15 November 2010

Satria BAJA Hitam

Awal pagi sudah jadi singa. Darah naik sampai kepala.
Adui kenapa perlu pilih untuk berhangin
di hari pertama permulaan minggu.

Mahu blame hormon rasa macam tidak logik. Iya,
saya sedang dalam fasa turun naik hormon. Tapi
wajarkah kalau itu dijadikan alasan tiap kali paras
darah dalam kepala naik melebihi paras normal?

Aku benci kondisi diri yang serupa manusia
tiada akal. Tidak...sesiapa tidak harus disalahkan.
Walau dia jadi pencetus marah, aku sepatutnya
jadi bijak mengawal amarah. Bisikan si laknat juga
yang aku turutkan.

Mujur 2 baris ayat cuma ku muntahkan. Cukup
untuk bagi klu badan sedang hangin. Darah sedang
mendidih. Klu supaya dia tahu dia perlu diam.

Mujur sedar cepat tunjuk diri. Peringati aku jangan
ikut nafsu semata. Yang dimuntahkan saat marah
boleh jadi racun sepanjang zaman.

Sudah banyak baja racun aku tabur dulu. Tidak mahu
aku ulang gaya hidup purba itu. Yang dulu sudah bercambah
aku tidak dapat keep track lagi. Mungkin ada yang bercucu
cicit. Mungkin ada yang sudah mati.

Apa yang pasti, aku mahu elak untuk punya baja lagi.

x0x0
hugs*kisses

2 comments:

isabelle said...

ini baja taik lembu ke baja hitam nih?

Unknown said...

Wakakakaka baju taik lembu pun boleh...tp biarlah jadi baja hitam, wangi skit.