11 May 2014

Wonderful May: Drama April Brunei

Assalamualaikum.

Patut harini (10 May 2014) cuma badan di cafe, tapi jiwa sudah terbang nun jauh di kaki Gunung Kinabalu. Ceh ayat! Alkisah, aku plan kerja cuma half day, tunjuk muka sama pekerja terchenta...pastu tenghari nanti terus zoom pi Ranau. Sekalinya Angah's flight from Kolumpor delayed. She was supposed to arrived around 10-ish. Then flight delayed to 11am. Pastu ndak lama dia message balik, delayed lagi to 1230pm. Bertabahlah ah since pagi di KLIA

Aku suruh dia pi KLIA2. Baca twit orang sana banyak kedai best so aku suggest tengok airport & cuci mata. Free jak aku kena marah.

"Buat apa mau shopping lagi. Angah ni mau cepat sampai KK. Bertuah betul MAS ni."
"Eh, I thought u said MAS much more than AA. No delay2."

Kikikikik saja simbah minyak di api kan! Tulah mana airlines pun sama. Semua akan ada pros & cons. Jangan salahkan airlines, senang cerita salahkan attitude orang yang bekerja tu. 

So memandangkan lama lagi aku stay di cafe ni, baguslah aku mengarang. Sebelum mood Rajin lesap di telan kabus pagi. 

Ini sambungan dari kisah Drama April Chapter I (here). 

***************************************************
Ok aku nampak Pak Haji dua orang lepak dekat taxi stand. So aku pun approached. Niat di hati adalah untuk pinjam phone...mau call hotel tanya where the concierge is. Manatau diorang lupa kan.

"Assalamualaikum. Pak Haji, hotel kami tinggal janji mau datang ambil. Mau call diorang tapi public phone ndak boleh diguna. Jadi ingat kalau boleh pinjam handphone Pak Haji. Phone kami ndak da line sini."

"Waalaikumusalam. Aik, hotel janji mau ambil? Nah pukul berapa sudah ni. Memang ndak datang lah tu. Kau tengok malam sudah ni. Naik jak teksi. Nanti kalau lambat kau naik, tambang jadi double lepas jam 6pm."

"Ya betul tu. Ndak guna sudah tu mau ditalipon hotel. Memang ndak lah tu mengambil. Sudah kah kamu bayar?"

"Sudah bayar hotel tapi diorang mengambil tu free. Ada juga diorang email, janji mengambil." 

"Nah, lagi kalau free. Kalau betul diorang mau ambil, datang sudah di sini. Ada sudah diorang. Ni kau tengok, manakan ada."

Terus aku rasa macam, aik kenapa aku macam dimanipulate ni. Apa game Pak Haji berdua mainkan ni? Bukan tadi aku mau pinjam phone jak ka. Dalam aku berfikir cara mau sampai hotel...

"Apakan urusan datang sini? Pertama kali ka?"
"Au, baru ni pertama kali. Ani, mau mengurus cop pasport pekerja. Visa untuk dapat permit kerja. Esoklah baru boleh ke Embassy."

Ntah bila ah aku ni pandai ber-au, ber-ani. Tu jaklah Melayu Brunei yang aku tau. Thanks to Mr Bestie yang menjawab aku dalam slang Brunei sometimes. 

"Nah ngam lah atu. Kau naik teksi pakcik sampai ke hotel. BND 40. Esok pakcik ambil kamu di hotel, bawa pi Embassy. Nanti pakcik tolong kamu urus semua. Isi borang. Ramai tu nanti di sana; berebut. Jadi, pakcik tolong sekali masuk suruh pegawai mengasi siap cepat. Kalau ndak da dikenal orang dalam tu, lambat nanti diurus. Kami ni biasa sudah menolong orang pi sana."

Aku diam. Prior coming to this country, aku ada baca blog satu mamat Omputih ni. He wrote that taxi driver di terminal tu memang ramai menipu. Tapi no choice sebab bas memang saaaaaaaaaangat jarang or kadang tu memang ndak da langsung. 

So, aku berfikir lagi. Sampai kering otak aku sebab terlampau berfikir. Adoiyai! Part beginilah aku malas; cepat rimas. Sudahlah panas, lapar. Kenapakah begini keadaan public transportation di sini?! 

Makin gelap sudah ni. I don't even know which part of Brunei I was. I decided to wait a bit more. Dalam 10 minit gitu. 

"Naik lah nak. Jammed tu kawasan bandar. Mana hotel kau tinggal tu."

"Belakang Pusat Belia." Seriously masa tu aku malas mau mentioned nama hotel. 

"Nah sana lagi tu jammed budak balik sekolah. Dekat atu sama Chung Hwa. Bah naik lah kau. Kelambatan kita nanti."

Eh tiba2 aku sudah dalam perut teksi. Then Pak Haji kestau kawasan tu memang jarang ada teksi. In fact, public transports di sana memang kureng.

"Sini kereta murah. Semua pun berkarita. Ndak da yang naik bas atau teksi."

Sah! Next time mau turun Brunei, sila kan drive jak dari KK. Ndak pun rent-a-car. Masak ok kalau naik teksi memanjang. Murah ndak apa. On the way tu aku sibuk snap signboards, jalan raya, sunset. And ntah apa lagi. 

Sambil aku paksa otak bekerja extra keras. Esok macam mana ni urusan. Betul ka susah macam Pak Haji cakap. Matilah! Macam mana tranport dari hotel p Embassy. Semualah all in aku suruh otak ni cari solution. 

Ndak apa, tomorrow punya cerita u can continue at the hotel. Most important now is to arrive at the hotel; safely. Gitu otak aku bagi arahan. Aku pun ligat juga atur ayat untuk membambu orang di hotel once sampai. 

"Di mana janji setia kamu to pick us up? Di manaaaaaaaaaaa?? Sampai aku terpaksa naik teksi. Tambang lagi bukan alang2 mahal. Kalau convert; RM 104.00 ok! Kalah lagi ambil teksi from KLIA to KL." gitu aku menggetus dalam hati.

"Bah urusan esok beginilah. Pakcik ndak minta banyak. Tolong kamu urus semua, isi borang...hantar pi Embassy, ambil kamu dari sana, terus ke terminal. Kita sesama Islam ni, tolong menolong la. Pakcik minta BND 120 jak."

Apa Pak Haji? BND 120 jak?? JAK?!?? Automatically mata aku jadi bulat macam bola! Mata hati? Gelap gelita. Tolong urus, tolong hantar, tolong ambil. Gila ka apa sampai macam tu dia charge! Ndak boleh jadi. Aku kena minta discount. Duit aku bawa bukan banyak. Lagipun BND 120 is too much lah. 

One hour later, we arrived at the hotel. Ok boleh terima tambang mahal sebab it was quite a distant jugalah. I was about to opened my mouth to start negotiating, sekali Pak Haji bersuara.

"Ndak apalah. Kita sesama Islam, tolong. Kau kasi BND 80 jaklah. Kasi habis semua urusan."

Pak Haji kasi kurang sampai BND 40?! Tapi!! Jap, jap. Kenapa perlu ulang2 statement "Kita sesama Islam...". Kau sudah terang2 mau menyedut aku, boleh ah dilontar ayat tu sampai 2x. 

"Bah ginilah Pak Haji, esok datang jak ambil kami sini. Ndak kami menipu, sesama Islam kan kita."


Aku emphasize ayat SESAMA ISLAM yang dia ulang2 tu. Then masa bayar tu, aku hulur not BND 100. He refused to give back the balance. Kunun as assurance a.k.a deposit for tomorrow. Fine, benda gini kalau jadi aku memang boleh jadi hilang sabar. Sikit mau cecah boiling point ah. So I told him, that's the only money I have. Dinner nanti mau bayar pakai apa if I paid him in advance. 


"Ok Pakcik percaya jak kamu ni. Sesama Islam, jangan menipu ah. Awal ni pakcik sampai esok."


"Ya Pak Haji. Biar kami breakfast dulu sebelum jalan ah."


I went out from the taxi holding firmly balance tambang tadi. BND 60 tu! Gila Pak Haji ni minta deposit bagai. Resit untuk tambang BND 40 tu pun dia ndak bagi. Aku mau claim sama hotel ni. 


"Esok pagi Pakcik kasi." pffftttttt!


Now, tiba masa untuk bambu staff hotel. Melayang sudah duit bayar teksi. Lari budget ok, lari ke laut!


"Hello. Welcome Miss." 


"Assalamualaikum. Ya, hello. Bla bla bla bla bla and I have to pay for the taxi fare some more." Gitu aku demand jawapan. Non stop! Ndak da noktah. Tapi tone sekata, ndak mau nampak bangang sangat berteriak macam langsuir hilang gigi. Explanation pihak sana kena dengar sebelum completely tukar jadi naga. Sila jangan tunjuk busuk diri di tempat orang Bie! 


Then, she asked me to wait while she calls the driver. 


Lady front desk ni bukan local. She doesn't speak Malay. At all! Maka terpaksalah aku goreng! Sudahlah bahasa ke longkang, ohmyenglish gila!


"The driver left the hotel at 5pm. There was a traffic jammed on the way to the terminal. So he arrived a little bit late. Erm, he was late for an hour from the time promised actually. He said there was only 1 man; a taxi driver at the terminal when he arrived. But the taxi driver said he saw no one waiting for hotel pick up after the last ferry arrival. We truly apologized for this matter. As for the taxi fare that u've paid, I will get to my manager. For the time being, u can check in to ur room first."


Immediately hati aku jadi sejuk. Sebab? That lady jawab dengan bersantun sekali. Siap senyum. Oh jiwa ku lentur. Pastu aku pula jadi guilty sama driver tu. Eh, kenapa ndak tunggu lama sikit Bie? Kan sudah melayang duit membayar teksi. 


TAPI? Kenapa Pak Haji lagi sorang tu kestau dia ndak nampak anyone yang tunggu di terminal? Habis, yang dia kelentong ketuk habis2an tadi tu siapa? Pocong? Penanggal? Ugh! Masa ni bermula lah aku jadi penyoal tegar.

"Bukan negara ni paling ketat praktis Islamic laws ka? Kan baru ni Sultan diorang sudah umum akan laksana hukum hudud. Jadi kenapa wujud penipu ni? Ndak takut kah kena hukuman. Ndak malu?"


Ndak habis2 aku bersoal jawab. Masa mandi pun masih bertanya yet still no answer. Sudah refreshed, otak tiba2 jadi bijak bestari. 


"Bie, penipu exist anywhere in this planet. Blame not the country. Yang mahu implement that law is the Sultan; Head of the Country. Rakyat may be accepting what the Sultan said, but tu belum jamin tiada yang akan memesongkan diri. Please just question or condemn the act, the attitude. Tapi jangan hukum negara tu. The country absolutely has no fault."


Gitu bermuhasabah diri. Lepas mandi, duduk dengan tenang...barulah lurus fikiran aku. No more rimas, no more anger. Tapi, lapar! Apa pun mau jadi, yang penting kena makan. Ndak boleh berfikir tenang kalau perut sibuk berdangdut. So, lepas bersiap kami turun.


Punyalah baik staffs hotel tu. Aku cuma tanya the nearest tempat makan. Cadangnya aku mau superwalkertapaki jak. Boleh sambil2 cuci mata & ambil angin malam. Kan menyelam sambil minum air kenalah berjalan baru boleh nampak macamana Bandar Seri Begawan ni.


"Ndak apa Miss. Kami hantar jak dulu, Miss tengok macam mana jauh ka ndak. Kalau rasa mau balik sendiri, ok. Kalau rasa mau kita ambil nanti, inform jak sama driver agak jam berapa minta dijemput ya."


Aku kestau juga mau tengok keliling bandar, and other attractions dekat hotel. Masa booking hotel, haruslah aku buat homework juga. Like I always do. Apa benda boleh ditengok, apa boleh dibuat. And aku memang plan mau jejak kaki to either one of the two famous mosques in Brunei. Dalam map, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang paling dekat. 


According to Pak Haji *sneeze* 

"Aduh jauh gila ni hotel kamu pilih dari tempat mau dilawat di Brunei. Mau kena naik teksi juga."

So before jalan pi dinner tu, I asked one of the hotel staff.


"Jauh juga tu Miss mau jalan kaki. Mau kasi tunjuk jalan macam susah dicakap. Ndak pun, minta tolong jak lah driver hantar."


Oh that is a BIG NO NO for an answer. Unacceptable! Tercabar si Err. Knuns! Try me! Aku pernah jalan kaki lebih dari satu jam. Ceh riak tapi tu cumalah suara dalam hati jak. 


"Ndak apa. Hantar jak kami pi Tamu Selera tu. Mau isi perut dulu barulah dapat berfikir."


And kami pun naik van hotel. Driver hantar sampai depan Tamu Selera. Dari hotel cumalah less than 10 minutes drive! Malu gila sama driver. Sudahlah driver super handsome hoiiii! Motif??! Kaitan?!?


Dinner adalah yummy...pastu tiba masa untuk ukur jalan Bandar Seri Begawan (BSB a.k.a Backstreet Boys?!). 


How did we spent our first night in BSB? That I will continue in my next entry. Terlampau panjang sudah drama chapter II ni. Wassalam.


eryantierdabdulkarim

Categories: , , ,

19 hollered!:

DJ said...

apa nama hotel ko duk ni?ok ke rate dia?

manusia ni rambut je sama hitam, hati lain2 bah...sabo je la pak aji oi.....

syieda said...

Giler drama ko ni! Benci pak cik yg ambik Kesempatan tu. Hudud kan aje dia!

Cheq Sue said...

Bie, kalau saya la sensorang, dah mati kutu agaknya...

BIBIE KARIM said...

Boleh x buat teka teki saje nak rahsiakan nama hotel. Nanti aku reveal. Bahahaha.

Pak Haji rambut putih sikit dah. Tu kot jadi gitu. Ampun kepada sesape yang dah beruban.

BIBIE KARIM said...

Drama sebab Pak Haji lah weii.

BIBIE KARIM said...

Sikit lagi nak pengsan. Tapi bak kata Bunda, we speak the same language. Hahaha motif sangat dia perli sampai ke bahasa.

HaFizaH aYu said...

Kdg2 geram jgk pakcik2 teksi yg suka amik ksmpatan n pndai manipulate..sabar yer sis

BIBIE KARIM said...

Tula pasal. Kat KL selalu je kena tapi serius xsangka kat sana pun kena gak. Sebab yelah...sila tahu ayat seterusnya. Haha.

Mie said...

Hangin satu badan kan Bie kalau kena situasi macam ni...

BIBIE KARIM said...

Betul. Hangin gila rasa nak menjerit.

Nak tunjuk marah tapi takut lak, kang Pak Haji turunkan kat memana. Xke naya kena cari jalan sendiri nak gi hotel. Tu yang duk diam2, sampai hotel baru nak nego bagai.

Jari Manis said...

Bie.....ahaha..ko tahu ..JM baca perbualan ko ngan Pak Haji tu satu persatu....bahasa Sabah bah..susah sikit mau paham..tapi best perbualan tu...mau pinjam phone tapi byk pulak soal
Asyik sebut sesama islam jak pak cik ni..statement maut tu
Then Bie..ko bayar BND100 tu dia tak kasi resit..then kalau esok dia tak datang camner..waduh..JM lak yg resah neh

BIBIE KARIM said...

Hihi kang kalau explain bahasa lain, tunggang langgang cerita. Lagi orang xfaham. Macam Bb cakap semalam ah. Failed bab explain ni.

Statement xboleh blah kan. Dah lah jadi penyedut.

Xbayar pun deposit dia minta tu. Bb cakap nak guna untuk dinner sebab memang xbawa duit lebih. Seriau nak bayar deposit kalau dah tengok gaya cenggitu.

N.Aima K said...

entri ko panjang??? aku baru mau skroll abis sudah..haish.. pacik o pacik smp bila-bila aku ingat ni wpun nda nampak muka aa err

BIBIE KARIM said...

Panjang ok, pening sudah aku mau mengarang hahaha. Aku ndak kan lupa muka Pak Haji tu. Kalau aku pi sana lagi memang aku boleh cam.

nana tron said...

"uishh mahalnya pak aji oi!! ni bkn tolong namanya pak aji....ni harga lintah darat" - aku jeling maut sama dia..

kalau aku lar... =)

BIBIE KARIM said...

Nak aku luahkan ayat itu, tapi risau aku dibuang ke tengah hutan. Gitu imaginasi. Next entry Drama April, akan ku kupas bingai aku. Haha mengaku sendiri ni. Lol.

scdhasein said...

Bas di Brunei memang ada tapi boleh dikira dengan jari... He He He... Sewa kancil je la... Murah... Minyak pon bape sen aje...

BIBIE KARIM said...

Ada kat bandar tapi ya Allah selama 3 hari kat sana, adalah kot 2-3biji aku nampak. Urusan kekonon cuma 2 days je. Tu yang malas nak sewa keta, xsangka lak pak Haji teksi sedut baik.

Armand Zaki said...

sesiapa yg dtg brunei frm labuan, jgn naik taxi/'private' taxi kat terminal, hampir semuanya mcm tu, mnta tolong kat staff or security kat terminal, ckp taxi mahal n u only have limited budget, kalau yg dh book hotel n asked for hotel for pickup, boleh suruh staff/security kat situ tunggu sampai driver sampai, diaorg akan tolong, org brunei pun tahu akan tabiat driver taxi disana, kami org brunei pun malu banyak tourist complain, pls spread this info if there's anyone u know coming to brunei via labuan, hope this help...

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑