27 April 2015

Drama - Jatuh Chenta!

Assalamualaikum. 안녕.!

Sebenarnya excited mau share perasaan melayang-layang kala ini. I never thought I would fall in love with this drama. And the leading actor! Like seriously??! Tujuan utama layan drama ni sebab D.O of EXO.

Drama ni famous September last year. And I watched it occasionally back then. Sebab memang semata untuk tengok 'kualiti' lakonan DO. Adakah se-best his singing. Sekali ntah macam mana, boleh-boleh tersangkut! 

Siapa yang kenal aku memang tau fesyen aku tengok drama. Aku akan tengok Ep 1 sampai Ep 3 dulu. Then terus jumped pi Final Ep. Kalau rasa macam best or curious pasal jalan cerita, then will I watch the rest of the episodes. But! I got hooked up with this Kdrama from the very first episode instead! Gigih layan setiap episod, without jumping scene walau sesaat!

Standing ovation to the production crews of It's Okay, That's Love! Also to the casts. Totally a job well done! Permainan emosi tahap gaban. It is unlike any other drama I've watched before. To quote Kak Jem "Ini dewasa punya cinta. Bukan high school nye cinta-cinta." 

Gitu kan ulasan orang pro pasal drama cintan-cintun. Cukup ramuan katanye! 

As for me, storyline tu yang buat aku terjatuh chenta sama drama ni. Something yang ndak pernah aku terfikir, watched or imagine before. Kisah kehidupan harian yang mungkin biasa di mata kita; tapi di sebalik senyuman & gelak tawa diorang sebenarnya tersembunyi seribu satu rahsia. Dan juga kesedihan. Yang kita mungkin ndak akan ambil peduli UNLESS that happened to us. 

# Credit to yahoo.image for both images#
# Couldn't u be any romanticbombastic than this Mr. Jang Jae-yeol a.k.a Jo In-Sung?! Never expected I will go head over heels with u! Damn.
If asked whether this drama worth watching or not, haruslah laju aku angguk kepala. Siap thumbs up lagi. Rasanya boleh jak datang penyakit aku untuk repeat tengok semua episodes! Sebab sangat best! How I wish karakter Do Jong-min & Park Soo-Gwang tu betul-betul wujud dalam life aku. Tu cuma supporting roles tapi kesan watak diorang memang terkesan dalam hati. Phew!

p/s Sebab terlampau suka drama ni, sampai membuak-buak rasa hati untuk buat satu entry. 

eryantierdabdulkarim

24 April 2015

Cambodia - Angkor Wat, Angkor Archaeological Park

Assalamuailkum. Chomreabsuor.

Finally, after beratus-ratus kali ulang baris ayat yang sama "Aku mau pi Angkor Wat!!". Alhamdulillah, Dia makbulkan doa. 

Berkat penangan jus USD 1, aku tidur super lena malam tu. Entry here. Nasib juga pagi tu Ms H kejutkan aku. Kalau ndak, harus terlajak-lajak tidur. Sekali sekala bagi yang lain bangun awal dari aku. Lepas bersiap semua, kami pun keluar. Gagau cari kunci mangga main entrance atas meja receptionist. Hostel ni kalau siang pun cahaya sendu, apalagi kalau pagi buta. Jam 6am! Atas bantuan torchlight handphone Ms P, berjaya jumpa kunci sekecil alam tu.

And macam semalam juga, supir kami sudah sedia menanti di luar. Cuma kali ni Zack tiada; maybe ada guest penting dia perlu entertain nanti so dia hantar substitute supir. Janji ada supir, jangan suruh kami berlima bersempit dalam satu tuk-tuk sudah. Ada terbalik tuk-tuk tu nanti. Ndak sempat sampai Angkor Wat!

Journey dari hostel to Angkor Wat took about less than 30 minutes. Tapi memang sejuk gila sepanjang jalan tu. Terus rasa rindu katil! Motif? Along the way juga nampaklah few tourists (mostly minah & mat saleh) gigih cycling jak pi Angkor Wat complex tu. Sudahlah tiada lampu jalan, lampu dari beskal pun macam malu-malu mau menyala. Jealous sebenarnya tengok diorang cycling. Aku ni belum gigih habis mau buat gitu. One day, maybe?

29 January 2015
Angkor Archaeological Park
# Ticket counter. Where a pass will be given to u; siap ada gambar kau attached atas pass.
Entrance Fee: USD 20 (One Day Pass) 

Which allowed visitor to entry any of the Angkor temples freely in a day.
First yang kena buat before masuk Archaeological Park ni. Supir turunkan kami di pondok kaunter. Alhamdulillah memang tiada orang langsung time ni. Just the five of us & four Malaysians yang sama flight kami semalam. Sempatlah bercerita sementara tunggu turn masing-masing buat pass. Memang dari semalam asyiklah terserempak sama diorang ni. Nasib baiklah jumpa yang peramah. Siap share travel plans lagi kunun. After Siem Reap they will be heading to Saigon, Vietnam via bus. Fuh!

Lepas dapat our passes, semua naik tuk-tuk & supir bawa kami pi area dekat jambatan yang perlu kami rentas untuk ke Angkor Wat. Dari dalam tuk-tuk lagi aku sudah nampak cahaya merah-jingga di seberang tasik. Terus laju terdetik dalam hati, there goes my sunrise di Angkor Wat. Sah-sah bila sudah nampak hue macam tu memang aku tau nan hado lah sunrise yang dinanti.
# Jambatan yang kami rentas untuk ke seberang.
Unlike other bloggers yang perlu rentas jambatan ni dalam keadaan gelap & ada yang sampai terpaksa guna lampu dari handphone bagai; kami jalan atas jambatan ni dengan bantuan sinar sang mentari pagi yang penuh sendu. Siap sempat snap few pictures of the man-made lake! Siap posing atas jambatan. Masa ni semangat membara untuk kejar sunrise sudah mati dalam jiwa setiap kami. Gitu kan ayat. So kami pun pakat jalan dalam keadaan paling santai & relaks. 

Bila limpas the first temple ruins, tu dia! Punyalah merimbun orang. Masing-masing tunjuk muka kecewa sebab tiada sunrise yang diharapkan. Aku ada plan untuk tengok sunrise di celah temple Angkor Wat tapi aku memang awal-awal cakap sama diri sendiri, itu bonus kalau dapat. Sebab tujuan utama adalah untuk menjejak kaki di Angkor Wat. Great temples of Angkor hidden for centuries in the jungle until it was discovered in 1861. 
# Redha! Foggy or was this cloudy; and hue as such, selamat tinggal jaklah anganan untuk ber-sunrise.
Obviously we're not the earliest to arrive. Sebab masa kami sampai ni, sudah beratus-ratus orang bertapa depan ruins. Area paling famous untuk enjoy sunrise ialah depan lake facing Angkor Wat. Tu jangan cakaplah tahap kepadatan dia. Packed! Yet as usual, kami berjaya squeezed in ourselves among the swamp of people. Nasib juga masa kami sampai depan tasik, the crowd slowly dispersed. Terus masing-masing poyo posing depan tasik. With Angkor Wat as the background. 
# Unfortunately, no sunrise! But at least, one checklist ticked! Dapat jejak Angkor Wat...and ada gambar reflection of the temple on the lake. 
Angkor Wat ni dibina dari sandstone blocks rather than bricks. Cara pembinaan temple ni dipanggil Angkor Style; contoh paling sesuai untuk menunjukkan senibina klasik orang Khmer. Impressive lah kan, walau sudah beribu tahun tapi masih gah berdiri. Adalah yang hancur sana sini but people can still see & be mesmerized by its original structure.
# Tangga super curam; batu besar-besar. Jatuh kalu, selamat tinggal dunia. Ndak pun, confirm lupa ingatan terus. 
# Your Truly at one of the corner entries.
# An exquisite bas-relief decorate the temple's wall. Cerita pasal ukiran ni start dari hujung sana; and continue keliling temple. All connected.
Ada few tour groups dalam area ni masa tu so haruslah aku tumpang dengar explanation the guide about the scenes on those walls. Aku dengar few familiar names from Hindu epics such as King Ramayana. Dulu di Bali pun dengar nama yang sama juga. Mesti famous raja tu kan.
# Posing at one of the many corridors. Gigih ok tunggu sampai area ni kosong!
# One of the outside corner
# At the yard of the upper gallery (tower) of Angkor Wat
# Central structure of the temple, the three lotus-buds shaped towers.
"Angkor Wat is the largest religious monument in the world. It was first a Hindu then a Buddhist temple. Built by the Khmer King in the early 12th century. Angkor Wat means City of Temples in Khmer." -wiki-

# Matahari sudah menegak di kepala, barulah dapat view ala-sunrise ni. Pun jadilah!
Sudah round half of the complex (kami tidak segigih mana untuk buat complete pusingan), pastu masa untuk cuci mata tengok apa yang dijual di gerai-gerai tepi tasik. Ada few gerai jual makanan juga tapi memang ndak plan makan di sana. Diragui katanya. 

Lepak lepas lelah tepi tasik; sambil posing ndak boleh blah. Pastu baru decided untuk keluar sebab bahang mentari sudah mula terasa. Janji sama supir jam 8am tapi around jam 10am baru kami keluar. Ndak sedar pun 4 jam kami dalam tu. 
# One of the ruins along the way to Angkor Wat complex
# Tasik buatan. Yang ni pun sebenarnya salah satu strategi pertahanan dari serangan musuh. 
# Saujana mata memandang? Team that up with debu pasir & habuk. Satu kerja mau mencari tuk-tuk kami in the sea of identical tuk-tuks. Adoilah!
Dalam misi mencari tuk-tuk, ternampak gerai jus USD 1! Terus semua melompat gumbira; including yang tertidur sambil berdiri semalam. Actually masa ni belum lagi dapat tau punca aku ngantuk gaban the night before. Pasal tu dengan yakin aku pun join beli. Kali ni mixed sekali banana + papaya + mango. No wonder effect melantun-lantun.
# Mereka yang kebal!
Sudah jumpa supir, maka off we went to our next destination. Kita ke Angkor Thom! An area larger than Angkor Wat because it was a city itself. The last capital of the Khmer empire. Before we reach the city, our supir dropped us at a bridge. Yang kiri kanan ada barisan statues; some are headless. We walked along the bridge where the angry/fierce-face statues lined. Kenapalah supir 'buang' kami di bahagian muka garang. Kan bagus jalan di sebelah statue muka manis. Ndaklah scary sangat.

This bridge stretches along a moat & leading to the city gate. 
# The angry/fierce statues. Ada makna di sebalik semua statues muka garang & manis ni.
# The city gate. 
Spot the face at the gate. Tu 'first face' yang kami jumpa before encountering more 'faces' at the Bayon Temple. Sila imagine macamana orang dulu kala without any advance technology tool boleh buat binaan macam tu? 
# Standing before the 23 meter tall city gate. Jus belum habis jadi effect ting tong belum keluar.
Cuma satu kenderaan jak yang dibenarkan to pass through the city gate; at any one time. So imagine betapa penyabar drivers di Cambodia ni. One at each time; applies to both way! Tapi semua pass through dengan senang hati tanpa ada bunyi hon membingitkan telinga, or suara orang menjerit bawa gaduh. Harmoni gitu. 

Supir kutip kami di sini. And barulah bergerak pi are Angkor Thom. First temple would be the Bayon Temple. Next entry aku bentang cerita Bayon. Penat menaip, sekian.

eryantierdabdulkarim

19 April 2015

Cambodia - Muslim Family Restaurant / Siem Reap Night Market

Assalamualaikum. Chomreabsuor!

Previous post (here).

Petang tu, lepas settled segala urusan kami pun keluar. Janji sama Zack jam 7pm. Sekalinya, dia memang tengah tunggu kami di luar pagar hostel masa kami keluar tu. Bagus! Janji ditepati. Senyum lebar masing2 sebab ndak payah tunggu lama. 

Before any kegiatan beli-terbelah; haruslah perlu jamu perut. Kita makan dulu! Lapar! Last kami jamah makanan pagi tadi. And it was breakfast. Lunch kami skipped sebab kunun confident masih kenyang lepas breakfast al-heavy. 

Dinner di Muslim Family Restaurant; located just behind Siem Reap mosque. Nasib juga masa sampai di restoran, jemaah baru habis solat Maghrib di masjid. Kalau sampai ngam2 waktu solat, habislah malu sebab ketara perangai haru.

Once Zack parked his tuk tuk; terus para piranha serbu masuk restoran. Zass! And the owner greeted us as we walked to our table. Eh, sudah siap setting. Wah ini sudah bagus. Masa tengah fikir apa mau dibaham for dinner, barulah si Zack buka mulut. Rupanya dia sudah siap2 order menu dinner kami. Hmm macam tau jaklah kan kami memang kebulur. No wonder siap setting meja bagai. Ndak kisah pun apa dia order for our dinner. Belasah jaklah, janji sedap & kenyang. Paling penting menu utama; daging lembu naik bukit tu ada. Of courselah dia ndak lupa, menu 'wajib' katanya.

28 January 2015
Muslim Family Restaurant, Siem Reap
# Apart from Khmer foods, Muslim Family Restaurant also serves Thai & Malay foods. Tapi sudah datang jauh2, haruslah Khmer food yang diutamakan.
# Pantang nampak signal wifi! 
Sambil tunggu order sampai, haruslah layan telefon. Semua pakat jadi anti-social. Dasar! One thing about Cambodia that we love. Teruslah love kan?! Every restaurant provide free wifi. Super fast speed pula tu. Ndak kedekut password of course. Unlike di KK ni, bila minta password memanjang alasan manager in charge cuti. Wifi signal corrupted lah. Yadda yadda. Dasar kemut!
# Proses masak daging lembu naik bukit or volcano meat barbecue. Ada staff restaurant yang tolong masak. Kami tinggal makan jak. Gigihlah staff tu masak untuk kami yang kelaparan, siap habis gas bagai. 
# Yums! Zack also ordered tom yum, kangkong belacan & omelette for us. Selain main dish tu. 
And masa makan tu memang semua suddenly diam. Sebab? Semua bersungguh menikmati hidangan konsepnya. Perut kan lapar gila. Kalau sibuk bercakap nanti orang lain kebas lauk. Gitu kan perangai kedekut. I forgot the total amount for the dinner but if I'm not mistaken each of us pay less than USD 10. Murah & sedap; harus semua puas hati. Bila perut sudah kenyang barulah ada mood untuk meredah night market. Tomorrow night kami bakal berangkat pi Phnom Penh so we only have that night to explore the infamous night market. Sebenarnya cuma alasan sebab bas tu bertolak tengah malam pun just that risau if kami terlebih exhausted lepas explore Angkor Wat complex; nanti tiada mood untuk bernight-market. Hakikatnya? Kita tengok jaklah what happened hari esoknya.

Our supir service ended after dinner; around 8pm. So kami minta jasa baik Zack & his friend to dropped us at the night market. Walkertapaki lah balik hostel, macam ndak biasa kan. Peta night market & direction balik hostel memang aku sudah save dalam fon prior the trip. Preparation kataku! Elak panic attack in case ndak jumpa jalan pulang. 
# Where Zack dropped us. Depan new night market katanya.
# Bought few of these for Bunda. Beli jiwa adalah penting especially bila beliau ditinggalkan di rumah & hanya mampu cuci mata tengok gambar aku through facebook.
Di sini juga aku beli postcards & fyi, ada few gerai yang jual stamps. Aku ndak ingat which gerai but it is somewhere at the new night market. Just ask the vendors. 
# Katanya penguat tenaga batin untuk sang lelaki. Uhuh! Siapa sanggup minum? 
# The new night market area.
Aku berjaya rembat 7 helai pants di sini. That kinda pants yang aku suka pakai bila travel pi negara beriklim panas *puke*. The price is super cheap compared to the ones in KK so haruslah aku memborong. Actually mau tambah lagi hasil belian tapi nasib baik Ms C ketuk kepala bagi sedar diri. Ngek! Bukan selalu aku lupa diri kan. Normally lupa diri beli bread & cakes but this time mata bersinar kilauan bintang. Favourita!

Moving from the new area to the old area, we bumped into this stall. Semua excited gila sebab nampak fresh juice harga USD 1 only! Even mixed fruits juice pun harga tetap sama. Maka berhentilah kami depan gerai ni, semua pun mau merasa jus di bumi Kampuchea walaupun baru lepas dinner meriah. Dessert lah kira ni sebab aku ndak jumpa coffee shop so plan mengeteh adalah cancelled. 
# Muka happy sebelum kejadian epik jadi. 
Gigihkan sabar menanti order masing2. Si Err tu belum tau lagi apa menanti dia lepas minum jus tu.
# Mine! Banana + Papaya. Sedap melantun! Simply delicious yet 'very lethal' to my system! Sedih ok sedih.
Lepas habis aku hirup semua jus tu, suddenly rasa ting tong. Jalan pun macam terumbang-ambing. Terus rasa mau membeli pun terbelah. Window shopping pun lagilah ndak selera. The rest still cergas singgah tiap gerai, siap survey harga jed ok. Aku pula dalam proses kaunseling diri sendiri. Kena maintain waras sebab kesian lah kalau aku bawa balik hostel seawal tu. Diorang pun belum puas berjalan cuci mata. So, aku gagahkan diri berjalan. Kaki rasa berat gila; as if both my ankles were chained! I toured around the night market area with all the strength I had left. Gitu kan ayat. 

Worst part was I feel asleep while standing up. Terlelap for few good minutes oii! I wondered what the lady put in my juice sampai aku rasa ngantuk tahap dewa! Ndak pernah kejadian aku rasa ngantuk macam tu sekali. Like, seriously. Itu adalah kronik sebab aku bukan jenis yang kalah sama rasa mengantuk.  
# Yes u read that right. USD 1 for 45 minutes of foot reflexology. Sambil kena massage, boleh online sebab wifi kan free. Tetttt.
# Signboard direction to Old Night Market.
# Dalam half 'mamai', masih alert sama nama sendiri. 
Thankfully the rest decided to go back after nearly two hours at the night market. Time to recharged ourselves for we have a super duper early schedule tomorrow. Paling happy saat ini adalah si Err! Finally! Balik hostel! Jumpa katil! Ouh chimdae, bogoshipo! 
# Alley leading to the Pub Street
Initial plan was to explore the Pub Street; mau tengok Aksaray Dance show for free. Yet considering keadaan diri yang super unstable...baiklah forego plan tu. Risaulah kan aku buat scene ndak pasal2 ada yang jadi headline paper esok pagi. 
# Pulang marilah pulang.
Sebelum sampai hostel, sempat singgah convenient store beli shampoo & wet tissue. And mineral water. Takut ada kehausan di tengah malam. 

Sampai hostel, lampu semua sudah tutup. Owner hostel sempat tanya kami mau keluar lagi ka ndak. Sebab kalau mau keluar, dia akan bagi kami lock key untuk pintu depan. Ouh memang tidak akan keluar! Mata aku sudah macam kena stapler. Jiwa pun sudah rasa di awang2an. Maybe macam ni perasaan orang tengah high, kan. Gitu ayat macam pernah khayal. But seriously, I'm not kidding. Memang time tu rasa badan ringan gila untuk melayang tapi mata super berat untuk dibuka.

And malam tu aku tidur dengan paling lena. All I could remember was, once kami masuk bilik...aku bersihkan diri. Then I straightaway jumped on the bed. Next thing I knew, Ms H woke me up for Subuh prayer. Penangan banana+papaya juice USD 1! Paling ndak boleh blah statement Ms H.

"Selama jalan sama si Err, jarang aku nampak dia tidur. Sebab malam bila aku mau tidur, dia masih sibuk berlaundry or main fon. Pagi aku bangun, dia sudah siap mandi & breakfast. Tapi trip ni kali...memang dalam sejarah!"

Aku 'mabuk' jus pujaan hati kamurang lah wei! Pelik juga semua maintain waras lepas minum jus tu, aku sorang jak yang lari dari landasan. Truth is, malam tu belum tau punca aku ngantuk-tiada-terbendung. It's only after the helicopter incident the next day that we concluded the affect the juice did to my body system. Simply unbelievable tapi itulah kenyataan. Sobs.

Haru betul kejadian first day di sana. Yet again, that's what make this trip memorable. At least, ada something out of the ordinary happened. Balik Malaysia, boleh kasi ketawa diri sendiri.

eryantierdabdulkarim

17 April 2015

Cambodia - Killing Field Memorial, Siem Reap / Cambodia Cultural Village

Assalamualaikum. Chomreabsuor!

Agak al-lembab lah mau buka blog sekarang ni. Tiap jam mata macam mau terkatup jak. Ntah apa yang aku buat sampai 24jam rasa ngantuk jak. Ndak kan jet lag lagi kan. P to the Yo sangat kalau betul.

Ok sambungan dari previous post (here).

Lepas lebih kurang 20 minit Zack 'drive' atas jalan berdebu; we arrived at this place. Dalam perjalanan tu sempatlah lagi kan aku tertidur. Quality nap kataku! Sebelum pi killing field yang lagi besar di Phnom Penh, kami jejak di sini dulu.

Masa Zack masuk pi tempat ni, aku still blur sebab memang aku ndak tanya mana lagi dia mau bawa kami lepas dari Senteur workshop tu. So bila turun dari tuk tuk, aku nampak banyak pura di sebelah kanan. And Buddha's statues on my left side. It was when Zack mentioned Killing Field Memorial then I eventually awoke from my daydream. Teruk betul kan perangai kau Bie.

Tempat ni tidak 'seglamour' compared to the one in Phnom Penh. Masa tu pun cuma ada few tourist. And memang aku tiada list down pun dalam itinerary kami. Considering we have plenty of free time before we enter the Cultural Village; so why not melawat this place kan. Not to play tourist tapi sekadar mau tau details about Cambodia's tragic past.

The bones including the clothes found in the field were gathered & placed in the stupa near the Buddhist monastery. There's a donation box near the stupa. And a notice board that stated;

"These collected bones are from the innocent people who were brutally killed by the Pol Pot Regime in 1975-1979. We do not have enough money to build a proper memorial for these innocent people. The world once stood by & let the demented dictator murdered 100,000 in four years. Now we can help provide comfort to these dear departed soul with your donation."

28 January 2015
Wat Thyme (Killing Field Memorial)
# This Killing Field Memorial is also known as Wat Thmey by the local.
# Pura or graves just after entering the field.
# Cruel yet true. The evil Khmer Rouge not only toiled the Cambodian people to work but they killed 25% of the population. Some died from starvation, forced labor or worst; massacred! 
# List of donors outside the stupa.
# Skulls & bones of the victims of the Killing Field were laid to rest in the stupa. On top of one another. 
# Inside the Cambodian Historical Photo Museum
Collection of drawings as narrated by one of the survivor. 
# A tragic remainder of Pol Pot regime madness indeed.
# Houses built on the killing field. Something I cannot imagine IF I were asked to live here. Even near the vicinity pun harus aku reject serta merta.
Sebenarnya ada more than 90 killing field sites di Cambodia ni. Gila kan. In just 4 years, regime bijak ni berjaya membunuh almost 3 million lives. Murders happened everywhere in the country during their reign. Tapi yang paling banyak adalah di detention centers & Wat Thmey was one of it.  This memorial area is worth a visit although ndak lah luas & besar mana. In my opinion, to appreciate this country's beauty; its tragic past shall not be disregarded. Pasal tu aku ndak regret pun datang tempat ni. Bersyukur Malaysian ndak pernah berdepan situasi kejam begitu; walaupun kita pernah dijajah.

After touring the area in which ndaklah sampai sejam pun kami di sana; we made our move to the next destination. Yang ditunggu untuk terjah since morning. Banyak buat aktiviti kill-time semata mau masuk tempat tu on time. Ntah lah kenapa si Zack cakap boleh masuk 2pm onwards walhal aku tengok di website; CCV ni buka jam 9am. 

Cambodian Cultural Village
# Entrance to Cambodian Cultural Village, Siem Reap.
Entrance Fee: USD 15 per adult
# Refer to this board for list of show program; as per Zack. 
Sebab kami sampai tu pun sudah jam 2pm (++) so ndak lah sempat posing banyak di luar village. Lepas beli tiket, ambil group photo depan map CCV...terus kami masuk dalam. Kunun ndak mau terlepas the 230pm show. 
# CCV ni boleh tahan luas. Dengan bahang matahari lagi, memang sempat mandi peluh on the way to the New Theater. 
Sebenarnya ada taman sepanjang jalan pi teater tu. And kalau aku ndak main terjah & jalan ikut lorong2 kecil dalam taman ni, memang aku ndak kan tau ada mini replicas of Cambodia's landmark buildings. Hampas betul. Yang recreated homes tu memanglah nampak dari jauh sebab gedabak pun. Yang mini replica tu? Luckily gatal kaki mau explore.
# Recreated home of the Khmer people. 
# Central Market in Phnon Penh
# Ancient street lights.
# Masuk dalam ni adalah nikmat! Sebab sejuk & redup.
The first show we watched was the Mixed Khmer Traditional show.
Pastu sempat terlentok while layan the show dalam teater ni! Faktor usia mempengaruhi. Segagah mana pun semangat untuk explore Siem Reap, tetaplah ndak mampu lawan kemampuan diri yang makin 'mereput'. Tabahlah! 

The show lasted for 40 minutes; if I'm not mistaken. Next, Charming of Phahum at the mini-theater. Located few hundred meters from the new theater. Pastu baru perasan, as the crowds moved to the next location...penari tu semua pun gerak bersama. Rupanya group yang sama akan entertain kami. Cuma costumes diorang jaklah bertukar2
# Group photo! One for the album gitu.
To be honest, semua ni sudah worn out tahap maksima. But as I always say, time is golden when we travel. Penat boleh layan malam nanti. Pulun lah tidur sampai Subuh tiada siapa melarang.
# Same dancers; different costume & choreography. Layan!
Habis second show tu, semua pun gerak pi Millionaire House. Untuk Khmer Wedding Ceremony show pula. 
# Lalu jambatan atas man-made lake ni to get to the next show venue.
# Before the show started. Ms G macam galah bolehlah menyelit tengok the ceremony. Cis!
Sebab keadaan dalam rumah tu a bit crowded, pastu ketinggian aku pula boleh tahan rendang...haruslah aku gave up awal. Terus turun dari rumah tu & explore kawasan sekitar. Ndak boleh jalan jauh sebab Ms G was still in the house. Yang lain? Pun putus asa macam aku. Sambil tu carilah surau untuk solat jama'. Before masuk tu aku tanya Zack ada tempat solat kah dalam CCV ni. Dengan muka penuh confident dia bagitau, surau dalam tu lagi besar. Siap ada toilet & telekung bagai. Ok, lega!

Bila nampak building yang serupa masjid dekat Millionaire House, haruslah aku happy. Ndak payah susah payah tanya orang mana surau. Ada depan mata. Tapi! Hampa seribu kali hampa as we got nearer to the so-called surau. Turned out it was actually one of those model house (Cham Village). Ingatkan lah boleh solat sebab ada paip tepi building ni. Sekali tengok lantai yang berhabuk tebal 1000 inches; & telekung pun nan hado; terus cancelled niat. Sobs. 
# Model house of the Cham Village
After the wedding ceremony, the crowd then moved to the Chinese Village for the Mixed Traditional Chinese show. 
# People getting ready at the Chinese Village.
Masa ni kami ndak join duduk sudah. And we also skipped 3 other shows. We decided to roam freely. Ikut jaklah map di board that can be found easily in this village.
# Mula mau masuk sini tapi bila tau kena bayar different fee, semua laju jak menggeleng. Dasar cheapskate kan!
We managed to explored few places before we headed to the Wax Museum. Sebenarnya wax museum ni is the first place right after entering CCV; but we purposely skipped the museum & decided to enter before we exited the village. Kiranya, ni last place dalam CCV yang kami masuk. 

The dioramas in the museum gave us some sense of Cambodia history. Its exhibition comprises well known personalities of Cambodia including the King & Queen, monks & tv celebrities. Sayang jugalah sebab aku tengok wax museum ni macam a bit dated. 
# The King Norodom & Queen Sisowat. Gigih baca plaque kan.
# Famous classical singer in 1865. Fuh ini memang legend!
# Setup of an ideal & wealthy Khmer family. Kategori orang ado2lah dulu ni.
# One of Cambodian famous actress in the 90's. Don't ask me her name. Ngeks.
Ada banyak lagi wax statues dalam ni. Ada jak aku ambil gambar semua tapi macam kureng sesuailah untuk publish sini. Suddenly mode ustajah kan. Kategori 18SX sangat gitu. Yang tu mostly tunjuk lifestyles orang dulu kala; zaman Angkorian as the plaque said. Zaman yang masih pakai cawat dari kulit kayu & all. Jadi biarlah simpan dalam album sendiri. Tayang sikit sudahlah kan.
# Apsara Sampeah
Khmer style to bid farewell & thanks guest who watched the shows. 
With that last wax statue, maka kami pun angkat kaki keluar dari village ni. Supposedly semua habis by 6pm tapi sebab banyak shows kami skipped so memang awal kami keluar. Supir Ms C & Ms P sedia menanti...tapi si Zack hilang dari pandangan. Pandai kan dia balik rumah, rest & mandi manda dulu katanya. Kami yang berbedak debu ni? Nasiblah ndak lama pun tunggu dia; in less than 10 minutes he came. Ramos tetap maintain gitu.

Aku terus suruh dia hantar kami balik hostel dulu. Sebab aku sudah start rimas dengan diri sendiri. Ketibas to the max! Lagipun belum solat. Betterlah selesaikan yang wajib dulu baru fikir next activity. On the way tu sempat layan matahari mau terbenam. Memang lawa betul bentuk matahari di bumi Cambodia ni. Bulat; perfect. Tapi as usual, aku memang failed total bab ambil gambar matahari bulat ni. Mesti warna lari! Ndak apalah, simpan dalam kepala sendiri jak imej nan perfect tu.
# My first sunset in the Kingdom of Cambodia.
Alhamdulillah sempat sampai hostel before Maghrib. Lega oii lepas bersiram. Barulah otak boleh berfikir dengan jelas & waras. So what is next? Dinner lah kan. Kehendak perut harus dilayan! Bab night market boleh put on hold sebab mood pasti ke laut kalau perut meragam. 

Terus imagine rupa lembu naik bukit! Selama ni baca di blog orang jak; kali ni giliran lidah sendiri merasa. For that, kita sambung next entry. Tabahlah kan, baru Day 1 pun sudah 2 entries. Ntah bila lah habis cerita Cambodia ni. 

eryantierdabdulkarim