26 March 2015

Cambodia - The Arrival / Muslim Family Kitchen, Siem Reap

Assalamualaikum. Chomreabsuor!

Memang back to back trip awal tahun. Suddenly jadi tamak. Siapa suruh bagi aku cuti dekat sebulan kan. Haruslah aku pulun guna cuti sebaiknya. Nasiblah flight ticket beli half year before; time promo pula tu so ndaklah rasa macam terbakar terus poket aku. Pi Korea tu pun sebenarnya aku tiada tukar duit sebab guna balance Won dari previous trips. 

So to those who endlessly cakap aku ni duit berkepuk, rentikanlah. Kau belum tau kegigihan aku buka web Airasia tiap kali promo. Aku cuma mampu beli tiket masa promo; walau pun travel time kena tunggu nearly a year. Itulah rahsia cheapskate travelers. Berkat tips dari para sunbae.

Anyways, back to Cambodia story. Trip kali ni consists of the ladies yang bersakura sama aku April last year. Kiranya Chasing Sakura ladies reunited for Angkor Trip. I've been singing the words 'Angkor Wat' to both Ms G & Ms H for quite sometimes already. Upon seeing the Angkor Wat replica at Grand Palace, Bangkok last year; aku makin confident that I'll be in Cambodia soon!

And alhamdulillah. One Sunday morning, Ms H texted me. Bagitau ada promo to Siem Reap. Lantas si Err bingkas bangun, switched on laptop. Tanpa mandi, tanpa basuh muka. Motifkan itu pun mau dihurai. Yadda yadda, berjaya beli tiket untuk 5 orang sekaligus in less than 10 minutes. Memang berani mati beli untuk Ms G walhal masa tu belum sure pun minah tu mau join or tidak. Betul2 kan cari susah sendiri. Kunun boleh baca what's in her mind at that time. Nasiblah few hours lepas beli tiket tu she texted me. "Saya on saja!". Phew!

Malam sebelum our departure to Siem Reap, Ms G & I stayed at Tune Hotel (KLIA2). Sebab Ms G arrived from KK rather late malam tu. And esok pagi flight kami seawal Subuh (650am). Dari buang tenaga pi downtown KL (Angah's house) hence we decided to book a room. Mula mau stay di Capsule Hotel tapi rate mahal; and the idea untuk tidur dalam capsule is yet to be registered in my mind makanya ke Tune Hotel lah kami. Nasib baik dapat harga promo.

Pagi tu, berjumpa semua ahli rombongan di departure hall. Semangat Ms P & Ms C datang awal gila pagi tu. Diorang sampai masa aku tengah sibuk bersiap di hotel. Memang menepati konsep "Kami tidak sabar untuk bercoti". Flight departed on time. Masuk perut kapal, aku terus membuta lepas isi arrival card! System belum fully recharged sebenarnya. Kan baru dua hari balik dari kampong. P to the Yo! Aku perlu tidur sebab sesampai Siem Reap, kami akan terus 'start enjin' exploring. We only have two full days to enjoy the city! Makanya, once landed...aku adalah half-mamai. Yang aku ingat kami queued untuk passed arrival card sama imi officer tapi masa tu pun macam belum digest fakta yang aku sudah di Cambodia!

28 January 2015
Siem Reap, Cambodia
# Arrived Siem Reap International Airport at 0750am local time; as scheduled. For the record, Cambodia is one hour behind of Malaysia. 
# Right after exiting the arrival hall are these booths.
I bought the Smart simcard (green booth). Cost me 5 USD for 5G of internet data (no call). 
How's the data speed u asked? Super high speed. Titik! I paid merely RM 18.00 for a 5G of internet data. And how cheap is that? Laju, and coverage adalah tip top. Even di dalam 'hutan' Angkor Complex tu pun connection still full bar! Walhal, Cambodia is still one of the poorest countries in the world. Malaysia negara membangun...tapi? Ok, sila abai kenyataan lupa diri. 

Like any of our previous trip(s), aku akan buat research pasal accommodation & transportation. Gigih cari info kalau part begini. Wonder apa jadi sama pointer aku kalau time study dulu aku segigih ini. Mesti tiap semester dapat masuk Dean List. Pastu gila kuasa naik pentas setiap kali majlis anugerah. Well, itu kalau! Hakikatnya? Sekian, terima kasih.

A week prior the trip, aku sealed perjanjian sama si Zack a.k.a Kariya Hassan. Dialah guide kami di Siem Reap. I got to know about him through DJ. Alhamdulillah, puas hati with everything he offered us. Anyone looking for a guide in Siem Reap, Zack is reachable via facebook & whatsapp (+855 16 944 387). Or via email zakariyasan@gmail.com
# Excited nampak nama aku di atas sekeping kertas.
Jadilah kan walau A4 cuma. First time disambut begini. Selalu keluar airport jak, aku melilau cari sign teksi or airport shuttle.
# Purposely chose tuk tuk as our mode of transportation.
This was our first experience riding a tuk tuk. Haritu kempunan mau naik tuk tuk di Bangkok. 
# Plan asal untuk ada group photo di sini. Tapi plan ke laut sebab si Err kelupaan. Told so; aku half mamai. Tapi ingat pula mau beli simcard kan. 
Dari airport first destination kami haruslah hostel. Aku bagi address hostel sama si Zack jak. Pastu dia congceng2 sama kawan dia yang bawa tuk tuk Ms P & Ms C. Di awal pagi, kami 'membelah' jalan pi city center. Masa ni nampaklah motosikal yang mendominasi jalan raya di Siem Reap.
# Sebab kami datang berlima, jadi perlulah sewa 2 tuk tuk kan. 
# Main snap apa jak aku nampak along the way. Rasa deja-vu gitu sebab aku sangat rajin belek map-orang-kuning before menjejak Cambodia ok. 
# Hangul?
Ok! Drama occurred when suddenly nampak something very familiar & readable. Mamai no more! Lantas aku paniks. Motif untuk panik? Rasanya aku landed di Siem Reap International Airport. Tapi kenapa perlu sepanjang2 jalan dari airport pi hostel; berderet kedai dengan signboard bahasa kampong ku? Tu belum campur lagi tour buses yang berlambak2 parking tepi restaurant ni. Inilah berkat ndak buat kajian menyeluruh sebelum datang. 
# Hatta lori sekalipun bertulisan Hangul?
Ini confirmed mainan jiwa!
# Sorang staff dedikasi CIMB bangga kembang hidung nampak 'ofis'. 
# Lorong masuk pi hostel kami. Opposite this road (left side), the new night market. And only walking distance from Hard Rock Cafe, Angkor. Paling gumbira adalah Ms H. Pelanggan tegar HRC.
# Laundry service memang bersepah di Siem Reap ni.
Kami sampai hostel; tapi sempat sesat sekali sebab Zack salah nama hostel. Actually, kali kedua tu dia terbabas. Pastu aku pula yang tunjuk jalan, boleh? Sampai hostel tapi ndak boleh check in lagi sebab still awal; bilik pun belum ready. So we left our bags & tibalah masa untuk isi perut! Semua kelaparan gila. Belum menjamah apa pun since dari Malaysia lagi. 
# Ninja!
Makaseh Ms C sudi sponsor face mask hospital. Pasrah sama diri sendiri. Penat lelah pilih face mask di Seoul haritu, kunun mau digayakan di Cambodia. Sekali si Bijak Bestari ni ndak bawa! Tinggal nun di Cheras. Ntah siapalah aku suruh pakai di sana. Sobs.
# First tempat makan kami terjah.
Senang sebenarnya cari tempat makan halal di Siem Reap. Especially dekat area masjid. Tapi sebab sudah alang2 ada guide, haruslah aku serah 100% sama si Zack untuk bawa kami pi mencekik. Mula tu dia suggest kami nasi lemak + lauk Khmer at this one pondok depan masjid. Malangnya masa sampai, Kakak kedai bagitau lauk sudah sold out. So, back up plan adalah ke Muslim Family Kitchen. Located just few meters from pondok nasi lemak tadi. 
# Nampak pedati kuda terus aku ingat cerita Pancha Delima. Jiwa Melayu klasik sangat kau ni Bie!
# Suka tengok ceiling restauran ni. Idea; perhaps?
# Mostly menu memang beef memanjang. Balik Malaysia, BP naik oii. 
# Group photo
Tapi Ms G sibuk atur fon. Booo!
# The two 'giraffes' among us. 
Gigih aku hangkut kek dari Malaysia tau. Dapatlah alas perut sebelum our order sampai. Perut happy bila dapat makan kek. Yumms!
# My first meal di bumi Kampuchea.
# Siem Reap Mosque
# Reason why wearing mask is a must! Unless kau naik kereta berair-cond that is.
Lepas makan, Zack suggest untuk kami balik hostel & rest. Maybe dia kesian tengok muka kami yang ndak cukup tidur. What he didn't know was that; part bersengkang mata during travel is what we love the most! Tidur boleh pulun malam nanti. Time is golden when we travel so haruslah setiap saat diguna sebaik mungkin.
# War Museum
Next in the itinerary is War Museum. Bertabah sungguh; dengan perut kenyang...naik tuk tuk meredah jalan berdebu. Certain orang cakap ndak pi War Museum ni pun ok. At first aku pun mau skip juga but memandangkan traditional performances at Cambodia Culturul Village will only start at 2pm; haruslah kena buat something to kill time. Sebab balik hostel & berehat adalah nehi kabi nehi. 

Aku update cerita War Museum in my next entry. 

p/s Nana Mak Elsa, insha Allah tak sempat lapar kat Siem Reap ni. Sebab makanan halal sangat senang nak dapat.

eryantierdabdulkarim

23 March 2015

Winter Trip with Family - Last Day in Seoul

Assalamualaikum. 안녕!

Last day in Seoul! Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Sobs. Sayu jak muka masing2 pagi tu. Atau aku sorang jak yang berperasaan gitu. Yang lain sebenarnya ndak sabar mau balik Malaysia; boleh makan ayam puas2 tanpa rasa ragu.

Before check out, aku message Mr Joungtea passcode pintu rumah. Satu kerjalah pula Ahjussi tu mau masuk rumah sendiri kalau aku ndak kasi passcode tu. Pastu adalah sikit buah tangan kami dari Sabah yang kami bagi sama dia. Aku letak atas kitchen counter jak. Berserta note kecil. Tulis belakang resit pula tu; sungguh ndak senonoh kerja si Bibie. And I'm glad Mr Joungtea likes the gift we gave him. Haruslah dia cakap suka kan, apa punya teruk kalau dia cakap

"I tak suka lah gift korang tu, cliche sangat."

Kami memang ndak plan pi mana2 pagi tu eventhough flight balik Malaysia adalah jam 425pm. Jalan beramai2 ni kena selalu beringat faktor masa. Tugas aku pagi tu, masak segala barang basah yang ada. And also vacuum rumah. Haritu host bagi rumah dalam keadaan tip top bersih, haruslahkan 'return' pun dalam keadaan yang sama. Orang berbudi, kita berbahasa. Kaitan? 

26 January 2016
Seoul
# Last day in Seoul.
Semua macam berat hati untuk keluar dari rumah pagi tu. Macam ndak percaya. Betulkah sudah 'berjimba' selama 9 hari di bumi Kpop ni? 
As usual, naik airport bus. My first time naik subway pi airport last autumn, is definitely my last. Ndak sanggup aku mengangkut anak gajah turun naik subway. Menapak untuk transit train pun satu kerja hazab juga. 

Sampai airport, parking trolley...trus the three sisters hilang dari pandangan. Mau explore Incheon Airport katanya. Pastu bila kaunter check in buka, aku seteghes. Sudahlah lupa suruh Bunda connect wifi airport jadinya memang tiada cara to communicate with them. Luckily tengah queue tu, diorang muncul. Terus ndak jadi darah mendidih. Mampu mau didihkan darah sama the three sisters? Silap2 kau yang jadi daging salai Bie.
# Long queue but it only took less than 10 minutes for me to dropped our luggage.
Talk about super efficient & super fast work! Hands down.
# Meal on board.
First time gigih masak dari rumah & tapau untuk bekalan dalam flight. Walhal mau habiskan stok barang mentah di rumah sebelum check out. Beli telur sampai 1 carton; macam mau tinggal 2 minggu di sana kan.
Flight departed & arrived on time. Alhamdulillah, semua landed KLIA2 in one piece. Aku ndak tidur sangat dalam flight sebab dapat seat nun di belakang. Second last row! Nasiblah turbulence ndak berapa terasa malam tu. Lagi pula ada dua budak kecil belakang aku, yang super bising & asyiklah tendang kerusi aku. Macamana si Err mau tidur lena kan. Tu yang sampai ter-beli in-flight meal. Nasib Adek belanja. 

Landed di KLIA2, memang tabah bertapaki dari arrival gate pi claim luggage area. Masa ni memang semua muka penat maksimum. Di Seoul bukan main lagi kan siap berlari naik tangga. Sampai Malaysia, lembik selembiknya. Naik Skybus dari airport pi KL Sentral. And cousins (Ezza's brothers) fetched us up. Maka berakhirlah sudah winter trip with family! Thank you sebab sudi join aku balik kampong. Thank you bersabar sama aku; walau most of the times itinerary yang aku buat memang mencabar minda+fizikal. Except rail bike; itu aku dera diri sendiri. 

Bunda, Aunty & my two cousins balik KK City the next day. Whilst me? Ada another getaway with my girlfriends. Ni trip yang 'bangun awal pagi tengok web Airasia ada sales terus beli tiket untuk semua prior asking their opinions'. 

So, untuk conclude trip ni...aku pun kunun rajin sharing budget. Budget ni excludes makan (~RM 400.00) & shopping. Peringatan lagi sekali, financial management ni depends on individual. Lain orang, lain cara diorang spend/manage their moolah. Sekian.

18 January 2015 - 26 January 2015
  • Flight Return KK-KUL: RM 90.00 
  • Flight Return KUL-ICH: RM 692.00 (include luggage 20kg+25kg return)
  • Accommodation: RM 491.00
Total: RM 1,273.00

  • Airport Bus Return ICH-Seoul: 20,000 KRW 
  • TMoney Reload: 30,000 KRW
  • Pocket Wifi: 15,840 KRW 
  • Everland: 37,000 KRW
  • Nami Island: 8,000 KRW
  • Bus Return Seoul-Hwacheon: 18,500 KRW
  • Hwacheon Ice Festival & Ice Illumination Plaza: 10,000 KRW
  • Gangchon Rail Bike Rental: 10,000 KRW
  • Cable Car to Namsan Tower (one way): 6,000 KRW
Total: 155, 340 KRW (~RM 497.00)

Exchange rate 1,000 KRW = RM 3.17

Total Damage: RM 1,273.00 + 497.00 = RM 1,770.00

Sebenarnya aku budget dekat RM 2,000.00 juga sebab kunun mau pi Yangpyeong Ski Resort & Jeonju Hanok Village. Tapi cancelled sebab dua hari terakhir di sana, diorang request untuk jalan2 sekitar Seoul jak.

Oklah budget ni aku rasa. Yang penting semua pun bergumbira.

eryantierdabdulkarim

Winter Trip with Family - Oh Se Gae Hyang Vegan Restaurant, Insadong

Assalamualaikum. 안녕!

Plan untuk makan di Insadong adalah something impromptu bila harapan untuk ber-bbq lamb di Yanggood punah ke laut (here). 

Once sampai di Insadong, aku teruslah atur langkah menuju Han Gwa Chae. Initially I thought of having sujebi tapi memandangkan semua kelaparan gila; I didn't think sujebi will be suffice to satisfy our hunger. Sampai depan Han Gwa Chae, I saw no menu board in front of its entrance. Itu tandanya, another unlucky fate for us.

Nasiblah aku perrnah buat survey tempat makan di area Insadong untuk autumn trip aku last year. I normally use Happycow app to search for vegan restaurant(s) in Seoul. And Oh Se Gae Hyang (a Buddhist restaurant) is among the vegetarian restaurant that appeared in the search list. If translated it brings the meaning of "Scent of Five Worlds".

It is reachable via Anguk Station Exit 6. Walk straight from the exit, turn left at the Information booth. And keep walking in between the shops.

25 January 2015
Insadong
# Note this street sign. Follow the arrow.
# Located behind the Ssamziegil shopping mall. 
It is at the end of this pathway.
There are many restaurants along the way heading towards Oh Se Gae Hyang (OSGH). But all of them served non-halal meat. Angah got confused with the many signboards in front of OSGH. Siap beria panggil aku & tunjuk the oink2 menu. Untuk puaskan hati dia, aku pun pigilah tengok. Turned out, arrow signboard tu heading to another kedai. It is located next to OSGH. Angah & her uncertainties; berpisah tiada. 
# Pintu masuk.
Kasut kena tanggal. Bertabahlah aku buka boots. Uhuks.
# Restoran ni jenis sit-down dining.
Meaning kenalah ko duduk bersila or bersimpuh atas lantai. Aku? Lunjur kaki. Penat oii sehari suntuk ukur jalan.
# Tumpang solat di hujung penjuru kedai.
Nasiblah Eonni ndak kisah. Gomawoyo Eonni.
# Happy face while waiting for our order.
Teh yang diorang serve upon we sat down adalah sangat sedap! And wangi. Ezza yang ndak suka teh pun berabisan puji sedap. 

# Water dispenser.
As usual, for free! Ambillah banyak mana pun.
# Banchans!
Free refill. Apart from the vege, semua pun soy-based. Paling best dapat lettuce; boleh buat ssambap. Yums! Berliur bila tengok gambar ni balik. 
# My lunch!
Super sedap bibimbap paired with super delish tofu-soup.
# Fokus!
Semua concentrate makan, ndak layan aku panggil untuk digambar. Gitulah kan. Adek siap bertambah nasi. 
I don't remember how much we paid for the meal but masa keluar dari kedai tu, Aunty looked at me.

"That's cheap!! Sedap lagi tu. Nasib esok balik, kalau ndak. Makan lagi kita sini."

And her statement was seconded by her two sisters. Also by the cousins. Wah ndak sia2 lah kan dua kali pigi restoran tutup, Allah bagi nikmat makan yang superb. For more information about this restaurant, boleh refer sini

Lepas makan, we headed to Namdaemun Market. Sebab Angah ada benda yang dia mau beli lagi. Memang betul2 semua pulun habiskan Won malam tu. Tapi ndak dapat shopping sakan juga sebab masa kami sampai tu banyak gerai sudah start berkemas. Namdaemun market tutup  jam 5pm ya kawan2 sekalian.

Masa di Namdaemun hujan sudah start melebat. Sepanjang hari hujan, haruslah temperature dropped lagi malam tu. Settled shopping. Next, Myeongdong. Macam biasa, walkertapaki. 
# Hujan di Seoul.
Rasanya ni first time aku berhujan di Seoul.

Ndak lama kami di Myeongdong. Sempatlah cuci mata, beli Jungmu Kimbap lagi. Beli roti telur yang sangat sedap juga. Angah sambung shopping di Etude House. Pastu beli Kebab di satu gerai Indonesia ni (siap ada sign Halal). Sikit punya tamak, cousin aku beli sorang satu. Sampai rumah, semua pakat buang kebab tu. Sebab rasa macam basi kunun. Nasiblah aku ndak beli. Jungmu Kimbap juga yang paling best.
# Roti telur! Yumms!
Kami balik rumah around 10pm. Memang sakanlah berjalan non stop since morning. Selalu paling lewat kami sampai rumah jam 9pm. Lepas mandi, makan...packing! Juga mendobi for the last time. 
# Semak!
Terpaksa beli luggage untuk check-in sebab mostly liquid yang kami beli exceeded 100ml. Nasiblah sharing bayar, kalau aku memang berangan jaklah akan ada luggage check-in kan. 
Malam tu tidur dengan perasaan berbelah bahagi. Esok flight balik Malaysia. Ntah bila akan jejak kampong lagi. Gitu kan berdrama bagai. Kalau ikut hati, memang aku mau extend tinggal di sana. Tapi mengenangkan ada destinasi lain mau dijejak lepas balik dari South Korea, jadi pendam jaklah apa yang dimahu oleh hati. Redha.

eryantierdabdulkarim

20 March 2015

Winter Trip with Family - HRC, Seoul & Yanggood Lamb Restaurant

Assalamualaikum. 안녕!

Previous post (here).

Last day in South Korea! Huwaaaa! Has it been 8 days already? Kenapa perlu cepat benar masa berlalu? Drama sangat! Padahal memang tau pun setiap yang bermula itu pasti ada ending. *nah baldi*

So first destination harini adalah Seoul World Cup Stadium. The only guy in the group akhirnya bersuara.

"Asyik pi tempat korang jak, bila masa mau pi tempat Adek suka. Kak, stadium please."

Al-betul juga kan request dia tu. Bukan demand tinggi sangat pun. Janji dapat tengok stadium katanya. Memandangkan last autumn aku sudah pernah pi sini hence it wasn't a problem for us to reach the stadium. Siap aku suggest pi Haneul Park lagi. Over kan mentang2 haritu sudah berjaya buktikan kemampuan diri. Cuma aku tewas sama rail bike, sekian. 

25 January 2015
Seoul
# Adek is happy.
Tapi ndak lama. Mianhae!
Kenapa happy sebentar cuma? Sebab Kakak sepupu dia jadi pintar melantun untuk kesekian kalinya. Aku betul2 lupa it was Sunday. Haruslah semua tutup, kan. Including Home Plus mall yang ada di basement stadium ni. Yang ada cuma geng Ahjussi Ahjumma sedang senaman tai-chi depan pintu masuk stadium ni. Nangis ndak berlagu Adek tengok muka aku; sendu. Terus Kak Bibie dia pura2 scan pintu masuk stadium yang lain. Manalah tau kan diorang buka 1 pintu untuk visitor. Walau hakikat memang nan hado wujud pintu tu. Pastu gigih brief pasal Haneul Park. Nasiblah the three sisters beriya mau dengar tau.

Sempat juga kami tawaf half stadium tu. Sekali tetiba awan mendung. And ntah dari mana datang super strong wind. Nasiblah aku pakai tudung express, kalau aku bershawl lilit segala memang confirm terbelit tercekik leher aku. Sebab angin makin ganas, we decided to leave the stadium. Masa dalam train, aku tengok forecast. Rupanya!

Seoul bakal berhujanan sepanjang hari. So kira lengkap lah trip kali ni. Merasa snow, cahaya matahari (walau tiada haba), mendung & hujan. Nasiblah next destination adalah dalam mall jak. Macam biasa, menunaikan 'pesanan khidmat masyarakat' my two brothers. Kesian Kakak diorang ni ikat perut mau makan & tahan nafsu bershopping...demiiiiiiiii pesanan dua orang budak bertuah tu.

Thanks to Ms F & Azra for sharing the info about the newly open HRC in Seoul. Kalau ndak, memang selamanya aku tau HRC Seoul tu ndak wujud. Sebab setahu aku yang di Itaewon tu memang sudah lama tutup.

We boarded the subway from World Cup Stadium Station & alighted at Jamsil Station (Exit 1). Ikut underground tu jak untuk masuk mall. Banyak signboard tunjuk direction pi Lotte World Mall ni. Follow jaklah. 
# Terkesima. Ayat!
Aku suka design ceiling each floor mall ni. Memang lawa. Mall konsep alaf baru betul.
Sebab tujuan asal adalah untuk pi Hard Rock Cafe, jadinya kami naik escalator sampai Level 5. Tapi sebelum tu sempat lagi yang lain shopping sebenarnya. Beli bag lah, beli leggings lah, beli tshirt lah. Mentang2 last day, semua pun jadi murah hati untuk melebur Won. Kan? 
# HRC memang betul next to Lotte Cinema.
Masa kami di sana, cinema tu belum siap renovation lagi. Tapi tengok dari luar, nampak macam grand jugalah.
# Highest tower in the world; in the making.
Buildings sebelah kanan (mall) tu semua sudah complete. Tinggal yang sebelah kiri lagi. Dari luar memang nampak gah gila design bangunan ni. 
# According to their website, Seoul branch baru buka October last year.
Settle beli sampai terbelah di HRC, kami ronda dalam mall kejap. Maulah juga ambil feeling jalan2 dalam mall. In fact, ni first mall aku masuk di Seoul. Yang Ssamziegil & Go To Mall tu memang jangan kiralah kan. Tu bukan category 'proper' mall pun. Aunty sempatlah keluar masuk kedai kasut sebab mau cari kiriman anak2 buahan yang di KK. Ndak menahan semua, kirim kasut kau! Kalau murah kasut di Seoul ni ndak apa juga kan. Sobs. 
# Di Level 5 ni diorang buat macam konsep ala santai gitu.
Ni kalau malam, mesti lagi cantik deco lampu2 liplap tu. 
# Unik & sedap!
Ezza cakap aiskrim gini sudah ada di Kolumpor. But tiada di KK so si Err jadi baik hati belanja semua orang. Aiskrim jaklah aku mampu belanja.
# Free drinking water provided at each level (near the elevator). 
Toilet pun memang standard toilet di Jepang sudah. Installed with bidet system gitu. So semua pun pulun ziarah toilet sebelum keluar dari mall. Pastu aku bawa diorang tawaf keluar dari mall; dalam gerimis tu semua pun gigih ikut aku berjalan.

"Buat apa sini luar. Sejuk."

"Hmm ndak. Saja bawa kamu tengok mall ni dari luar."

Maka automatik kedengaranlah bunyi semboyan rosak from the three sisters. Tabahlah Bie. Aunty lagi drama kunun kalau kena gerimis nanti dia demam selsema astma attack sakit dada segala. Ndak lama pun di luar. Haruslah ndak sanggup tadah telinga kan. Kami masuk balik dalam mall & headed to the subway station.
# Ha drama kan demam kunun, sekali tengok deco gini terus laju posing. 
Memang langsung ndak perasanlah pula masa tu sudah lepas waktu lunch, semua pun kelaparan. Sebab weather di luar pun ala gloomy, aku ingat still awal. Maka marilah kita jamu perut. Kali ni aku mau try makan di Yanggood BBQ Lamb Restaurant. Mau makan something different. Daging & ayam sudah selalu jumpa sepanjang trip ni.

Dari Jamsil Station, kami turun di Yeoksam Station (Exit 6). Jalan straight dari exit tu. Sampai jumpa KFC at the left side (refer pic below).
# Turn left just after the KFC.
# Then turn right at the first junction. And turn left at another junction; after that. 
# Maka akan nampak signboard ni. Restoran di sebelah kiri.
# No worries, memang halal!
And that sign telah berjaya meyakinkan Angah yang dari awal memang non stop tanya aku pasal 'status' daging ni. Mau dapat sijil halal gantung di dinding macam di Malaysia memang payahlah kan.
# Berliur tengok signboard ni.
Gigih kan dalam gerimis kami terjah restoran ni. Demi bbq lamb katanya. Aku tau kedai ni buka jam 3pm. Considering masa kami sampai tu baru jam 230pm, so kami pun duduk lah di pondok luar restoran ni. Memang ada meja & kerusi untuk pelanggan. 

Tapi suddenly rasa pelik gila. Kalau pun buka jam 3pm mestilah akan nampak staff dalam restoran, kan? Mestilah boleh nampak diorang siap2 untuk get ready for business. Ni restoran sunyi sepi. Pintu of courselah berkunci. Kami intai through the window, memang kosong & gelap. Ah, aku mulalah rasa perangai pintar melantun aku muncul balik. 

"Farry, Yanggood buka kul 3pm kan."

"Aah Bie. Buka lambat sikit." then few seconds later.

"Tapi jangan pegi Ahad. Tutup. Kitorang haritu pun silap hari."

Huwaaa! Tidak!! Rasa mau teriak! Wahai hati, tenanglah dikau! Memang rasa mau hentak kepala di dinding. Aku cari idea untuk bagitau berita nan-pedih tu sama yang lain. Telan liur banyak kali ni. First, aku keluar dari pondok. Then masa tu jugalah kan tiba2 hujan lebat! Macam faham situasi dalam hati aku. Tapi hujan lebat macam tu haruslah ndak membantu misi 'penenangan hati' aku tu. Sudahlah yang lain masa tu sudah imagine kejadian mau bbq lamb bagai. Siap discuss mau order menu mana. Parah!

Sudah keluar dari pondok, aku jalan pi arah jalan raya. Bila aku pusing belakang, rupanya diorang pun ikut aku keluar sekali. 

"Tutup, kan? Bah carilah tempat makan lain."

I love you lah Bunda! U read my face & actions very well! Aku sebenarnya sudah sedia untuk dengar 'ceramah' sebab aku sangat tau betapa each one of them adalah kelaparan tahap gaban. Pastu kena meredah hujan lagi kan. Tangga di Yeoksam Station tu pula jenis yang mencuram; anak tangga kecil2 somemore. Muka Bunda pun macam pucat sikit. What worried me the most was her gastric. Luckily dia makan juga donut yang aku beli. Buat alas perut, kataku! 

From Yeoksam, we headed to Insadong. Nasiblah di Insadong tu ada quite few vegetarian restaurants yang aku tau. Mula tu aku suggest naik teksi jak sebab the journey will take more than 30 minutes plus kena transfer kalau naik train. Tapi diorang prefer naik subway juga. So, subway lah kita. Memang guilty paling maksimum level! 

Alhamdulillah, tiada yang merungut lebih2. Tiada yang tarik muka. Diorang tau, aku pun lapar juga. Sebab masa tu yang paling excited mau makan lamb adalah aku. Terima kasih for understanding duhai family terchenta. 

Lesson learned. Bukan palaces opening hour jak yang kau sibuk mau ambil peduli. Arasso Bie? Kalau mau ambil feeling makan2 di Yanggood silalah cuci mata di blog Azra & Radin

Insha Allah, next trip pasti akan ku jamu perut di sini. And yang paling paling pasti, I will NOT go there on Sunday. Sebab Sunday restoran adalah tutup, sekian.

eryantierdabdulkarim