8 June 2015

Cambodia - Last Day in Phnom Penh / Budget

Assalamualaikum. Chomreabsuor.

*berusaha kendurkan urat-urat yang semakin berselirat* 

Hormon Malas memang tiada ampun bermaharajalela dalam sistem lately. Walau macam mana tegas aku kerahkan minda untuk habiskan entry Cambodia ni, tetaplah menang si Malas. The best excuse aku boleh bagi setakat ni. Anyway, last entry pasal trip to Cambodia boleh baca sini

Last weekend, Sabah Sarawak cuti panjang sempena sambutan Pesta Kaamatan & Gawai. Aku menerbangkan diri pi Kuching, Sarawak. Alhamdulillah, my first Visit Malaysia 2015 trip went well. Bawa Bunda & her sisters. Nanti ada masa aku cerita pasal trip tu in which; hmmm haruslah aku ndak tau bila. Sobs.

Last day di Phnom Penh, Cambodia. Kami check out dari hostel seawal Subuh sebab flight pagi tu jam 830. Omriya & his friend memang sudah sedia tunggu kami di luar hostel. Very good time management lah diorang ni. 

31 January 2015
Phnom Penh, Cambodia
# On the way to the airport. Si Err gigihlah snap gambar walau dalam moving tuk tuk. Mau tunjuk betapa buildings di Phnom Penh lagi extravagant dari di Siem Reap.
# Ada flyover juga.
# And Royal Hospital. I bet ni bukan government hospital. Hence the name, ok Bie?! 

Nearly 20 minutes on the road, kami pun selamat tiba di Phnom Penh International Airport. Macam airport ni sedang dalam expansion process. Ada some parts of the buildings are still supported with scaffoldings. 

# The supirs dropped us in front of the departure gate, pastu kami gigih jalan ke depan semata mau gambar that sign. Gitu, bukti sampai. 
# Mak Jemahs queuing for check-in. Macam biasa, beg semua angkut naik cabin. No check-in luggage. Worry not, regulation of maximum 2 bags per passenger tu kami ikut tanpa banyak soal.

Lepas dapat boarding pass, terus naik escalator pi immigration & custom check. The day before semua panic bila Ms H suddenly uttered the word 'airport tax'. Sebab semua sudah dengan jayanya kasi habis $$ di sana. Langsung lupa pasal airport tax. Nasiblah ada extra duit tersisip tepi purse yang memang untuk emergency. Gigih juga buka blog si DJ untuk refer pasal tax tu. 

Sekalinya? Sampai lah kami duduk di depan boarding gate, NAN HADO airport tax yang kami kena bayar. Masa tu buat conclusion sendiri. Ouh, airport tax sudah masuk dalam flight fare. Sobs sangat perangai. Total ignorance! Akibat malas buat research awal-awal. Padan muka panic attack last minute.

# Halal restaurant just in front of the boarding gate. 

Because we left the hostel without having any breakfast hatta setitis air; so perkara pertama bila semua urusan di airport settled adalah makan! Semua lapar belum makan kecuali si Err yang sempat melantak 1 bar chocolate lepas Subuh. Perut apa ntah awal pagi pun boleh mencekik coklat. 

Oleh kerana ada 'banyak' balance $$ sebab ndak payah bayar airport tax, so aku pun murah hati kunun-kunun menyuarakan niat "Breakfast on me". Orang lain walau kebulur mana, cuma order popia & kueh mueh. Yang aku?? Siap order nasi berlauk! Apa cer? Perut ada gajah duduk dalam. Enough said.
 
# My brunch. Rasa adalah so-so. Lauk ayam masak cara Khmer ndak ngam selera aku pagi tu. Tapi bersyukurlah masih ada rezeki Allah bagi.

Sampai KLIA2 after two hours on board the flight. Pastu masing-masing balik ke pangkuan keluarga except Ms G & I. Kami masih dalam mood mau bercuti-cuti. Ndak sedar diri kan walhal few days before tu aku baru jak balik dari Seoul. We took the bus to KL Sentral. Then jumpa my besties, CikYang & CikAziah. Had lunch & tea session with the ladies. Banyak sangat mau catch up tu yang lepak sampai 2 tempat terus. Malam tu menumpang kasih tidur di rumah CikYang. The next day awal pagi lagi Ms G balik KK whilst me? Saja extend satu hari lagi di Kolumpor. Dasar! Aku balik KK 2 Feb 2015. Esoknya terus kerja. Choi betul. Belum sempat get over vacation-blue tau.

Whatever it is, alhamdulillah! Atas segala rezeki & kesempatan yang Allah bagi. Panjang umur, murah rezeki akan bercuti-cuti lagi nanti. Cukuplah berjimba dekat dua minggu kan. Masa untuk jahit 'poket yang koyak'.

And before I wrap up the Cambodia trip entry, ni aku share budget for this trip. As I always say...ni depends on individual. Aku share ni untuk bagi gambaran kasar jaklah. Entrance fee tu fix tapi bab accommodation, transport & shopping tu 'tepuk dada tanya selera'.

Date of Travel : 28 January 2015 - 31 January 2015
Duration : 4D3N

Transportations
  • Return Flight KLIA2 to Siem Reap / Phnom Penh to KLIA2 : RM 255.20
  • Tuk Tuk Siem Reap (2 Days) : USD 10
  • Giant Ibis Bus (Siem Reap to Phnom Penh) : USD 16
  • Tuk Tuk Phnom Penh (1 Day + Hostel to Airport) : USD 13
Subtotal : RM 255.20 + USD 39

Entrances Fee
  • War Museum + Tour Guide : USD 6
  • Cambodia Cultural Village : USD 15
  • Angkor Wat 1 Day Pass : USD 20
  • Choeung Ek Killing Field + Audio Guide : USD 5
  • Tuol Sleng Genocide Museum : USD 2
Subtotal : USD 48

Accommodations
  • Dancing Frog Hostel (2 nights) : USD 11 
  • Velkommen Guesthouse (1 night) : USD 9
Subtotal : USD 20

Total : USD 107 x 3.5 = RM 374.50

TOTAL DAMAGE : RM 255.20 + RM 304.50 = RM 629.70

Note:

1. This expenses DO NOT include my shopping sprees & accommodations. 
2. The exchange rate is USD 1 = RM 3.50

I only brought USD 250 & that includes USD 50 for emergency. I think I only spent less than USD 50 on food. The rest beli some souvenirs & baju bajan. Balik KK still ada USD 100+ left. Tapi ntah mana aku misplaced USD tu sebab aku ndak jumpa hatta sekeping before pi Turki early Apr haritu. Ingatkan alang-alang ada balance USD, boleh convert pi Lira jak nanti. Ciskek betul.

eryantierdabdulkarim

13 comments:

DJ said...

yeay cepatttttt citer turki please!

Scdha Sein (SS) said...

Ok... Hari ni aku ada berlambak masa... So... Aku nak khatamkan entry Cambodia ko ni sesedap rasa... he he he...

Bibie Karim said...

DJ: Hahaha aku dah agak!

Bibie Karim said...

SS: Patutlah sekali lambak ko komen. Macam aku gak ler. Sekali lambak baca entries ko, selonggok komen aku taburkan.

just.HY said...

wahhhh okayy sangat tu bajetnya.

bie, nk g kk ni. bwk aku g jejalan okeh! hahah.

kay dolce said...

Murah gila tiket Bie dapat tu! Kudos to you sebab boleh buat back to back trip macam ni. Kalau saya dah lama tersungkur di kaki Angkor Wat tu kot.

Hihi next Turki ya? Tak sabar nak baca ♡

mrs said...

ko buat entry turkey dulu tau..jangan buat lagi entry kuching, nanti ko sedih! dengar ni nasihat aku :)

Bibie Karim said...

John: Bajet cheapskate. Semua nak berjimatcermat. Kalau dah sampai KK nanti, roger2 je nanti.

Kay: Murah giler kan tu yang sanggup awal pagi x cuci muka lagi teruslah beli tiket. Takut habis katanye. Alang2 cuti lama tu yang suruh sistem bertahan je, tapi sampai KK je terus demam seminggu. Next, Doha. Sebelum Turki gitu.

tintamerah_blogspot.com said...

Entri Istanbul Ko Datang tu bie aku mau baca betul.siap berangan2 suda ni..hehehe

Anonymous said...

Dah membangun ek Phnom Penh nie. Was in Phnom Penh a few years back. That airport reminds me of something. This is where my husband lost his handphone. Handphone murah jek. Bukan smartphone pun. Dia pergi letak dalam luggage bag dia, kena curik.

Miss Nazla said...

opismet aku tak puas hati bila aku ckp kos ko hanya less than rm600. hahahaha dia suruh ko bukak travel agency untuk kami yang bermodal rendah tapi mahu pusing satu dunia

Ish said...

Good budget. Tak banyak pulus yang kena kuar untuk trip Combodia nie.

Ok next..Ayuh ke Turkey pulak!..Turkey!...Turkey! bukan ayam Turkey tau..haha.

Bibie Karim said...

Yanie: Hahaha ko tunggulah few more days or weeks lagi baru aku up. Belum habis aku mengarang.

Zara: Aah developed gak lah based on my observation. Jalan raya pun lagi ok compare ngan Siem Reap. Also ada banyak building yang tinggi2. I saw ada board ni, kerjasama ngn Korea untuk build housing & theme park. If xsilap. Walau handphone murah, mesti ingat sampai bebila kan.

Naz: Ala hidden cost ko xtau. Hahaha dah kata aku memborong segala jenis corak seluar Aladdin tu kan.

IS: Xbanyak pulus keluar sebab makan pun murah. Cuma tuk tuk kat Phnom Penh memang a bit expensive lah. Harga sehari sama je untuk 2 hari tuk tuk kat Siem Reap. Sobs. Turkey has to wait for few days or weeks. Emosi tengah unstable due to kemalasan gaban. Bertabah!