Showing posts with label Karangan. Show all posts
Showing posts with label Karangan. Show all posts

26 November 2014

Wonderful Nov - Pengukur Gembira


Sejauh mana
Seceruk mana
Sehebat mana
Secantik mana 
suatu destinasi itu

Jika akal memilih untuk terus tunduk akur kepada sebalnya hati
pasti perjalanan itu akan menjadi suatu beban.

Yang barangkali akan bertukar luka
dan akhirnya busuk bernanah.

Tinggalkan kudis yang mungkin tidak mahu sembuh.
Sampai bila.

Rasa gembira itu subjektif.
Walau di titik mana keberadaan.
Bukan destinasi menjadi pengukur. 
Tetapi perjalanan itu.

Kadang-kadang destinasi itu terlalu biasa.
Acapkali didatangi ramai orang.

Kadang-kadang destinasi itu terlalu istimewa.
Mampu tinggal kesan dalam jiwa.

Tapi yang buat perjalanan itu indah.
Adalah diri kita.

Jangan pernah biar yang lain ganggu ketenangan.

Tepuk dada, langsung bertanya.
Apa mahunya hati.

Kalau rasa berteman itu hanya menambah beban
Kenapa tidak berpergian sendiri?

eryantierdabdulkarim

29 November 2011

Ketiadaan Kelogikan

Adakah perlu kalau aku...
Erm...rasanya ndak kot.

Adakah sesuai kalau aku...
Erm...rasanya ok kot.

Adakah logik kalau aku...
Erm...rasanya sangat hodoh kot.

Adakah itu akan jadi...
Erm...rasanya itu lebih baik kot.

Jiwa betul kacau
Sebab kau relakan Bie!

eryantierdabdulkarim

14 July 2011

Tidak Perlu


Pelik sungguh yang bernama aku.
Sudah tahu kenyataan itu.
Di hadapan neraca itu, buku di tangan kanan tidak wujud.
Semua telah habis dibayar di sini.

Lantas, apa jadah perlu kaget.
Apa jadah perlu risau.
Baru dicuit sedikit,
kau sudah terjungkit?

Come on...chillax.

Ndak payah terpekik terlolong minta didengar.
Ndak perlu gelabah tiada pasal.
Itu kerja orang yang mahu benang basah berdiri tegak.

Sudah kau maklum wahai cik Err.
Hanya 3 yang akan menolong kau.
Jadi apa perlu kau tagih perhatian dari yang tidak layak?

eryantierdabdulkarim

11 July 2011

Subhanallah

Seseorang menyoal aku.
Mengapa itu, mengapa ini.
Semua soalan berkisar dunia.

Subhanallah.
Aku tersentak.
Sungguh aku kejam.

Apa benar dunia telah buat aku alpa.
Betulkah begitu?

Atau aku yang lalai dengan dunia.
Ya!
Itu lagi tepat.
Itu yang benar.

Asyik dengan urusan yang ntah bila mahu selesai.
Dunia itu, dunia ini.
Akhirat yang pasti dipandang sambil lewa.

Hakikat. Aku sudah bertunang.
Sejak aku lahir ke dunia.
Dengan yang bernama Kematian.

Ijab & kabul bukan hak aku tentukan.
Namun yang aku pasti.

Malaikat Izrail itulah Tok Kadi.
Liang lahad itulah pelamin aku.
Ulat & kala jengking itulah tetamu kehormat aku.

Subhanallah.
Aku tersentak lagi.
Laju menghitung amalan.
Cukupkah jadi bekalan.
Atau semua sudah lesap.
Dijadikan kifarah.
Menghapus dosa-dosa yang menggunung.

Ya Allah.
Tidak kan mampu amalan aku
memadam bersih dosa-dosa ku.

Aku tersembam. Muka menyembah bumi.
Hanya Kau tempatku berharap Ya Rabb.
Kuatkan imanku.
Teguhkan imanku.

eryantierdabdulkarim

Kamsahapnida

Tadi...aku berjalan beriringan dengan dia.
Ditemani alunan irama senada.

Tadi...aku luah yang terbuku di hati.
Syukur dia mengerti ombak gelora yang melanda jiwa.

Tadi...aku ragu adakah mampu dia mendengar.
Terbukti sangkaan ku meleset bila dia tunjuk bukti dia pendengar setia.

Tadi...aku berusaha bina tembok percaya lebih tinggi.
Dan aku iringi doa moga Dia redha dengan semua ini.

eryantierdabdulkarim
07072011

1 July 2011

Alhamdulillah


Aku terima semua perubahan dengan redha. Bukan pasrah.

Aku terima semua umpat keji itu dengan redha. Sebaik2 Pendengar hanya Dia.

Tempat aku mengadu. Berkeluh kesah. Menangis.

Tempat aku mengucap syukur bila hidup disiram rahmatNya. Juga bila hidup ditimpa musibah.

Aku terima keadaan yang sengaja diadakan untuk buat aku gundah gulana.

Aku tidak hilang apa2 kerana Dia ada. Selalu ada walau seringkali perintah Dia aku abaikan.

Benar aku sedih. Benar aku kecewa. Benar hatiku patah. Benar jiwaku remuk.

Namun aku tahu ujian ini punya keputusan lebih baik. Warna warni.

Perbuatlah apa sahaja kalau itu bisa buat hatimu puas. Lega.

Perbuatlah apa sahaja kalau itu bisa buat kau berdiri megah. Berasa menang.

Aku sudah muak. Imun.

Katalah apa sahaja. Katalah aku hanya bermain kata menyembunyi rasa di hati.

Biarlah. Yang utama Dia tahu tanpa perlu aku hurai panjang lebar.

Ya, Dia sentiasa tahu. Tiap detik & saat.

eryantierdabdulkarim
110701