23 April 2014

Chasing Sakura Day 1 - Hanami-koji, Gion / Kyoto Station

Assalamualaikum. Konnichiwa.

Last entry on our first day in Japan. Gila sampai berapa entries untuk Day 1 jak kan. 

Ini dalam misi mencari street di Gion yang famous with geisha/maiko. I watched Memoirs of A Geisha 3 times so yeah, bila dapat jejak kawasan yang 'berbau' movie tu haruslah aku excited. Deja-vu? 


Everything is so classic here. Sangat suka! Seriously, I fall in love with Kyoto! Jalan di street ni rasa macam kena bawa balik zaman dulu kala. Aku bukan poyo ah. Ramai yang sudah jejak sini said the same things tau. 
Yang minah ni memang. Dia asal boleh kalau ada prop, dia guna sehabis baik. Nasiblah empunya vespa tu ndak nampak. Aku tukang snap ni takut jak kena sembelih free.
Sumpah comel. Small tori gate at one of the shop along the street. Nampak macam lama betul sudah benda ni ada di sana. Sudah berpanas berhujan bertahun kali kan. 
Our very own Ninja G.
Misi untuk tunggu street tu free from cars. From the notice, kononnye no more cars lalu lalang situ after 5p. Kami pun sudah alang2 sampai, tunggulah juga. Mana tau kan dapat a glimpse of maiko pun jadilah. Walau aku tau, diorang ni sure muncul macam dekat senja gitu. Kami cuma mampu stay for half an hour. Ninja G sudah kesejukan; siap beli face mask. Masing2 pun ndak sabar jumpa katil; mau restkan badan. 
Snap sebiji dua gambar...
Trend baru sekarang kan, foot-porn. Us four. Alhamdulillah, sudah menjejak kaki di Gion. 
Settle posing lebih kurang kami pun bergerak back to Yasaka Shrine. Bus stop to Kyoto Station located right in front of the entrance. 
Even di bus stop pun ada map & information for tourist. Confirm ndak kan sesat di sini.
While waiting for the bus I saw the rickshaw. Masa on the way to Kiyomizu from Yasaka Shrine, memang banyak jak nampak diorang ni. Bawa customer; mostly tourist. 
Ni aku rakam aksi dia tengah berlari sebenarnya. Jalan ke depan tu macam a bit hilly. Diorang ada teknik bawa rickshaw ni. Well-trained I must say. Before mendaki tu, diorang stop kejap. Ambil nafas. Then diorang akan pecut sambil mendaki. Memang laju! And gagah. Customer dia tengah layan bercerita di phone masa si Gagah ni berlari. Lek jak ndak panik pun dia. 

Aku ndak naik rickshaw ni sebab mau jaga budget. More stories about this sila baca entry DJ. Minah tu naik rickshaw ni. Siap risau si Gagah ndak dapat bawa dia. Kesian tau kena underestimate. 
Kami balik tu masa peak hour. Orang baru balik kerja. Kereta pun makin banyak tapi amazingly ndak jammed. Raku Bus #100 left us twice; sebab penuh. Tourist pun ramai yang mau balik pi Kyoto Station. This time, naik bas jak memang ndak dapat elak dari jadi sardin. 
Replica of Kyoto Station fully constructed from pieces of Lego. Ada aku ambil full replika ni tapi ntah mana ndak jumpa dalam memory card. Adakah si Bijak aku ni terdelete? Besar kemungkinan memang ya! Tujuan ambil gambar ni semata mau tunjuk sama besfren terchenta yang memang gila Lego. But seriously, Kyoto Station is huge!
Lepas ambil keluarga gajah dari locker room, we made our move to our hostel in Osaka. Naik train from Kyoto Station to J-Hoppers Hostel guna Icoca Card since JrPass kami hanya akan activate the next day.
It is soooo easy to navigate in Japan! Their system is fantastic! Prior coming, I was damn worried about getting confused with their system. Line sikit punya banyak. Tengok map, complicated. Tengok route, pengsan. Tapi aku kasi yakin jak diri. Ahli lain depends solely on me. Sesat aku, maka sesatlah diorang. Lagipun sudah pernah naik subway di Seoul, konsep mesti sama. Although di sana ndak lah se-extensive macam di Jepun. Janji rajin tengok signboard. 

Berkat taatnya aku dengar kata si Hyperdia, alhamdulillah we survived our first day in Japan. Thanks to Chawanna for this information. Aku tau wujud app ni lepas baca blog dia. 

To those yang baru planning or will visit Japan soon, please download this app! Very useful, helpful & convenient. Dengan syarat kena tau departure & arrival point. It will suggest few route options, depend on us mau pilih mana. Murah, kurang transit, banyak superwalkertapaki etc etc. Only that this app is NOT usable without the internet connection. Tapi bolehlah kan buat homework dari awal. At least tau route pun sudah cukup. 

Agak2 kalau sesat, tanya jak staff di kaunter tiket. They will be more than willing to help. Betul, Japanese sangat helpful. They speak passable English as well. Ndak pun, just mention ur destination. Diorang akan bagitau which platform kita patut pegi. Petik jari jak! Riak lah kan padahal haritu sikit punya cuak. Ciss!

eryantierdabdulkarim

22 April 2014

Chasing Sakura Day 1 - Sannen-zaka & Ninen-zaka Paths / Kiyomizu-dera Temple

Assalamualaikum. Konnichiwa.

Lets continue with my recent trip to Japan. Before roh Rajin keluar dari badan! Nanti satu kerja paling azab kalau mau diseru datang balik. So last cerita pasal Maruyama Park, jalan ikut orang & sesekali refer map dalam fon. Akhirnya jumpa the famous stairs/paths in Gion. 
Found this on our way to Ninen-zaka. Too cute! Door for the owner, not to forget for the pet. Buat macam ni di KK best juga, tapi takut aku si Debab Cheeloh tu ndak lepas jak badan dia. 
Said to housed many shops that represent Kyoto. 
Rice crackers with varieties of flavors. I chose the one wrapped with wasabi sheet (fifth from right). Pedas gila!
Menapak baru few steps, take-5 untuk ambil nafas. From the shop we dropped by earlier, baru berapa minit ntah mendaki. Bila toleh belakang, eh jauh juga tu. Inilah Ninen-zaka (two-year slope). 
And sila jangan tertipu dengan cahaya mentari itu. Nan hado haba terhasil.
This is Sannen-zaka (three-year slope).
Be careful while climbing both this stepped-streets as it is said that slipping over on either one of the streets brings two or three years of bad luck. Erm, rasanya memang ndak da kejadian tergelincir or terslip masa menapak naik ni. Ish, kalau jatuh pun sebab kecuaian kan. Jadi, sila jangan percaya mitos itu. 
Path leading to Kiyomizu Temple. Jam-packed with people. Yang buat slow perjalanan sebab terlampau ramai orang. 
Alang2 sudah slow, jadi cuci lah mata tengok apa dijual kiri kanan kedai. One thing aku suka pasal cara diorang bisnes, whatever sold in a box...diorang akan letak sample di atas. So ko ndak lah tertanya rupa & apa isi dalam kotak tu. Benda display tu cuma lah pelestik tapi memang the best marketing strategy. Tengok display pun aku macam mau beli semua.
Niat di hati mau try beli macam dua budak manis ni pakai. Tapi bila aku tengok kegigihan diorang menapak tangga guna terompah, teruslah automatik niat aku mati. Ndak payah lah Bie menempah penyakit. Karang nanti, kau juga yang mood ke laut ndak dapat melangkah laju.
Sudah berwalkertapaki lebih kurang, sampailah kami di entrance Kiyomizu-dera Temple. This entrance is called Niomon (deva gate) which means a Buddhist Temple's gate guarded two wooden warriors called Nio. Guardians tu both dalam besi jaring kiri & kanan that orange building. 
Kami lepak depan gate tu dulu. Tengok orang lalu lalang. Tengok orang posing macam2. Tengok fesyen orang yang aku pelik eh kenapa sejuk gila kau masih mampu pakai mini skirt? Alang2 singkat, mari jaket tu bagus kasi pinjam aku. Gitu kan style gangster(??!) cari gaduh sama local. 
Sudah lepak lebih kurang, cuci mata lebih kurang, observe orang lebih kurang, pastu makan kacang tapau hasil ehsan kawan stewardess MAS aku...kami pun beredar. Time untuk mendaki tangga semula.
View of Gion & kawasan sekitar from above the temple area. Masa ni juga start drama berlari dari angin yang suka bagi penampar. Aku pun berjalan reversed sudah. Ndak mampu berdepan angin. Atas bukit kan so ndak heranlah kenapa angin semacam ganas.
Bila angin sepoi datang, teruslah ndak lepas peluang menikmati view ni. Subhanallah! Biru di atas, pastu di tanah dihiasi bunga kembang mekar. Pink pula tu yang banyak! Triple suka.
Niat di hati mau masuk temple ni. Sebab it has been designated as one of the UNESCO World Heritage Site. 
Before sampai ntah berapa kali aku bertandang di blog si Mun & si KakiBerangan. Tapi harapan tinggal harapan. Ahli lain kesejukan & ndak sanggup untuk masuk tawaf kawasan dalam. Jadinya, aku pun cancel. Ndak best pula aku masuk dalam, diorang tinggal di luar. Aku kalau sudah masuk, memang lah akan tawaf seluruh kawasan kan. So possibility untuk diorang keras kejung tunggu aku adalah 100%. 

Si DJ pula beriya ingat aku masuk. Siap cakap dalam entri, kawasan tu akan lagi marvelous during sakura. Hakikatnya, aku yang sebenarnya cuci mata tengok gambar dalam blog dia. Sob. Untunglah kan, it snowed when she arrived at the temple. Ndak dapat sakura, snow pun jadi. Eh kau kan taksuka bunga, kan DJ kan?
On the way down to the main street, dua ahli gagau cari WC. Nasib ada map terpampang here & there so ndak lah susah kami locate di mana. While tunggu tu, aku & Ms P pun suddenly menjadi budak. Excited jumpa playground macam lah di Malaysia ndak da? Hmm...Malaysia tiada sakura dekat buaian. Tettt!
"P, lawa gila tiles bawah buaian ni pun kelopak sakura wei"
Aku yang memang bijak bestari pijak 'tiles' tu dengan bersungguh! Sekali? Hambik kau berpercikan air lopak di kasut & jeans. Melekat sang kelopak di jeans. Hampagas tahap gaban!
"Hahahahaha kau dah kenapa Bie?"

Lepas settled semua, we continued walking to the main street. Corner sana, corner sini. Kami pun sampai to our next destination.
Somewhere at the street in Gion. Suka gila arrangement rumah/kedai di area ni. Nampak sangat classic & feeling Oshin gitu. Datang malam sikit, memang confirm jadi Oshin.
Kami ndak payah cari ninja, sudah ada ninja ready-made dalam group hari tu. Ampun!
Because the street sign is in my fav color so perlu snap. 
Tujuan berlegar di sini kunun to catch a glimpse of meiko/geisha. Tapi timing adalah salah. Masa sampai, jalan ni still laluan kereta. Tunggu jugalah until 5pm until the rest finally called it off. So aku bakal mencuci mata lagi di blog Orga & Biqque untuk sesi geisha/maiko. 

Alaaaaaaa aku pun bukan bersungguh mau tengok & snap gambar diorang so ndaklah rasa macam ralat sebab ndak nampak. Padahal jauh di sudut hati........ayat baik punya cover rasa frust, Bie! 

eryantierdabdulkarim

20 April 2014

Chasing Sakura Day 1 - Kyoto Station / Yasaka Shrine & Maruyama Park

Assalamualaikum. Konnichiwa.

Kelmarin (Fri), Sabah cuti. Lepas tu pagi tadi lupa rupanya aku bekerja hari ni. Perangai! Bangun sepantas kilat...siap mandi terus zoom. Sampai cafe, baru perasan lengan aku masih ada kesan tilam. Aigoo orang yang tengok mesti sangsi aku ni mandi ka tidak. 

Dan kerana kelmarin adalah cuti, ndak ramai student datang cafe. Which means aku boleh senang lenang lepak ofis. Gitu kan perangai orang makan gaji buta. Aku ingat hari ni adalah Sunday wei! Pasal tu lah mood kerja semua ke laut. Untuk ndak buang free time yang ada, aku sambung entry of my recent trip to Japan.

4 April 2014
Kyoto Station
Sampai jak Kyoto Station, terus cari signage Locker Room. There are lockers scattered around the station especially near the platform but we opted to keep our luggages in the locker room. Situated 1 level below the main entrance. Sini ada locker yang besar, 2 orang badan saiz aku pun muat. 

Each locker cost between ¥500 to ¥700.And ur storage time has no limit. Simpanlah berapa hari pun, the rate tetap tu juga. It's quite a bargain I would say. Like, hello! Tinggal bag di KL Sentral pun ikut jam ok. 
Next, menapak naik cari Kyoto Tourist Information Center. It is located on the 2F of the building. Naik escalator dari main entrance to 2F, passed by Mister Donut on the left. Then turn left. Center ni sebaris sama I-Setan. Do not get confused of the Building Info Center with the Tourist Center. 
Sebenarnya aku sudah tau, the Day Pass for Raku Bus can be bought at the vending machine near the bus stop or from the bus driver. Thanks Mun for the info. Tapi saja gatal mau singgah info center. Kunun untuk kutip Kyoto map & brochure berkaitan. Sengaja mau tambah kesemakan beg, kan. 
I bought the One Day City Bus + Kyoto Bus Card. We wouldn't be taking any subway train in Kyoto that day. Lagipun plan lepas menjelajah area Gion adalah terus balik hostel di Osaka. Bus fare in Kyoto has gone up. The new fare is ¥230 per ride. Hence the reason why I opted for the day pass. Even naik 2x kali pun sudah dapat cover the pass' price.
Outside Kyoto Station.
Waiting for the bus is nothing to me. Seriously, queue lah panjang mana, I pay no mind. Kalau in rush, boleh jak naik teksi kan. BUT! Waiting in a strong wind? That's everything; at least to me. Jangan lupa aku hanya bercardigan wei. Angin pula sekali bertiup, memang macam penampar hinggap di pipi. 
Destinasi first adalah Yasaka Shrine. 

According to the time table which I got when I purchased the Day Pass, we shall take the bus #100 & alighted at Gion-shijo stop. Dijadikan cerita, memang ramai orang lah pula queued untuk bas ni. We only managed to hop on lepas 2x tengok bas tu berlalu pergi sebab penuh. 

It doesn't take long to reach the stop from Kyoto Station. But the traffic & people hopping off/hopping on the bus that made the journey a bit long. We don't feel being sardine-d as we got to sit. 
The bus dropped us somewhere opposite the entrance to the shrine. Turun bas jak terus nampak view di atas. Thanks to orangkuning in googlemap, I could easily recognized the street. 
Before sampai, kena lalu few of these. Gerai jual variety of things. Masa ni juga suddenly angin bersepoi datang. Teruslah aku hilang mood untuk intai apa yang diorang jual. 

Upon nearly approaching the main site, nampaklah benda alah ni. I don't read any Japanese writing nor can I guess what are they. But looking at the piece of wood with writings on it, I assumed its some form of a wishing block. Like the tiles of roof I saw in Bulguksa Temple, South Korea. 
People buy the block (and chose shape they favored) & wrote prayers/wishes/hopes/messages on it. 
The same concept applies with this. Maybe yang ni slightly cheaper than the piece of wood. Tulis their prayers; then lipat & later gantung di tempat yang disediakan.

Masa sampai sini, nampak ramai orang berkumpul. Semua pun facing the main stage. Ada ramai staffs (pakaian ala polis gitu) pun sibuk atur orang ramai ni. Supaya jangan cross some paths. Nampak benda gini, kami jadi curious. Mau lah tau apa kejadian. Niat hati untuk tanya the local tapi terpaksa dimatikan sebab aku takut bahasa kucing kambing keluar. And so we waited. Tourist lain pun macam kami, curious. 
The main stage.

Bila muncul 3 perempuan (right side) tu di bawah stage, orang semua sibuk klik kamera. Yang kami bersoalan. Itu perempuan or lelaki yang dikasi pakai bedak tepung. Sebab memang putih gila muka diorang. Sadly, no one answered our question. 

Not long after the ladies got up at the stage, muncul lah 2 lelaki tu pula. Suasana bawah stage jadi kecoh balik. Again, orang pun sibuk ambil gambar. Kami? Masih terpinga, soal jawab sesama sendiri "Wei ni event apa??" Then the bodyguards (left side) yang iring lelaki ni bercakap ala menjerit gitu. Garau kau suara. It's like diorang mau inform kedatangan the guys; to the ladies on stage. Then those guys naik atas, orang ramai tepuk tangan. Some bersorak. Kami joined juga. Sibuk! Lepas bow hormat kiri kanan depan belakang stage, these 2 guys pun mula menari ala macam tengah bergaduh. Less than 10 minutes, the show ended. 


Semua orang tepuk tangan, those on stage pun turun. Then semua pun bersurai. Sambung balik aktiviti wow sama sakura.
Keluar dari Yasaka Shrine ikut pintu lain. Teruslah nampak sakura pink ni. Merimbun depan this one coffee shop. Siap ada keratan akhbar depan kedai. Ouh rupanya pokok ni memang famous among local & tourist. Every spring season, dia berbunga lebat macam tu. Lucky the owner!
Jalan ke belakang Yasaka Shrine, maka akan jumpa Maruyama Park. Actually plan asal aku untuk pigi park ni di kala malam. Sebab based on reviews, this park sangat lawa with all the lighting etc etc during the night. 
Tapi sebab si Err pakai ndak cukup tebal, risau kalau exposed sama angin for too long...nanti demam or worst; penyakit lain datang. Jadi aku cancel sendiri plan ni. Ahli rombongan ndak tau pun details planning. Diorang just mau tau, ke mana hala tuju lepas tu. 
Kami sampai sudah habis lunch hour so terlepas peluang untuk tengok the locals ber-hanami. Cuma ada few family yang masih lepak menikmati makanan. But they don't look locals to me. Maybe Chinese. 
Masa nampak pokok sakura rimbun lebat berbunga time ni memang non stop bersyukur dalam hati. Baru last year masa nampak pokok Sakura Malaya tu berbunga lebat di cafe. And slowly I told myself
"Insha Allah, u will get to see the real ones...one day; Bie. Amin, amin"
Alhamdulillah Allah bagi peluang tu. This year termakbul doa mau tengok sakura yang real. Masa beli tiket tu aku ndak budget pun akan clash sama musim sakura ni. Sebab masa tu memang beli ikut cuti mid term. Perfect timing betul. Just in time pula tu aku sampai, memang musim. 
One for the album. Us before Ms H joined us the next day. Si Penyelamat aku; si Tukang Bawa Jaket. Ngeks.
My thing with signages.
Dari Maruyama Park, kami jalan ikut orang ramai. Memang confirm ndak kan sesat. Lagipun ada few area, ada diorang pacak map kawasan tu. Tinggal mau apply skill baca map jak. 
Bila sampai kawasan ni, macam ke arah mau mendaki...tau lah aku sudah sampai area tangga famous di Gion ni. 
Pas mendaki tangga & ambil nafas in between, baru nampak signage ni. Ouh ni untuk orang yang datang dari arah Kiyomudera Temple. Or those yang turun di bus stop sebelum Gion-shijo. 
So yeah, next entry akan tepek gambar both Sannen-zaka & Ninen-zaka Paths. Also the temple yang diiktiraf as Unesco Site. Pening sudah aku tengok too many pics in this entry. As if lah kan ndak da entry(s) yang laaagi banyak gambar before this.

eryantierdabdulkarim