17 December 2014

Wonderful Dec - Drama April Brunei IV

Assalamualaikum

Sambungan dari sini.

29 April 2014

Final day in Brunei. According to my plan, katanya! Tapi? Semua memang ke laut. Planning hancur musnah binasa.

Aku & Yuni sampai hotel at around 1245pm. Pastu lepak jap di lobi hotel, siap check out ok! Tepat jam 1pm kami gerak pi airport.
# Bahasa, jiwa bangsa! DST stands for?
# Hantar guests from Japan. Flight diorang kul 3pm. 

We left the airport at around 130pm. According to my verbal agreement with the driver, he was supposed to take us back to Malaysian Embassy after sending the Japanese couple to the airport. And from there he will then send us to Muara Terminal where we will board the ferry back to Labuan FT.

BUT suddenly there was a slight change to the initial plan. Slight for them, yet rather great change for Yuni & I. Turned out pihak hotel sudah janji to pick up a Malaysian couple from the ferry terminal at 2pm. Sebab ndak mau guest tunggu lama di terminal, they decided to pick the guest first. Kiranya plan driver tu macam ni.
  1. Airport - Send the Japanese couple
  2. Muara Ferry Terminal - Pick up the Malaysian couple
  3. Malaysian Embassy (ME) - Collect Yuni's passport 
  4. Muara Ferry Terminal - Send us for the last ferry to Labuan FT
Masalah timbul bila kami TERPAKSA tunggu Malaysian couple tu for an hour! Diorang muncul depan arrival hall around ~330pm! Bayangkan journey from the terminal to ME will take approximately an hour. Driver punya gigih ikut short cut bagai & sampai ME 430pm. Aku memang sudah tidak sempat ambil passport sebab collection counter opens until 4pm jak. Nasiblah Pak Guard kenal aku. Berkat bagi salam sama dia awal pagi tu, siap aku hadiah senyum lebar lagi. Terus Pak Guard ambil resit dari tangan aku & berlari masuk bangunan ME. Dia suruh aku tunggu jak di pondok. Not long after, dia muncul sambil pegang passport Yuni. Ya Allah, sangat bersyukur! Rasa mau peluk Pak Guard. At last jumpa orang baik di Brunei!! 

Then time untuk pecut balik semula pi Muara. Yang ni memang aku 100% confident that we won't make it on time. Last ferry to Labuan will depart at 445pm. Kena masuk boarding hall 30 mins prior boarding. Tekaan benar belaka bila sampai terminal, satu manusia pun tiada di area boarding. Kosong! 
# Empty counters! Luckily I didn't purchased the last ferry ticket to Labuan FT. Else memang nangis darah lagi lah sebab burn macam tu jak.
TAPI! Aku gigih juga lari keluar dari van & pecut pi kaunter. Pastu terjumpa Abang yang jual tiket feri Suria. Dia baru mau keluar dari belakang kaunter. Sekali soalan bonus aku dia jawab dengan muka bengis.

"Kan sudah dikestau tadi. Last ferry jam 445 petang. Yang kamu sampai ni sudah jam berapa? Ingat ferry tu cuma mau tunggu kamu saja kah?"

Ha!!! Sentap? Sentap lah saturang sana. Tiada siapa layan. Tiada siapa peduli pun. Mengamuk? Amuk lah sama Malaysian couple tu. Amuk lah sama driver yang super bijak tunggang-langgangkan plan asal. Semua tidak akan dapat ubah hakikat yang kau ndak dapat naik ferry balik Labuan Bie! Rasa mau nangis hentak kaki tumbuk cermin depan kaunter tu. Burn flight ticket Labuan-KK! 

Telan liur pun rasa macam telan paku masa tu. I tried so hard to calm myself. Then the driver came near me. Minta maaf banyak kali. Huwaa! Mau marah pun tiada guna. Lagi kasi kelam kabut keadaan ada kalau aku buat scene kan. So aku pun balik pi van. Pasrah! Sambil dalam hati ligat kira balance duit Brunei yang tinggal. Sudahlah 'duit pelestik' aku tinggal di KK. Huwaa lagi sekali. 

Sampai di van...Abang Malaysia a.k.a si Bingai perli aku.

"Dapat ke naik feri nye? Dah tau xsempat, lagi nak bergegas gi sini. Aku ni dah lah lapar."

Nasiblah badan kau ala sado Pakcik oii! Kalau ndak memang aku lepas jak marah sama kau. Bikin panas ok! Kau pun antara sebab aku terlepas segala macam hal hari ni. Lain kali inform betul waktu kau sampai. Ndak lah buat orang tukar jadual abruptly. Bingai kuasa kuda betul! 

On the way back to the town, aku plan untuk minta drop pi airport jak. Last resort, naik flight. The night before aku sudah tengok, fare for us both baru $100. Mahal memang mahal tapi at that moment, tu jaklah aku dapat fikir. Boleh suruh Bunda belikan ticket from KK. Flight pun landing di KK. Sekali baru mau bagitau driver plan aku...si Bingai bersuara.

"Hantar kitorang terus gi hotel. Aku dah letih ni. Apa rancangan budak berdua ni, buat lepas aku dah selamat sampai hotel."

Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus. And his wife tried to say sorry to me. Dia mau hulur keropok sama aku, sekali si Bingai tarik tangan wife dia & geleng dengan garang! Like, are you for real?? Taulah duit aku tinggal sikit tapi aku ndak kebulur keropok kau tu! I guess he didn't know I noticed what he did to his wife. Sebab masa aku pusing untuk cakap 'Takpe, terima kasih'...he smiled at me. Senyum sumbing lah tapi. Masa ni lah sesi balas dendam. Aku jeling baik punya. Terus aku pandang depan, ndak toleh kiri kanan lagi sepanjang perjalanan balik hotel. Sebalnya hati jumpa orang senegara yang sombong vangang macam tu! Sakit hati! 

Sampai hotel, hati aku sudah sejuk sikit. Otak aku penat sangat dari pagi dipaksa bekerja under tekanan. Ayat super poyo ok! Ndak jadi lah naik flight sebab memang ndak kan sempat sampai airport pun. Traffic jammed!

Masuk lobi hotel, terus curhat sama receptionist. Kau mampu curhat sama concierge hotel? Sekali Abang Handsome bagitau kalau aku mau stay semalam lagi, pihak hotel bagi half price jak. Sebab half of the reason why aku ndak dapat balik pun atas kesalahan diorang juga. Kata Abang Handsome lah, gigih explain sama aku.

"But u won't get the suite. Just a standard room."

Ya Allah! Ndak payah lah bagi suite room oii. Dalam aku ketidakcukupan duit ni, kau kasi single room pun aku sudah cukup bersyukur. Yuni tidur bawah. Kejam kan! Eh, tapi kami dapat room with queen bed ok! 

Phew! Aku rasa paling lega tahap tidak dapat diungkap dengan kata2 bila jumpa katil! Betapa sakitnya otak! Sebab sudah rasa rimas gila, aku terus mandi. Memang rasa segar bugar lepas tu. Then masa untuk isi perut. Macam mana stress pun otak, perut kena diutamakan. Sebab bila gastrik datang, otak akan jadi lagi parah! Ndak pasal2 jak semua akan jadi lagi haru biru. Kami minta driver hotel hantar pi mall. Yes, kembali ke Yayasan Sultanah Bolkiah. Mari kita abai kisah kena marah pagi tu. Gara2 bergambar dalam mall, terus jadi bahan tontonan rakyat jelata. Sobs.

Tujuan utama untuk makan. And tukar duit. Nasiblah si Err bijak bestari bawa extra RM. Tapi malang seribu kali malang. Money changer tutup awal malam tu. Malas fikir banyak, aku terus naik pi food court. Nasib lah perut aku ni universal. Boleh terima any type of food. Except durian! Sekian.
# Ndak payahlah misi JJCM time duit sudah separuh nafas. Makan apa jak ada di food court ni.
# Tom yum Siam katanya. Taste not bad lah. Or sebab aku lapar so semua pun lepas jak di tekak.
Lepas dinner, singgah Guardian beli berus gigi. Sebab aku sudah buang yang semalam punya, kan aku yakin dengan jayanya akan sampai KK malam tu. Sobs. Kira duit, memang sah ndak cukup untuk bayar hotel pagi esok. Nangis lagi. Balik hotel, aku akan try discuss with the receptionist. Aku ingat mau tukar duit di terminal jak esok nya, and later pass the money to the driver sebab memang driver hotel yang akan hantar kami pun. 
# Tamu Kianggeh at night
We walked along the Sungai Berangan from the town to our hotel. We didn't get the chance to visit Tamu Kianggeh during its operation hour, hence the layan feeling walk that night. Sambil clear kan serabut fikiran gara2 kejadian dari pagi. Bolehlah berdiri di seberang tamu jak. Kira aci lah juga kan. Air sungai macam tengah surut masa ni tapi sebab malam so ndak nampak bersih or tidak sungai ni.
# A Buddha Temple in the middle of the town

Agama rasmi di Brunei adalah Islam. In fact, Brunei is the only country in the world that practice the hukum hudud. Tapi hormat & toleransi diorang towards other religions; wujud. Respect them for that.

Sampai hotel terus bagitau receptionist pasal duit hotel. She said no problem! Alhamdulillah, another burden was lifted from my shoulder. Worry over the insufficient money to pay for the hotel rent? Nah! Malam tu boleh sudah tidur dengan lena. 

Alhamdulillah, despite the hustle & chaos...I managed to hold myself from venting to my anger. Masih waras. Perhaps, my travelling experience(s) have something to do with this. Suddenly jadi lebih penyabar. Despite being under pressure, aku boleh berfikir dengan tenang although sebenarnya bingai most of the times. Tapi kiranya aku boleh lah give few pats on my back kan. *senyum sambil kembangkan hidung*

Cerita esok pagi aku update next entry. Kira closure to my Brunei work-leisure trip.

eryantierdabdulkarim




Categories: , , ,

13 hollered!:

Scdha Sein said...

Eh! Dah siap airport tu... Masa aku datang tak rupa airport... Semua tutup sebab contruction..

BIBIE KARIM said...

SS: Ha dah siap. Tapi masa ni hati berdebar so aku sempat snap satu tu je. Sebab hati berdebar takut xsempat balik. Kalau tau xsempat xde susah payah aku debarkan hati.

Nina Hamdan said...

Stress juga ye kalau keadaan macam tu.. memang kena bawa bersabar

BIBIE KARIM said...

Nina: Memang banyak kali tarif nafas lah masa kat sana. Hembus pun slowly je sebab xnak marah makin menjadi. Huhu dugaan.

DJ said...

giler byk drama ko kan....mamat mangkuk tu kalo aku jadi ko, memang kenyang dia makan makian!hahaha kuang ajo...bajet hebat sgt ke ko takat pi bercuti kat brunei tu?sepuk baru tau....

BIBIE KARIM said...

DJ: Aku dah kabor memang trip ni banyak drama. Tu buat aku fikir panjang nak repeat bukan sebab aku xsuka negara ni. Memang bajet hebat. Ko xtengok muka dia masa dia geleng sungguh2 xbagi wife dia offer kopok tu. Hek eleh kan. Kopok je??? Kot lah wife dia nak offer macaroons dari Paris tu, faham lah aku.

dzuchan said...

aku yg baca ni pun rasa geram..kalau jadi kat diri sendiri, ntah apa la yang keluar dari mulut aku ni..

btw, ko tak makan durian??? rare la rakyat Malaysia tak makan durian ...haha

Nana Rjay said...

Bie, ndak abis2 drama ko ni klu pi travel, ada ja, hihihi... tapi mmg menjengkelkan sangatla lelaki tu, nasib la ko ni ada juga sabar :)

BIBIE KARIM said...

Dzuli: Kan. Aku xdapat nak berkata kasar kang dikerjakan aku kat situ. Mampuih xsempat balik KK kang. Tapi memang annoying ah. Muka kalau hensem xpe. Eh tapi kalau hensem perangai camtu pun memang sampah gak.

Aah xmakan. Kat rumah aku semua xmakan durian. Pasal tu aku ngaku Korea tu kampong aku hahaha. Sape bawa durian masa kat asrama dulu memang awal2 lagi suruh aku keluar dorm. Hahaha.

BIBIE KARIM said...

Nana: Hahaha menceriakan waktu travel bah tulah gitu. Ada jak jadi. Bukan juga penyabar tapi aku takut bah nanti kena pukul. Siap. Haha.

Norharyani Sanusi said...

Punyalah penyabar ko bie..kalau aku mmg keluar segala caci-makian dgn abg sado ko tu.hahaha

BIBIE KARIM said...

Yanie: Bukan tu penyabar. Hahaha guna akal waras jak sebab takut kena pukul abang sado. Hahaha ni bila masa jadi abang sado aku oii.

Abdul Hadi As'ad alHaj Mohamad said...

DST tu salah satu syarikat telekomunikasi selular di Brunei. Ada 2, satu lagi b-mobile.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑