. Today is your day. Who knows esok lusa my day pula. Please accept it, for the sake of Allah." 

Literally I was speechless. I couldn't say anything but thank you! Like, really am thankful! Rasa mau peluk Abang tu. I was deeply touched by his kindness. Stranger I am to him but he didn't hesitate to help me. To quote him, for the sake of Allah. Subhanallah! 

Well $10 might be little amount to certain people, but it means everything especially for someone yang memang sangat perlukan duit at that time *pointing all fingers to Yours Truly*! Aku continue habiskan sarapan dengan senyuman lebar meleret. Pastu sempat interview staff di cafe tu lagi.

Owner hotel adalah Malaysian. And most of the employers are from different countries i.e Indonesia, Phillipines. Memang staff tu puji bos dia melangit tinggi. Accommodation ada, transport ada. Paling staff tu berterima kasih sebab bos tu memang hire diorang yang dari family yang kurang berkemampuan. 

No wonder staffs hotel ni semua humble, down to earth & layan guest dengan baik. Dapat bos yang jaga kebajikan pekerja. Tiadalah macam staff certain hotel(s) tu, tengok guest atas bawah. Siap mencebik. Kalau dapat guest yang dressing kebabom, terus senyuman sampai telinga. Kalau boleh bersambung sampai belakang kepala. Cis! Ok sila abai kisah sombong. 
# Good morning Serasa Ferry Terminal (Muara). We meet again fourth times. Sobs.

17 December 2014

Wonderful Dec - Drama April Brunei IV

Assalamualaikum

Sambungan dari sini.

29 April 2014

Final day in Brunei. According to my plan, katanya! Tapi? Semua memang ke laut. Planning hancur musnah binasa.

Aku & Yuni sampai hotel at around 1245pm. Pastu lepak jap di lobi hotel, siap check out ok! Tepat jam 1pm kami gerak pi airport.
# Bahasa, jiwa bangsa! DST stands for?

5 December 2014

Brunei Darussalam - Yayasan Sultanah Bolkiah / The Royal Regalia Museum / Kampung Ayer

Assalamualaikum.

Sambungan dari sini. 

29 April 2014

Jalan-jalan sekitar Bandar Seri Begawan; killing time while waiting for the visa application to be processed. Aku budget jalan kaki dari bandar pi hotel ada dalam 10 minit so by 1230pm we will get back to the hotel.
#1 Franchise cafe in Jawi
Among the thing to notice in Brunei; as per Aima.

29 November 2014

Wonderful Nov: Drama April Brunei III

Assalamualaikum.

Ok ni memang sudah boleh masuk kategori entry throwback. Berbulan aku tinggalkan update pasal cerita Brunei ni. Bertabah jaklah dengan perangai kau ni Bie.

Ni sambungan dari entri berbulan lepas. 

29 April 2014
Pagi ni aku plan untuk bangun awal dari biasa. Kununnya! Sebab mau berwalkertapaki pi Tamu Kianggeh yang cuma stone away jarak dari hotel. Angan2 aku untuk ronda pasar tu, and mau borong kuih muih Brunei. Bunda sudah pesan awal2.

"Try kuih muih dorang. Sedap tu."

Pastu Aima pun awal2 sudah bentang nama tamu ni.

"Ko mesti singgah Err. Mesti. Siok tu sana tengok orang berjualan."

Malangnya, suddenly pagi tu aku jadi super malas! Berat gila rasa mau suruh badan aku bangkit dari katil. Hati & minda ndak jalan seiring kala ni. Sah salah hotel kan. Kenapa perlu provide katil yang super comfy?! Pfft!

Oleh kerana pagi masih terlalu muda, maka aku sambung tidur. Janji sama Pak Haji jam 9am. Then aku terbangun balik jam 730am. Tengok katil sebelah, Yuni tiada.

"Yuni! Yuni! Yuni mana? Mandi ka?"

"Iya kak!"

Ok cun. Aku sambung tidur, tapi tidur2 ayam. Pastu aku pelik, dekat jam 830am sudah ndak kan belum habis mandi si Yuni ni. So aku pun melolong lagi sekali. Sekalinya...

"Apa kak? Yuni ketiduran di ruang tamu."

"Aik bukan Yuni mandi ka tadi kakak tanya?"

11 June 2014

Wonderful June: Drama April Brunei II

Assalamualaikum.

Minggu ni cafe ndak busy sangat. Students sudah start exam so ada certain time jak diorang datang berbondong2. Aku pun automatik jadi pemalas gaban untuk lepak di gerai2. Mari berkampung dalam ofis, best sebab ada aircond. Diva sangat! Panas gila bah KK sekarang ni. Tapi alhamdulillah sebab petang jak mesti hujan lebat.

Dalam masa curi tulang ni, suddenly teringat entri Brunei aku. Belum habis cerita! Si Jea sudah mentioned pasal entry tertangguh ni semalam. So sebelum bangas a.k.a basi cerita Brunei ni dalam kotak memori *puke* baguslah aku continue.

Ok ni adalah sambungan dari entri lepas....

Kami dinner di Tamu Selera yang cumalah sepelaung dari hotel. On the way tu aku sudah cakap sama pekerja aku untuk ingat jalan supaya senang kami balik nanti. Aku memang plan untuk jalan kaki jak. Boleh hirup udara BSB di waktu malam.

Sampai tempat makan, aku decide untuk menjamu perut di gerai paling ramai orang. Confirm lah ni sedap sebab gerai tu jak meriah. Yang ambil order adalah perempuan Jawa yang senyum non-stop sambil panggil aku; Mbak. Sebab aku lapar, jadi aku ignore. Nanti aku tunjuk muka ganas, takut dia sabotaj & makanan kami sampai lambat pula.

Ok ndak lama tunggu, makanan sampai. Sedap! Harga berbaloi. Habis makan, maka misi untuk berjalan kaki balik hotel.

Before keluar hotel tu aku ada study sikit map dalam pamphlet yang diorang provide dalam bilik. Places of interest near the hotel kunun. I saw the masjid that I'd planned to go. Also Pasar Kianggeh yang famous. Semua dekat2 jak pun kalau tengok di map. Tapi sebab aku bijak bestari macam selalu, tertinggal map tu di bilik so aku pun macam malas lah mau cari jalan. Perut sudah penuh, haruslah keinginan mau jadi ular sawa makin meluap2.

Sekali si Yuni tu jadi extra bijak kuasa dua dari aku. Dia lupa jalan balik. Ah sudah! Aku pula sepanjang jalan dari hotel pi Tamu Selera tu memang busy susun wallet susun duit takut lari budget. So aku memang totally lost pasal jalan balik. Tarik nafas panjang. Ini kali lah kena apply skill of survivor. Walau di Brunei cuma, walau bahasa sama, TAPI kalau sudah ndak tau jalan pulang tu memang sah2 masuk kategori sesat.

Aku pun confident lintas jalan & pusing kanan. Tiba2 si Yuni tarik tangan aku...

"Yuni kira ini jalan yang betul Kak. Memang ini jalan yang kita lalu tadi."

Ok aku ikut jaklah. Confident ah muka dia explain tu. Meaning minah tu sudah ingatlah kan jalan yang betul. So kami jalan straight. Lawan arus. Kanan aku ada bangunan besar macam kubah masjid. Tapi gelap gelita so aku assumed tu maybe bangunan government. Brunei kan negara Islam apa heran kalau bangunan tu serupa masjid. Tapi dalam hati aku macam pelik, on the way dalam teksi tadi macam ndak da ku nampak building ni. Fine, maybe aku fokus tengok jalan sebelah kiri sebab aku duduk sebelah driver. Aku bawa Yuni lintas jalan sebab hotel kami sepatutnya terletak di seberang jalan. Cuma kena masuk junction ke kiri sikit.

10 minit jalan, eh kenapa pula ada pos office ni. Automatik otak aku proses info. Terus teringat map yang aku tengok before keluar pi dinner. Mak aii, jauh juga kami terpesong dari jalan mau balik hotel ni. Tapi aku continue jalan sebab masa tu aku sudah boleh nampak jelas map depan mata.

"Yuni tenang, Kakak tau sudah jalan. Ni memang bukan jalan tapi dekat sudah kita ni."

Tapi si Yuni punyalah kuat grabbed lengan aku. Takut kunun kita ndak jumpa hotel. Takut kena rompak. Macam2 dia cakap. Aku sudahlah rimas kalau orang berpaut di lengan, lagi rimas bila dia start bentang segala benda yang merisaukan otak dia.

"Kita di tepi jalan raya besar. Kereta pun banyak lagi. Apa juga mau takut? Lepas bah tangan, Kakak ndak suka jalan berpaut ni."

Aku seteghes. Terus jalan pi depan. Tenangkan hati.

Tergerak hati untuk pusing kanan, nun jauh di depan aku nampak kubah & tiang berlampu. Terang.

Subhanallah! Dalam aku sedih sebab terpaksa cancel plan untuk pi Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ni...dalam sibuk Pak Haji teksi & staffs hotel cakap jauh gila kalau mau jalan kaki...dalam sibuk cari jalan balik pi hotel; Allah 'halakan' juga kaki aku ke rumah Nya. Berapa kali syukur aku ucap dalam hati. Alhamdulillah.

Sampai depan masjid, aku pun khusyuklah dongak & tengok dome yang bersalut PURE GOLD tu...tiba2 ada 3 lelaki berjubah yang duduk di bench depan masjid tegur kami.

"Kita dari mana? Apa urusan datang Brunei ani?"
Aku explained lebih kurang.
"Ouh hati2 ah jalan malam. Memang selamat di sini tapi kalau ada orang berhenti kereta mau mengasi tumpang, janganlah naik. Kalau sama yang tempatan ndak payah risau."
Aku angguk sambil senyum.
"Kalau teksi ndak apa. Insha Allah semua jujur, sebab semuanya tempatan. Drebar teksi di Brunei ni ndak da yang dari luar."

Choiii sangat! Aku baru disedut baiiiiik punya oleh Pak Haji wahai pakcik sekalian. Warga tempatan lah tu. Jujur sangat! Tapi aku malas berhujah panjang lebar, lepas berbasabasi aku terus tarik Yuni. Tawaf masjid lagi best.

Dataran depan masjid. Ada satu padang besar kena lintas before sampai masjid. 


Yayasan Sultan Bolkiah is just across the street from the mosque. Bangunan tu sebenarnya kompleks mall. Bahagian depan kompleks ni facing the famous Kampung Ayer. 
Sebab sudah malam & kami pun sudah kenyang, jadi aku ndak plan untuk singgah mall tu. Aku tengok si Yuni pun jalan lain macam sudah. Sakit kaki kali.
Bahagian tepi masjid ni ialah tempat wudhu.
Finally, I managed to take picture of this ceremonial barge.
Dome itu bersalut emas tulen. Sungguh.

Habis tawaf...kami jalan balik hotel. Sesat kejap sebab si Yuni suddenly jadi yakin jalan untuk balik hotel. Aku ni malas argue so ikut jak lah walau aku tau jalan tu sebenarnya menyimpang jauh. Kami ikut different street siap limpas depan balai polis & ended up di Tamu Selera tu juga. Minah tu jadi serba salah. Aku pun cakap ndak payah risau sebab sudah tau mana balai polis. Apa2 hal boleh patah balik sana & minta abang polis tunjuk arah. Mampu? Tripping poyo sangat kau Bie.
One of the building along Stoney Street. Kagum tengok bahasa jawi diguna secara berleluasa di sana. Si Aima sudah awal2 kestau aku pasal ni, take note of the Jawi she told me.
Masa sudah di seberang jalan Tamu Selera, I saw the Radisson Hotel. Actually on the way dari ferry terminal tu, aku sudah awal2 marked few landmarks heading to our hotel. Radisson Hotel is one of them. Junction depan Radisson will lead us to our hotel. Selamat si Err masih mampu mengingat di malam hari.
Jumpa sungai si John a.k.a Kaki Berangan. Motif sangat.
DJ! Ni lah hotel aku duduk sepanjang kat Brunei. Review nanti aku buat entry khas ye.
Upon entering the hotel...
"Miss, regarding the taxi fare just now. I am sorry to inform that the management cannot compensate ur loss with cash but instead my manager offers to upgrade ur room."

Sebenarnya aku sudah lupa pasal taxi fare dari terminal ferry tu. Sebab sudah terlayan perasaan dapat tengok masjid yang aku mau sangat jejak. In fact, aku memang sudah jangka pun ndak kan gila hotel tu mau refund duit aku. So aku pun iya kan jaklah. 

"U are upgraded to the junior suite. This is your room's card."

Wei biar betik! Dari standard room tu; bilik paling kecil & murah. Aku ni ingat bila dia cakap upgrade, memang terfikir deluxe jak. Junior suite kau. Yang kedua termahal after the executive suite. Rezeki jangan ditolak. Walau cuma untuk semalam. 
Sneak peek of the Junior Suite. A one-bedroom suite complete with living area, dining area & kitchen. Spacious gila walhal yang duduk hanya dua orang. Pula tu cumalah untuk 1 malam. As I said, rezeki!
Masuk bilik dengan perasaan berbunga. Wanginya 'rumah'. Tapi ndak lama perasaan bunga2 tu, sebab babak drama terakhir terjadi. Aku ingatkan sudah dapat upgrade bilik, selesai drama swasta. Rupanya ada penutup juga untuk malam tu.

Alkisah, aku terlupa ambil kad yang ada password wifi dari receptionist tu. Tapi aku super malas untuk turun sebab aku sudah tukar baju. Satu kerja untuk pakai tudung balik. TAPI aku perlu online untuk update Bunda. Yuni offered untuk turun since minah tu masih lengkap bertudung. 

Aku pun belek2 gambar while waiting for her to come back. Mula mau mandi tapi takut nanti kalau dia tekan bell aku ndak dengar. After 20 minutes, aku baru perasan eh macam lama jak minah ni. Then I waited for another 10 minutes. Still no sign of her. Aku buka pintu, kot dia ndak tau tekan bell kan. Nan hado. Mula la aku fikir minah tu kena culik. I went down to the receptionist & terjumpa driver handsome (?!?) yang hantar kami earlier that evening. And he said it's been a while since Yuni went up. Gila! Mana pula minah ni.

Then aku teringat, masa masuk lift tadi I saw the lift stopped at Level 2. Our room is at Level 1; nombor 105. Boleh faham kan di mana hilangnya Yuni? Yes, dia naik pi Level 2. Depan bilik 205 tu dia mengetuk & tekan bell macam orang gila. Sambil panggil nama aku. Matilah kejadian! Lucky enough bilik tu kosong. Kalau berpenghuni or berhantu? Aku yang mula tu sudah rasa darah naik pi kepala, ndak jadi marah. Kenapa perlu copy bingai kakak wahai Yuni?! Cukup lah kakak sorang jak cipta drama sebabak di Brunei. Kau jadi penonton jak sudahlah.

Dapat jak online, berduyun whatsapp messages masuk. Mostly from Bunda. Punya risau beliau tu sama kejadian aku di bumi Brunei. Selama aku travel, ndak pernah dapat message super banyak & berjela gitu dari dia ah. Seminggu aku di Korea...cumalah sekali dua dia hantar message in a day. Terharu ok, Bunda risau anakonda sesat di Brunei. Although according to her we speak the same language. Sob.

Since ada tv, aku pun layan Kdrama before sailing to dreamland that night. Kdrama juga yang aku bantai, ndak kira tempat! Tidur lewat juga malam tu sebab selain melayan drama, aku bercurhat sama si Aima pasal segala drama yang jadi ever since aku jejak Brunei. Dia pun antara orang yang risau kejadian aku di sana.

Lawak gila bila ingat. Kenapa masa aku jalan tempat lain ndak da yang risau begitu sekali. Smirk.

eryantierdabdulkarim

11 May 2014

Wonderful May: Drama April Brunei

Assalamualaikum.

Patut harini (10 May 2014) cuma badan di cafe, tapi jiwa sudah terbang nun jauh di kaki Gunung Kinabalu. Ceh ayat! Alkisah, aku plan kerja cuma half day, tunjuk muka sama pekerja terchenta...pastu tenghari nanti terus zoom pi Ranau. Sekalinya Angah's flight from Kolumpor delayed. She was supposed to arrived around 10-ish. Then flight delayed to 11am. Pastu ndak lama dia message balik, delayed lagi to 1230pm. Bertabahlah ah since pagi di KLIA. 

Aku suruh dia pi KLIA2. Baca twit orang sana banyak kedai best so aku suggest tengok airport & cuci mata. Free jak aku kena marah.

"Buat apa mau shopping lagi. Angah ni mau cepat sampai KK. Bertuah betul MAS ni."
"Eh, I thought u said MAS much more than AA. No delay2."

Kikikikik saja simbah minyak di api kan! Tulah mana airlines pun sama. Semua akan ada pros & cons. Jangan salahkan airlines, senang cerita salahkan attitude orang yang bekerja tu. 

So memandangkan lama lagi aku stay di cafe ni, baguslah aku mengarang. Sebelum mood Rajin lesap di telan kabus pagi. 

Ini sambungan dari kisah Drama April Chapter I (here). 

***************************************************
Ok aku nampak Pak Haji dua orang lepak dekat taxi stand. So aku pun approached. Niat di hati adalah untuk pinjam phone...mau call hotel tanya where the concierge is. Manatau diorang lupa kan.

"Assalamualaikum. Pak Haji, hotel kami tinggal janji mau datang ambil. Mau call diorang tapi public phone ndak boleh diguna. Jadi ingat kalau boleh pinjam handphone Pak Haji. Phone kami ndak da line sini."

"Waalaikumusalam. Aik, hotel janji mau ambil? Nah pukul berapa sudah ni. Memang ndak datang lah tu. Kau tengok malam sudah ni. Naik jak teksi. Nanti kalau lambat kau naik, tambang jadi double lepas jam 6pm."

"Ya betul tu. Ndak guna sudah tu mau ditalipon hotel. Memang ndak lah tu mengambil. Sudah kah kamu bayar?"

"Sudah bayar hotel tapi diorang mengambil tu free. Ada juga diorang email, janji mengambil." 

"Nah, lagi kalau free. Kalau betul diorang mau ambil, datang sudah di sini. Ada sudah diorang. Ni kau tengok, manakan ada."

Terus aku rasa macam, aik kenapa aku macam dimanipulate ni. Apa game Pak Haji berdua mainkan ni? Bukan tadi aku mau pinjam phone jak ka. Dalam aku berfikir cara mau sampai hotel...

"Apakan urusan datang sini? Pertama kali ka?"
"Au, baru ni pertama kali. Ani, mau mengurus cop pasport pekerja. Visa untuk dapat permit kerja. Esoklah baru boleh ke Embassy."

Ntah bila ah aku ni pandai ber-au, ber-ani. Tu jaklah Melayu Brunei yang aku tau. Thanks to Mr Bestie yang menjawab aku dalam slang Brunei sometimes. 

"Nah ngam lah atu. Kau naik teksi pakcik sampai ke hotel. BND 40. Esok pakcik ambil kamu di hotel, bawa pi Embassy. Nanti pakcik tolong kamu urus semua. Isi borang. Ramai tu nanti di sana; berebut. Jadi, pakcik tolong sekali masuk suruh pegawai mengasi siap cepat. Kalau ndak da dikenal orang dalam tu, lambat nanti diurus. Kami ni biasa sudah menolong orang pi sana."

Aku diam. Prior coming to this country, aku ada baca blog satu mamat Omputih ni. He wrote that taxi driver di terminal tu memang ramai menipu. Tapi no choice sebab bas memang saaaaaaaaaangat jarang or kadang tu memang ndak da langsung. 

So, aku berfikir lagi. Sampai kering otak aku sebab terlampau berfikir. Adoiyai! Part beginilah aku malas; cepat rimas. Sudahlah panas, lapar. Kenapakah begini keadaan public transportation di sini?! 

Makin gelap sudah ni. I don't even know which part of Brunei I was. I decided to wait a bit more. Dalam 10 minit gitu. 

"Naik lah nak. Jammed tu kawasan bandar. Mana hotel kau tinggal tu."

"Belakang Pusat Belia." Seriously masa tu aku malas mau mentioned nama hotel. 

"Nah sana lagi tu jammed budak balik sekolah. Dekat atu sama Chung Hwa. Bah naik lah kau. Kelambatan kita nanti."

Eh tiba2 aku sudah dalam perut teksi. Then Pak Haji kestau kawasan tu memang jarang ada teksi. In fact, public transports di sana memang kureng.

"Sini kereta murah. Semua pun berkarita. Ndak da yang naik bas atau teksi."

Sah! Next time mau turun Brunei, sila kan drive jak dari KK. Ndak pun rent-a-car. Masak ok kalau naik teksi memanjang. Murah ndak apa. On the way tu aku sibuk snap signboards, jalan raya, sunset. And ntah apa lagi. 

Sambil aku paksa otak bekerja extra keras. Esok macam mana ni urusan. Betul ka susah macam Pak Haji cakap. Matilah! Macam mana tranport dari hotel p Embassy. Semualah all in aku suruh otak ni cari solution. 

Ndak apa, tomorrow punya cerita u can continue at the hotel. Most important now is to arrive at the hotel; safely. Gitu otak aku bagi arahan. Aku pun ligat juga atur ayat untuk membambu orang di hotel once sampai. 

"Di mana janji setia kamu to pick us up? Di manaaaaaaaaaaa?? Sampai aku terpaksa naik teksi. Tambang lagi bukan alang2 mahal. Kalau convert; RM 104.00 ok! Kalah lagi ambil teksi from KLIA to KL." gitu aku menggetus dalam hati.

"Bah urusan esok beginilah. Pakcik ndak minta banyak. Tolong kamu urus semua, isi borang...hantar pi Embassy, ambil kamu dari sana, terus ke terminal. Kita sesama Islam ni, tolong menolong la. Pakcik minta BND 120 jak."

Apa Pak Haji? BND 120 jak?? JAK?!?? Automatically mata aku jadi bulat macam bola! Mata hati? Gelap gelita. Tolong urus, tolong hantar, tolong ambil. Gila ka apa sampai macam tu dia charge! Ndak boleh jadi. Aku kena minta discount. Duit aku bawa bukan banyak. Lagipun BND 120 is too much lah. 

One hour later, we arrived at the hotel. Ok boleh terima tambang mahal sebab it was quite a distant jugalah. I was about to opened my mouth to start negotiating, sekali Pak Haji bersuara.

"Ndak apalah. Kita sesama Islam, tolong. Kau kasi BND 80 jaklah. Kasi habis semua urusan."

Pak Haji kasi kurang sampai BND 40?! Tapi!! Jap, jap. Kenapa perlu ulang2 statement "Kita sesama Islam...". Kau sudah terang2 mau menyedut aku, boleh ah dilontar ayat tu sampai 2x. 

"Bah ginilah Pak Haji, esok datang jak ambil kami sini. Ndak kami menipu, sesama Islam kan kita."


Aku emphasize ayat SESAMA ISLAM yang dia ulang2 tu. Then masa bayar tu, aku hulur not BND 100. He refused to give back the balance. Kunun as assurance a.k.a deposit for tomorrow. Fine, benda gini kalau jadi aku memang boleh jadi hilang sabar. Sikit mau cecah boiling point ah. So I told him, that's the only money I have. Dinner nanti mau bayar pakai apa if I paid him in advance. 


"Ok Pakcik percaya jak kamu ni. Sesama Islam, jangan menipu ah. Awal ni pakcik sampai esok."


"Ya Pak Haji. Biar kami breakfast dulu sebelum jalan ah."


I went out from the taxi holding firmly balance tambang tadi. BND 60 tu! Gila Pak Haji ni minta deposit bagai. Resit untuk tambang BND 40 tu pun dia ndak bagi. Aku mau claim sama hotel ni. 


"Esok pagi Pakcik kasi." pffftttttt!


Now, tiba masa untuk bambu staff hotel. Melayang sudah duit bayar teksi. Lari budget ok, lari ke laut!


"Hello. Welcome Miss." 


"Assalamualaikum. Ya, hello. Bla bla bla bla bla and I have to pay for the taxi fare some more." Gitu aku demand jawapan. Non stop! Ndak da noktah. Tapi tone sekata, ndak mau nampak bangang sangat berteriak macam langsuir hilang gigi. Explanation pihak sana kena dengar sebelum completely tukar jadi naga. Sila jangan tunjuk busuk diri di tempat orang Bie! 


Then, she asked me to wait while she calls the driver. 


Lady front desk ni bukan local. She doesn't speak Malay. At all! Maka terpaksalah aku goreng! Sudahlah bahasa ke longkang, ohmyenglish gila!


"The driver left the hotel at 5pm. There was a traffic jammed on the way to the terminal. So he arrived a little bit late. Erm, he was late for an hour from the time promised actually. He said there was only 1 man; a taxi driver at the terminal when he arrived. But the taxi driver said he saw no one waiting for hotel pick up after the last ferry arrival. We truly apologized for this matter. As for the taxi fare that u've paid, I will get to my manager. For the time being, u can check in to ur room first."


Immediately hati aku jadi sejuk. Sebab? That lady jawab dengan bersantun sekali. Siap senyum. Oh jiwa ku lentur. Pastu aku pula jadi guilty sama driver tu. Eh, kenapa ndak tunggu lama sikit Bie? Kan sudah melayang duit membayar teksi. 


TAPI? Kenapa Pak Haji lagi sorang tu kestau dia ndak nampak anyone yang tunggu di terminal? Habis, yang dia kelentong ketuk habis2an tadi tu siapa? Pocong? Penanggal? Ugh! Masa ni bermula lah aku jadi penyoal tegar.

"Bukan negara ni paling ketat praktis Islamic laws ka? Kan baru ni Sultan diorang sudah umum akan laksana hukum hudud. Jadi kenapa wujud penipu ni? Ndak takut kah kena hukuman. Ndak malu?"


Ndak habis2 aku bersoal jawab. Masa mandi pun masih bertanya yet still no answer. Sudah refreshed, otak tiba2 jadi bijak bestari. 


"Bie, penipu exist anywhere in this planet. Blame not the country. Yang mahu implement that law is the Sultan; Head of the Country. Rakyat may be accepting what the Sultan said, but tu belum jamin tiada yang akan memesongkan diri. Please just question or condemn the act, the attitude. Tapi jangan hukum negara tu. The country absolutely has no fault."


Gitu bermuhasabah diri. Lepas mandi, duduk dengan tenang...barulah lurus fikiran aku. No more rimas, no more anger. Tapi, lapar! Apa pun mau jadi, yang penting kena makan. Ndak boleh berfikir tenang kalau perut sibuk berdangdut. So, lepas bersiap kami turun.


Punyalah baik staffs hotel tu. Aku cuma tanya the nearest tempat makan. Cadangnya aku mau superwalkertapaki jak. Boleh sambil2 cuci mata & ambil angin malam. Kan menyelam sambil minum air kenalah berjalan baru boleh nampak macamana Bandar Seri Begawan ni.


"Ndak apa Miss. Kami hantar jak dulu, Miss tengok macam mana jauh ka ndak. Kalau rasa mau balik sendiri, ok. Kalau rasa mau kita ambil nanti, inform jak sama driver agak jam berapa minta dijemput ya."


Aku kestau juga mau tengok keliling bandar, and other attractions dekat hotel. Masa booking hotel, haruslah aku buat homework juga. Like I always do. Apa benda boleh ditengok, apa boleh dibuat. And aku memang plan mau jejak kaki to either one of the two famous mosques in Brunei. Dalam map, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang paling dekat. 


According to Pak Haji *sneeze* 

"Aduh jauh gila ni hotel kamu pilih dari tempat mau dilawat di Brunei. Mau kena naik teksi juga."

So before jalan pi dinner tu, I asked one of the hotel staff.


"Jauh juga tu Miss mau jalan kaki. Mau kasi tunjuk jalan macam susah dicakap. Ndak pun, minta tolong jak lah driver hantar."


Oh that is a BIG NO NO for an answer. Unacceptable! Tercabar si Err. Knuns! Try me! Aku pernah jalan kaki lebih dari satu jam. Ceh riak tapi tu cumalah suara dalam hati jak. 


"Ndak apa. Hantar jak kami pi Tamu Selera tu. Mau isi perut dulu barulah dapat berfikir."


And kami pun naik van hotel. Driver hantar sampai depan Tamu Selera. Dari hotel cumalah less than 10 minutes drive! Malu gila sama driver. Sudahlah driver super handsome hoiiii! Motif??! Kaitan?!?


Dinner adalah yummy...pastu tiba masa untuk ukur jalan Bandar Seri Begawan (BSB a.k.a Backstreet Boys?!). 


How did we spent our first night in BSB? That I will continue in my next entry. Terlampau panjang sudah drama chapter II ni. Wassalam.


eryantierdabdulkarim

9 May 2014

Wonderful May: Drama April Labuan FT to Brunei

Assalamualaikum.

Ok, ini adalah cerita basi. Rehat kejap update about my trip to Japan. Aku corner cerita pasal tempat lain.  

Last 2 weeks (28 Apr 2014), I had an impromptu trip to Brunei. But too bad I wasn't there for leisure. Was assigned to accompany one of our Indonesian worker to get her passport stamped for work & visa permit purposes at the Malaysia Embassy.

Nevertheless, I was excited! What's more when Bunda told me we have to cross border via ferry from Labuan FT. I've neither been to Labuan FT nor Brunei despite them being close to Kota Kinabalu! My maiden trip it was. And my only worries at that time was the ferry ride. Sob. I had quite an unforgettable ride during my trip to Hong Kong from Macau last year. Hint: Cyclone Level 3. 

A day before the Brunei trip. 

"Anakonda, check the airlines. Earliest flight to Brunei, and the last flight to KK from there."
"No direct flight to Brunei with Airasia nor MAS. Only RBA. But, the fare cost a bomb!"
"Then no choice. Take MAS to Labuan & ride the ferry to Brunei lah."
"Erm...ferry? Can I not go?"

"If not u, then who? Me? What am I supposed to urus there when u're the one who urus all those things regarding immigrations blah blah blah here. U're the kerani not me."

Bunda was about to turned herself from 'semboyan' to radio rosak, hence I quickly 'close the conversation' with;



"Ok, I'll go. But I wanted to spend a night in Brunei. Alang2 sampai, at least let me discover part of the country. I wanted to see Brunei lama sudah."
"Bah, BUT if can finish the urusan in a day...better balik hari."

Eh? I thought we've closed the deal with me spending a night in Brunei?! Kejam tau. Sudah lah forced me to take the ferry. Where got the urusan can finish in a day? Itu kata orang yang memang determined mau stay even for a day there. Uhuk.


And so fate had it. Alhamdulillah doa mau spend a night termakbul!


"The only available flight to Labuan is at 1430. Then I have to take the last ferry at 1600; arriving 1730. Where got office still buka at that time. STILL kena tidur semalam. The next day baru urus the stamping semua. We balik KK in the evening lah."


Still trying to convinced her.


"Hmm, ok. U got ur wish. But make sure urusan semua settle."

"Ok bos! Erm, how to go to ferry terminal from the airport in Labuan?"
"What? All this while how u know about Korea & places u go? Why bila mau jalan di Malaysia, u ask me? Google lah bah. U won't get lost there. We speak the same language, that I know." 

Check-mate! Bunda smashed me hard! Literally felt like she just banged me onto the wall. 


Fyi, she said that followed by a smirk on her face! Mensampah dengar jawapan itu! Of all countries why must emphasized Korea? Pffttttt. 


Fast forward to the day we departed for Labuan FT. Everything went smooth. I didn't left anything at home. Kisah jaket tertinggal prior my trip to Japan adalah kenangan bingai up to this moment! Cukuplah kisah bingai tu. 


Passport checked. Baju bajan cukup. Duit pun sudah awal2 convert. Aku cuma bawa BND 200! Ndak lebih, ndak kurang. Cukuplah budget for 2 days di sana, kunun. I've also emailed the hotel in Brunei; requesting for a pick up at Serasa Ferry Terminal (Brunei). Aku email jam 0100 & I didn't expect to received a reply from them 10 minutes later. Not an auto-reply ok. Office buka 24-7 kah diorang ni? 


Lega sikit bila pihak hotel informed they provide terminal transfer for free. I told them I will be arriving around 1700-ish. And they replied


"Our concierge will be at the terminal an hour early."


Double lega. 


So on the 28th we departed to Labuan FT from Kota Kinabalu via MAS Wings. Kecil gila kapal tu. Sumpah! Itu adalah first time aku juga. Nasiblah the journey only took 30 minutes. Ntah kenapa lah temberang gila! Suddenly rasa macam sesak nafas dalam tu. Sempit? Statement berlagak ndak hengat! Lucky cuaca adalah secerah2 alam. Ndak da angin kuat ka apa. The plane is so small (pada pandangan aku) I can't helped but to imagine how would it be IF suddenly ada angin kuat. Adakah akan jadi roller coaster ride? 

Clockwise:
1. Cantik Mas Wings.
2. Sempitkan? Poyo jangan layan.
3. But I was impressed. Safety briefing via screen. Airasia please take note. Gitu. Paling epik
"Kami tau anda saaaaangat sayangkan telefon bimbit anda. Tapi sila padamkan telefon sepanjang perjalanan".
4. Labuan FT, I finally sampai! Syahdu!
Alhamdulillah we landed at Labuan Airport in one piece. And dapat air milo kotak & peanuts during the flight. 

Turun jak dari kapal, eh aku sudah jejak Labuan! Finally. Kesian perangai kau Bie. Masa ni memang trip tourist habis. 


As taught by a friend who go to Labuan almost every week; I went straight to the taxi counter upon exiting the arrival hall. Airport adalah kecil sila jangan buat sesat dalam tu. Taxi fare to ferry terminal is RM 15.00 (coupon). Journey pun cuma 15 minutes. Why no superwalkertapaki like I always do when I travel? Panas ok! Aku datang sebab kerja. Apadahal RM 15.00. Lagipun we have to be at the terminal early. Tunggu taxi di airport pun sudah 20 minit. And we haven't buy the ferry ticket to Brunei yet. Alasan! I wasn't quite worry about that since it was Monday actually. And petang. Siapa jak yang travel on weekdays? Bukan musim cuti sekolah some more. Confident level harus tinggi bab ni.


And I was right. Sampai terminal, lengang. Pastu aku macam bingai ndak pandai tengok signboard for ticket counter. Boleh? Pastu tanya orang. Macam hampagas. Slang Sabah tapi ndak tau mana kaunter tiket? Don't u know how to read signage meh? 


Erm, panas ok. Aku cepat paniks kalau panas2 ni. Settled beli tiket. RM 35.00/pax for Economy Class. Then aku proceed masuk departure hall. It was already 1545 & ferry will depart at 1600. Siap scanned bag. I showed our tickets to the officer...and she went *muka garang gila*


"Sri Anna kan? Ini belum boleh masuk. Kena tunggu di luar dulu. Dengar announcement. Tadi XXX yang kena panggil masuk."


What the fish? How am I supposed to know? Muka bengis gila ada jak niat aku mau kasi orang makan kasut! Ingatkan macam di airport. Boleh masuk boarding hall kalau dekat masa untuk berlepas. On the ticket it clearly said "Please be at the boarding point 20 minutes before departure". Haritu di Hong Kong, harus masuk 30 minutes prior boarding! Fine, ni di Labuan. HK lain. That day, passengers to Brunei hanyalah less than 10. Perhaps they only apply the rule during peak season; I told myself. Senangkan hati sendiri.


Aku malas argue. Nanti jadi kalut. 


So aku duduk di luar, facing the departure hall. Tengok skrin untuk tengok announcement. AND 2 minutes later...!!


"Untuk penumpang Sri Anna, sila masuk ke balai berlepas. Feri akan berlepas sebentar lagi."


Bontot aku belum panas duduk oii. Scanned bag lagi sekali, cek tiket, limpas immigration checking, and off we boarded the ferry. Masuk jak, sah! My expectation was way too high! Thanks to Turbojet lah kan. Seriously! Automatically aku down gila masa tu. Life jacket under the seat, packed in a plastic bag?? Ngeri! Terus ingat the recent Sewol Ferry tragedy. Semua terkaitkan.


Sedu sedan duduk dalam ferry. Departed 10 minutes late. 1.5 hours journey. Terima hakikat. Ndak kisahlah feri ndak macam Turbojet ka apa. Janji! Jangan ada turbulence. The moment ferry bergerak, I put on my earphones pastu layan 'Kkaeb song'. In between tu sempat ber-WA. While data line masih ada. Suddenly...


"Ok juga kamu? How's the ferry? Ambil bah gambar, I wanna see how it looks like."

"It ain't Turbojet-alike! Bikin takut!"
"Perasaan mu saja tu. Faster, pictures. Snap the seat juga."
"Apakah? Nah, the seat. The interior."
"Ish, ok pun ni. Luas. Enjoyed ur journey. Take care."
"It is far from ok!!!"
"Bye, stop drama queen-ing. Take care"

It was Bunda! Frust tau keluhan ndak dilayan. I fell asleep not long after that. Dalam ndak suka, dalam komplen itu ini seat ndak best yadda yadda...lena aku tidur. Hampagas! I woke up few minutes before we arrived Serasa Ferry Terminal, Muara in Brunei. Tengok phone...line nan hado! Sedih.


Semua went smoothly dari keluar feri, to immigration, to custom checking. Sekali keluar arrival gate, lengang. Only few people ada sana; yang satu feri sama kami. Ndak lama, diorang pun hilang. So did the officers there. Terminal sudah tutup. Public phone accept only card & kaunter jual kad pun sudah tutup. No one there except 2 taxi drivers. Pakcik pakai kopiah. 


And driver hotel yang patut datang pick up kami...ndak kelihatan!! There was no one holding board with our names (as told by the hotel manager) when we exited. We waited for like 20 minutes. Masa tu sudah jam 6pm! And it was getting dark. Senja sudah mula melabuh tirai. Takut ok. Takut! Walau bahasa sama; tapi kalau tempat sunyi & deserted & gelap...??


So we approached one of the taxi drivers; whom aku memandai panggil Pak Haji sebab dia pakai kopiah. And masa tu bermulalah kisah aku jadi penyoal tegar 'kenapa wujud orang begini di negara yang sangat praktis hukum Islam'. 


Kenapa kunun aku jadi penyoal tegar? Itu nanti aku continue next entry. Sekarang sudah lapar...perlu makan.


Till then, have a blessed Friday everyone!


eryantierdabdulkarim