Assalamualaikum.
Macam biasa, prior starting the journey...perut kena isi dulu. Walau senang jak cari makanan halal di Bandung ni, breakfast adalah penting. Sudahlah memang breakfast included dalam room rate kan. Siapa mau rugi?
25 Ogos 2014
Jalan Riau, Bandung
|
# Obviously...jatuh chenta sama bubur tuang sup ayam. Itu menu wajib aku selama 4 hari di sana. |
Masa tengah breakfast tu, aku dapat tau supir kami sudah sampai. But since lagi tiga orang ahli rombongan belum turun, aku suruh supir tu breakfast dulu. Kesian pula kan, dia punya kelam kelibut datang awal jemput sekali kami pula yang lambat.
Lepas breakfast, masa untuk cari sang supir. Dia tengah duduk menikmati 'breakfast' di seberang jalan. Nampak jak kami, terus laju gila dia habiskan rokok nan sebatang tu. Haih lah, berasap dulu rupanya dia.
Anyway, untuk 3 hari di Bandung ni...aku decided untuk hire supir jak. Mau pi tempat yang boleh tahan jauh, baguslah kalau ada supir. Rate sewa mobil + supir di Bandung pun boleh tahan murah. Kami kan berenam, so haruslah lagi murah bila rental tu bayar kaedah sharing is caring.
Hasil godekan di blog DJ, aku dapat contact company supir di Bandung. Hayuka Bandoeng. Boleh klik
sini for more info about the company. Sepanjang guna khidmat diorang, memang puas hati lah.
Our supir, Iman adalah sangat helpful. Peramah. Still young; in fact he is younger than me. Tapi paling penting, dia handsome bak kata Ms C. No wonder lah sepanjang perjalanan pi Tangkuban non stop dia layan Iman tu bercerita. Kami di belakang langsung ndak dipeduli. Betullah bak kata Ms P
"Kak C ni rancak benor berborak...mesti si Iman ni boleh tahan handsome. Cer kalau muka ala pecah rumah, mau masam mencuka layan tingkap minah tu."
Sesungguhnya memang aku ndak teliti pun muka si Iman before naik kereta pagi tu. Masa aku bercakap sama dia pun, langsung aku ndak scan muka dia. Yang aku tau, dia supir kami. And memang dia dari Hayuka.
|
# On the way to Tangkuban Perahu. |
Kalau ikut aku memang akan skip tempat ni sebab sudah sampai last time. So kali ni misi mau jejak Kawah Putih jak. Tapi kenalah bertimbang rasa sebab ada ahli rombongan kali ni baru first time jejak Bandung. Jalan beramai2, sila jangan selfish.
|
# Woohoo. Deja vu sangat. Believe me or not...this very view lah yang aku nanti2 kan on the way naik pi Tangkuban. Sebab last time tangan aku macam berParkinson, gegar gila semua gambar yang aku ambil. This time, ada improvement. |
25 Ogos 2014
Tangkuban Perahu
|
# Gambar group adalah wajib!
First thing upon setting foot upon Tangkuban ground. Iman sungguh beria hire diri jadi photographer kami. Macam-macam angle lah kan dia tolong snap. |
|
# Ok ni Ms C yang ambil kan sebab kalau aku, Iman ndak sudi tolong . Dasar! |
|
# Another one by Iman. |
Lepas shot ni, dia 'lepaskan' kami untuk tour area ni sendiri. Gumbira muka dia as he got to do his thing. Berasap lah, what else. Ntah berapa kotak dia habiskan while kami meronda dalam ni.
|
# Us three angels. Kami berpecah to two groups. Group 2 Kawan + Sorang SIL. And another group 3 Bersepupu. |
|
# Kawah Ratu. Bau tungkik menusuk hidung. Ndak lama kami berdepan crater ni, kepala aku sudah start bagi signal 'Pening'. Hence perlu beredar sebelum terlambat. |
|
# Row of shops selling lots of interesting things. |
Sebab last time datang, kawasan ni belum wujud...so kali ni haruslah aku berjalan sampai nun di hujung sana. Bought few tshirts for the besties here. I didn't buy any because Bunda & her sisters were here a week prior my trip. She bought me a sweater & tshirt. Pastu menyesal.
"Eh, why did I bought so many things for u? Next week u'll be going there. Sayang duit Mama."
Ciss betul tau. Nasib baik Bunda ndak tarik balik hasil pembelian beliau & bagi sama sang Kazens lain. Jadinya trip kali ni bolehlah disimpulkan; mostly barang belian aku cuma untuk orang lain.
|
# Tawar menawar tshirt Tangkuban. Bolehlah dapat 5 helai for 100,000 IDR (~RM 35.85). Walhal lepas tu ada kedai offer 6 pieces for the same price. Rezeki abang yang first tu lah. Beza ndak sampai RM 2 pun. |
|
# Different spot; same view of Kawah Ratu. Jalan pi hujung kedai tu semua nanti akan jumpa lagi sekali kawah ni. Sudah tau view sama, tapi kaki laju juga melangkah mau tengok apa kelainan dari view point belah sini. |
|
# Up there is Kawah Upas (the oldest volcanic crater). And kalau jalan jak sampai bawah akan jumpa Kawah Domas. Tempat yang boleh boil telur katanya. Sebab tau bau sulfur super kuat belah sana, jadi mari buat u-turn & kembali pi area parking. Like last time, aku memang ndak menapak sampai atas tu. |
|
# Last view of the crater before we returned back to the parking lot. |
|
# Mau try tapi cuma mampu dipandang sepi. Macam blur pun ada. |
|
# Ada small surau a.k.a madrasah as the local calls it in front of the parking area. |
Ada bences depan madrasah ni so kami ambil kesempatan lepaskan lelah. Sambil duduk, tengok orang & posing. Nothing more boleh buat pun di atas ni. Kuda aku sudah naik dulu so kali ni memang ndak mau sudah. Plus 'parking' kuda sudah jauh compare to last time. Suruh Ms C & Ms P naik kuda...dan2 serentak pandang aku dengan sinis.
"Nak bunuh kuda tu ke. Terpaksa angkut muatan berat macam kitorang ni."
Hampun! Tiada niat di hati.
And bila lelah sudah hilang kami pun cari lah Iman. Kepala start ting tong balik. Ubat mau ditelan pun sudah habis. Sebelum bencana tiba, mari kita berehat dalam kereta.
|
# Jumpa kereta, tapi Iman nan hado. |
|
# Misi Ms C bergambar 'kenangan kau dan aku' bersama Iman...gagal! Please note senyuman gedik Ms C. Suka katanye! |
And jumpa Iman depan tempat kami mula2 sampai pagi tadi. Ini semua berkat mata gatai usaha gigih menjejak Iman oleh Ms C.
"Amboi Kak C, nampak aje Iman."
"Eh nampak lah. Tapi korang jangan hover. Tu laki orang, nak mati?"
Ha...married guy rupanya. Bapa orang somemore. Tapi!? Ada kami kesah? Haruslah ceritera makin best. Jadi second wife, apadehal?
Kami tinggalkan Tangkuban Perahu setelah dekat sejam tunggu 3 Bersepupu tu balik pi kereta. Ntah sampai mana area diorang cover. Gigih wei tahan bau asap dari crater tu.
|
# On the way to bandar Bandung. Dua orang ni memang gigih bercerita sepanjang jalan balik dari Tangkuban kah? Buat macam kami di belakang ndak wujud. Pasrah! |
Sepanjang jalan turun aku memang flat habis. Bateri perlu dijanakuasa. Plus, kepala aku sudah berdenyut kencang just after we started descending. Migraine level gaban sudah mari! Aku terjaga masa sudah masuk area city. Macet sikit. Tapi bearable.
First thing first, masa ni aku direct arahkan next agenda adalah isi perut. Semua agreed sebab diorang pun memang kelaparan. Apa2 hal, makan dulu. Sebelum denyutan kepala aku makin menjadi.
Pi negara currency rendah bolehlah makan sepanjang masa kan Bie. Bolehlah cakap asal migraine jak, solution adalah makan. Cuba pi tempat lain, sah2 lah perut ko kalis-lapar. Pastu stok ubat mesti berpapan ko hangkut. Perangai sangat!
Mana kami lunch...nanti sambung next entry. This is too berjela already. Sekian.
eryantierdabdulkarim