Ntah kenapa tiba2 rasa mahu menulis. Tapi sangat pathetic bila diri tidak tahu apa butiran yang perlu diluah. Terlalu banyak yang disimpan; dibiar diam di dalam hati. Bagi peluang untuk bernafas...untuk rasa selesa. Ada ketika aku pilih untuk kongsi bersama si Tulang-s Belakang, tapi most of the time aku lebih suka santai dengan hati sendiri. Monolog dengan si Akal & Hati yang dikurnia oleh Nya.
Saat ini, aku tahu ada sesuatu melintas dalam minda. Dan telah putuskan untuk singgah sebentar, berehat dalam hati.
*phew* Mahu ku usir semua ini, halau biar cepat bersih. Jangan kau buat sarang di situ. Tapi semakin kuat aku suruh pergi, makin kuat membentak. Mahu stay longer; biar aku peroleh new lesson dalam kehidupan. Itukah motif? Atau ada agenda lain? Jangan terlalu senang mahu berlenang di situ, kerana bila tiba masa kau perlu pergi.

Kalau bisa ini ku padam satu persatu...mungkin saja pening & bingung ini senang diusir. Malah rela pergi tanpa disuruh. Kenapa semua ini cepat ada. Aku tidak pernah rancang. Aku tidak pernah mahu ini ada. Aku tidak pernah tahu kenapa perlu ada. Kenapa perlu timbul. Sungguh terbukti kan? Aku sudah jadi sangat tidak cool.
"Topeng" itu aku pakai ada tujuan. Jadi aku tidak perlu alat warna yang lain bagi menutup cela. Bila aku pilih berdiam diri...semua akan jadi putih langsung tiada palitan. Dan mustahil untuk diteka apa ada di sebalik topeng. Mungkin saja tekaan dia; kamu; kau atau mereka betul...tapi hakikat, sedikit tidak akan ada klu yang tersedia.
Kerana bila aku pilih mengunci jiwa...semua di dalam akan ditutup rapat. Tiada akan ada yang dibenar tunjuk diri. Dilarang sama sekali.
eryantierdabdulkarim