1 November 2011

Tinta Rasa

Sungguh hati aku bingung
dengan perangai setengah orang
yang hanya mahu dijaga hatinya
dibaja disiram ditatang selagi masa berputar.

Sungguh aku tidak faham
mengapa wujud racun itu.

Sungguh aku pening
walau aku sudah tidak mahu masuk campur.

Sungguh aku mahu lari
dari semua yang bikin hati aku kacau.

Sungguh aku kasihan
pada jiwa yang hanya tahu memberi luka

Namun kasihan aku lagi berat
pada jiwa yang terluka
pada jiwa yang tidak mengerti
mengapa perlu dia dilukakan.
pada jiwa yang tidak tahu
hujung pangkal cerita duka.

Iya...yang dilukai itu bersalah
sudah banyak hati juga telah dia lukai.

Namun apa hak kau untuk
menghukum dia sebegitu hina

Jangan letak khilaf seorang manusia
dengan urusan Yang Maha Esa.

Jangan bandingkan.
Jangan pernah pertikaikan.

Jangan!
Kerana kalau Dia tarik
apa yang Dia pinjam pada kau
aku khuatir kau tidak akan mampu
menanggung derita itu.

eryantierdabdulkarim


4 comments:

in THE name OF the WHO said...

Moga kita sedar kedudukan diri kita yang sebenar di DUNIA PINJAMAN ini selalu.

Unknown said...

Saya pun selalu lupa diri...and I appreciate if ada orang tolong ketuk kepala saya, kasi sedar. Every time I led astray.

in THE name OF the WHO said...

sa mo ketuk guna pokok pisang boleh?
LOL

Unknown said...

Kenapa kau xckp, batang kayu balak. LOL