29 May 2015

Cambodia - The Gulai Restaurant / Central Market / Night Market, Phnom Penh

Assalamualaikum. Chomreabsuor.

Balik dari Tuol Sleng (read here), tahap ting tong kepala aku sudah masuk fasa separa-kronik. Maybe juga sebab lapar. Jadinya sesi jamu perut adalah wajib. As I said previously, I didn't do any research regarding halal eateries for this trip. Semua aku serah bulat-bulat sama supir. Bila kami bagitau Omriya yang kami lapar; teruslah dia bawa kami pi tempat makan ni. Aku memang ndak fikir panjang sudah, janji makan. Ndak mau fussy terlebih mau makan sekian-sekian kunun.

30 January 2015
The Gulai Restaurant Malaysian Food
# Logo halal dari Jakim siap!
# Yang buat perut happy lompat bintang.
Ada hidangan buffet. Ada ala carte. We opted for buffet bila nampak lauk yang diorang hidang sangat meliurkan. Terus tiba-tiba; eh rindu masakan Malaysia. Aku ler tu! 
# Style bersila.
Tapi haruslah kami pilih duduk atas kerusi jak. Ndak kuasa mau buka selipar bagai. Plus Ms P & Ms C pakai kasut time ni. Aku faham sangat perasaan malas makan bersila ni apalagi bila time tu kau berkasut bagai. 
# My super late lunch! 
Dekat pukul 5pm sudah time ni oii! Jadinya sila terima kenyataan bila si Err makan 2 round. Memang paling happy bila nampak ikan keli adalah salah satu lauk buffet! Ni memang all-time favourite aku. Time study dulu, makcik kantin sampai hafal lauk aku beli. Menu berulang; wajib tiap hari katanye. Bila sampai kaunter, dia ndak buka tapau aku. Pastu aku pun memang tau harga yang perlu dibayar. Roommate aku pun dulu hafal menu aku. Pasal tu dia ndak bingung every time aku pesan belikan makanan aku. Menu tetap gitu. Fuh, suddenly beria explain selera perut sendiri kan Bie.

Lepas makan, semua pun bergegas naik tuk tuk. Mau kejar closing time Central Market. Kami ada less than an hour untuk kasi koyak poket di market. Ouh, don't ask how much we paid for the buffet. Aku adalah lupa. But IF I'm not mistaken we paid not more than USD 10 per person. 
# Tuk tuk Omriya berubah wajah! Dapat sticker sponsored by The Gulai. Tolong-menolong dalam business gitu.
Phnom Penh Central Market
# Nice colors combination.
Masa ni matahari sudah mula memancar. Kepala aku kembali biul. Tapi tetap gagahkan diri ukur area market. Sakit kepala ni kalau dilayan sangat, memang apa pun ndak jadi. Besar juga area market ni. Sekalinya, nafsu membeli sangatlah pudar. Langsung tiada mood. Window shopping jaklah.
# Bahagian dalam bangunan market. 
Kami cuma mampu ukur jalan di bahagian depan market. Gerai tepi-tepi, gerai ke dalam-dalam memang kami ndak sempat masuk. Lagipun janji cuma sejam jak sama Omriya. Before mau keluar tu, kami stopped at this one gerai yang jual t-shirt at a very affordable price. Maka apalagi? Teruslah semua macam kena rasuk hantu membeli-terbelah kan. Siap duduk depan gerai; buat macam ada share di gerai tu. Tapi logik lah, kami borong super banyak. USD 10 for 4 t-shirts (adult). Masing-masing memang macam piranha. Walaupun Makcik kerahkan Pakcik untuk buka stok dalam bakul; diorang tetap senyum manis sama kami. Rezeki wei, rezeki! Jangan menyumpah dalam hati sudah lah. Sebab boleh tahan semak juga gerai tu kami kerjakan. 

Habis membelah, semua super penat. Maka marilah kembali pi hostel. Belum check in lagi walau kami sudah sampai awal pagi tadi. Heaven gila nampak katil. Terus semua pakat baring lepaskan lelah. Considering kami cuma ada satu malam jak di Phnom Penh, esok pagi flight balik Malaysia super duper awal...hence ndak lah boleh kasi lurus any urat-bengkok sepuas hati. Lepas mandi & bersiap, kami keluar. 

Next mission adalah menjejak night market which is merely 5 minutes walking from our hostel. Walkertapaki jaklah.

Phnom Penh Night Market
# Entrance
Banyak juga gerai di pasar malam ni. Siap ada stage & budak-budak buat performance. Sempat juga kami layan tengok. Music is universal; walau bahasa kami ndak paham yet we enjoyed watching the performance. Sudah cuci mata tengok orang menari & menyanyi, masa untuk jamu perut. Again! Kunun demam kan, tapi selera macam perut gajah juga.
# Woohoo! Didn't expect this. We're happy tourist! 
Ndak payah cop tempat ka apa sebab ada jak space available. Paling ramai locals sebenarnya di sini. I guess this is one of the way how they enjoyed their malam minggu. 
# Alhamdulillah ada gerai halal di sini. 
Actually ada 2 stalls with Halal sign but yang satu lagi tu cuma jual yong tau fu. Haruslah reject terus. We want heavy meal for dinner please. Buang tepi fakta yang kami baru lunch jam 5pm tadi! Makan berat pula tu! 
# Adalah pening bila mostly stalls di night market guna Riel.
# Dinner like the locals! 
Kuetiaw goreng aku order tu memang terbaik baq hang. Walau pedas sampai berasap telinga tapi seriously sedap. Cukup rasa. Sebab sedap tulah, lepas habis bubur tu...Ms C sanggup Q & beli kuetiaw tu lagi. But unfortunately, bila sampai turn dia....kuetiaw tu sudah jadi separa-sedap. Lain orang yang goreng maka lainlah rasa yang terhasil. Gitu kami buat kesimpulan. 
# Mine. Yang Popia basah inti vege tu pun aku yang punya! Nampak kah selera gajah si Err? 
# Masih penuh dengan kenderaan walau masa ni sudah dekat jam 10pm. Malam masih muda!
Plan asal kami mau ngeteh lepas ber-night market. San Francisco Coffee House is actually just around the corner. Tapi masing-masing macam reluctant untuk teruskan niat. Ngantuk? Penat? Or malas menapak? Kalau ikut aku memang ok jak lepak ngeteh di bar. Banyak gila di kiri kanan every alleys. Pilih jak mana berkenan di hati. Tapi asap rokok berkepul-kepul hence automatic cancelled. 

Then suddenly datang idea untuk massage. Semua sebulat suara setuju! Masalah problem bila plan suda ada, tapi kami ndak jumpa massage parlor yang berkenan di jiwa! Gila oii! Bila ndak dicari, bersepah san sini. Bila mau, tiba-tiba tiada. Before sampai Cambodia, aku ada dengar pasal Lemongrass Garden Beauty Spa. Gigih si Err google. Jumpalah 1 branch di Phnom Penh...sekalinya bila sampai depan kedai, it is actually a restaurant! Bingai melantun. Turned out Lemongrass Spa tu cuma ada di Siem Reap. Hampagas! So usaha mencari diteruskan. Alhamdulillah jumpa sebiji on the way balik hostel. 
# While yang lain discuss untuk pilih pakej spa; kami we-ca dulu.
# Suasana macam ni memang favourite aku!
# Pantang ada free wifi!
In the end semua decided untuk ambil the same package. 50 minutes foot massage. Senang. semua in one room. Just nice! Aku sudah halfway pi dreamland the moment tukang urut tu lumur kaki aku ngan air suam. Next thing I knew, the girl woke me up. Massage nya udah selesai Buk. Eh? Tiba-tiba bahasa Indonesia? 
# Green tea for me! After massage memang akan dihidang warm drink. Free jak, tu yang minum dengan senang hati.
Self-pampering session settled. So tiba masa untuk merehatkan minda. Balik hostel ler. Macam ndak cun jak idea mau pi Independent Monument! Kalau malam, view di sana memang superb. Si Err kan suka yang lampu-lampu lip lap ni. Tapi kali ni, tuntutan minda perlu didulukan. Marilah balik & tidur! Sebelum tu packing dulu. Esok pagi kena bangun super awal untuk pi airport. Lambat kalu, beli flight ticket baru sila.

eryantierdabdulkarim

17 comments:

liza said...

aku sudah lupa yg aku massage dulu kat mana...tp org tempatan yg massage....siap kena byr tips lagi...usd1 kot aku bagi...dasar kedekut kan....hiksss
mungkin sbb kita kat malaysia ni tak biasa dgn tips2 ni...rasa mcm melampau bila kena paksa bg tips..hahahaah

syieda said...

amboii.. blog berwajah baru nooooooooee..
amboii kalo aku pun sama macam ko. tetiba jek tekak mesia bila jumpa ikan keli tuh.

dzuchan said...

makan bersila kat night market tu chaghe la..teringat plak macam bukak posa kat bazar Ramadan kuantan yg femes tu

kay dolce said...

Ikan keli! Menu favorite saya juga, hari-hari makan ikan keli pon tak apa!

Murah tak foot massage tu? mesti heaven habis dimassage selepas berhari-hari berjalan je kan!

PS: Cantik seluar :D

Nanatron said...

Merata halal food kt sana..
Aku nk ke night msrket tuuu oneday nti..

Eh ko leh tido bermasaj2
Aku lak menjerit sakit.+ ngilu + geli
Hahah mmg org kelilimg takkan aman ah

azaleania said...

Last-last bersila jgk yer? macam kat kampung sendiri mkn masa terawikh. Massage made in Indon? hehe

azaleania said...

Pedulik selera anak gajah sebab gambo sambil bersila tu nampak slim!

Bibie Karim said...

Liza: Sibaik kitorang xde tips bagai. Xde gst juga hahaha.

Syieda: Wei dah lama ok bertukar wajah. Tekak ikan keli memang gitu ah kan. Sedaps!

Dzuli: Sangat best! Feeling makan beradap sungguh.

Kay: Kan? Menu fav saya juga cuma kat KK ni susah nak jumpa dah. Kalau ada pun, masakan xsedap. Foot massage tu kalau x silap x sampai RM 20 pun. Hihi seluar Siem Reap mari.

Bibie Karim said...

Nana: Aah dah makin berlambak. Sebab ada masjid gak kat situ. Aku jenis lagi gumbira kalau orang duk masaj, lagi lena tidur katanye. Siap dengkur wei.

Aza: Sangat feeling darah Melayu gitu! Massage local tapi tetiba nak feeling cakap Indonesia gitu. Angle posing kena pandai wei, baru nampak slim.

DJ said...

Aku xperasan pun ada halal food kt pasar mlm tuuu...sadisss...tp syiok ah tbyg duk.dlm gelap, sejuk, org urut...mmg lelappp la jawapnya...hehe

Miss Nazla said...

kalau aku tanak duduk bersila sebab kesiankan perut aku. kesian dia tertekanan. hehe

Bibie Karim said...

DJ: Kitorang gigih mencari sebab lapar giler. Part orang urut tu memang asyik ah. Xsedar kejap je sejam tu.

Bibie Karim said...

Nazla: Ngeng ah. Kawan aku tu boleh je duduk bersila. Siap makan bertambah tau.

bilabudakkampungtravel said...

Best baca. Buat aku lapar. Banyak betul kau berjalan 2,3 bulan ni Bie.. macam tak terbilang dengan jari aku.

Radin Fadli said...

Amboi ini memang hari bershopping sedunia ke? bukan main selesa bermassage last tu sampai nak terhantu di buai mmimpi indah hahaha.

Bibie Karim said...

BK: Oi idoklah banyak mana. Aku lambat sangat update tu yang rasa macam banyak sangat berjalan.

Bibie Karim said...

Radin: Shopping sangat. Walhal seluar je yang diborong. Sangat selesa! Sibaik tidur dengan ayu sekali.