Showing posts with label Kansai International Airport - Modem Wifi. Show all posts
Showing posts with label Kansai International Airport - Modem Wifi. Show all posts

18 April 2014

Chasing Sakura Day 1 - Malaysia to Japan

Assalamualaikum. Konnichiwa.

Adalah sangat malas untuk bercerita panjang lebar. Macam penat gila kan semenjak duamenjak balik dari Jepang ni. Withdrawal syndrome kunun. So kali ni bercerita melalui gambar jak lah kan. Walau susunan gambar adalah sangat disorganized. 

Luckily Sabah adalah cuti hari ni sempena Good Friday. Tu yang aku kuatkan seruan supaya roh Rajin cepat mari. Tapi hmmm sila lah sila percaya aku ndak akan membebel panjang.

3 April 2014
KKIA Terminal 2, Kota Kinabalu

While tunggu boarding time, aku tunggu juga cousin aku yang paksarela patah balik untuk ambil jaket aku. Tapi time2 tu jugalah kan mau traffic jammed bagai. Hampagas. Ended up, penghantan jaket adalah failed. Aku masuk boarding hall dengan segala rasa pasrah. Pastu ada niat pula mau cari jak di LCCT. Asal boleh! If mahal melampau, last choice adalah untuk hantar rescue call to Ms H. She will be joining us the next day. Erm pasal tu jugalah aku macam relaks gila jaket ndak da. Penyelamat ada katanya.

Penerimaan hakikat orang yang tinggal jauh terpisah Laut China Selatan sama Tanah Semenanjung. Haruslah bertabah beli return ticket KK-KL juga. Ahli rombongan seramai 3 orang di Kolumpor tu untunglah. Kami berdua mau ndak mau, terpaksa beli juga. Direct flight KK-Osaka lagi berlipat ganda mahal. Jimat kos, marilah beli berasingan. Naik Air Asia dari KK, sampai LCCt ambil shuttle bas (RM 2.50/way) to KLIA. Sebab trip kali ni, aku naik MAS. Beli time promo pun tiket tu. Kalau ndak, berangan jaklah. 

3 April 2014
KLIA, Sepang
  • Reunited with Ms P at the airport. Ni kawan aku masa high school dulu. Last travel sama masa 2012 (Seoul, Korea). Kami lepak sambil menikmati dinner asam laksa super sedap. Ka sebab aku yang kelaparan? Cuma sempat breakfast pagi tu. 
  • Thanks to IG. Sedang komen gambar poyo aku di KLIA, si Aza tanya kenapa belum jumpa JM. Ndak lama JM reply baru masuk boarding hall. Aku excited sebab ndak sangka flight kami sama. Plus selama ni kan cuma berbalas komen di alam maya. Alhamdulillah terjejak kasih sama tuan punya blog JariManisTravel. Dan aku adalah malu sebab mulut potpet langsung ndak control ayu walhal baru first time jumpa. Ish!
Dapat seat tengah. Memang ndak suka sebab aku jenis ulang alik toilet. Perangai. Ndak sukalah kan terpaksa kejut orang sebelah duatiga kali. Lucky this time, pundi kencing tau pula bekerjasama. Ms G yang dapat aisle seat pula yang jadi aku. Tangki kecil. Ngek.
Actually masa check in, kakak kaunter tu bagitau seat kami diupgrade to business class. Just that kami akan naik flight lain; yang akan transit di Incheon for 2 hours before arriving Osaka. Seat dari Incheon to Osaka pun upgraded to business class juga. Naik Korean Air! TAPI niat untuk agree with the upgrading thingy went down straight to the drain because Ms P & Ms C had already check in prior us. Beg diorang sudah jalan jauh, dibawa masuk kapal. Sedih berganda. Ms P pula remind aku banyak kali.

"Bie ingat weii. Aku tak tau 1 mende pun pasal Jepun. Aku serah semua kat ko. Kalau ko ikut flight lain, pula tu sampai lewat berejam dari kitorang...apa jadi ngan kitorang kat airport nanti?"

Busuk hati tau ndak mau kasi can aku trip orang kaya-kaya. Laju jak melontar soalan saiko. Terbelah bahagi jantung. Once in a lifetime opportunity tu! Sudahlah petang tu aku meluah sama Ms G bila lah dapat merasa naik business class. Pastu aku cakap lagi rindu mau 'balik kampung'. Gedebuk Allah 'bagi' cash malam tu. Upgrade business class...transit Incheon for few hours. Mental kejap aku mau digest fakta masa kakak kaunter tu bagitau! 

Tapi akhirnya...aku dengan berat hati tolak peluang tu. Dalam hati doa; haraplah akan ada peluang macam ni lagi. For that to happened, kenalah naik MAS pula kan. Pfft. 

Our flight departed 15 minutes late than scheduled. Ndak apalah lambat, janji selamat. Habis jak demo pasal safety, aku wrapped kepala dalam blanket & zzzZZzz. 
Untunglah naik MAS. Sekali sekala dapat merasa in-flight meal. Selalu, aku layan tidur jak along the journey. This time, automatik terbangun bila tiba waktu makan. Aroma makanan menusuk hidung gitu.
Macam biasa, isi immigration form. Pastu duit yang kita bawa pun kena tulis jumlah. 
4 April 2014
Kansai International Airport, Osaka
Alhamdulillah we landed at Kansai International Airport as scheduled walau lambat bertolak dari Malaysia. Temperature was reported to be 13'C. 
Settled with immigration; keluar dari arrival hall teruslah cari toilet. Keluar jak dari toilet nampaklah 3 orang kawan aku tu disoal siasat polis airport. Sudah pernah baca dalam few blogs benda tu biasa. Just rutin diorang harian. Lepas ttanya itu ini, belek tengok passport etc etc then settled. Muka penuh manis menanya, ndak kan cuak rasa macam sudah buat jenayah kan.
Pastu aku jalan cari booth Telecom Square to pick up the mobile wifi modem I've reserved prior arrival. Located in front of the Kansai Information Centre just outside the International Arrival Hall (between the North & South doors). Refer jak direction yang diorang email aku prior coming. Kami sewa mobile modem ni selama 9 hari di sana. 
For more info about the wifi modem rental, please refer here
Terserempak ngan JM lagi masa kami mau validate our JR Pass. Kami banyak 'stops' lepas keluar dari kapal. Semua pun mau digambar. Geng JM sudah siap tukar pass segala, cepat & tangkas.
I opted for the Icoca & Haruka Round Trip (Option 1b). 
Sebab JR Pass kami tu valid for 7 days only & will only be activated the next day. Furthermore, our Jr Pass will expired a day before our flight back to Malaysia so I think this is the best deal
Icoca Card functions the same like our Touch'n'Go & TMoney (??). It is recognized by the subways, taxis buses & even for shopping purposes (major stores & most retailers). We used it when riding the subway train that is not covered by JR Pass in Tokyo, Osaka & Kyoto. Also for the streetcar/tram in Hiroshima. 
After activating the Jr Pass, off we go to Kyoto via Haruka Express. And a compulsory photo before that. Posing sangat padahal bahu sudah sakit hangkut anak gajah 11kg.
Gila impressed bila tengok pekerja diorang ni buat kerja. Dedikasi is the keyword. Kansai is the last station, so diorang akan bersihkan dulu train ni before it departs. 
Seat tu boleh putar 360'. So sila jangan risau kalau dapat seat yang bertentangan dengan arah train bergerak. Nampak pekerja tu pusing2 seats, kami wow lagi sekali.
Tiap kali nampak sakura along the train journey, teruslah excited. Almaklumlah, first time. Even the Japs dalam train tu pun excited ok. Siap ambil gambar, ketik banyak kali. Diorang pun duk 'Wah, sakura. Wah sakura' juga.
Contoh rumah di Kyoto yang jadi kesukaan aku sama Ms G. The same ayat keluar bila nampak perumahan diorang. Nampak sangat memang suka.
4 Apr 2014
Kyoto Station, Kyoto
View of Kyoto Tower; opposite Kyoto Station. We arrived 75 minutes later. Niat di hati untuk qada' tidur dalam train, tapi sebab excited sangat aku cuma mampu tengok Ms G berdengkur di sebelah. Ngeks.
Perlu kan untuk posing depan station. 
Sampai Kyoto Station, umat punyalah ramai. Walau itu adalah weekday. Sebab salah ikut exit, terus end up di belakang bangunan (Bic Camera Shop). Padahal memang tau bukan tu nama exit yang patut kami ikut. Lantaklah labu yang penting sudah sampai Kyoto. 

Ada few urusan before we proceeded to our next destination. Simpan keluarga gajah dalam lockers...and berkunjung ke Kyoto Information Centre. Yang tu aku sambung next entry. Gila panjang pula bebelan aku. Ingatkan hanya mau bercerita by pictures. Ciss.
Gambar cuci mata. Taken at Yasaka Shrine. Our next destination. 
eryantierdabdulkarim