28 December 2014

Liburan Day 3 - Gunung Tangkuban Perahu, West Java

Assalamualaikum.

Sambungan dari sini

Macam biasa, prior starting the journey...perut kena isi dulu. Walau senang jak cari makanan halal di Bandung ni, breakfast adalah penting. Sudahlah memang breakfast included dalam room rate kan. Siapa mau rugi?

25 Ogos 2014
Jalan Riau, Bandung
# Obviously...jatuh chenta sama bubur tuang sup ayam. Itu menu wajib aku selama 4 hari di sana.
Masa tengah breakfast tu, aku dapat tau supir kami sudah sampai. But since lagi tiga orang ahli rombongan belum turun, aku suruh supir tu breakfast dulu. Kesian pula kan, dia punya kelam kelibut datang awal jemput sekali kami pula yang lambat. 

Lepas breakfast, masa untuk cari sang supir. Dia tengah duduk menikmati 'breakfast' di seberang jalan. Nampak jak kami, terus laju gila dia habiskan rokok nan sebatang tu. Haih lah, berasap dulu rupanya dia. 

Anyway, untuk 3 hari di Bandung ni...aku decided untuk hire supir jak. Mau pi tempat yang boleh tahan jauh, baguslah kalau ada supir. Rate sewa mobil + supir di Bandung pun boleh tahan murah. Kami kan berenam, so haruslah lagi murah bila rental tu bayar kaedah sharing is caring. 

Hasil godekan di blog DJ, aku dapat contact company supir di Bandung. Hayuka Bandoeng. Boleh klik sini for more info about the company. Sepanjang guna khidmat diorang, memang puas hati lah. 

Our supir, Iman adalah sangat helpful. Peramah. Still young; in fact he is younger than me. Tapi paling penting, dia handsome bak kata Ms C. No wonder lah sepanjang perjalanan pi Tangkuban non stop dia layan Iman tu bercerita. Kami di belakang langsung ndak dipeduli. Betullah bak kata Ms P

"Kak C ni rancak benor berborak...mesti si Iman ni boleh tahan handsome. Cer kalau muka ala pecah rumah, mau masam mencuka layan tingkap minah tu."

Sesungguhnya memang aku ndak teliti pun muka si Iman before naik kereta pagi tu. Masa aku bercakap sama dia pun, langsung aku ndak scan muka dia. Yang aku tau, dia supir kami. And memang dia dari Hayuka. 
# On the way to Tangkuban Perahu.
Kalau ikut aku memang akan skip tempat ni sebab sudah sampai last time. So kali ni misi mau jejak Kawah Putih jak. Tapi kenalah bertimbang rasa sebab ada ahli rombongan kali ni baru first time jejak Bandung. Jalan beramai2, sila jangan selfish. 
# Woohoo. Deja vu sangat.
Believe me or not...this very view lah yang aku nanti2 kan on the way naik pi Tangkuban. Sebab last time tangan aku macam berParkinson, gegar gila semua gambar yang aku ambil. This time, ada improvement. 
25 Ogos 2014
Tangkuban Perahu
# Gambar group adalah wajib! 
First thing upon setting foot upon Tangkuban ground. Iman sungguh beria hire diri jadi photographer kami. Macam-macam angle lah kan dia tolong snap.
# Ok ni Ms C yang ambil kan sebab kalau aku, Iman ndak sudi tolong . Dasar!
# Another one by Iman.
Lepas shot ni, dia 'lepaskan' kami untuk tour area ni sendiri. Gumbira muka dia as he got to do his thing. Berasap lah, what else. Ntah berapa kotak dia habiskan while kami meronda dalam ni. 
# Us three angels.
Kami berpecah to two groups. Group 2 Kawan + Sorang SIL. And another group 3 Bersepupu.
# Kawah Ratu.
Bau tungkik menusuk hidung. Ndak lama kami berdepan crater ni, kepala aku sudah start bagi signal 'Pening'. Hence perlu beredar sebelum terlambat.
# Row of shops selling lots of interesting things.
Sebab last time datang, kawasan ni belum wujud...so kali ni haruslah aku berjalan sampai nun di hujung sana. Bought few tshirts for the besties here. I didn't buy any because Bunda & her sisters were here a week prior my trip. She bought me a sweater & tshirt. Pastu menyesal.

"Eh, why did I bought so many things for u? Next week u'll be going there. Sayang duit Mama."

Ciss betul tau. Nasib baik Bunda ndak tarik balik hasil pembelian beliau & bagi sama sang Kazens lain. Jadinya trip kali ni bolehlah disimpulkan; mostly barang belian aku cuma untuk orang lain. 
# Tawar menawar tshirt Tangkuban. Bolehlah dapat 5 helai for 100,000 IDR (~RM 35.85). Walhal lepas tu ada kedai offer 6 pieces for the same price. Rezeki abang yang first tu lah. Beza ndak sampai RM 2 pun.
# Different spot; same view of Kawah Ratu.
Jalan pi hujung kedai tu semua nanti akan jumpa lagi sekali kawah ni. Sudah tau view sama, tapi kaki laju juga melangkah mau tengok apa kelainan dari view point belah sini.
# Up there is Kawah Upas (the oldest volcanic crater).
And kalau jalan jak sampai bawah akan jumpa Kawah Domas. Tempat yang boleh boil telur katanya. Sebab tau bau sulfur super kuat belah sana, jadi mari buat u-turn & kembali pi area parking. Like last time, aku memang ndak menapak sampai atas tu.
# Last view of the crater before we returned back to the parking lot.
# Mau try tapi cuma mampu dipandang sepi. Macam blur pun ada. 
# Ada small surau a.k.a madrasah as the local calls it in front of the parking area. 
Ada bences depan madrasah ni so kami ambil kesempatan lepaskan lelah. Sambil duduk, tengok orang & posing. Nothing more boleh buat pun di atas ni. Kuda aku sudah naik dulu so kali ni memang ndak mau sudah. Plus 'parking' kuda sudah jauh compare to last time. Suruh Ms C & Ms P naik kuda...dan2 serentak pandang aku dengan sinis.

"Nak bunuh kuda tu ke. Terpaksa angkut muatan berat macam kitorang ni."

Hampun! Tiada niat di hati. 

And bila lelah sudah hilang kami pun cari lah Iman. Kepala start ting tong balik. Ubat mau ditelan pun sudah habis. Sebelum bencana tiba, mari kita berehat dalam kereta.
# Jumpa kereta, tapi Iman nan hado. 
# Misi Ms C bergambar 'kenangan kau dan aku' bersama Iman...gagal! Please note senyuman gedik Ms C. Suka katanye!
And jumpa Iman depan tempat kami mula2 sampai pagi tadi. Ini semua berkat mata gatai usaha gigih menjejak Iman oleh Ms C.

"Amboi Kak C, nampak aje Iman."

"Eh nampak lah. Tapi korang jangan hover. Tu laki orang, nak mati?"

Ha...married guy rupanya. Bapa orang somemore. Tapi!? Ada kami kesah? Haruslah ceritera makin best. Jadi second wife, apadehal? 

Kami tinggalkan Tangkuban Perahu setelah dekat sejam tunggu 3 Bersepupu tu balik pi kereta. Ntah sampai mana area diorang cover. Gigih wei tahan bau asap dari crater tu.
# On the way to bandar Bandung.
Dua orang ni memang gigih bercerita sepanjang jalan balik dari Tangkuban kah? Buat macam kami di belakang ndak wujud. Pasrah! 
Sepanjang jalan turun aku memang flat habis. Bateri perlu dijanakuasa. Plus, kepala aku sudah berdenyut kencang just after we started descending. Migraine level gaban sudah mari! Aku terjaga masa sudah masuk area city. Macet sikit. Tapi bearable.

First thing first, masa ni aku direct arahkan next agenda adalah isi perut. Semua agreed sebab diorang pun memang kelaparan. Apa2 hal, makan dulu. Sebelum denyutan kepala aku makin menjadi. 

Pi negara currency rendah bolehlah makan sepanjang masa kan Bie. Bolehlah cakap asal migraine jak, solution adalah makan. Cuba pi tempat lain, sah2 lah perut ko kalis-lapar. Pastu stok ubat mesti berpapan ko hangkut. Perangai sangat!

Mana kami lunch...nanti sambung next entry. This is too berjela already. Sekian.

eryantierdabdulkarim

Categories: , , ,

23 hollered!:

zarulfarhana said...

pic yng nmpk kawah kt bawah tu cntik...
hidup lagi ka kawah tu..

Scdha Sein said...

Iman is younger than u... Than how old are u?
* soklan carik pasal... He he he...

Bibie Karim said...

Zarul: Aah kawah tu hidup lagi. Actually time sampai ni, boleh nampak asap dari kawah tu. Tapi sebab xreti ambil gambar hahaha.

SS: Ni soalan Maths peringkat mana? Susah den nak jawab.

Scdha Sein said...

BK : Entah laaa... Soklan peringkat lapisan kawah ke 7 agaknya... he he he...

Cik Zarul Farhana : Kawah tu belum mati lagi... Yang mati kawah kat dapor... hi hi hi...

Samsiah mohd yusof said...

Sengajakkkk menjejak rinduku pd supir.. Oohh....

Muhammad Khairuddin Lim said...

Mengimbau kenangan lepas... Entah bila nak ke sana. Asiaair terhempas pulak..

Mie said...

Tak ke floating market... dah dekat tu...

syieda said...

Kasik Close up sikit Iman tuh.

BIBIE KARIM said...

K'Syam: Eleh mula lah getik dia tu tersembul kuar.

Abang MKL: Belum terhempas lagi. Still missing. Kita doakan yang terbaik.

Mie: X. Masa nak suarakan cadangan, sedar2 dah kat bandar.

Syieda: Xde gambar up close. Bebudak lain ada kot. Aku nak gambar dia pun segan. Sebab dia malas bercakap ngan aku hahaha.

dzuchan said...

oohh..sebelum ambik supir ko check dulu hensem ke tak ek? hahaha...untungla dpt supir sejuk mata memandang

An said...

pak supir ada iras mawi..patut sume ceria..hehe.

salam kenal BK :)

Bibie Karim said...

Dzu: Rezeki katanye. Aku ni bajet orang tu macam pak2 la. Tetiba eh muda. Pastu aku memang jenis xteliti sangat muka orang kalau bukan taste aku. Gitu kan. Diorang ah duk canang hensem, hensem. Ok lah sejuk mata memandang hahaha. Helpful pun ye juga.

An: Salam Kenal juga. Ada iras eh? Xperasan pun haritu. Bebudak lain ah duk terkenen2.

Miss Nazla said...

Aku pulak sengih2 sbb finally dpt tgk muka Iman. Apa kes?

BIBIE KARIM said...

Naz: Bak kata Ms C, cuci mata jelah. Nak ngorat dah xleh. Laki orang, jangan cari pasal.

Norharyani Sanusi said...

Bole tahan jgk si Iman tu bie..hehehe

ada 3 kuota lagi bah.bole diisi!=)

BIBIE KARIM said...

Yanie: Xlah ku igau haha. Xda ciri Kpop haha. Sudah dia cakap kerja pun cukup2 makan, nah mau menambah kuota lagi. Kesian bah anak bini.

Hazwan Hafiz said...

Sejuk tak kat Tangkuban Perahu?

Bibie Karim said...

HH: Masa kitorang sampai ni, matahari xde. Angin pun dingin je. Xsejuk mana tapi xpanas hihi.

DJ said...

Excited sgt kan muka ms C tu...hahahaha!hoih syok plk aku baca cerita ni mcm aku pun pi sana sekali...hahaha!dejavuuu gitu...hahahaha

BIBIE KARIM said...

DJ: Sampai sekarang kalau aku mention, terus senyuman lebar sampai ke telinga. Perangai gedik muncul serta merta. Dejavu sangat! Aku dalam keta haritu, duk imagine route ko je. Sebab nak tiru katanye tapi 20% jelah kot yang aku ter-ikut.

CT Humairah said...

bhahahahha drama Miss C dengan Iman =P wweeeewit.. memang orang sana suka berasap lah kan kak.. kalo org diorang yg ade kat malaysia ni pun.. isk isk..

Bibie Karim said...

CTHumairah: Kan drama sebabak mentang2 laki tinggal kat KL.

Ayunk bandoeng said...

Salam sejahtera tuan/puan semohga senantiasa semua di berikan kesihatan dan di murahkan rezeki nya (amiin) . Kami disini nak menawarkan sewa kereta tuk (bandung/jakarta city tour) bagi sesiapa tuan/puan yg dah ada plan tuk bercuti di bandung/jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di bandung/jakarta boleh WASAPP sahaja dekat number ni : +6289619522797 atau
E-MEL: ayunk.hayukka@gmail.com
FB: ayunk hayukka (untuk lebih detail nya) Dijamin kami bagi harga yg sangat berbaloi & service yg terbaek/layanan 5bintang ***** (insha allah) mohon maap tuan/puan apabila ada ayat yg kurang berkenan dalam promotion yg kami tawarkan ..

Nb:yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tapi kami jamin yg terbaek tetap HAYUKKA BANDOENG (insha allah) jom jom bercuti di bandung murah jer TERIMAKASIH :)

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑