Showing posts with label Cambodia - Siem Reap. Show all posts
Showing posts with label Cambodia - Siem Reap. Show all posts

10 May 2015

Cambodia - Thoba Yana Restaurant / Hard Rock, Angkor / Night Bus to Phnom Penh

Assalamualaikum. Chomreabsuor.

Previous entry (here).

Bangun petang tu dengan rasa paling segar. Alhamdulillah, ting tong no more. Tapi perut sudah start berdangdut. So first thing first; kita soru dulu! Kami keluar dari hostel, tuk-tuk sudah sedia menanti di luar. Ni malam last kami di Siem Reap. Lepas dinner, kami minta supir hantar pi Hard Rock Cafe. Then di sana aku akan jumpa si Zack untuk buat payment. Supir ganti suggest kami makan 'mewah' sikit since itu last night kami di sana.

29 Jan 2015
Thoba Yana Restaurant, Siem Reap
# The entrance
# Boleh pilih untuk makan di luar. 
# Obviously kami pilih untuk makan di dalam. Aircond bebeh!
Actually, restaurant ni sekali dengan rumah owner ni. Depan tempat kami makan tu actually is the living room. Masa kami masuk, the family tengah santai layan tv. Bahagian depan kedai ada ruang jual souvenir, sekali dengan display baju-baju pengantin. Maybe diorang buat bridal business juga.
# Anti-social! Pantang jumpa wifi.
How mewah our dinner was u asked? Harga adalah lebih kurang with the other two restaurants in Siem Reap we've been to. The taste? Let's just say; Ms C cuma mampu makan dua-tiga suap her mee hoon soup. Same goes to the nasi + 2 Khmer dishes that Ms H & I ordered. Ms G finished her sandwich whilst Ms P finished only half of her porridge. Hence I shall say experience makan 'mewah' adalah ke laut. 

Jumpa Zack depan Hard Rock. Lepas buat payment, borak lebih kurang & we parted ways. Zack apologized for not being able to entertained us earlier that morning. Aku ndak kisah pun janji ada supir. Jangan dia suruh kami cari transport sendiri sudah. Lagipun kami kenalah faham, mesti ramai lagi pelanggan si Zack. Bisnes tengah masyuk, alhamdulillah. 

Masuk Hard Rock, terus kelabu asap mata aku tengok the other ladies. Semua khusyuk memilih! HRC ni memang consider must-go-place whenever I travel with these ladies. Jadinya without asking I will definitely put this shop in our itinerary. Ndak payah pi kedai lain, masuk sini pun aku rasa diorang happy habis meter. Collector katanye. Lainlah aku, beli untuk orang lain. Orang lain collect; aku tukang 'invest' duit. Nasib menjadi yang eldest. Tabahlah.
# Yang lain sibuk pilih merchandises, aku sibuk buli pekerja sana untuk ambil gambar aku. 
# Fall in love with the Angkor pink tshirt but unfortunately the size I wanted was out of stock. Bukan rezeki lah untuk ada tshirt HRC sendiri. 
Sudah beli apa yang dihajat, we headed to the new night market near HRC. On the way balik hostel memang akan limpas night market ni so alang-alang tu cuci lah mata. Manatau ada yang terberkenan di hati, kan. Ndak lama juga di sini sebab suddenly si Err jadi grumpy sebab mau memerut. Ok juga untuk continue cuci mata tapi Ms G cakap expression muka aku memang ndak boleh blah. Macam mau telan orang. Boleh jak aku balik hostel sendiri tapi diorang decide untuk balik sekali. So berwalkertapaki lah kami balik hostel which is merely 5 minutes walk from the night market. 
# Last minute membelah di Siem Reap.
# Sebenarnya lawa jak benda ni kalau depan mata, tapi aku tiada skill memfoto pasal tu hasil adalah sendu.
Sampai hostel, lepak-lepak kejap keringkan peluh. Selesaikan panggilan alam sebelum berangkat untuk meninggalkan bumi Siem Reap. 
# Annyeong Dancing Frog Hostel! Jail-like much eh? As usual, review pasal accommodation aku buat different entry nanti.
Lepas checkout, we walked to the Giant Ibis office. Merely 2 minutes walkertapaki from the hostel. We will taking the 11pm overnight bus & it will take approximately 6 hours to reach our destination. Kiranya bakalan tidur dalam bas & bangun Subuh di Phnom Penh. Woohoo excited si Err for it was her first overnight bus experience. Pernah jak naik overnight bus di Malaysia. Cuma ni first time di oversea katanya.
# In front of Giant Ibis ticketing office. Juga tempat passengers gathered before naik bas.
# The bus arrived 10 minutes before our departure time (11pm). Lihatlah facilities yang Giant Ibis provide. Simbol daun sebelah wifi & thermometer tu jak aku ndak dapat interpret apa.
# Keadaan dalam bas.
Gigih ambil gambar soon after masuk bas. Abang Conductor suruh buka kasut & taruk dalam pelestik pun aku bo-layan kejap. No shoes/slippers allowed dalam bas. Truth is, masa beli tiket haritu aku confident bas ni double decker based on the seat map I saw on their website. Sekali masuk bas baru tau, rupanya seat yang style double decker; not the bus. Cit! 
# Ms G's & Ms H's seats
# Behind them were Ms C & Ms P. Gumbira semua sebab jumpa plug point dalam bas.
# Sebab aku ketua rombongan, so seat aku adalah single seat. Ngeks. 
Comfy enough for me. Hatta dua orang kaki panjang tu pun rasa comfy habis, apalagi aku yang rendang ni kan. Haruslah double triple comfy. Wifi pun boleh tahan laju berdesup cuma bila kami di sampai area ala hutan, connection jadi nan hado. Malam tu as usual aku tidur lambat. Sempatlah layan Kdrama sampai 3 episodes! Budak berempat tu, terus belayar ke alam mimpi two hours after the bus departed. 

Aku berjaya tidur lepas tiga jam atas bas. Tapi tidur pun actually ndak berapa lena sebab keadaan jalan raya yang sangat sangat gravel. Ada masa tu aku rasa macam melayang dari seat. Mula-mula ingatkan driver tu drift. Mujur seat aku tu kira paling depan so nampaklah keadaan jalan raya sebenar menuju Phnom Penh. Mostly hutan kiri kanan. Pastu tiap kali aku terjaga & tengok windshield, mestilah aku dihidangkan dengan view batu-batu sebesar gajah di tengah jalan raya; and sometimes kebun pisang 'beramai-ramai' di tepi jalan. Nampak pokok pisang haruslah imagination ran wild. Boleh jak aku yang bijak imagine what if suddenly tersembul Kak P-to-the-Cong depan pokok pisang tu? Bingai melantun kan. Aku perasan bas ada stop sekali di RnR; for about 15 minutes. 

Dalam bas ni juga ada toilet. Memang super psycho sebab once dapat tau pasal tu, teruslah minda proses aktiviti 'lawat toilet' di kala semua orang sedang lena diulit mimpi. Choi sangat! During the six hours & thirty minutes journey, I successfully visited the loo three times! Level of cleanliness u asked? Tip top! And it's not a squat toilet fyi! Siap ada sink! Cuma kalau orang tinggi galah macam Ms G or Ms H masuk, haruslah bersabar. Sebab aku yang rendang ni pun boleh terhantuk kepala di siling. Bear in mind, bas kan jalan ala roller coaster. So kenalah bertabah jadi macam orang mabuk dalam toilet tu. Terhuyung hayang. 

Overall memang puas hati lah with the service provided by Giant Ibis. I purchased our tickets from their website (here). It cost us $16 per pax (includes USD $1 for credit card processing fee). Prior coming, memang siap-siap sudah print our tickets. We just have to show our tickets at the counter for verification purpose & wait for our bus to arrive. 

Bangun esok paginya, and kami sudah selamat tiba di Phnom Penh. Sampai pun around 5am, semua masih mamai. Kisah cari hostel di pagi buta aku akan continue next entry.

p/s Giant Ibis ada sediakan bantal & selimut. Sebab lampu dalam bas pun boleh tahan sendu, I can't see clearly the 'condition' of the pillow. So I wrapped it with my pashmina. And cuma guna my sweater as blanket. Ntah kenapa tiba-tiba rasa was-was mau guna. Turned out the next morning baru aku nampak 'peta' yang super banyak terlakar atas sarung bantal tu. Thank God aku ikut kata hati.

eryantierdabdulkarim

8 May 2015

Cambodia - Ta Prohm, Angkor Archaeological Park

Assalamualaikum. Chomreabsuor.

Previous entry (here).

Sampai entrance Ta Prohm, rupanya kena berjalan dekat 1 kilometer sebelum sampai destinasi sebenar. Aku turun dari tuk-tuk dalam keadaan half mamai sebab on the way dari Angkor Thom aku sempat membuta. Once jejak tanah, Ms G & Ms H dengan kaki panjang zirafah diorang laju jak berjalan ke depan. Ndak sabar jumpa Lara ler tu. Leaving me behind. Walhal diri sendiri yang turun penuh tertib kan!

Masa nilah kejadian helikopter terjadi. Si Err ingat dia berjalan lurus tapi rupanya dia sedang buat pusingan lengkap 360' dengan titik pusat tetap. Nasiblah Ms C & Ms P ada di belakang masa tu. Ms C shouted my name & barulah aku rasa macam balik ke dunia asal. Gila wei penangan high on juice ni! Pastu aku memang ndak dapat jalan lurus, the ground I stepped upon rasa macam bergelora. Drama betul!

So untuk menuju the main entrance, terpaksalah aku jalan dipimpin both Ms C & Ms P sebab lutut aku gigil tanda ndak mampu berdiri nor berjalan dengan sendiri. Rasa diri disayangi gitu. Alhamdulillah, masa sampai depan main entrance...aku sudah dapat rasa tanah yang dipijak. Rasa berpinar di kepala pun slowly subsided. Tapi aku masih ndak berani untuk explore sendiri area Ta Prohm ni. Selalu memang kami akan berpecah. Layan minat masing-masing gitu. But not this time. Cari penyakit nama dia kalau masih mau jalan sendiri. Hence I stick with them all the time. Cuma Ms G & Ms G jak yang terpisah.

29 January 2015
Ta Prohm, Siem Reap
# Super massive tree! Ni confirmed usia ratusan or maybe ribuan tahun.
# Ta Prohm was once founded as a Mahayana Buddhist monastery & university. 
Tempat ni memang antara temple paling famous di Angkor. Aku rasa sebab runtuhan ndak berapa teruk di temple ni. Plus, those massive trees growing out of the ruins & the jungle surrounding it; make it a perfect atmospheric combination. Masuk dalam ni, memang bertabah berlanggar bahu & bersesak sama visitors lain. Nampak jak di ruang depan tu macam langsung tiada orang. Once we entered the main building...terus masing-masing macam seteghes mau ambil gambar without being photo-bombed. 
# The main building.
# Although built in the 12th - 13th Centuries, the structure is still intact up to this moment.
# Bas-relief on Ta Prohm wall. Sculpted tremendously! Very detailed & intricate artwork.
# One of the growing tree. It is super massive! 
Wonder why I didn't go up & take my picture there. Walhal masa ni, platform tu memang kosong trang-tangtang. Confirmed kepala memang masih ada sisa baki ting tong masa ni.
# Beautiful ruins. 
# Part of the roots that penetrated the roof. 
Terpaksa puas hati; sekerat jak akar ni yang aku dapat tangkap gambar. Sebab? Orang adalah selautan di bawah akar ni. Mostly from tour groups. Memang langsung tiada chance yang 'tanpa tour' macam kami ni mau menyentil bergambar with this roots. 

Rimas sama tempat yang crowded ni, kami pun explore other parts of the temple. Ikut haluan ke mana kaki kami melangkah, gitu! Few tempat sedang dalam proses restoration so banyaklah signage 'No Entry' yang kami jumpa. 
# More bas-relief on the wall. Some includes intense meditating or praying statues.
# Some of the ongoing restoration work.
# Jatuh chenta with those roots. Among the greatest 'Artwork' by The Creator.
# Yours Truly before the gorgeous tangled-roots.
# Akar dipagari besi. Supaya akar ndak 'lemas' dipijak para manusia.
# Last photo before we made our way out from the temple ground. 
Before keluar tu sempat lah duduk lepak atas batu-batuan runtuhan. Melepas lelah katanya after all those drama, helicopter and aktiviti posing. Pastu kena berjalan another half kilometer to get to the parking space where our supir patiently waiting for us.

Sudah penat berkungfu dengan perasaan di Angkor Archaeological Park, maka haruslah acara menjamu perut menyusul. The USD 1 juice had sucked dry all the energy I have! Sobs. Kalau masa ni ada yang suggest pi tempat lain, memang aku akan bantah 200%. Nasiblah semua menyuarakan hasrat yang sama. Nampak sangatkan, memang masing-masing kebuluran.

Muslim Family Kitchen 

Supir bawa kami pi restoran yang sama kami brunch the day before. Masa ni malas mau suruh dia suggest tempat lain, yang penting adalah makan!

Aku sempat cuci kaki sebelum order kami makan. Like, perlukah mentioned? Ouh yes! Sebab aku ni jenis kalau rimas or rasa rengsa badan melekit or habuk berinci di muka; apart from cuci muka, cuci kaki is one of the solution yang boleh buat aku segar. Automatik rasa fresh.

Order kami sampai cepat. Syukur. Else memang akan berbunyi semboyan rosak di kedai tu. Ms H & I nasi + lauk pauk. While yang 3 orang lagi tu, order ala carte menu. Don't ask me what they ordered sebab memang langsung ndak pay attention pun masa tu. Sampai jak makanan, terus semua fokus makan. Tapi sempat juga sebenarnya snap gambar makanan aku. Tett!
# My fav! Sayur-sayuran rangup. 
# Ikan masak Khmer style katanya. Memang yummy! Tu yang sampai nasi bertambah-tambah. 
Overall, makanan adalah sedap. Ka sebab kami lapar?  Ms H & I paid less than USD 20 for our lunch; ikan + vege + soup. So bagi aku, memang berbaloilah. At least lepas makan tu kepala aku ndak ting tong. Jalan pun lurus; no more helicopter dance. Pfft.

Settled makan, masa untuk berehat di bilik. Ms C & Ms P sudah checkout from their room earlier that morning. Before gerak pi Angkor Wat diorang memang siap-siap taruk beg di bilik kami. Nasiblah aku bijak. Aku sengaja extend sewa satu bilik untuk kami berehat walau malam tu sebenarnya kami akan naik overnight bus to Phnom Penh. At least boleh mandi & bersiap di bilik before the long journey. Sewa bilik pun bukan mahal sangat; lagipun share berlima kan. 

Before masuk hostel, kami janji sama supir untuk jumpa after Maghrib. After dinner, kami plan mau merayap pi Hard Rock & night market before naik bas pi Phnom Penh. Last minute shopping di Siem Reap katanye! Yo'oh sangat the night before kunun cakap ndak kan membeli lagi malam esoknya. Choi!

Sampai bilik, aku terus mandi. Cuci rambut, tu paling penting. Then sorang demi sorang tumbang di medan 'dreamland'. Dinner makan apa? Tu, kita sambung next entry ok!

eryantierdabdulkarim

3 May 2015

Cambodia - Angkor Thom, Angkor Archaeological Park

Assalamualaikum. Chomreabsuor.

Previous entry (here). 

Lepas got through city gate, kami naik balik tuk-tuk untuk menuju ke Bayon Temple. Supir memang tunggu di seberang jalan masa ni. Boleh jak jalan kaki pi temple tu tapi haruslah mau save tenaga kan. Luas baq hang archaeological park ni; sudahlah masa ni matahari pun sudah start memancar cahaya membahang. 

29 January 2015
Angkor Thom
# Bayon Temple
Here, there are 200 stone faces looking at all direction. With each face feature an enigmatic smile. Part ni memang gerun kalau malam. Sekian.
Temple ni dibina pada abad ke-12 oleh Raja Jayavarman VII sebagai sebahagian dari pembesaran bandar Angkor Thom. Kedudukannya adalah di tengah-tengah bandar diraja. Bayon Temple adalah the only state temple di Angkor yang dibina untuk penyembahan Buddha. Tapi selepas kemangkatan Raja Jayavarman, ia diubah & disesuaikan dengan agama Hindu. 
# I think that is one of Bayon's several hundred of stone chambers.
# Dulu-dulu the lion is in gold katanye. There are two of them. They guided the golden bridge at the eastern side of the temple. 
# Wishing stones depan one of the eight golden Buddha statues. 
What's left of this temple are remaining ruins, still...ada orang yang berhajat & even 'sembahyang' di temple ni. 
# Still wondering I am. Macamana diorang mampu untuk carved the hard stone to create something intricate as such. 
# One for the album.
# The temple facade. 
Only Ms G & I entered this temple. Yang lain tu tunggu depan entrance jak. Ndak larat untuk 'ukur temple' sudah. They had enough at Angkor Wat I reckoned. We both tour just the ground level pnly. Tengok batu-batu besar & curam, laju jak kami dua geleng kepala. This time we gave it a big no no untuk meneroka sampai ke dalam.  Kami ronda temple ni lebih kurang & quickly made our move to the other side. Mari berwalkertapaki!
# I found this too cute. Budak sekolah kayuh beskal atas tanah berdebu. If Bunda saw this mesti terus ala-ala mengimbau kenangan silam.
Kami kena crossed jalan ni untuk pi Royal Palace (Phimeanakas) area. And masa ni aku memang sudah mengantuk gila gaban! Gagahkan kaki juga melangkah sebab bukan everyday aku masuk archaeological park ni. Lagipun tiada siapa mau layan kalau mengadu mengantuk time ni. 
# Back in their glory days, I wonder apa tepi-tepi palace ni. Tanaman? Or lake?
Mau masuk palace kena bertabah menapak lagi. Walkertapaki all the way to the main entrance! Jarak dalam 200 meters. And this time yang masuk cumalah aku & Ms G juga. The three ladies decided to lepak in front of the gate. Ada tempat berteduh katanya. Diorang memang 100% ndak larat mau menapak lagi. 
# Man made lake; built thousand of years ago. Tempat King bersiram or bercanda bersama Queen, maybe? 
# Hello Tangga!! 
That was the only way to enter the palace. Walau berat hati tapi kaki tetap melangkah naik. At least bolehlah buat 'faktor' lawan rasa ngantuk kan.
# In order to get to the top; we have to endure another set of stairs like how we entered the main entrance just now.
Masa ni kami lepak at one of the window; facing that building. Lama berfikir mau pigi or ndak. Kalau naik straight from that stairs kan senang! Tapi ada sign 'No Entry'. Adoilah saja menyeksa pengunjung ka apa ni?! Fine, safety comes first. Tangga sudah beribu tahun, maybe sudah ndak mampu mau tampung ramai orang so diorang provide tangga kayu for visitors who wish to go up there. 
ak
In the end, Ms G decided to go up. And me? Nope, we didn't go together because I chose to stay. Jadi tukang gambar dari bawah jak. Aku memang tau ketidak-laratan diri masa ni. Bercakap pun ala orang half-mamai. While tunggu Ms G sampai atas, aku bantai tidur seround dua! Sudahlah tempat aku lepak tu memang redup, pastu angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Haruslah lagi asyik aku membuta. Mesti orang lain bengkak hati jak tengok aku sebab asal boleh membuta di spot yang paling ngam untuk snap gambar the main palace area. Redha jaklah wei. Penangan jus USD 1 sudah mula meracun diri. 

I woke up when I heard Ms G screamed my name out loud. Nasiblah aku ni bukan jenis tidur mati kan. Panggil sekali terus terbangun. Else, mesti dia meroyan di atas sinun. Penat-penat naik pastu tiada orang mau rakam detik manis. 
# She had the windows all by herself. Posinglah mana-mana jak.
Aku kena gigih petik kamera untuk dia. Zoom in zoom out jugalah kamera aku kerjakan. Macam-macam pose dia buat. Gumbira dapat naik atas. View sangat super lawa as per her. Ndak apalah, aku dengar cerita jak. Seriously ndak larat join dia panjat tangga!
# Ms G & her new chenta hati at the back. Asal boleh tumpang senyum.
Sudah habis Ms G berkungfu atas tu, dia pun turun. And aku pun ambil kesempatan untuk tidur lagi sekali. Sebab dalam 20 minit jugalah minah tu sampai di tempat aku 'beradu'. Lepas 'kutip' aku, kami pun berarak keluar. Turned out, jarak perjalanan Ms G dari top area pi tempat aku tu rupanya jadi jauh. No wonder dia sampai lambat. Sebab route adalah one way so dia terpaksa buat 1 full round untuk balik pi tempat aku tunggu tu. If only aku tau pasal tu, baik jumpa jak dia di entrance. Ndaklah dia terpaksa buat marathon keliling palace kan. 
# The famous parade of elephants is part of the walled city of Angkor Thom.
# Terrace of the Elephants.
We walked along the terrace to get to the tuk-tuk parking area. According to what I read, organic materials made the original structure. But unfortunately, only the foundation platforms of the complex is what is left today. Platform tu dulu digunakan as tempat Raja berdiri untuk meyambut askar-askar yang baru pulang dari perang. Pastu kalau ada majlis keramaian, Raja akan view majlis tu dari atas platform.

Aku rasa depan terrace ni dulu mesti tempat rakyat berkumpul ada public ceremonies. Sekarang? Cuma tinggal padang berdebu jaklah. Ada juga few temples or buildings yang masih berdiri teguh tapi bukan sesempurna dulu. Well, nama pun ruins. Tinggalan sejarah gitu. 

Memang free foundation kami dapat haritu sebab quite jauh juga kami berwalkertapaki before we saw our tuk-tuk driver. Sedang asyik bersantai rehat di bawah pokok rendang. Tabah betul dia tunggu kami, dengan segala debu pastu bahang matahari lagi. 

So next destination? Haruslah one of the place yang memang aku mau jejak selain Angkor Wat 
# Naik tuk-tuk harus. Jarak next site lebih kurang jauh juga dari Angkor Thom. 
Dan soon after I hopped on the tuk-tuk, teruslah aku layan 'mata' seround dua. Serius wei, ngantuks! 

eryantierdabdulkarim