10 May 2015

Cambodia - Thoba Yana Restaurant / Hard Rock, Angkor / Night Bus to Phnom Penh

Assalamualaikum. Chomreabsuor.

Previous entry (here).

Bangun petang tu dengan rasa paling segar. Alhamdulillah, ting tong no more. Tapi perut sudah start berdangdut. So first thing first; kita soru dulu! Kami keluar dari hostel, tuk-tuk sudah sedia menanti di luar. Ni malam last kami di Siem Reap. Lepas dinner, kami minta supir hantar pi Hard Rock Cafe. Then di sana aku akan jumpa si Zack untuk buat payment. Supir ganti suggest kami makan 'mewah' sikit since itu last night kami di sana.

29 Jan 2015
Thoba Yana Restaurant, Siem Reap
# The entrance
# Boleh pilih untuk makan di luar. 
# Obviously kami pilih untuk makan di dalam. Aircond bebeh!
Actually, restaurant ni sekali dengan rumah owner ni. Depan tempat kami makan tu actually is the living room. Masa kami masuk, the family tengah santai layan tv. Bahagian depan kedai ada ruang jual souvenir, sekali dengan display baju-baju pengantin. Maybe diorang buat bridal business juga.
# Anti-social! Pantang jumpa wifi.
How mewah our dinner was u asked? Harga adalah lebih kurang with the other two restaurants in Siem Reap we've been to. The taste? Let's just say; Ms C cuma mampu makan dua-tiga suap her mee hoon soup. Same goes to the nasi + 2 Khmer dishes that Ms H & I ordered. Ms G finished her sandwich whilst Ms P finished only half of her porridge. Hence I shall say experience makan 'mewah' adalah ke laut. 

Jumpa Zack depan Hard Rock. Lepas buat payment, borak lebih kurang & we parted ways. Zack apologized for not being able to entertained us earlier that morning. Aku ndak kisah pun janji ada supir. Jangan dia suruh kami cari transport sendiri sudah. Lagipun kami kenalah faham, mesti ramai lagi pelanggan si Zack. Bisnes tengah masyuk, alhamdulillah. 

Masuk Hard Rock, terus kelabu asap mata aku tengok the other ladies. Semua khusyuk memilih! HRC ni memang consider must-go-place whenever I travel with these ladies. Jadinya without asking I will definitely put this shop in our itinerary. Ndak payah pi kedai lain, masuk sini pun aku rasa diorang happy habis meter. Collector katanye. Lainlah aku, beli untuk orang lain. Orang lain collect; aku tukang 'invest' duit. Nasib menjadi yang eldest. Tabahlah.
# Yang lain sibuk pilih merchandises, aku sibuk buli pekerja sana untuk ambil gambar aku. 
# Fall in love with the Angkor pink tshirt but unfortunately the size I wanted was out of stock. Bukan rezeki lah untuk ada tshirt HRC sendiri. 
Sudah beli apa yang dihajat, we headed to the new night market near HRC. On the way balik hostel memang akan limpas night market ni so alang-alang tu cuci lah mata. Manatau ada yang terberkenan di hati, kan. Ndak lama juga di sini sebab suddenly si Err jadi grumpy sebab mau memerut. Ok juga untuk continue cuci mata tapi Ms G cakap expression muka aku memang ndak boleh blah. Macam mau telan orang. Boleh jak aku balik hostel sendiri tapi diorang decide untuk balik sekali. So berwalkertapaki lah kami balik hostel which is merely 5 minutes walk from the night market. 
# Last minute membelah di Siem Reap.
# Sebenarnya lawa jak benda ni kalau depan mata, tapi aku tiada skill memfoto pasal tu hasil adalah sendu.
Sampai hostel, lepak-lepak kejap keringkan peluh. Selesaikan panggilan alam sebelum berangkat untuk meninggalkan bumi Siem Reap. 
# Annyeong Dancing Frog Hostel! Jail-like much eh? As usual, review pasal accommodation aku buat different entry nanti.
Lepas checkout, we walked to the Giant Ibis office. Merely 2 minutes walkertapaki from the hostel. We will taking the 11pm overnight bus & it will take approximately 6 hours to reach our destination. Kiranya bakalan tidur dalam bas & bangun Subuh di Phnom Penh. Woohoo excited si Err for it was her first overnight bus experience. Pernah jak naik overnight bus di Malaysia. Cuma ni first time di oversea katanya.
# In front of Giant Ibis ticketing office. Juga tempat passengers gathered before naik bas.
# The bus arrived 10 minutes before our departure time (11pm). Lihatlah facilities yang Giant Ibis provide. Simbol daun sebelah wifi & thermometer tu jak aku ndak dapat interpret apa.
# Keadaan dalam bas.
Gigih ambil gambar soon after masuk bas. Abang Conductor suruh buka kasut & taruk dalam pelestik pun aku bo-layan kejap. No shoes/slippers allowed dalam bas. Truth is, masa beli tiket haritu aku confident bas ni double decker based on the seat map I saw on their website. Sekali masuk bas baru tau, rupanya seat yang style double decker; not the bus. Cit! 
# Ms G's & Ms H's seats
# Behind them were Ms C & Ms P. Gumbira semua sebab jumpa plug point dalam bas.
# Sebab aku ketua rombongan, so seat aku adalah single seat. Ngeks. 
Comfy enough for me. Hatta dua orang kaki panjang tu pun rasa comfy habis, apalagi aku yang rendang ni kan. Haruslah double triple comfy. Wifi pun boleh tahan laju berdesup cuma bila kami di sampai area ala hutan, connection jadi nan hado. Malam tu as usual aku tidur lambat. Sempatlah layan Kdrama sampai 3 episodes! Budak berempat tu, terus belayar ke alam mimpi two hours after the bus departed. 

Aku berjaya tidur lepas tiga jam atas bas. Tapi tidur pun actually ndak berapa lena sebab keadaan jalan raya yang sangat sangat gravel. Ada masa tu aku rasa macam melayang dari seat. Mula-mula ingatkan driver tu drift. Mujur seat aku tu kira paling depan so nampaklah keadaan jalan raya sebenar menuju Phnom Penh. Mostly hutan kiri kanan. Pastu tiap kali aku terjaga & tengok windshield, mestilah aku dihidangkan dengan view batu-batu sebesar gajah di tengah jalan raya; and sometimes kebun pisang 'beramai-ramai' di tepi jalan. Nampak pokok pisang haruslah imagination ran wild. Boleh jak aku yang bijak imagine what if suddenly tersembul Kak P-to-the-Cong depan pokok pisang tu? Bingai melantun kan. Aku perasan bas ada stop sekali di RnR; for about 15 minutes. 

Dalam bas ni juga ada toilet. Memang super psycho sebab once dapat tau pasal tu, teruslah minda proses aktiviti 'lawat toilet' di kala semua orang sedang lena diulit mimpi. Choi sangat! During the six hours & thirty minutes journey, I successfully visited the loo three times! Level of cleanliness u asked? Tip top! And it's not a squat toilet fyi! Siap ada sink! Cuma kalau orang tinggi galah macam Ms G or Ms H masuk, haruslah bersabar. Sebab aku yang rendang ni pun boleh terhantuk kepala di siling. Bear in mind, bas kan jalan ala roller coaster. So kenalah bertabah jadi macam orang mabuk dalam toilet tu. Terhuyung hayang. 

Overall memang puas hati lah with the service provided by Giant Ibis. I purchased our tickets from their website (here). It cost us $16 per pax (includes USD $1 for credit card processing fee). Prior coming, memang siap-siap sudah print our tickets. We just have to show our tickets at the counter for verification purpose & wait for our bus to arrive. 

Bangun esok paginya, and kami sudah selamat tiba di Phnom Penh. Sampai pun around 5am, semua masih mamai. Kisah cari hostel di pagi buta aku akan continue next entry.

p/s Giant Ibis ada sediakan bantal & selimut. Sebab lampu dalam bas pun boleh tahan sendu, I can't see clearly the 'condition' of the pillow. So I wrapped it with my pashmina. And cuma guna my sweater as blanket. Ntah kenapa tiba-tiba rasa was-was mau guna. Turned out the next morning baru aku nampak 'peta' yang super banyak terlakar atas sarung bantal tu. Thank God aku ikut kata hati.

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , , , , , ,

17 hollered!:

Supermeng Malaya said...

nak berbaik baik jugak dgn 'tukang invest' mana tau boleh tambah collection barang hard rock.

hehehehe

Cik nun said...

Wooo..suka keadaan dalam bus tu...tak penah merasa..kena try lah nanti

DJ said...

Byk gk kdai halal kt siem reapkan...zmn aku pi xstudy pun..cuma ikut mmber aku punya cdgn yg pnh pi sana n knal zack tu...hehe

Aku xpnh pi hrc klo sndiri travel kt oversea...pi skli kt jpun sbb travel ngn adik2 aku.nsib la xgler hrc, sbb mhl gak kn...hehehe

Bestnya night bus...xtau Pun...bas ktorg siang mmg buang masa laaa...jln sana ada yg xde tar ko tau...tu yg tonggang terbalik jer rasa!dr 6 jam leh jd 8 jam!

dzuchan said...

sebab Malaysia takde bas berkatil, kena try menda ni bila2. Tapi kalau akau jadi ko, aku pun takut bila keliling aku hutan& jalan gravel..bukan takut hantu, takut perompak haha... (kuat tengok movie)

Bibie Karim said...

Meng: Ko kan dah banyak collect. Dah stop pun kan.

CikNun: Baca review orang pasal Giant Ibis ni, ada juga yang kata experience xbest. Alhamdulillah kitorang xde problem pun naik bas ni. Try ah nanti, berbaloi. Jimat duit hotel.

Bibie Karim said...

DJ: Banyak gak. Kat night market tu pun ada aku jumpa few tapi mostly Indian resto ah. Diorang letak gak tanda halal kat pintu. HRC mahal! Tu lah aku dulu terbeli untuk adik aku masa kat London. Pastu memana aku pi, dia duk ingatkan. Aku lak, kalah dengan pujuk rayu. Gitu kan defense diri. Aku memang study gile pasal night bus ni. Semata2 nak merasa hahaha. Lagipun nak guna masa sebaik2nya; kitorang xlama pun kat sana. Dapat jejalan kat Phnom Penh pun sehari je. Ada aku terjaga tu nampak jalan tanah merah semata. Tu yang rasa macam betul2 macam roller coaster.

Bibie Karim said...

Dzuli: Aku nak try yang kat Jepun nye plak. Tapi xtau bila. Hahaha. Yang tu seat dia ala2 macam naik business class (flight). Harga memang bikin nangis gakler. Aku memang xde fikir perompak masa tu. Sebab mostly penumpang tidur, aku je celik pandang ke depan. Bengong betul!

Miss Nazla said...

weiiii aritu ko tunjuk gambar ko baring je. ni gambar laluan nak gi seat tu. alahai. mahu tersepit aku tauuu

Bibie Karim said...

Naz: Xde makna tersepit. Ms C tu sama saiz ngan ko je wei. Muat je dia. Siap boleh buat menari balet pusing2 tau.

nana tron said...

Tiap2 seat mmg ada plug point kah?
Eh...korang buat trip indochina ke nih?

mrs.smile said...

Wuhaaa best juga tido dalam bas macam tu! kena cuba kalo ada peluang tapi kan kat malaysia kalau ada pun belum tentu aku berani naik :P

Farikica said...

Bas mcm rumah la katilnya..ha..ha.. sedap tido tu... x best eh mkn situ...? kikiki... kami mkn ok plok.. dah tukar cook ker...?

Bibie Karim said...

Nana: Aah memang tiap seat ada plug point. Xsempat nak trip Indochina beb. 3 full days je kat Cambodia nun.

Ms: Kan kalau ada kat Malaysia belum tentu nak try. Aku sibaik lah nak merasa. Tapi boleh tahan sakit pinggang gak sebab duk terhenjut. Jalan xrata. Gravel giler.

Farikica: Dah macam rumah kan. Seat tu xleh tegak macam seat biasa. Memang katil sungguh. Aah, unfortunate us. Lauk kitorang order x kena ngan tekak. Mee sup kawan tu pula penuh dengan semut. Masa kawan tu korek bawah bihun, baru nampak. Dah macam kebun semut tengok. Sobs.

Farikica said...

Euwwww..semut? x komplen ke..? awat gitu sangat... ishhh

PuTrImaRyam said...

begitu rupanya night bus dorang...selesa ka nda? part HR tu kita sama, aku suka beli di market2 besa ja, hihi...

Bibie Karim said...

Farikica: Aku dah suruh si Zack tu bagitau. Segan lak nak bagitau owner resto tu. Lagipun si Zack yang recommend resto tu.

Bibie Karim said...

PM: Selesa, cuma tu lah jalan raya nya gravel gila. Ala roller coaster lah juga dalam tu.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑