11 June 2014

Wonderful June: Drama April Brunei II

Assalamualaikum.

Minggu ni cafe ndak busy sangat. Students sudah start exam so ada certain time jak diorang datang berbondong2. Aku pun automatik jadi pemalas gaban untuk lepak di gerai2. Mari berkampung dalam ofis, best sebab ada aircond. Diva sangat! Panas gila bah KK sekarang ni. Tapi alhamdulillah sebab petang jak mesti hujan lebat.

Dalam masa curi tulang ni, suddenly teringat entri Brunei aku. Belum habis cerita! Si Jea sudah mentioned pasal entry tertangguh ni semalam. So sebelum bangas a.k.a basi cerita Brunei ni dalam kotak memori *puke* baguslah aku continue.

Ok ni adalah sambungan dari entri lepas....

Kami dinner di Tamu Selera yang cumalah sepelaung dari hotel. On the way tu aku sudah cakap sama pekerja aku untuk ingat jalan supaya senang kami balik nanti. Aku memang plan untuk jalan kaki jak. Boleh hirup udara BSB di waktu malam.

Sampai tempat makan, aku decide untuk menjamu perut di gerai paling ramai orang. Confirm lah ni sedap sebab gerai tu jak meriah. Yang ambil order adalah perempuan Jawa yang senyum non-stop sambil panggil aku; Mbak. Sebab aku lapar, jadi aku ignore. Nanti aku tunjuk muka ganas, takut dia sabotaj & makanan kami sampai lambat pula.

Ok ndak lama tunggu, makanan sampai. Sedap! Harga berbaloi. Habis makan, maka misi untuk berjalan kaki balik hotel.

Before keluar hotel tu aku ada study sikit map dalam pamphlet yang diorang provide dalam bilik. Places of interest near the hotel kunun. I saw the masjid that I'd planned to go. Also Pasar Kianggeh yang famous. Semua dekat2 jak pun kalau tengok di map. Tapi sebab aku bijak bestari macam selalu, tertinggal map tu di bilik so aku pun macam malas lah mau cari jalan. Perut sudah penuh, haruslah keinginan mau jadi ular sawa makin meluap2.

Sekali si Yuni tu jadi extra bijak kuasa dua dari aku. Dia lupa jalan balik. Ah sudah! Aku pula sepanjang jalan dari hotel pi Tamu Selera tu memang busy susun wallet susun duit takut lari budget. So aku memang totally lost pasal jalan balik. Tarik nafas panjang. Ini kali lah kena apply skill of survivor. Walau di Brunei cuma, walau bahasa sama, TAPI kalau sudah ndak tau jalan pulang tu memang sah2 masuk kategori sesat.

Aku pun confident lintas jalan & pusing kanan. Tiba2 si Yuni tarik tangan aku...

"Yuni kira ini jalan yang betul Kak. Memang ini jalan yang kita lalu tadi."

Ok aku ikut jaklah. Confident ah muka dia explain tu. Meaning minah tu sudah ingatlah kan jalan yang betul. So kami jalan straight. Lawan arus. Kanan aku ada bangunan besar macam kubah masjid. Tapi gelap gelita so aku assumed tu maybe bangunan government. Brunei kan negara Islam apa heran kalau bangunan tu serupa masjid. Tapi dalam hati aku macam pelik, on the way dalam teksi tadi macam ndak da ku nampak building ni. Fine, maybe aku fokus tengok jalan sebelah kiri sebab aku duduk sebelah driver. Aku bawa Yuni lintas jalan sebab hotel kami sepatutnya terletak di seberang jalan. Cuma kena masuk junction ke kiri sikit.

10 minit jalan, eh kenapa pula ada pos office ni. Automatik otak aku proses info. Terus teringat map yang aku tengok before keluar pi dinner. Mak aii, jauh juga kami terpesong dari jalan mau balik hotel ni. Tapi aku continue jalan sebab masa tu aku sudah boleh nampak jelas map depan mata.

"Yuni tenang, Kakak tau sudah jalan. Ni memang bukan jalan tapi dekat sudah kita ni."

Tapi si Yuni punyalah kuat grabbed lengan aku. Takut kunun kita ndak jumpa hotel. Takut kena rompak. Macam2 dia cakap. Aku sudahlah rimas kalau orang berpaut di lengan, lagi rimas bila dia start bentang segala benda yang merisaukan otak dia.

"Kita di tepi jalan raya besar. Kereta pun banyak lagi. Apa juga mau takut? Lepas bah tangan, Kakak ndak suka jalan berpaut ni."

Aku seteghes. Terus jalan pi depan. Tenangkan hati.

Tergerak hati untuk pusing kanan, nun jauh di depan aku nampak kubah & tiang berlampu. Terang.

Subhanallah! Dalam aku sedih sebab terpaksa cancel plan untuk pi Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ni...dalam sibuk Pak Haji teksi & staffs hotel cakap jauh gila kalau mau jalan kaki...dalam sibuk cari jalan balik pi hotel; Allah 'halakan' juga kaki aku ke rumah Nya. Berapa kali syukur aku ucap dalam hati. Alhamdulillah.

Sampai depan masjid, aku pun khusyuklah dongak & tengok dome yang bersalut PURE GOLD tu...tiba2 ada 3 lelaki berjubah yang duduk di bench depan masjid tegur kami.

"Kita dari mana? Apa urusan datang Brunei ani?"
Aku explained lebih kurang.
"Ouh hati2 ah jalan malam. Memang selamat di sini tapi kalau ada orang berhenti kereta mau mengasi tumpang, janganlah naik. Kalau sama yang tempatan ndak payah risau."
Aku angguk sambil senyum.
"Kalau teksi ndak apa. Insha Allah semua jujur, sebab semuanya tempatan. Drebar teksi di Brunei ni ndak da yang dari luar."

Choiii sangat! Aku baru disedut baiiiiik punya oleh Pak Haji wahai pakcik sekalian. Warga tempatan lah tu. Jujur sangat! Tapi aku malas berhujah panjang lebar, lepas berbasabasi aku terus tarik Yuni. Tawaf masjid lagi best.

Dataran depan masjid. Ada satu padang besar kena lintas before sampai masjid. 


Yayasan Sultan Bolkiah is just across the street from the mosque. Bangunan tu sebenarnya kompleks mall. Bahagian depan kompleks ni facing the famous Kampung Ayer. 
Sebab sudah malam & kami pun sudah kenyang, jadi aku ndak plan untuk singgah mall tu. Aku tengok si Yuni pun jalan lain macam sudah. Sakit kaki kali.
Bahagian tepi masjid ni ialah tempat wudhu.
Finally, I managed to take picture of this ceremonial barge.
Dome itu bersalut emas tulen. Sungguh.

Habis tawaf...kami jalan balik hotel. Sesat kejap sebab si Yuni suddenly jadi yakin jalan untuk balik hotel. Aku ni malas argue so ikut jak lah walau aku tau jalan tu sebenarnya menyimpang jauh. Kami ikut different street siap limpas depan balai polis & ended up di Tamu Selera tu juga. Minah tu jadi serba salah. Aku pun cakap ndak payah risau sebab sudah tau mana balai polis. Apa2 hal boleh patah balik sana & minta abang polis tunjuk arah. Mampu? Tripping poyo sangat kau Bie.
One of the building along Stoney Street. Kagum tengok bahasa jawi diguna secara berleluasa di sana. Si Aima sudah awal2 kestau aku pasal ni, take note of the Jawi she told me.
Masa sudah di seberang jalan Tamu Selera, I saw the Radisson Hotel. Actually on the way dari ferry terminal tu, aku sudah awal2 marked few landmarks heading to our hotel. Radisson Hotel is one of them. Junction depan Radisson will lead us to our hotel. Selamat si Err masih mampu mengingat di malam hari.
Jumpa sungai si John a.k.a Kaki Berangan. Motif sangat.
DJ! Ni lah hotel aku duduk sepanjang kat Brunei. Review nanti aku buat entry khas ye.
Upon entering the hotel...
"Miss, regarding the taxi fare just now. I am sorry to inform that the management cannot compensate ur loss with cash but instead my manager offers to upgrade ur room."

Sebenarnya aku sudah lupa pasal taxi fare dari terminal ferry tu. Sebab sudah terlayan perasaan dapat tengok masjid yang aku mau sangat jejak. In fact, aku memang sudah jangka pun ndak kan gila hotel tu mau refund duit aku. So aku pun iya kan jaklah. 

"U are upgraded to the junior suite. This is your room's card."

Wei biar betik! Dari standard room tu; bilik paling kecil & murah. Aku ni ingat bila dia cakap upgrade, memang terfikir deluxe jak. Junior suite kau. Yang kedua termahal after the executive suite. Rezeki jangan ditolak. Walau cuma untuk semalam. 
Sneak peek of the Junior Suite. A one-bedroom suite complete with living area, dining area & kitchen. Spacious gila walhal yang duduk hanya dua orang. Pula tu cumalah untuk 1 malam. As I said, rezeki!
Masuk bilik dengan perasaan berbunga. Wanginya 'rumah'. Tapi ndak lama perasaan bunga2 tu, sebab babak drama terakhir terjadi. Aku ingatkan sudah dapat upgrade bilik, selesai drama swasta. Rupanya ada penutup juga untuk malam tu.

Alkisah, aku terlupa ambil kad yang ada password wifi dari receptionist tu. Tapi aku super malas untuk turun sebab aku sudah tukar baju. Satu kerja untuk pakai tudung balik. TAPI aku perlu online untuk update Bunda. Yuni offered untuk turun since minah tu masih lengkap bertudung. 

Aku pun belek2 gambar while waiting for her to come back. Mula mau mandi tapi takut nanti kalau dia tekan bell aku ndak dengar. After 20 minutes, aku baru perasan eh macam lama jak minah ni. Then I waited for another 10 minutes. Still no sign of her. Aku buka pintu, kot dia ndak tau tekan bell kan. Nan hado. Mula la aku fikir minah tu kena culik. I went down to the receptionist & terjumpa driver handsome (?!?) yang hantar kami earlier that evening. And he said it's been a while since Yuni went up. Gila! Mana pula minah ni.

Then aku teringat, masa masuk lift tadi I saw the lift stopped at Level 2. Our room is at Level 1; nombor 105. Boleh faham kan di mana hilangnya Yuni? Yes, dia naik pi Level 2. Depan bilik 205 tu dia mengetuk & tekan bell macam orang gila. Sambil panggil nama aku. Matilah kejadian! Lucky enough bilik tu kosong. Kalau berpenghuni or berhantu? Aku yang mula tu sudah rasa darah naik pi kepala, ndak jadi marah. Kenapa perlu copy bingai kakak wahai Yuni?! Cukup lah kakak sorang jak cipta drama sebabak di Brunei. Kau jadi penonton jak sudahlah.

Dapat jak online, berduyun whatsapp messages masuk. Mostly from Bunda. Punya risau beliau tu sama kejadian aku di bumi Brunei. Selama aku travel, ndak pernah dapat message super banyak & berjela gitu dari dia ah. Seminggu aku di Korea...cumalah sekali dua dia hantar message in a day. Terharu ok, Bunda risau anakonda sesat di Brunei. Although according to her we speak the same language. Sob.

Since ada tv, aku pun layan Kdrama before sailing to dreamland that night. Kdrama juga yang aku bantai, ndak kira tempat! Tidur lewat juga malam tu sebab selain melayan drama, aku bercurhat sama si Aima pasal segala drama yang jadi ever since aku jejak Brunei. Dia pun antara orang yang risau kejadian aku di sana.

Lawak gila bila ingat. Kenapa masa aku jalan tempat lain ndak da yang risau begitu sekali. Smirk.

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , ,

24 hollered!:

N.Aima K said...

aku sudah whatsapp kau tp aku mau mesej lagi sini..

kahkahkah kasian yuni.. kenapa nada gambar yuni ? aku nda dpt imagine la ribut2 si yuni siring jalan besar risau macam2.. mcm sama ja tau gaya aku sama c yuni tu huk huk huk

BIBIE KARIM said...

Yuni bertebiat mau diambil gambar tapi malu knun. Punca aku seteghes juga tu. Haha. Ribut gila bah dia. Dengan jalan enjot2 sakit kaki ah dia. Paling aku hangin bila dia suka berpaut tangan, rimas nya aku berjalan. Kesian ba balik2 dimarah ni matilah kejam.

Kau kalau berpaut pun memang kena sama aku, confirm.

Farikica said...

cantik masjidnyerr... saya x pernah sampai ke brunei lagi..wpon dekat aje...hihihi... kalu Bibie lagikler dekatnyer kan...? sekangkang kera aje..he..he..

DJ said...

Wah best tu dpt upgrade.aku xjupe hotel nu dlm agoda.myb dh pnuh kot masa tarikh aku tu...sbb tu x appear...tp dlm drama ko tetapp dpt pi masjid tu.rezeki....hehe xsbr aku nkpi situ gk.hehe

BIBIE KARIM said...

Yang ni masjid tempat Sultan Bolkiah nikah, its his fathers. Kalau yang masjid Sultan punya lagi triple lawa. Triple besar. Triple beremas2.

Memang sekangkang kera je, tapi tulah masa nak gi kalut mengalahkan macam nak gi Russia. Haha.

BIBIE KARIM said...

Xdisangka kan. Rezeki katanye. Sebab xdan naik upgrade gi Osaka aritu kan hahaha. Rasanya dah penuh kot. Ko gi bulan baper. Hotel ni baru tapi review kat agoda memang terbaek ah. Confirmed by yours truly as well. Gitu speaking terus.

Haaaa memang aku rasa memang Allah nak tujukan aku kat masjid tu supaya stop sumpah Pak Haji dalam hati. Sob.

Mie said...

Caringnya bunda Bie..

Wah Bie punya bebel dah menghampiri taraf Kak Kiah...kihkih...

BIBIE KARIM said...

Hihi caring sebab dia tengok anakonda sorang ni kalut semacam sebelum nak gi. Berjela2 lak tu dia tanya. Selalu travel xpernah dia concern macam tu hahaha.

Dah menghampiri ke. Sibaik xdapat travel partners macam Kak Kiah, kalau x memang dah sama taraf agaknye.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam ukhuwan Bibie,

Tersenyum akak baca entri bibie ni penuh dengan kekalutan ye.. bila camni teringat akak masa anak dara dulu .. selalu jalan berdua dengan .. lepas tu main roger jer.. akak pergi Brunei ni tahun 1999 dulu.. dah berapa lama kan...

Akak follow #98 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

BIBIE KARIM said...

Salam kembali Kak Yati,

Banyak sangat drama & kalut masa gi aritu. Sampai skg rasa ralat sikit nak repeat visit haha. Wah akak gi dah lama, saya sekolah lagi 1999 tu.

Thanks sudi follow.

Jari Manis said...

Ahahaha bie! Bie! Jm kesian sama ko x habis2 dgn drsma tp best jgk. Yuni oh yuni mcm mana ko boleh salah bilik nih sih niat mau tolong udah cukup baik tp bingai lah pylak ahahaha. alamak x suka berpaut ek, Jm lak klau ada 'partner' nanti mesti nk paut je tp tulah kan klau sama pompuan ni mesti rimas ek

Cheq Sue said...

Bie... kalo baca ko punya cerita.. mmg senyum + gelak sendiri... he he he

BIBIE KARIM said...

Hihi drama perlu dalam hidup, barulah best JM. Yuni buat lawak tengah malam, xpuas hati asyik dia je jadi penonton drama Bb tu yang dia pun nak ada watak gak. Memang xsuka berpaut ngan perempuan tapi dulu ok je kot jalan berpaut ngan girlfriends. Haha.

BIBIE KARIM said...

Cerita dari hati gitu. Punyala payah nak habiskan cerita Brunei ni. Peginya cuma 2 hari je. Poyo je banyak.

Miss Nazla said...

Haha kami yang baca pun seteghesss! Hebat Yuni sbb gigih tekan bell dan pekikkan nama lebih dari 2-3 kali. Tidur mati agaknya dia fikir. Mohon buat review tentang hotel tu nanti ye :)

Jea Mohamad said...

sengal kuasa dua yuni tu..hahaha

mrs.smile said...

tersenyum mrs baca entry nie...drama sebabak ke ada sambungan lagi pasni?
haruslah yani pun nak berdrama gak, baru lebih bombastik heeeeehee

Time Traveller said...

Hahahaa.. boleh tahan sesat menapak jauh pastu.. balik hotel si yun pulakk hilang mncari di tempay lain hahahaa.. boleh tahan kejadian di bsb.. nasib la otak cepa buat reculculation :D

BIBIE KARIM said...

Sibaik suara Yuni tu sangat lembut gemalai so xde lah macam kejutan letrik guests lain masa dia memekik tu. Insha Allah, akan buat review nanti.

BIBIE KARIM said...

Hahaha nak curi watak utama, since pagi dia penat tengok aku bawa karakter kot. Drama sungguh.

BIBIE KARIM said...

Ada sambungan lagi MS. Pagi esok nye pun dia dah jadi sengal dulu. Sebok nak masuk drama juga kan dia. Hahaha bila ingat balik memang kelakar gila.

BIBIE KARIM said...

Sibaik jumpa gak masjid yang memang nak gi tu. Menapak jauh xde hal sangat tapi sebab si Yuni jalan pun dah macam senget sebelah. Sakit kaki ikut saya menapak hahaha. Banyak kenangan gak Brunei ni, tapi still belum terbuka hati untuk repeat. Maybe nextime.

Jea Mohamad said...

Brunei malam2 pukul 9 pun dah takde org kat town. Aku penah menapak balik sensorang (tapi tak sesat la..hehe) pastu yg ada menapak bersama aku adalah couple pinoy. Dorg pun jalan cepat2, tapi aku lenggang kangkung je. Pastu kena la honk keta jugak sekali sekala.

BIBIE KARIM said...

Nak kena cakap juga ko xsesat eh. Sepak kang hahaha. Aku rasa kat sana memang budaya diorang xjalan malam. Sebab masa kitorang tu, pun kena honk gak. Pastu yang berjalan kaki cumalah kami berdua. Ada 2 orang mat salleh b4 tu tapi nengok gaya macam baru habis jogging. Malam2 memeluhkan diri gitu.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑