Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

8 June 2015

Cambodia - Last Day in Phnom Penh / Budget

Assalamualaikum. Chomreabsuor.

*berusaha kendurkan urat-urat yang semakin berselirat* 

Hormon Malas memang tiada ampun bermaharajalela dalam sistem lately. Walau macam mana tegas aku kerahkan minda untuk habiskan entry Cambodia ni, tetaplah menang si Malas. The best excuse aku boleh bagi setakat ni. Anyway, last entry pasal trip to Cambodia boleh baca sini

Last weekend, Sabah Sarawak cuti panjang sempena sambutan Pesta Kaamatan & Gawai. Aku menerbangkan diri pi Kuching, Sarawak. Alhamdulillah, my first Visit Malaysia 2015 trip went well. Bawa Bunda & her sisters. Nanti ada masa aku cerita pasal trip tu in which; hmmm haruslah aku ndak tau bila. Sobs.

Last day di Phnom Penh, Cambodia. Kami check out dari hostel seawal Subuh sebab flight pagi tu jam 830. Omriya & his friend memang sudah sedia tunggu kami di luar hostel. Very good time management lah diorang ni. 

31 January 2015
Phnom Penh, Cambodia
# On the way to the airport. Si Err gigihlah snap gambar walau dalam moving tuk tuk. Mau tunjuk betapa buildings di Phnom Penh lagi extravagant dari di Siem Reap.
# Ada flyover juga.
# And Royal Hospital. I bet ni bukan government hospital. Hence the name, ok Bie?! 

Nearly 20 minutes on the road, kami pun selamat tiba di Phnom Penh International Airport. Macam airport ni sedang dalam expansion process. Ada some parts of the buildings are still supported with scaffoldings. 

# The supirs dropped us in front of the departure gate, pastu kami gigih jalan ke depan semata mau gambar that sign. Gitu, bukti sampai. 
# Mak Jemahs queuing for check-in. Macam biasa, beg semua angkut naik cabin. No check-in luggage. Worry not, regulation of maximum 2 bags per passenger tu kami ikut tanpa banyak soal.

Lepas dapat boarding pass, terus naik escalator pi immigration & custom check. The day before semua panic bila Ms H suddenly uttered the word 'airport tax'. Sebab semua sudah dengan jayanya kasi habis $$ di sana. Langsung lupa pasal airport tax. Nasiblah ada extra duit tersisip tepi purse yang memang untuk emergency. Gigih juga buka blog si DJ untuk refer pasal tax tu. 

Sekalinya? Sampai lah kami duduk di depan boarding gate, NAN HADO airport tax yang kami kena bayar. Masa tu buat conclusion sendiri. Ouh, airport tax sudah masuk dalam flight fare. Sobs sangat perangai. Total ignorance! Akibat malas buat research awal-awal. Padan muka panic attack last minute.

# Halal restaurant just in front of the boarding gate. 

Because we left the hostel without having any breakfast hatta setitis air; so perkara pertama bila semua urusan di airport settled adalah makan! Semua lapar belum makan kecuali si Err yang sempat melantak 1 bar chocolate lepas Subuh. Perut apa ntah awal pagi pun boleh mencekik coklat. 

Oleh kerana ada 'banyak' balance $$ sebab ndak payah bayar airport tax, so aku pun murah hati kunun-kunun menyuarakan niat "Breakfast on me". Orang lain walau kebulur mana, cuma order popia & kueh mueh. Yang aku?? Siap order nasi berlauk! Apa cer? Perut ada gajah duduk dalam. Enough said.
 
# My brunch. Rasa adalah so-so. Lauk ayam masak cara Khmer ndak ngam selera aku pagi tu. Tapi bersyukurlah masih ada rezeki Allah bagi.

Sampai KLIA2 after two hours on board the flight. Pastu masing-masing balik ke pangkuan keluarga except Ms G & I. Kami masih dalam mood mau bercuti-cuti. Ndak sedar diri kan walhal few days before tu aku baru jak balik dari Seoul. We took the bus to KL Sentral. Then jumpa my besties, CikYang & CikAziah. Had lunch & tea session with the ladies. Banyak sangat mau catch up tu yang lepak sampai 2 tempat terus. Malam tu menumpang kasih tidur di rumah CikYang. The next day awal pagi lagi Ms G balik KK whilst me? Saja extend satu hari lagi di Kolumpor. Dasar! Aku balik KK 2 Feb 2015. Esoknya terus kerja. Choi betul. Belum sempat get over vacation-blue tau.

Whatever it is, alhamdulillah! Atas segala rezeki & kesempatan yang Allah bagi. Panjang umur, murah rezeki akan bercuti-cuti lagi nanti. Cukuplah berjimba dekat dua minggu kan. Masa untuk jahit 'poket yang koyak'.

And before I wrap up the Cambodia trip entry, ni aku share budget for this trip. As I always say...ni depends on individual. Aku share ni untuk bagi gambaran kasar jaklah. Entrance fee tu fix tapi bab accommodation, transport & shopping tu 'tepuk dada tanya selera'.

Date of Travel : 28 January 2015 - 31 January 2015
Duration : 4D3N

Transportations
  • Return Flight KLIA2 to Siem Reap / Phnom Penh to KLIA2 : RM 255.20
  • Tuk Tuk Siem Reap (2 Days) : USD 10
  • Giant Ibis Bus (Siem Reap to Phnom Penh) : USD 16
  • Tuk Tuk Phnom Penh (1 Day + Hostel to Airport) : USD 13
Subtotal : RM 255.20 + USD 39

Entrances Fee
  • War Museum + Tour Guide : USD 6
  • Cambodia Cultural Village : USD 15
  • Angkor Wat 1 Day Pass : USD 20
  • Choeung Ek Killing Field + Audio Guide : USD 5
  • Tuol Sleng Genocide Museum : USD 2
Subtotal : USD 48

Accommodations
  • Dancing Frog Hostel (2 nights) : USD 11 
  • Velkommen Guesthouse (1 night) : USD 9
Subtotal : USD 20

Total : USD 107 x 3.5 = RM 374.50

TOTAL DAMAGE : RM 255.20 + RM 304.50 = RM 629.70

Note:

1. This expenses DO NOT include my shopping sprees & accommodations. 
2. The exchange rate is USD 1 = RM 3.50

I only brought USD 250 & that includes USD 50 for emergency. I think I only spent less than USD 50 on food. The rest beli some souvenirs & baju bajan. Balik KK still ada USD 100+ left. Tapi ntah mana aku misplaced USD tu sebab aku ndak jumpa hatta sekeping before pi Turki early Apr haritu. Ingatkan alang-alang ada balance USD, boleh convert pi Lira jak nanti. Ciskek betul.

eryantierdabdulkarim

29 May 2015

Cambodia - The Gulai Restaurant / Central Market / Night Market, Phnom Penh

Assalamualaikum. Chomreabsuor.

Balik dari Tuol Sleng (read here), tahap ting tong kepala aku sudah masuk fasa separa-kronik. Maybe juga sebab lapar. Jadinya sesi jamu perut adalah wajib. As I said previously, I didn't do any research regarding halal eateries for this trip. Semua aku serah bulat-bulat sama supir. Bila kami bagitau Omriya yang kami lapar; teruslah dia bawa kami pi tempat makan ni. Aku memang ndak fikir panjang sudah, janji makan. Ndak mau fussy terlebih mau makan sekian-sekian kunun.

30 January 2015
The Gulai Restaurant Malaysian Food
# Logo halal dari Jakim siap!
# Yang buat perut happy lompat bintang.
Ada hidangan buffet. Ada ala carte. We opted for buffet bila nampak lauk yang diorang hidang sangat meliurkan. Terus tiba-tiba; eh rindu masakan Malaysia. Aku ler tu! 
# Style bersila.
Tapi haruslah kami pilih duduk atas kerusi jak. Ndak kuasa mau buka selipar bagai. Plus Ms P & Ms C pakai kasut time ni. Aku faham sangat perasaan malas makan bersila ni apalagi bila time tu kau berkasut bagai. 
# My super late lunch! 
Dekat pukul 5pm sudah time ni oii! Jadinya sila terima kenyataan bila si Err makan 2 round. Memang paling happy bila nampak ikan keli adalah salah satu lauk buffet! Ni memang all-time favourite aku. Time study dulu, makcik kantin sampai hafal lauk aku beli. Menu berulang; wajib tiap hari katanye. Bila sampai kaunter, dia ndak buka tapau aku. Pastu aku pun memang tau harga yang perlu dibayar. Roommate aku pun dulu hafal menu aku. Pasal tu dia ndak bingung every time aku pesan belikan makanan aku. Menu tetap gitu. Fuh, suddenly beria explain selera perut sendiri kan Bie.

Lepas makan, semua pun bergegas naik tuk tuk. Mau kejar closing time Central Market. Kami ada less than an hour untuk kasi koyak poket di market. Ouh, don't ask how much we paid for the buffet. Aku adalah lupa. But IF I'm not mistaken we paid not more than USD 10 per person. 
# Tuk tuk Omriya berubah wajah! Dapat sticker sponsored by The Gulai. Tolong-menolong dalam business gitu.
Phnom Penh Central Market
# Nice colors combination.
Masa ni matahari sudah mula memancar. Kepala aku kembali biul. Tapi tetap gagahkan diri ukur area market. Sakit kepala ni kalau dilayan sangat, memang apa pun ndak jadi. Besar juga area market ni. Sekalinya, nafsu membeli sangatlah pudar. Langsung tiada mood. Window shopping jaklah.
# Bahagian dalam bangunan market. 
Kami cuma mampu ukur jalan di bahagian depan market. Gerai tepi-tepi, gerai ke dalam-dalam memang kami ndak sempat masuk. Lagipun janji cuma sejam jak sama Omriya. Before mau keluar tu, kami stopped at this one gerai yang jual t-shirt at a very affordable price. Maka apalagi? Teruslah semua macam kena rasuk hantu membeli-terbelah kan. Siap duduk depan gerai; buat macam ada share di gerai tu. Tapi logik lah, kami borong super banyak. USD 10 for 4 t-shirts (adult). Masing-masing memang macam piranha. Walaupun Makcik kerahkan Pakcik untuk buka stok dalam bakul; diorang tetap senyum manis sama kami. Rezeki wei, rezeki! Jangan menyumpah dalam hati sudah lah. Sebab boleh tahan semak juga gerai tu kami kerjakan. 

Habis membelah, semua super penat. Maka marilah kembali pi hostel. Belum check in lagi walau kami sudah sampai awal pagi tadi. Heaven gila nampak katil. Terus semua pakat baring lepaskan lelah. Considering kami cuma ada satu malam jak di Phnom Penh, esok pagi flight balik Malaysia super duper awal...hence ndak lah boleh kasi lurus any urat-bengkok sepuas hati. Lepas mandi & bersiap, kami keluar. 

Next mission adalah menjejak night market which is merely 5 minutes walking from our hostel. Walkertapaki jaklah.

Phnom Penh Night Market
# Entrance
Banyak juga gerai di pasar malam ni. Siap ada stage & budak-budak buat performance. Sempat juga kami layan tengok. Music is universal; walau bahasa kami ndak paham yet we enjoyed watching the performance. Sudah cuci mata tengok orang menari & menyanyi, masa untuk jamu perut. Again! Kunun demam kan, tapi selera macam perut gajah juga.
# Woohoo! Didn't expect this. We're happy tourist! 
Ndak payah cop tempat ka apa sebab ada jak space available. Paling ramai locals sebenarnya di sini. I guess this is one of the way how they enjoyed their malam minggu. 
# Alhamdulillah ada gerai halal di sini. 
Actually ada 2 stalls with Halal sign but yang satu lagi tu cuma jual yong tau fu. Haruslah reject terus. We want heavy meal for dinner please. Buang tepi fakta yang kami baru lunch jam 5pm tadi! Makan berat pula tu! 
# Adalah pening bila mostly stalls di night market guna Riel.
# Dinner like the locals! 
Kuetiaw goreng aku order tu memang terbaik baq hang. Walau pedas sampai berasap telinga tapi seriously sedap. Cukup rasa. Sebab sedap tulah, lepas habis bubur tu...Ms C sanggup Q & beli kuetiaw tu lagi. But unfortunately, bila sampai turn dia....kuetiaw tu sudah jadi separa-sedap. Lain orang yang goreng maka lainlah rasa yang terhasil. Gitu kami buat kesimpulan. 
# Mine. Yang Popia basah inti vege tu pun aku yang punya! Nampak kah selera gajah si Err? 
# Masih penuh dengan kenderaan walau masa ni sudah dekat jam 10pm. Malam masih muda!
Plan asal kami mau ngeteh lepas ber-night market. San Francisco Coffee House is actually just around the corner. Tapi masing-masing macam reluctant untuk teruskan niat. Ngantuk? Penat? Or malas menapak? Kalau ikut aku memang ok jak lepak ngeteh di bar. Banyak gila di kiri kanan every alleys. Pilih jak mana berkenan di hati. Tapi asap rokok berkepul-kepul hence automatic cancelled. 

Then suddenly datang idea untuk massage. Semua sebulat suara setuju! Masalah problem bila plan suda ada, tapi kami ndak jumpa massage parlor yang berkenan di jiwa! Gila oii! Bila ndak dicari, bersepah san sini. Bila mau, tiba-tiba tiada. Before sampai Cambodia, aku ada dengar pasal Lemongrass Garden Beauty Spa. Gigih si Err google. Jumpalah 1 branch di Phnom Penh...sekalinya bila sampai depan kedai, it is actually a restaurant! Bingai melantun. Turned out Lemongrass Spa tu cuma ada di Siem Reap. Hampagas! So usaha mencari diteruskan. Alhamdulillah jumpa sebiji on the way balik hostel. 
# While yang lain discuss untuk pilih pakej spa; kami we-ca dulu.
# Suasana macam ni memang favourite aku!
# Pantang ada free wifi!
In the end semua decided untuk ambil the same package. 50 minutes foot massage. Senang. semua in one room. Just nice! Aku sudah halfway pi dreamland the moment tukang urut tu lumur kaki aku ngan air suam. Next thing I knew, the girl woke me up. Massage nya udah selesai Buk. Eh? Tiba-tiba bahasa Indonesia? 
# Green tea for me! After massage memang akan dihidang warm drink. Free jak, tu yang minum dengan senang hati.
Self-pampering session settled. So tiba masa untuk merehatkan minda. Balik hostel ler. Macam ndak cun jak idea mau pi Independent Monument! Kalau malam, view di sana memang superb. Si Err kan suka yang lampu-lampu lip lap ni. Tapi kali ni, tuntutan minda perlu didulukan. Marilah balik & tidur! Sebelum tu packing dulu. Esok pagi kena bangun super awal untuk pi airport. Lambat kalu, beli flight ticket baru sila.

eryantierdabdulkarim

24 May 2015

Cambodia - Tuol Sleng Genocide Museum, Phnom Penh

Assalamualaikum. Chomreabsuor. 

After Choeung Ek killing field, we went back to town. Boleh baca sini untuk cerita pasal Choeung Ek Killing Field. 

Masa turun dari tuk-tuk, aku sudah rasa ndak sedap badan. Panas sejuk panas sejuk. Tekak pun rasa pahit semacam. Sah demam! Kalau biar aku duduk di tuk-tuk, confirm akan tidur tanpa belas kasihan. Tapi aku gagahkan diri juga untuk turun. Sudah alang-alang sampai haruslah teruskan niat untuk menjejak; mau repeat visit ntah bila kan. Kami decide untuk roam freely dalam museum ni so we didn't rent the audio guide let alone hire a guide to show us around.

Sepatutnya sebelum pi Choeung Ek, patut pi Tuol Sleng ni dulu. Sebabnya sebelum tahanan dihantar pi Choeung Ek untuk dibunuh, mereka terlebih dahulu diseksa dengan kejam di penjara ni. Tuol Sleng letaknya di tengah bandar Phnom Penh, while Choeung Ek is an hour away from the capital. Cuba bayangkan betapa bijaksana pemerintahan si Pol Pot durjana ni! Mau tutup kegiatan binatang diorang, haruslah kawasan pembunuhan kena somewhere farther away. Supaya orang ramai ndak tau.

30 January 2015
Tuol Sleng Genocide Museum, Phnom Penh
# Pintu masuk Tuol Sleng Genocide Museum.
Sebenarnya, dulu penjara ni adalah sebuah sekolah menengah. After Khmer Rouge won the Cambodian Civil War, it was then converted into a prison or interrogation center. Tuol Sleng was then renamed as Security Prison 21 (S-21). Buildings here are preserved as they were left when Khmer Rouge were driven out in 1979. Fyi, there are at least 20,000 detainees from Tuol Sleng executed at Choeung Ek. 
# Ridiculous rules set by the Khmer Rouge.
# One of the cell. Nope, tu bukan katil! Rather it is a rusting iron bedframe, modified into a torturing instrument. At some rooms, they are black-and-white photos above the instrument; showing the room as it was found.  
Soon after Khmer Rouge ambil alih sekolah yang mempunyai 5 blok ni, construction began to adapt the prison to the detainees. Windows were covered with iron bars; mainly to prevent escapes. Paling ndak boleh blah bila dapat tau, penjara ni 'dipaksa' tampung sampai beribu banduan. Diorang ditahan, diseksa & disoal jawab. Kalau jawapan yang banduan tu bagi ndak macam apa yang Pol Pot mahu or 'pegawai penjara' ndak puas hati with the detainees' attitudes, jadinya sila bersedia untuk terima habuan di Choeung Ek. Hatta minum without asking permission from the guards pun akan terima hukuman.
# The first building we entered.
Kununnya, Bangunan A ni special sikit because less cells were built here. Ada dalam 20 prisoner cells. Yang ni memang khas untuk rakyat yang berpangkat & golongan bijak pandai. Politicians, government servants, soldiers, doctors, engineers etc etc. Kenapa diorang ndak seksa golongan macam petani; u asked? Golongan tu tentera Khmer Rouge sudah brainwash awal-awal...and MOST of them memang termakan racun yang dibaja. And eventually joined Pol Pot. Ntah apa si Bedebah tu janji sama diorang tapi kesian sangat. Bila diorang sedar what they did were wrong & started to rebel, Pol Pot akan 'tukar status' diorang jadi banduan. In which nyawa diorang pun akan berakhir di killing field. Sigh!
# Classroom converted into crude cells.
# Corridor. Mesti seriau gila banduan dalam sel bila dengar or nampak bayangan prison guards berjalan di sini.
Nampak tempayan besar tu (refer picture below)? Dulu palang tu buat gantung buaian student. But during the Khmer Rouge years, tu dijadikan salah satu alat menyeksa banduan. Tempayan diisi dengan air super busuk i.e kencing, air longkang. Detainees were hung upside down. Bila banduan passed out, diorang akan direndam dalam tempayan tu. Once sedar, interrogation will start again. I wonder apa jaklah jawapan yang diorang mau dengar dari banduan tu semua.
# Nampak macam pemandangan biasa kan? Bangunan sekolah terbiar. Tapi?!! Ntah berapa nyawa ndak berdosa terseksa di sini.
# Electrified barbed wire. Mampu mau escape?
# Gila cheapskate. Nombor tu represents tempat gantung kunci for each cells. 
# Motif buat sel sekecil ni? Supaya tiada interaction between the inmates. Takutlah tu kalau semua bersatu hati & memberontak.
# Among the posters yang ada di sekolah ni. 
Despite being unwell, I managed to visit all the buildings. Budak-budak lain gave up after the second & third buildings. Diorang just duduk di bench depan one of the building & waited for me to finish touring. Ada banyak gambar banduan yang pernah ditahan di sini. They displayed the photos at each buildings. Also ada detailed biographies of the detainees. Yang tu memang simpanan tentera Khmer Rouge. Semua banduan yang baru masuk di S-21 ni akan diarah untuk tulis cerita hidup diorang dari kecil up until penahanan diorang di S-21.

From at least 20,000 who were imprisoned here, only 7 made it out alive. 14 others has been tortured to death before the Vietnamese forces found them. Most of the exhibited photographs showing people being tortured were captured by a Vietnamese combat photographer. Macam mana diorang boleh jumpa this prison? Diorang ikut bau busuk of rotting corpses which eventually lead them the prison's gates. Boleh imagine macam mana busuk bau tu sampai askar jadikan 'penunjuk arah'? Sickening! 
# Graves of the 14 last victims at the school's courtyard.
Before exiting the museum, we met Bou Meng whom is among the three of handful survivors. Dia tengah promo his book; story about his life in the prison. Tapi memang ndak beli lah kan, belum masuk kelas Khmer language lagi. Tettt! 

Keluar dari sini, melilau cari Omriya. Sebab tuk-tuk ndak boleh parking sembarangan di luar muzium ni, so kenalah gigih cari di mana Omriya & his friend parked their tuk-tuks. Whatspp Omriya tapi undelivered. Nasib ndak lama usaha mencari; turned out handphone Omriya ran out of battery. Lompat naik tuk-tuk & laju bagitau yang kami lapar! Last meal adalah breakfast di Halal Restaurant pagi tadi. No wonder perut buat konsert dangdut-cum-rock. Demam satu hal, perut lapar satu hal. Betterlah jamu perut before things get worst kan. Tu aku sambung next entry. Sekian. *ahaks*

eryantierdabdulkarim

19 May 2015

Cambodia - Choeung Ek Killing Field, Phnom Penh

Assalamualaikum. Chomreabsuor.

Ni lah jawapan kepada soalan; ke mana kami selepas mencemar tapaki di perkarangan istana (here). Selama ni memang teringin sangat pi sini. Don't ask me why I was so eager to visit the place for I don't have the answer either.

For some people maybe seboleh-bolehnya akan avoid untuk datang place as such. Yalah, preferences setiap orang adalah berbeza. Aku pi bukan sebab suka-suka but more to want to see the area by myself. Tempat yang menjadi saksi utama penderitaan rakyat Kemboja akibat penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan. As horrific as its name, this is where the massacre occurred. 

30 January 2015
Choeung Ek Genocidal Centre, Phnom Penh

Journey from the Royal Palace to this killing field took merely an hour. 'Strategically' located mile away from the capital. Twenty minutes before arriving, we had to endure the dusty & gravel road. Free foundation di awal pagi. Redha lah.
# We paid USD 3 for the entrance ticket. And an extra USD 2 for the audio guide. 
# There 19 sections in this area. 
Boleh stop at each point & listened the stories from the audio guide. I must say it was a wise decision to rent the audio guide. Sangat informative! I listened to every information at each sections I stopped. 
# Trucks arrived late at night. Prisoners would think they may be heading to a new prison but they were brought here to be killed. 
# Most of the buildings in this area had been destroyed or removed, hence they built up signboard to tell the visitor what was there. 
# Chemicals used to eliminate stench from dead bodies & also to immediately kill off victims whom were buried alive. One of the utmost extreme brutal stage! 
For your information, penduduk di sekitar area ni LANGSUNG ndak tau bahawa tempat ni dijadikan kawasan pembunuhan banduan dari kem-kem tahanan. The villagers thought kawasan dusun ni cuma tempat regim Khmer Rouge berkumpul or bermesyuarat. Bijak kan? 
# One of the many mass graves & pits. 450 bodies were dumped here. Piece of clothes were found in various parts of the field.
# And according to the audio guide, most of the women were mercilessly raped before being killed or buried alive. Ugh! Those animals!
# The Killing Tree. Pokok ni bakal jadi prime witness in the Hereafter. 
Up to this moment, I still can't digest these cruelties. The Pol Pot's army took the lives hundreds of innocent souls (Read: babies / children) by slamming them into the tree trunk. Animal enough?
# Wishing hut.
# Magic Tree that didn't do any magic to those poor victims. Speakers were hung off the branches & music was played during the 'killing sessions' to disguise the screams. 
Masa dalam field ni, kami berlima berpecah & toured the area by ourselves. I covered the area in an hour. Sempat jalan sampai pi area tasik which is situated farther back of the killing field. And I believe, there are dead bodies in there too. I sat on the bench available alongside the walk to the lake; as I listened to the stories from the audio guide. 

Walking back to the stupa, I found more pits (dumping areas). And also a box filled with bones that were found after the excavation work in 1980. 
# Skulls of the victims that were found from the site.
Macam-macam kecederaan boleh nampak di tengkorak ni semua. Sangat sedih! Regim kejam ni membunuh without being too selective. Foreignes or traveller dibunuh kalau ada ndak ngam di mata diorang. Even warden penjara pun sometimes boleh bertukar jadi victim dalam sekelip mata. Having said that, diorang tetap aimed orang bijak pandai, ahli politik & journalist sebagai mangsa utama. The reason is obvious, yes? Ndak mau ada kumpulan yang menentang diorang. Kunun orang-orang macam ni adalah ancaman to their idol; Pol Pot si Bingai. 
# Pieces of clothes & tools used to kill.
# Memorial Stupa housed the skulls, tools & pieces of clothes.
To end my tour, I entered the building near the ticket counter. Pastu join visitors lain untuk tengok video dokumentari pasal pemerintahan Pol Pot ni. Memang sangat kejam! Phnom Penh hilang beribu rakyat dalam masa tiga hari selepas Khmer Roughe ambil alih bandar ni. Sampai sekarang aku masih belum dapat imagine bagaiman suatu bandar yang sibuk & sedang membangun boleh lenyap dalam tempoh yang singkat tu. Pengaruh Pol Pot must have something very extra ordinary. 

Habis tayang video, aku masuk pula dua bilik yang displayed gambar mangsa-mangsa & 'menteri-menteri berhemah' kerajaan Pol Pot. Ada catatan pengalaman dari mangsa yang terselamat juga. Pastu, ada koleksi baju-baju banduan etc etc. 

Before returning the audio guide, aku lepak di pondok near the souvenir shop. And followed by Ms C, Ms H & Ms P not long after. And of course sesi maki Pol Pot pun bermula. Tambah rancak bila Ms G datang joined. Kami lepaskan lelah dekat setengah jam before keluar dari tempat penuh kenangan tragis ni. Sempat juga ambil group photo depan entrance before making out move out of the site. 

Naik tuk-tuk, aku rasa lain macam. Kepala macam terhuyung hayang. Mata super berat! Ndak kan suddenly penangan jus USD 1 datang balik kan? Ntah lah tapi sepanjang jalan balik pi bandar, aku memang rasa ndak sedap badan. So, aku pun layan tidur. Maybe lack of sleep tu yang ting tong. 

Next, kami pi sebuah sekolah di tengah bandar Phnom Penh. Tempat di mana segala macam penyeksaan sebelum mangsa dibawa pi killing field. 

eryantierdabdulkarim