23 November 2011

.......Sungguh!.....

Baris message kau aku baca
berulang kali...

Sungguh!
Berat sekali yang terhimpun di bahu kau
Aku jadi malu sama diri
yang selalu khilaf mengadu itu ini
bagai semua tidak kena di hati

Aku ralat tidak mampu menghulur bahu
mahupun telinga
di saat kau memerlukan

Namun walau sekuat mana hati terdetik
untuk bertanya ambil tahu
tidak mungkin hak itu aku peroleh
sebelum kau beri angguk tanda setuju

Sungguh!
Tidak mampu aku halang
manik jernih dari jatuh saat kau pilih aku
untuk dengar nyanyian duka
yang kau tanggung

Aku serah pendengaran ini padamu
Aku serah bahu ini jika ingin kau gayut padanya
Aku serah diri aku untuk kau peluk sekuatnya

Jika itu mampu buat kau senyum
mampu buat kau gembira
mampu buat kau kuat
dan terus mahu berjuang
menjadi serikandi di mata sendiri

Aku rela...atas tiket sebuah persahabatan! 

Kau sahabat! Mana mungkin bisa sakit itu
aku biar kau telan semua.
Tidak sekali aku biarkan.

Sungguh!
Duka hati aku melihat kau begitu
Tapi pasti jiwa yang terseksa
lagi duka dari aku!

Sabarlah sahabat...Allah sentiasa ada.
Tadah tangan jangan pernah putus berdoa
Aku pasti yang terindah telah Dia rancang untuk kau.
Semua ini singgahan nan sementara cuma.

eryantierdabdulkarim

No comments: