Showing posts with label Kyoto - Togetsukyo Bridge / Bamboo Forest. Show all posts
Showing posts with label Kyoto - Togetsukyo Bridge / Bamboo Forest. Show all posts

4 June 2014

Chasing Sakura Day 7 - Togetsukyo Bridge & Bamboo Forest, Arashiyama

Assalamualaikum. Konnichiwa.

Hari ketujuh kami di bumi Jepang. Lagi 2 hari punya cerita maka akan tamatlah entry Chasing Sakura ni. Bertema sangat. Sila rajin Bie...

In my previous post (here), aku ada tulis kami adalah sesat masuk kampung orang. Totally kenangan for us five. Bukan selalu kan given the chance untuk ada experience macam tu. Walau cumalah salah naik train, still there's lesson I learned from it. Kalau before ni peka sama information di signboards jak, after kejadian tu aku jadi extra extra peka with my surrounding. Every little things count. 

Disebabkan kejadian sesat tu, maka lebur impian untuk explore di Bamboo Forest & layan sunset di Togetsukyo Bridge. And sebab both places adalah antara highlight dalam itinerary aku, therefore kenalah pigi juga tempat ni the next day. Aku tengok itinerary kami haritu pun ndak berapa pack, memang sangat sempat untuk selit.
10 April 2014
Sparkling Dolphins Inn, Kyoto
Bangun awal supaya sempat breakfast sedap. Tu yang siap ada mushroom soup. Maggi adalah santapan berprestij kalau travel. 
Dari hostel, kami naik subway & stopped di Kyoto Station. As always, simpan anak gajah di locker room before we headed to our destination. Melunaskan frustration semalam. Ngek.

Ada kawan tanya direction to Bamboo Forest from the train station. So aku selitkan sekali lah info ni. Huraian bergambar gitu. 
Saga Arashiyama Station, Kyoto
Walk straight at pic #4 (bottom right). Until jumpa the house (refer pic below).
This house will be on the opposite road. Cross the road, turn left & walk straight. 
Turn right when u see this small shop selling variety of snacks & drinks.
p/s I forgot to snap pic of this gerai. So ini adalah gambar cilok dari blog DJ. Full credit to her. 
View rumah on the way from Saga Arashiyama Station to the Bamboo Forest.
Because it's pink, enough said.
Excited nampak bunga ni. Which aku assumed adalah wisteria. Terus verangan mau repeat Jepang semata wisteria tunnel & snow corridor. Ndak beragak kan anganan aku.
And kejadian bingai jadi lagi di awal pagi. On the way to the bamboo place, we met a group of Pinoys who were heading the same destination as ours. One of the guy told me diorang pun unsure which is the right route. So dalam berjalan tu, diorang sibuk tanya locals. Bahasa of courselah ayam & itik. 

Actually aku memang sudah yakin 100% route yang aku ambil tu akan bawa kami pi Bamboo Forest. Based on my research prior coming. And the day before tu pun aku sudah double check sama counter lady di booth yang jual day tour. Lagi triple confirmed bila map besar gajah depan train station tu tunjuk the clear route to the forest. 

Tapi aku jadi separa confident bila local cakap kena ikut jalan lagi satu. So kami pun patah balik pi Saga Arashiyama Station. But before we arrived at the station, aku bulatkan kata hati ikut jaklah map yang dalam kepala otak aku. Masa ni memang aku tunjuk degil tapi sempat doa dalam hati; janganlah sesat lagi. Group Pinoy tu gigih melambai2 panggil kami, siap kestau kami salah jalan. Aku buat macam ndak dengar. Instead of going back to the station, I took the right junction.

Seperti dijangka, 'map aku' betul. But because we took the right corner, we arrived at the junction that is nearer to Togetsukyo Bridge. Alang2 sudah dekat, we decided to go to the bridge first. Plan asal adalah Bamboo Forest ---> Tenryu-ji Temple ---> Togetsukyo Bridge. Tapi ndak apalah, memang kami sudah dalam area tu pun. Kali ni ndak risau sebab aku memang sudah familiar with the route. Berkat study guna orang kuning dalam google map berbulan before menjejak. Alhamdulillah.
Memang awal gila kami sampai. Kedai pun belum buka. 
Sinilah tempat anganan untuk layan sunset the day before...tapi rezeki nan hado so marilah puas hati dengan matahari pagi. 
Sakura-s! Menepati tema betul.
Masa ni budak lain lepak di bench near the bridge. Diorang malas sudah bersuperwalkertapaki. So aku pun jalan sendiri ke depan, explore apa yang ada di kawasan sekitar. Layan feeling gila tengok sakura berbackgroundkan sungai. 

Ikutkan hati mau jak aku bergayut & posing at each trees. Tapi bila ikutkan berat badan, niat segera dibuang ke sungai. Ada juga patah batang pokok ni ndak dapat menampung aku.
Kegiatan memetik bunga sakura untuk kasi jadi bookmark & souvenir berlaku secara berleluasa di sini. Sebab takut esok lusa ndak jumpa sudah sakura serendang ni di Kyoto & Osaka. 

Sudah puas layan sakura, aku joined diorang ni. Makaseh Ms H candid kami. 
And aktiviti memenyetkan sakura bermula. Khusyuk aku buat bisnes sendiri. Few close friends pesan bunga ni, so aku pun dengan besar hati menunaikan. Cuma si Belle punya jak aku belum pos. 

Sedang semua orang busy with their own activities, tiba2 aku dengar bunyi batu terseret. Rupanya si Tukang Ambil Gambar jatuh tergelincir di atas batuan kecil tu. Nasiblah ndak jatuh terus masuk sungai kan. Mau ketawa, aku rasa kesian tengok muka kawan tu gigih mau berdiri sambil balancekan badan. Ndak ketawa, rasa rugi sebab memang sumpah lucu. Kejam kan kawan kau ni Ms H. 
Ada hati mau merasa naik benda alah tu, tapi...macam rasa better Yen tu aku belanja beli KitKat banyak2. Dasar!

Heading to Tenryu-ji Temple. 
Niat aku mau tengok zen garden belakang temple ni. Tapi ahli lain macam ndak mau masuk, lagi pula masa tu sibuk cari washroom. Kalau masuk temple ni, akan ada jalan belakang yang direct masuk Bamboo Forest. But since kami ndak jadi masuk, so kami patah balik. And ikut jalan lagi satu. Refer jak signboard, berlambak di tepi jalan raya.


Bunga ni adalah sangat menarik perhatian! It's like a rose in a bouquet. Puas aku zoom camera untuk capture these flowers as pokok tu sangat tinggi. Bunga tu pula semua di bahagian atas jak.
Bila ada train yang akan melintas, automatic gate tu akan tutup. Siap bunyi ting-ting yang super comel. Kalau ada sistem begini di KK, aku rasa kejadian kereta dilanggar keretapi masa melintas railway memang ndak kan berlaku. 
Scenic train yang kami naik the day before.


Tengah syok layan bambu, suddenly jumpa cemetery area. Very the kemas lah.



Wishlist; checked!
This for me is daebak! Great combination of sakura & bamboo at one place. 
Sudah round lebih kurang di Arashiyama ni, we walked back to the train station. Aku sempat menyelit masuk poskad dalam postbox since the day before ndak sempat berfikir untuk cari postbox. 

From Saga Arashiyama Station, we took the train to our  next destination. Kali ni mau tengok torii gates yang super banyak bersusun. Yang ni kalau sesat juga, aku rasa memang patut duku kepala & smack down diri sendiri. 

Sebab tempat tu adalah super dekat sama train station; only a stone's throw away. Tapi yang tu nanti aku cerita next entry. Now masa untuk jamu perut. Lapaq!

eryantierdabdulkarim