19 March 2014

South Korea Day 7: Gamcheon Village, Busan

Assalamualaikum. 안녕.

Gamcheon Village 

Tempat ni memang antara yang paling top in my places-to-visit-Busan list. Baru merancang mau pigi sini, a good friend of mine sudah menjejak terlebih dulu. Kawan yang sudah banyak berjalan tapi paling pemalas mau buka blog. Hampagas. Else, banyak info & tips he could have shared. Nasib baik dia rajin layan soalan bonus aku. 

Ikut plan asal, patut kami pigi Gamcheon ni on the first day we landed. But changed it last minute lepas dapat tau aku silap booked date untuk hostel kami. Urus itu ini, dekat one hour juga terbazir. Since memang akan balik Malaysia via Gimhae Airport juga, jadi mari sukaria postpone plan untuk visit Gamcheon ke hari terakhir kami di Busan. Phew panjang lebar explanation.

And that friend bagi mission;
"Find the place where I wrote my name on the wall." 
Ndak da ganjaran apa pun tapi aku semangkit mau mencari. Sebab ada niat untuk write my name on his name. Kaedah busuk hati in order to erase his name.

Untuk sampai Gamcheon Village, boleh naik subway juga. Mula tu memang gitulah kaedah aku mau guna. 
  • Stop at Toseong Station Line 1 (Exit 6). Walk uphill. 
  • Wait the bus #2-2 or #2 in front of PNU Cancel Center. 
But Alhamdullilah, Azra's entry made it easier for me. Thanks berjuta kali for sharing! Since our hostel is situated near the Jagalchi Station (Exit 10), we just have to walk to Exit 1. Guna laluan underground that is. Sambil cuci mata tengok kedai beraneka jenis sepanjang station subway tu. 
Sebaik keluar dari Exit 1 (Jagalchi Station), sila buat u-turn. Walk until the end of the road & turn left. Refer picture above, I marked the bus stop with the green star. 
Fyi, bus stop adalah tidak berbumbung ok. Nampak signboard gini, itulah dia bus stop. Depan GS25 mart tu jak.
And facing these buildings. Belakang building tu adalah BIFF Square.
On board the bus #2-2. Memang sempit gila jalan ke Gamcheon ni. Hilly terrain all the way. Bas start penuh masa ambil penumpang di PNU. Syukur aku ikut route si Azra bagi, else memang kena berdiri sepanjang jalan mendaki bukit.
Alight from the bus when u see this view on ur right side. The stop is Gamcheon Elementary School.
Nampak benda atas ni, tulah jalan untuk masuk Gamcheon.
Singgah information office untuk beli map. Pastu dia akan bagi this one pamphlet (Stamp Tour) untuk dapatkan stamp at certain check-points dalam village, if dapat complete all the column boleh exchange for a free postcard. Since office ni tutup jam 5pm, aku memang budget kami ndak kan sempat buat pertukaran. So kami ndak ambil port untuk menjejak check-point tu.
Memang serious scary lah benda alah ni. Aku ndak sempat korek info of why these are there; on the rooftop at almost every building at the village. 
I'd say ikan adalah maskot utama. Penunjuk arah yang less reliable for Yours Truly. 
Comel kan. Sungguh2 tunjuk kreativiti hatta di tangga sekalipun.
Kalau boleh deco exterior rumah aku gini kan best. Tinggal apartment, boleh lah abaikan idea bijak itu. Sob.
Ok ni scary things yang bertenggek tepi bumbung; tapi versi comel. Sebab yang ni adalah penguin painted in bright & cheerful colours. Siap guna muffler & snow cap gitu. 
Idea on how to use recycle stuffs creatively. 
Jalan punya jalan, suddenly jumpa Lil Prince with his loyal friend. Ouh sini pun port diorang melepak juga rupanya. Both pun duduk facing the houses, usha gf si Prince kali ni.
Automatically excited sebab mural kucing. Rindu my children! We encountered quite a few cats in the village tapi semua ala pemalu ndak mau digambar. Asal kami datang dekat, terus lari. 
They are people actually living in the houses there so mind ur manners while walking at the alleys. Ndak best kan kalau suddenly orang bising2 depan rumah. 
Misi yang kawan aku bagi tu is somewhere around this area. According to the map, ikut jalan ni akan jumpa building yang dicat ala warna lembu. Black & white. The friend also gave me the hint 
"It is somewhere near the lembu".
I was extremely confident that I was on the right path when I saw this drawing as he took the exact picture which he uploaded in his fb album. 
Kununnya bila nampak these arts, maka aku sudah dekat sama the wall that he wrote his name. Hampas! Aku jumpa nama orang lain ada. I only saw the wall that he mentioned in his fb. Benci. Aku gagal!
Menambah luka kegagalan ndak jumpa his signature (padan muka niat menyimpang kan Bie), I lost my way after going back & forth at the same alley...trying to locate that lembu (macam ndak da nama sesuai bah kan) punya pasal!! Like seriously lost. All alleys suddenly look the same to me. Eh, memang they indeed look the same. Bukan suddenly! 

Lagi keruh bila aku tengok langit makin gelap; senja sudah beransur datang. And ada geng Halmeoni yang tengah lepak depan kedai runcit, suruh kami cepat2 turun. Macam mana aku faham? Diorang point arah bawah while saying Ppalli (cepat). Haru wei kena halau. Yalah, diorang pun ada kehidupan kan. Sudahlah seharian jadi kawasan lawatan orang ramai, of course malam diorang mau privacy sendiri. 

I opted to go up the stairs & try my luck for the last time; from the starting point. Tapi tetap gagal, tetap menemui jalan buntu. Hence I gave up. Next mission adalah untuk cari jalan keluar pula.
Back to square one. Sinilah aku jumpa Halmoeni tu semua tadi tapi masa aku lalu ni diorang sudah bersurai. Mesyuarat tamat sebab Maghrib sudah menjelma. Yang kami masih terkial cari jalan keluar. Narrow alleys sangat berjaya complicated-kan minda aku.
Korea Santorinni.
Read the history of this village 
here. 
Hmm asal boleh kan sesat dalam ni! We followed the alley yang Halmeoni tu tunjuk but we ended up bumping into more complicated alleys. Ha kan sudah dipesan, jalan time senja memang ndak bagus. Syaitan berkeliaran 'membantu' orang sesat...untuk jadi lagi sesat. 

Masa tu cousin aku sudah panik sebab tinggal kami dua jak lagi berjalan di lorong kecil tu. Aku? Ndak da perasaan. Alahai, kami dalam tu juga. Just ndak jumpa main road jak. Unless dalam hutan, bolehlah aku switch on mode panic kan. Masa tu misi utama aku adalah untuk keep on walking until the main road sambil pegang map. Aku cari tall building untuk jadikan benchmark. Senang untuk locate dalam map. Adalah dalam 10 minit walking, suddenly jumpa row of shops. Pastu baru nampak ramai orang. Cousin aku pun tarik nafas lega. Cis pandang rendah sangat sama skill aku baca map tau. 

Belum habis kelegaan dia, she started to worry again. Sebab bas kami tunggu ndak kunjung tiba. Pastu she questioned pula decision aku untuk tunggu di bus stop tu. She asked why this bus stop, not the one on the other side. I smiled. Malas aku berhujah pasal sistem jalan raya di South Korea yang ndak sama dengan yang di Malaysia. Diorang drive belah kiri 'kot'. Dia lagi risau bila bus #2-2 muncul di seberang jalan. While kami sudah berdiri sana dekat 15 minit tapi batang hidung bas #2 or #2-2 nan hado. 

"Bus stop kita turun tadi, atas sana. So we have to take the bus belah sini. Sebab lane ni kan naik atas" I told her.
"What make u so sure" siap bulatkan mata.
"Because I live here, dulu. " I said to irritate her more.

Not long after, bus #2-2 pun muncul. Daebak sungguh reaksi cousin aku, melompat riang. Senyum sampai nampak gigi geraham paling hujung. The next stop is opposite the bus stop where we alighted earlier. Baru lah nampak entrance untuk Gamcheon Village.

"That's where we entered the village tadi. Paniks!" Aku cari pasal.
"Nah. Orang saja uji ur skill." Bertuah kan.
"Nanti kita turun depan tempat kita naik muuula2 tadi. Jalan belakang building tu tembus direct to Gwangbok-ro".
"Hmm, orang ikut jak. Janji sampai sana, mau makan hotteok."

Journey took less than 20 minutes. As planned, after turun dari bas kami ikut jalan heading to BIFF Square. Melepak di Gwangbok-ro. Join queue di gerai hotteok walau pun kena tunggu lama sebab super ramai orang. Then kami jalan sampai Nampo-dong area. Later patah balik, mula mau naik escalator to Yongdusan Tower tapi cancel lagi sebab aku takut nyawa boots sudah kurang dari separuh. Kalau koyak on the way descending from the tower, memang masak lah kan. Naik tu no hal sebab guna escalator. Jadinya kami just spend time strolling around the street. Bye juga sama Gwanggali Beach. Cousin aku refuse idea untuk lepak tepi pantai sebab sejuk. And sakit kaki. 

Kami balik bilik around 9pm. Singgah beli udang di pasar & malam tu dinner sambal udang. Pas makan, kami packing sebab the next day akan balik Malaysia sudah. Seven days seem too short for us. Boohoo. 

p/s Walau sesat tapi harus bangga! Alhamdulillah. Finally I have my own pic of Gamcheon Village. Selama ni cuci mata jak kan tengok gambar orang lain. Although aku miss tempat filming Running Man, I am satisfied still. Next time akan repeat pi sini lagi & insha Allah akan cari signboard RM tu. 

eryantierdabdulkarim

22 comments:

syieda said...

Omaiiii aku mesti jejak sini..mesti..mesti sbb dah pernah nampak runningman yg kat sini.
Bie sila bagi aku nombor tepon mu untuk soalan2 bakal ku tanyakan..plisss

Farikica said...

everytime ada entry Busan, mestia da rumah kaler2 comel tu...he..he.. Cantik eh... Busan dng Seoul mana best Bibie?

Unknown said...

Mesti mestiiii. Aku frust gila sebab x jumpa plaque tu. Benci tau. Duk sibuk cari lembu. Hahaha.

Ko email aku no fon ko bibierr82@gmail.com. Nanti aku holla2 ko.

Unknown said...

Diorang panggil tempat ni Lego-village gak Farikica. Comel tapi alleys dia too narrow & steep stairs. Nak kena extra careful. Boleh tergolek kalau excited sangat.

For me Busan macam KK. Sebab dekat laut. Suka Busan tapi Seoul pun suka gak. Hahaha both pun best for me. Bibie xboleh bagi jawapan tepat. Ish.

Jari Manis said...

Jm akan beri kredit kpd 2 org bie dan azra coz akan refer kedua2 blog ni :-)
Ahaksss kelakar misi nk overwrite nama tu gagal bkn sbb niat x baik kan hikssss

Unknown said...

Hihi thanks JM. Bibie memang suka cedok info kat blog Azra. Pastu kalau xjumpa, email dia plak.

Niat nak overwrite dah kecundang. Kawan tu siap gelakkan. Xpe, nextime akan pastikan berjaya. Xpun suruh sesape yang bakal pegi tolong jayakan misi. Punyalah busuk hati kan.

Mie said...

Bie, naik bas tu boleh guna kad T-money ke...

Unknown said...

@Mie: Aah boleh je. Lupa lak naik mention. Subway & airport train pun boleh. Saya top up Tmoney kat 7-Eleven je haritu.

PutriMaryam said...

Info yg bagus dan gmbr2 yg bikin excited

Unknown said...

@PutriMaryam: Thanks. Tulah kan aku dulu baca entry orang pasal ni tempat pun terus teruja gila2. Bah pigi ko sini kalau sempat ah.

DJ said...

kalo aku pi busan pun aku nakpi sini!wajib!hahaha aku tak perasan which episode RM yg shoot kat sini...tapi aku tgk peta korea, kalo naik KTX ke busan, nanti leh pi Pohang!kampung jihyo...stop kat station apetah aku lupa...sebelum smpai busan...hahaha ni pengaruh lee dong wook pi kampung jihyo makan king crab dlm RM!hahahahaha

Unknown said...

Episode 127. Aku senantiasa ingat episod tu sebab chenta hati salah sorang guest. Tu yang semangkit aku nak cari tempat shooting tu, tapi gagal!

Episod Dong Wook gi kampung Jihyo tu untuk New Year special kan. Ko memang, King Crab aje. Eh tapi aku macam nak try lah. Macam sedap je nengok gambar ko kat Noryangjin tu.

Jari Manis said...

Bie, Email alamat umah pada JM boleh?

Unknown said...

@JM, dah email tadi. Hihi thanks in advance.

Nanatron said...

kawaiiiiii sannnn gamcheonnn!!

*matilah jepunsesat


eh ko x gi diamond bridge?

Unknown said...

Memang sesat ke barat Nana oiii.

Xgi sebab xlarat. Sejuk lagipun. Kena jalan 700m dari subway ke beach, kang makan bebelan lak aku on the way tu. Nextime kekununnye.

Nanatron said...

next time aku nak ikutttt...boleh?


rasa selamat jenjln dgn Bie pegi Korea. sebab macam jalan dengan orang korea sejibij. heee hahahha *larik naik tikar terbangggg

Unknown said...

Jom Nana oiii!!! Memang aku kena pinjam tikar lain lah ni nak kejar ko. Bahahaha sejibik sangat kan. Nah sila terima tumbukan padu aku dari jauh.

radinfadli said...

Lawanya Busan ni hurmm lawa nya eee... aduyai mesti nak jejak balik kaki ke sini nanti.
Korea Santorini bukan dalam runningman tu ke?

Unknown said...

@RadinFadli: Lawa Busan ni. View laut tu dah rasa macam kat KK, tu yang feeling like home kaedahnya terus. Aah tu memang dalam Running Man, tapi sedih xjumpa plaque yang marked RM penah shooting sna.

luna paris said...

oh RM sooting yang king crab tu kat sini ke..? takde carik kedai makan jual king crab tu ke bie? hehe

Bibie Karim said...

Luna: Platform yang ada plaque RM pun aku xjumpa. Sobs. Nextime nak cari kedai tu. Tapi aku rasa memang bukan dalam village ni kedai tu.