Assalamualaikum. Chomreabsuor.
Fuh selagi aku teruskan melayan penyakit M, memang ndak kan habis cerita Cambodia ni. Walhal sudah ada few orang 'menyanyi' suruh aku kasi habis cepat entry Cambodia. Sebab? Diorang excited mau tau cerita trip last month. Kesian tau Cambodia di-anak-tirikan.
So lets continue cerita dari previous entry (
here). Pagi tu sampai Phnom Penh dalam jam 5am. Memang mamai tahap dewa. Lima minit sebelum sampai sempat lagi aku menyinggah toilet dalam bas. Hampagas betul perangai! Turun dari bas, bingung mau ikut kiri or kanan. Kami lepak kejap depan office Giant Ibis; I need to set my bearing right. Sambil tu budak-budak lain ambil kesempatan tumpang toilet kedai sebelah. Mentari pagi belum pun tunjuk diri tapi sudah ramai Cambodian yang keluar cari rezeki. Jalan raya memang sudah penuh sama motosikal.
Lepas sudah sedar sepenuhnya dari mamai, barulah dapat identify the direction to our hostel. Untuk lagi yakin, aku buka google map. Memang sudah siap-siap save location hostel so senanglah navigate walau offline. Paling penting kena tau kedudukan laut; facing laut & kena berjalan arah kanan. Yang lain memang ikut aku jak. Kalau salah jalan sekalipun, diorang ndak kan tau. Since hostel memang ndak jauh dari bus terminal kami decided untuk berwalkertapaki jak.
Tapi nasib jadi super baik, dalam berjalan pi hostel tu suddenly dengar Ms C laung nama aku. Bising gila bunyi motor tu yang gigih dia melaung nama aku. Turned out our supir; Omriya memang datang untuk jemput kami. Omriya ni sepupu Zack so segala urusan transportation kami di Phnm Penh memang Zack yang tolong arranged. At first aku ingatkan Omriya ndak jadi jemput di bus terminal because Zack told me that Omriya's wife baru jak delivered the day before. Tapi demi tugas, Omriya datang juga Subuh-Subuh tu. Walhal jarak bus terminal to our hostel ndak sampai lima minit pun kalau walkertapaki. Apatah lagi naik tuk-tuk kan.
Sampai depan hostel, pintu tertutup rapat. Siapa suruh datang awal pagi kan. Berani mati jak ketuk dengan harapan owner dengar. Alhamdulillah, memang ada pekerja hostel yang tidur di lobi. Ndak lama lepas tu, kami pun masuk. Janji sama Omriya untuk jemput kami semula dalam masa sejam. Memang tau ndak boleh check in lagi. Tapi kami mau tumpang toilet. Cuci muka & tukar baju adalah paling perlu. Mandi sudah jatuh dalam less priority list.
30 Jan 2015
Phnom Penh
 |
| # Tunggu giliran untuk guna toilet yang cuma ada satu. Taik mata belum cuci oii tapi khusyuk masing-masing mengadap handphone kan. Hampas betul. |
 |
| # Our crib in Phnom Penh. Cuma satu malam di sini. |
While tunggu yang lain get ready, aku bunuh masa berjalan sekitar hostel. Menapak sampai ke arah laut. Mula tu mau melintas jalan tapi tiba-tiba rasa kurang yakin gila. Terlampau banyak sangat motosikal, aku terus kecut. The power of hand I once used in Jakarta months ago had lost its power. Sobs.
 |
| # Sebab ndak dapat pi seberang jalan, jadi kita zoom jaklah. |
 |
| # Street where our hostel is located. |
Omriya sampai on the dot. Sangat menepati janji. Where's our next destination? Haruslah sesi jamu perut. Otak will not function well selagi belum breakfast. Aku memang tiada study langsung kedudukan restoran halal untuk trip kali ni. Bulat-bulat serah semua sama Zack & Omriya. Aku just bagitau Omriya, kami mau makan. And he brought us to this halal restaurant located just behind the hostel we're staying.
 |
| # Halal Restaurant. Memang nama restoran ni. |
 |
| # Selama dua hari berdepan menu with USD price, kali ni baru nampak diorang guna KHR (Riel). |
 |
| # Mine . Not bad juga buat alas perut yang kosong. |
Sudah kenyang; tiba masa untuk ukur jalan Phnom Penh. Ikut plan asal memang mau zoom terus pi destinasi seterusnya tapi Omriya suggest untuk kami stop kejap di area depan palace. Why not kan. Alang-alang satu jalan. At least menjejak. Manatau petang nanti ndak sempat. Kami cuma ada one whole day untuk explore Phnom Penh ni. Pasal tu over selective on places we wanted to visit.
 |
| # View opposite the Royal Palace |
 |
| # Area burung merpati katanya. |
Kalau agak-agak mau posing sama burung merpati yang berterbangan, bolehlah beli makanan burung. Pastu tabur atas jalan, burung semua datang makan. Then, buat-buat kejar diorang. Sure burung bertempiaran 'lari'...and silakan tunjuk posing paling mengancam. Tapi haruslah diingat, risiko untuk taik burung jatuh atas kepala pun tinggi. Atas sebab pesanan khidmat masyarat itulah aku ndak beria sangat mau posing with these birds. Silap haribulan, ada yang terpaksa patah balik hostel untuk tukar tudung.
 |
# Poster Raja Cambodia. Hensem baq hang! Tapi perlukah si Err pakai baju kuning selari warna jalan? Sobs. |
Dalam sibuk bergambar, suddenly Ms H disapa oleh seorang budak ni. She gave the boy something; ndak silap aku makanan. But the boy refused to accept. Instead, he asked for money. Masa tu kami berlima memang ndak layan sangat sebab that boy cuma aimed Ms H. Memang dia ndak berganjak walau sesaat dari Ms H. Wherever she went, the boy dengan setia mengikut. Sambil hulur tangan. Aku mau bagi coklat pun dia tolak. Tetap mau duit. Ms H pula memang bersungguh ndak mau bagi sebab risau nanti akan muncul geng dia yang lain. Sudahlah memang ramai juga kami nampak ala-ala budak ni depan area istana tu.
 |
| # Smile! Siap lah budak tu pun tengok camera, kan. |
 |
| # The Throne Hall; the highest spire is topped with white four head of Brahma. |
 |
| # Tetaplah bukti kuning tu warna diraja. |
 |
| # Moonlight Pavillion; used for moonlit dance performance. |
 |
| # Part of the Silver Pagoda could be seen from outside. |
The main building houses many national treasures i.e gold & jeweled Buddha statues. Memang keputusan bijak juga untuk ndak masuk. Sudah puas tengok Buddha di Angkor Wat. Haritu di Bangkok pun kan siap pi tengok Buddha baring. So rasanya cukuplah sudah takat tu.
Kami teruskan aktiviti meronda. Walau budak tu still mengikut Ms H. Aku sengaja jalan lambat sebab mau snap gambar istana dari luar. And biar yang lain tu jalan ke depan. Budak tu ndak pula pi tempat aku, tetaplah Ms H dia kejar. Sampai sekarang aku berfikir apalah keji betul kami time tu. Kenapa kedekut gila mau hulur duit sama budak kecil tu. Sanggup biar dia ikut kami ke hulur ke hilir.
 |
| # Ms H adopted a child while jalan-jalan depan area istana. |
 |
| # View outside the Royal Palace |
Ndak lama pun kami di area ni sebab tujuan utama untuk pi tempat lain. Yang ni menyinggah sebagai cukup syarat jak. Ada juga plan untuk masuk tapi bila ditimbang-balik, kami decide untuk skip jak acara mencemar duli dalam kawasan istana. Omriya pun ndak suggest sangat kami masuk dalam tu. As per him; nothing much to see in there.
Anyway, just sharing. Admission fee for the Royal Palace is USD 3. And for still camera, kena bayar extra USD 2 or USD 3 for video camera.
Sudah mencemar langkah di luar kawasan istana, marilah kembali ke tuk-tuk. Anak angkat Ms H stopped mengikut bila nampak kami menuju pi arah tuk-tuk. And masa tu dia buat u-turn untuk cari mak angkat baru.
 |
| # Memang sungguh-sungguh penerapan nilai budaya kampong-ku. |
 |
| # Omriya bagitau bangunan kedutaan kita adalah yang paling cantik di sana. Gitu kan. |
 |
| # Korea ada Soju. Jepun ada Sake. Kemboja ada Angkor. |
 |
| # Mampu buat wedding reception in the middle of a busy road? Only in Cambodia I presumed. |
 |
| # Ninja-s |
 |
| # Nampak ni, terus greet "Hello foundation semulajadi". Sobs. |
Kami melalui jalan tidak berturap ini untuk sampai ke destinasi seterusnya. Must-visit place yang memang awal-awal aku jot down dalam itinerary. Tempat yang menyimpan seribu satu duka dalam setiap jiwa rakyat Cambodia.