19 December 2011

Roboh!


시간이 치유하자

Dinding itu akhirnya
roboh
ranap, hancur
serpihan di sana sini
habuk, debu, sisa.

Namun angin
seperti sudah tidak sudi
meniup semua pergi.

Direnung semua
mata jadi kabur
pandangan jadi kusut
mengapa perlu sesemak itu.

Mahu cari jentolak
atau lori pengangkut sampah
biar cepat bersih
biar jadi tiada.

Semua ini harus segera hilang
tiada sisa tertinggal
senang untuk bina dinding baru...

Yang lebih kuat & kukuh.

eryantierdabdulkarim

2 comments:

isabelle said...

puitis ko arini bahhh. kenapa?

Unknown said...

Tiba2 je nak menjadi puitis. Boleh? Hihihi.