29 May 2014

Chasing Sakura Day 6 - Sagano Romantic Train, Arashiyama / Kyoto Station

Assalamualaikum. Konnichiwa.

Been busy these past few days. NOT! Alkisah memang sudah berjaya telan sebotol pil M. Kesan dia mau dekat seminggu belum hilang. Blogwalking jak aku rajin minggu ni, then left comments yang berjela macam boleh buat entry di 'rumah' orang kan. Dasar!

Bak kata si Merengmate "Tu tanda kau baca setiap ayat. Dah tu takleh nak tipu kau lah kan."

Ikut hati memang mau komen tiap perenggan. Tettt! Ok sila jangan melalut & lets continue from where I last stopped (here).

Dari Hiroshima Station kami naik shinkansen ke Kyoto Station. And that was our last shinkansen ride. Lepas tu hanyalah naik express train, local train & subway.

Sampai Kyoto Station, direct pi locker room di GF. Simpan anak gajah yang ntah kenapa jadi tambah berat padahal stok makanan makin berkurang. Pastu aku ndak da pun shopping, ndak kan beli fridge magnet & keychain pun boleh tambah kg kan.

And settled urusan locker...off we go to our next destination. Jadual hari ni adalah best. Well at least untuk aku yang buat itinerary ni. Tapi aku tengok yang lain enjoyed jak, so aku buat conclusion diorang pun happy.

Kyoto Station --- via JR Sagano Line --> Saga-arashiyama Station
9 April 2014
Saga-arashiyama Station
The journey from Kyoto Station takes about 15 minutes.
Torokka Saga Station; just next to Saga-arashiyama Station. Untuk yang mau naik sightseeing train tu, sila beli tiket dalam bangunan ni. 
Jadual scenic train. Tapi aku ndak faham apa pun selain no tu semua. And we're lucky although all seats were sold out we managed to grabbed the standing ticket. Ndak apalah berdiri, janji niat untuk naik scenic train tertunai. Dapat tiket last train dari Torokko Saga (0430pm). 
Torokka Saga --- via Sagano Romantic Train --> Torokko Kameoka : 620yen/way

Masa ni aku gigih message si DJ tanya itu ini considering she rode the scenic train a month before my trip. But since dia belum publish entry pasal train ni, tu yang aku direct jak message. Sebelum sampai Jepang aku memang sudah 'warning' awal2, I will definitely akan kacau dia tanya soalan2 bonus pasal train ni. Luckily pantas jak dia menjawab. And memang sungguh bonus soalan aku tanya sampai dia jadi biul cari jawapan. 

Lepas beli tiket, tanpa tengok keliling dalam bangunan boleh aku laju shoot soalan?? 

"DJ bantuan. Aku kat Torokko Station & dah beli tiket scenic train.Wei, mana nak board train ni? Kat station ni juga ke."
"Alamak! Kena tengok balik peta aku bagi haritu. Torokko station kat mana eh? Ooo Torokko tu nama train kan? Hehe Torokko Sagano? Semua station untuk scenic train memang mula ngan nama Torokko. Aku naik dari Torokko Arashiyama to Torokko Kameoka. Tapi kena jalan sikit lah untuk nak naik scenic train tu."

Sudah! Bila banyak nama pelik ni aku jadi confused. She did sent few pictures of the train station sebelum aku jalan haritu. Just untuk bagi gambaran how the place looks like. Aku panik sebab gambar kaunter tempat dia beli tiket tu lain dari kaunter yang ada di depan mata aku. Tapi memang ada tulis Sagano Scenic Train depan kaunter tu. Kecurigaan & kepanikan menguasai minda so memang aku ndak dapat berfikir lurus. 

Aku duduk kejap, tarik nafas. Simpan segala map & tiket dalam bag. Takut hilang. Probability untuk semua tu tercicir adalah tinggi kalau aku panik. Ntah apa jak kejadian tetiba mau panik segala. Then aku keluar dari Torokko Saga station. Luar tu ada gerai2 jual snacks, postcards & tour. Aku masuk dalam gerai yang jual segala macam tour; more maps depan mata tapi aku sudah malas mengutip. Aku direct tanya the counter lady. Nasiblah dia boleh speaking baik punya. I showed her the tickets I bought & asked whether its the Arashiyama romantic train. Memang soalan bengong kan tapi aku takut kalau pusing2 soalan, both akan ended up pening. 

The lady nodded & assured me that's the right train. And she told me the boarding point is inside the station itself. Choii sangat kan perangai. Macam mau dihempap batu. Lepas beli tiket kenapa perlu panik ndak tau mana mau naik train tu? Kenapa ndak guna mata yang besar macam bulan tu untuk scan the whole station? Nampak sangat kau lapar. Motif!

Since sudah dapat clear explanation pasal boarding point, I spent some time outside the station. Tengok pokok sakura menari dibuai angin petang yang ndak sejuk sangat. Cantik gila scenery bila kelopak sakura berterbangan ditiup angin. 

Pastu baru rasa macam kena hempap tukul besar di kepala. Dalam aku menikmati scenery tu, aku pun sambil baca juga message si DJ hantar. Apakah bengap perangai ndak digest betul ayat. Dia naik dari Torokko Arashiyama bah!!! Sah lah kaunter lain rupa sebab kau di Torokko Saga, Bie hoii! Mangkuk kehayunan. 
Replica of the scenic train outside the building next to Torokka Saga Station. 
The boarding point. JUST NEXT to the counter where I bought the ticket earlier. Aigoo! L to the Ser betul.
Sudah terasa aura keromantikan? Boleh lah romantik bersama girlfriends kaedahnya. 
Kami dapat naik enclosed cars which only windows can be opened. Kan best kalau dapat naik fully open car. Sob. Bersyukur sila Bie. 
Luck was on our sides. Masuk jak train tu, memang yang beli standing ticket teruslah berdiri. Including us. Then bila train start jalan, eh 4-seaters depan aku ni kosong? Masa tu belum berani duduk sebab ada few passengers dari gerabak lain masuk gerabak kami, macam tengah cari seat. But once diorang masuk gerabak lain, apa lagi...kita bedal duduk. Ahjussi & his family di kerusi seberang macam bengkek jak tengok kami. Ndak puas hati kami dapat duduk ka? Rezeki jangan tolak ok. Ntah ndak faham aku apa mau dijeles padahal diorang pun duduk juga. Ka seated ticket mahal sikit? Lantak.

Aku assumed dia jeles sebab masa tu view lawa kebabom semua sebelah kami. Yang diorang cuma nampak bukit botak & sometimes dinding konkrit. TAPI! View lawa side kami tu ndak lama if compared sama side diorang. Third-fifth of the journey diorang boleh muntah darah tengok view kebabom. And turn kami gigit jari tapi setitik pun ndak jeles tau. Pffft. 

So dinasihatkan bagi siapa yang mau naik scenic train ni, sila lah beli tiket seat sebelah kanan ah. Kalau dapat standing ticket, sila lah berdiri sebelah kanan. Both sides lawa sebenarnya tapi as I said, right side tu lagi lama dapat menikmati keindahan alam.
Boleh lah angan macam lake di Switzerland. Emerald green tu sudah sama kan.

Train was moving in a super duper fast pace. If only it stopped at some spot, mesti lagi best journey ni. And dapat juga tangkap gambar less gegar. Sudah rasa macam naik Star LRT masa ni. 
Heaven gila tengok sakura tu semua. Speechless aku tengok. 
Sampai Torokko Kameoka Station in less than 20 minutes if I'm not mistaken. 
Boleh jak untuk naik scenic train tu dari Kameoka back to Saga tapi kerana JR Umahori Station (free ride with JR Pass) hanyalah 5 minutes walking from Kameoka, haruslah kami pilih untuk menapak. 620 yen boleh guna untuk beli benda lain. Cheapskate tahap infiniti!
More sakura trees along the way to Umahori Station. Ndak rugi kami menapak. Mata tercuci sama keindahan sakura. Barulah namanya trip Chasing Sakura. 
Up to this moment, memang masih dalam alam separa mimpi. Benda ni semua sudah aku saksikan depan mata kepala sendiri wei. Like the bestie said, dreams are made of these. Ngeks.
Sampai Umahori Station, bermula lah saat aku jadi total bingai.
Aku ndak tau kenapa, tapi lepas jak masuk station ni...aku confident tahap gaban terus duduk di bench. Without even bother looking at the signboard, platform mana patut kami ambil to go back to Saga Arashiyama. Langsung ok ndak ambil port kenapa platform di seberang tu lagi ramai orang dari tempat kami tunggu train tu.

Berkat kepintaran & keyakinan tinggi si Err, journey yang patut hanyalah 10 minit jadi berjam. Sob! Bila ingat balik, aku rasa macam mau baring guling2 jak atas railway . Kenapalah bingai betul masa tu.

Masa dalam train tu tetiba rasa macam eh kenapa lama betul mau sampai ni. Rasa naik scenic train dari Saga Station tadi ndak lah lama sangat. And according to the train route, Saga Arashiyama is only 2 stations away from Umahori Station. Then Ms P bersuara & just realized kami sudah salah naik train. Tu pun sebab terbuka hati buka pamphlet scenic train tu. Else, memang ntah mana2 jak lah kami sampai masa tu.

Dan sebab panik juga, masa train stop at Sonobe Station kami terus lompat keluar train & dengan rakusnya lari to the opposite platform...without tengok information board; masuk train yang tengah stop masa tu. Ok kunun rasa lega gila. Semua orang dalam train tengok kami; pelik. Masa tu level confident still tinggi. Dalam train ramai Ahjumma, Ahjussi & budak2 sekolah.

THEN! Suddenly train was moving the same direction macam train tadi! Kiranya sia2 lah kan kami keluar dari train tadi & lintang pukang lari ndak cukup nafas kejar train yang ini. Turned out semua train akan stop di Sonobe Station & train tu akan patah balik pi Saga Arashiyama. Kami yang bijak bestari ni sudah naik train yang masuk kampung orang. So kami nekad, next station kami akan turun.

And train yang masuk area kampung ni memang al-lembab. Kategori KTM zaman 90-an dulu. Pastu pintu cuma boleh dibuka di gerabak tengah; tekan button. Bukan automatik macam train bandar. And train ni akan stop dalam 5 minit at each station.
As decided, we alighted from the train here. 
Ok now, masa untuk tunggu train dari kampung. Matahari sudah turun sikit. Dalam hati aku confident, memang ndak kan sempat lah berbambu-forest petang tu. Harapan untuk layan sunset from Togetsukyo Bridge pun slowly lebur. The ladies start mencicit; wondering mana lah train ni. Dalam tu sibuk juga ambil gambar. Bukti sesat total di Jepang.

Honestly, aku kalau sesat or salah train station solo memang no hal, cuma akan berhal2 bila aku bawa orang. Guilty gila sebab telah mensesatkan orang. Masa ni barulah sibuk mau baca information di board. And of course hasil adalah hampagas. Kalau di bandar pun certain stations jak ada multi-language info, inikan pula sudah masuk area kampung.

Al-bangang nya aku siap  cari train schedule dari internet. Selama kau di Jepang, bukan kau jadi pengguna tegar hyperdia kah Bie? Bukan kah apa jak apps tu suggest kau patuh dengan taat? Di saat separa genting tu, kenapa ah kau ndak terfikir untuk buka hyperdia & check what time the next train will arrive?!?! Why must sudah sampai KK baru kau terfikir kenapa kau ndak guna hyperdia jak masa tu? Ughh! 
Aku pun sibuk gambar keliling. Damai memang damai. Terganggu sebab aku serabut fikir bila train balik Saga ni akan muncul.
Lagi triple paniks bila someone suddenly asked;

"Sure ke ada lagi train. Ni macam dah nak gelap. Bila last train sebenarnya?"

Ok, aku tau last train di Jepang memang 11pm(+-). Tapi bila orang tanya aku under such circumstance, aku jadi 50-50 sama fakta yang aku sudah study tu. Jauh di sudut hati, aku sebenarnya yakin last train tetaplah midnight. 

"Memang kul 11pm. Habis macam mana orang yang kerja kat Saga & tinggal kat kampung ni balik kan? Betul tak?"

Tu diaaaaa...statement minta back up. Then Ms G bersuara;

"Ala salah turun train station jak. Yang penting kita tau ada train, lain sesat di hutan."

Fuh! Lagi kondifen! Bagus. Rasa ringan sikit hati aku. 

Bunyi loceng tanda train akan datang. Excited kami tunggu. Sekali datang dari arah Saga. So masa train tu stop, aku zoom pi dekat driver tu & tunjuk station Saga Arashiyama dari pamphlet yang aku pegang. The driver asked us to wait & pointed arah train tu akan datang. Memang bahasa ayam itik keluar! Magically aku faham bila dia cakap in 20 minutes time. Mesra Japanese language juga telinga aku ni ah. Ingatkan Korean jak kau dapat faham sikit kan Bie. But seriously masa tu aku dengar macam driver tu sebut i-sib bun (20 mins in Korean). Hmmm abaikan.
Tenangnya suasana kampung. Cuma dengar bunyi angin & burung berkicau. 
Tepi station ni ada perumahan kampung. Mula tu memang aku sudah terfikir, IF ditakdirkan train balik pi Saga ndak da harus aku akan buat muka paling tebal ketuk pintu rumah orang. Mau tumpang bermalam. 
Aku berani kerat jari, orang kampung ni will be more than willing to host us. Jangan bagi idea untuk spend the night at the station ok. Petang tu pun angin sudah start tunjuk aura penampar. And fyi, train station di kampung ni pelik sikit. 

Turun dari platfrom ni akan terus directed pi street masuk kampung. Ndak da kaunter ka apa di bawah. So aku rasa memang orang dari kawasan kampung ni ada access card special to ride the train. 

Bila train dari arah kampung sampai, punyalah kami melompat gumbira. Dalam excited, once again rasa macam dibingaikan. Pintu hanya dibuka bukan di gerabak tengah tapi at the last two cars. Macam monyet pun ada perangai sebab pintu ndak juga buka even sudah banyak kali kami tekan button. Then a good samaritan came into the picture. He helped us press the button from inside the train. Terbuka jak pintu, kami terus masuk dengan bangga. Masa tu jadi bahan tontonan semua orang dalam train. Pasrahlah jadi retis kejap. Kali ni mostly budak sekolah dalam tu. 

Ms P told me to asked the kids if the train is heading to Saga Arashiyama Station. But I got a better idea. I walked straight to the seat near the man who had helped us earlier. Alhamdulillah, he speaks good English. And more bonus! He knows where Malaysia is. Hooray! Maka buat sesi interview. He is a Japanese who teaches English subject. He happened to know about our country when he went to Singapore. Transit di Kolumpor alkisahnya. 

Masa masuk train tu aku memang ada nampak Kyoto di atas pintu train. Tapi masa tu aku sudah malas tunjuk berani; kang sesat lagi memang harus aku kena duku. Ngek. Tanyalah cikgu tu betul kah train tu akan stop di SAS. And he said yes. Pastu aku panjangkan fakta;

"We're going to Kyoto Station. This train last station is Kyoto right?"
"Oh yes, yes. This will stop there. But it's a local train, a bit slow. If u want the fast, take the express. But expensive."
"We have the JR Pass. So it's free."
"Oh great, then u can ride the express train."

Dia suggest kami turun di Sonobe & take the express. Yang kebetulan masa tu tengah stop tunggu passengers di platform sebelah. Tapi cukuplah takat tu ah. Biarlah local & slow, janji ndak payah kami bertukar station lagi. Paling penting adalah untuk sampai Kyoto Station...and check in hostel. 

Kami semua bantai tidur all the way to Kyoto. Sedar jak sudah sampai. 
Kyoto Station
Peak hour. Gila ramai orang masa ni. Berduyun2!
So untuk avoid the crowd, aku suggest untuk tawaf Kyoto Station. Kalau ikut itinerary, first day tu aku plan untuk ronda dalam station ni. Nampak dalam blog si Mun macam lawa, aku pun excited mau explore. Besar gila bah Kyoto Station ni. 
Yes, on time kami sampai. Ngam timing tangga ni buat light show. Just like what I saw at Mun's. Check list; ticked!
Kami naik escalator up to the rooftop. Tapi sebab sudah gelap gulita, so ndak da apa sangat mau ditengok. Kami pun turun. Ntah masuk level mana, lintas jejantas dalam station bagai.
Kyoto Tower . Ada bahagian dalam station ni yang boleh dapat clear view of the tower. Ala observation deck lah kiranya.
Restaurant at 4F. Boleh buat wedding reception di station ni tau.
Memang betul meronda. Dari hujung ke hujung kami explored. 
Bila peak hour sudah limpas, kami pun ambil anak gajah. And took the subway to our hostel. Jalan kaki will take 8-10 minutes tapi memang menempah lah kan kalau ada hati lagi mau berjalan. As if what we've been through that day wasn't enough torture. Walau superwalkertapaki ndak banyak, tapi minda penat berpanik.

Tu pun dari subway station kena berjalan few minutes more to reach the hostel. Masing2 memang sudah menyumpah sakit kaki, beg berat. Mianhae chingu-ya. Sampai hostel, check in process sangat smooth. Naik bilik, mandi manda & rest kejap baru zoom turun lobby untuk isi perut. Sebelum gastrik datang, mari jamu perut.
Sparkling Dolphins Inn, Kyoto
Menu dinner kami. Makan lauk tin sama nasi panas, fuh heaven gila. Terus perut ndak jadi merajuk. 
Pas makan, hati gumbira! Packing sikit & good night. Esok kena check out awal sebab ada penambahan destinasi in the itinerary. Gara2 terlepas petang tu kerana kebingaian sendiri. Memang kena sampai sebab itu antara highlight cuti2 Jepang aku. 

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , , ,

22 hollered!:

syieda said...

Huntongla merengmate ko tu dah kenal perangai ko. Kem salam dia eh?

Eh sagano tren tu laju ker??

John | Kaki Berangan said...

Kiranya byk betol la dramanya entry kau ni Bie. Tp akhirnya smpai ke tidak hutan buluh ni? Ke ade entry sblom ni yg aku terlepas?

Patut sagano train naik otw nk balik la kot paling sesuai. Sbb dh dekat naik train balik semula ke kyoto. Tp yg penting selamat smpai hostel mencekek megi. Hahaha

Jari Manis said...

ahaahaha...Bie sakit perut JM bila baca...macam2..kenapa lah yg lelain tu tak alert pasala semua route dan destinasi tu..like Bie semua yg perlu serba tahu yek...sakit kepala lah kalau mcm tu...sorang ni digest semua..Kiranya 1 mlm je check in..then esok jadi jugak lah ke Bamboo Forest tu hikss..tak pe itu semuga pengalaman at least leh tgk kg orang...org kg katakan ofcoz lah rasa pelik bila tgk ada human yg berhijab bagai hikss

View sgt ohsem lah semaga naik tren tu...itu time spring..kalau Autumn mesti..waaahhhh..ok..ok..noted...ride on the right side eh...ahahah..komen panjang jugak sbb baca setiap patah perkataan

mrs.smile said...

Ya Allah Ya Allah bie..cantiknya view dari atas train tu!

BIBIE KARIM said...

Merengmate aku xsuka terima salam orang sembarangan. Dia nak tau kasta ko level mana. Bahahaha.

Sagano train laju gak. Tu yang xpuas nak view kiri kanan yang lawa tu.

BIBIE KARIM said...

Hahaha drama ciptaan sendiri di kala bercoti. Bingai datang tetiba memang gitula jadinya. Hutan buluh aku bring forward the next day tu yang terpaksa bangun awal. Sob.

Kitorang sampai Arashiyama tu dah dekat 2-3pm. Tu yang terus je naik sagano, sibaik dapat tix last slot. Datang awal sikit, elok buat macam korang kan. Gi tengok buluh baru naik sagano. Maggi tu tetap menu utama.

BIBIE KARIM said...

Elokla juga Bb sorang je yang tau route kang kalau semua amik tau kalut juga kat sana. Yang perasan kitorang salah tren tu pun diorang gak, bkn Bb hahaha sebab diorang tengok brochure sagano train tu.

Aah memang pengalaman best, Bb pun suka kalau sesat banyak boleh tengok. Plan memang check in semalam je kat Kyoto.

View memang ohsem tapi kalau train stop kejap pun best gak. Lalu banyak terowong gak tu.

BIBIE KARIM said...

Cantik kan MS. Cer bayang Chiqa ikut, mau melompat mamat tu kuar tingkap kan. Ikut berenang dalam sungai

DJ said...

Byk sgt drama ko nihhh....drama queen la katakan...hahaha tp mmg syiok naik train tu...aku naik lg la kjp ke kanan, kjp ke kiri aku duduk...xde hal!gerabak ana yg punyaa...hahahaha

BIBIE KARIM said...

Kakakakak penat tau perah otak bila panik. Mainan perasaan betul. Sibaik ada penyelamat kan, layan PM aku dari tanah air gitu.

Masa naik train tu, memang penuh sesak. Sibaik sangat lah ada seat kosong. Orang xjadi naik kot sebab masa beli tiket macik tu bagitau seated tiket dah habis.

nana tron said...

ko dah kenape tingtong tak nampak boarding point yang hanya sebelah je kaunter tiket tu ?
tak cukup tido ekk..~
aiyookkk malam tu buatpeee :P

BIBIE KARIM said...

Ya Allah sesungguhnya masa tu aku sangat bingai langsung xtengok keliling. Tapi aku nampak kedai souvenir. Gagagagagaga siap plan nak beli postcard pas beli tiket. Hampagas.

Erm erm malam tu aku tidur super lena kat Hiroshima. Agaknye sebab drana syahdu kat Memorial Park tu yang terbawa2 kot.

PuTrImaRyam said...

bIE, mo tanya soalan off entry...klu pigi shenzen dari Hk ( 1 day trip ja) boleh apply visa on arrival di Lowu ka??

BIBIE KARIM said...

Boleh. Ko refer ni entry.

http://eryantierdah.blogspot.com/2013/12/cuticuti-shenzhen-visa-on-arrival-for.html?m=1

mrs.smile said...

boleh bayangkan cemana chiqa tengah berhempas pulas nak kuar hahaha
siaplah chiqa kalau mrs jumpa nanti...geram sangat sama dia tau!

Farikica said...

Oppsss.. uve answered my qn in the latest post..hehe... sorry, my bad! I have one weird attitude, suka baca post from recent to the past posts... terbalik gitu...hehe...k, im going to read yr previous posts now..haha

BIBIE KARIM said...

We have the same weird attitude! Selalu tanya soalan yang actually dah ada jawapan. Hahaha. My friends selalu like...kau gi godek yang citer lama ye.

Muhammad Khairuddin Lim said...

Drama hang hidup sungguh...best.

BIBIE KARIM said...

Drama tanpa skrip ni hahaha.

BIBIE KARIM said...

Dia tu rasanya lagi suka nampak air mengalir. Ntah2 geng ngan ikan nak belaajr berenang.

KAK KIAH said...

naper rasa macam bie ni sabar sangat orangnya. rasa kalo KK di situasi yg sama harus stress giler. dah la beban kne pikirkan sume bende, tersalah naik tren pulak.. dengar lagi orang2 lain berkeluh-kesah lagik tambah stress..

BIBIE KARIM said...

Xde makna sabar orangnye. Masa tu rasa relaks sebab setakat sesat naik train. Patah balik mesti settle hahaha. Memang salah ketua kelas sebab leka main fon xtengok platform. Sob.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑