20 March 2015

Winter Trip with Family - HRC, Seoul & Yanggood Lamb Restaurant

Assalamualaikum. 안녕!

Previous post (here).

Last day in South Korea! Huwaaaa! Has it been 8 days already? Kenapa perlu cepat benar masa berlalu? Drama sangat! Padahal memang tau pun setiap yang bermula itu pasti ada ending. *nah baldi*

So first destination harini adalah Seoul World Cup Stadium. The only guy in the group akhirnya bersuara.

"Asyik pi tempat korang jak, bila masa mau pi tempat Adek suka. Kak, stadium please."

Al-betul juga kan request dia tu. Bukan demand tinggi sangat pun. Janji dapat tengok stadium katanya. Memandangkan last autumn aku sudah pernah pi sini hence it wasn't a problem for us to reach the stadium. Siap aku suggest pi Haneul Park lagi. Over kan mentang2 haritu sudah berjaya buktikan kemampuan diri. Cuma aku tewas sama rail bike, sekian. 

25 January 2015
Seoul
# Adek is happy.
Tapi ndak lama. Mianhae!
Kenapa happy sebentar cuma? Sebab Kakak sepupu dia jadi pintar melantun untuk kesekian kalinya. Aku betul2 lupa it was Sunday. Haruslah semua tutup, kan. Including Home Plus mall yang ada di basement stadium ni. Yang ada cuma geng Ahjussi Ahjumma sedang senaman tai-chi depan pintu masuk stadium ni. Nangis ndak berlagu Adek tengok muka aku; sendu. Terus Kak Bibie dia pura2 scan pintu masuk stadium yang lain. Manalah tau kan diorang buka 1 pintu untuk visitor. Walau hakikat memang nan hado wujud pintu tu. Pastu gigih brief pasal Haneul Park. Nasiblah the three sisters beriya mau dengar tau.

Sempat juga kami tawaf half stadium tu. Sekali tetiba awan mendung. And ntah dari mana datang super strong wind. Nasiblah aku pakai tudung express, kalau aku bershawl lilit segala memang confirm terbelit tercekik leher aku. Sebab angin makin ganas, we decided to leave the stadium. Masa dalam train, aku tengok forecast. Rupanya!

Seoul bakal berhujanan sepanjang hari. So kira lengkap lah trip kali ni. Merasa snow, cahaya matahari (walau tiada haba), mendung & hujan. Nasiblah next destination adalah dalam mall jak. Macam biasa, menunaikan 'pesanan khidmat masyarakat' my two brothers. Kesian Kakak diorang ni ikat perut mau makan & tahan nafsu bershopping...demiiiiiiiii pesanan dua orang budak bertuah tu.

Thanks to Ms F & Azra for sharing the info about the newly open HRC in Seoul. Kalau ndak, memang selamanya aku tau HRC Seoul tu ndak wujud. Sebab setahu aku yang di Itaewon tu memang sudah lama tutup.

We boarded the subway from World Cup Stadium Station & alighted at Jamsil Station (Exit 1). Ikut underground tu jak untuk masuk mall. Banyak signboard tunjuk direction pi Lotte World Mall ni. Follow jaklah. 
# Terkesima. Ayat!
Aku suka design ceiling each floor mall ni. Memang lawa. Mall konsep alaf baru betul.
Sebab tujuan asal adalah untuk pi Hard Rock Cafe, jadinya kami naik escalator sampai Level 5. Tapi sebelum tu sempat lagi yang lain shopping sebenarnya. Beli bag lah, beli leggings lah, beli tshirt lah. Mentang2 last day, semua pun jadi murah hati untuk melebur Won. Kan? 
# HRC memang betul next to Lotte Cinema.
Masa kami di sana, cinema tu belum siap renovation lagi. Tapi tengok dari luar, nampak macam grand jugalah.
# Highest tower in the world; in the making.
Buildings sebelah kanan (mall) tu semua sudah complete. Tinggal yang sebelah kiri lagi. Dari luar memang nampak gah gila design bangunan ni. 
# According to their website, Seoul branch baru buka October last year.
Settle beli sampai terbelah di HRC, kami ronda dalam mall kejap. Maulah juga ambil feeling jalan2 dalam mall. In fact, ni first mall aku masuk di Seoul. Yang Ssamziegil & Go To Mall tu memang jangan kiralah kan. Tu bukan category 'proper' mall pun. Aunty sempatlah keluar masuk kedai kasut sebab mau cari kiriman anak2 buahan yang di KK. Ndak menahan semua, kirim kasut kau! Kalau murah kasut di Seoul ni ndak apa juga kan. Sobs. 
# Di Level 5 ni diorang buat macam konsep ala santai gitu.
Ni kalau malam, mesti lagi cantik deco lampu2 liplap tu. 
# Unik & sedap!
Ezza cakap aiskrim gini sudah ada di Kolumpor. But tiada di KK so si Err jadi baik hati belanja semua orang. Aiskrim jaklah aku mampu belanja.
# Free drinking water provided at each level (near the elevator). 
Toilet pun memang standard toilet di Jepang sudah. Installed with bidet system gitu. So semua pun pulun ziarah toilet sebelum keluar dari mall. Pastu aku bawa diorang tawaf keluar dari mall; dalam gerimis tu semua pun gigih ikut aku berjalan.

"Buat apa sini luar. Sejuk."

"Hmm ndak. Saja bawa kamu tengok mall ni dari luar."

Maka automatik kedengaranlah bunyi semboyan rosak from the three sisters. Tabahlah Bie. Aunty lagi drama kunun kalau kena gerimis nanti dia demam selsema astma attack sakit dada segala. Ndak lama pun di luar. Haruslah ndak sanggup tadah telinga kan. Kami masuk balik dalam mall & headed to the subway station.
# Ha drama kan demam kunun, sekali tengok deco gini terus laju posing. 
Memang langsung ndak perasanlah pula masa tu sudah lepas waktu lunch, semua pun kelaparan. Sebab weather di luar pun ala gloomy, aku ingat still awal. Maka marilah kita jamu perut. Kali ni aku mau try makan di Yanggood BBQ Lamb Restaurant. Mau makan something different. Daging & ayam sudah selalu jumpa sepanjang trip ni.

Dari Jamsil Station, kami turun di Yeoksam Station (Exit 6). Jalan straight dari exit tu. Sampai jumpa KFC at the left side (refer pic below).
# Turn left just after the KFC.
# Then turn right at the first junction. And turn left at another junction; after that. 
# Maka akan nampak signboard ni. Restoran di sebelah kiri.
# No worries, memang halal!
And that sign telah berjaya meyakinkan Angah yang dari awal memang non stop tanya aku pasal 'status' daging ni. Mau dapat sijil halal gantung di dinding macam di Malaysia memang payahlah kan.
# Berliur tengok signboard ni.
Gigih kan dalam gerimis kami terjah restoran ni. Demi bbq lamb katanya. Aku tau kedai ni buka jam 3pm. Considering masa kami sampai tu baru jam 230pm, so kami pun duduk lah di pondok luar restoran ni. Memang ada meja & kerusi untuk pelanggan. 

Tapi suddenly rasa pelik gila. Kalau pun buka jam 3pm mestilah akan nampak staff dalam restoran, kan? Mestilah boleh nampak diorang siap2 untuk get ready for business. Ni restoran sunyi sepi. Pintu of courselah berkunci. Kami intai through the window, memang kosong & gelap. Ah, aku mulalah rasa perangai pintar melantun aku muncul balik. 

"Farry, Yanggood buka kul 3pm kan."

"Aah Bie. Buka lambat sikit." then few seconds later.

"Tapi jangan pegi Ahad. Tutup. Kitorang haritu pun silap hari."

Huwaaa! Tidak!! Rasa mau teriak! Wahai hati, tenanglah dikau! Memang rasa mau hentak kepala di dinding. Aku cari idea untuk bagitau berita nan-pedih tu sama yang lain. Telan liur banyak kali ni. First, aku keluar dari pondok. Then masa tu jugalah kan tiba2 hujan lebat! Macam faham situasi dalam hati aku. Tapi hujan lebat macam tu haruslah ndak membantu misi 'penenangan hati' aku tu. Sudahlah yang lain masa tu sudah imagine kejadian mau bbq lamb bagai. Siap discuss mau order menu mana. Parah!

Sudah keluar dari pondok, aku jalan pi arah jalan raya. Bila aku pusing belakang, rupanya diorang pun ikut aku keluar sekali. 

"Tutup, kan? Bah carilah tempat makan lain."

I love you lah Bunda! U read my face & actions very well! Aku sebenarnya sudah sedia untuk dengar 'ceramah' sebab aku sangat tau betapa each one of them adalah kelaparan tahap gaban. Pastu kena meredah hujan lagi kan. Tangga di Yeoksam Station tu pula jenis yang mencuram; anak tangga kecil2 somemore. Muka Bunda pun macam pucat sikit. What worried me the most was her gastric. Luckily dia makan juga donut yang aku beli. Buat alas perut, kataku! 

From Yeoksam, we headed to Insadong. Nasiblah di Insadong tu ada quite few vegetarian restaurants yang aku tau. Mula tu aku suggest naik teksi jak sebab the journey will take more than 30 minutes plus kena transfer kalau naik train. Tapi diorang prefer naik subway juga. So, subway lah kita. Memang guilty paling maksimum level! 

Alhamdulillah, tiada yang merungut lebih2. Tiada yang tarik muka. Diorang tau, aku pun lapar juga. Sebab masa tu yang paling excited mau makan lamb adalah aku. Terima kasih for understanding duhai family terchenta. 

Lesson learned. Bukan palaces opening hour jak yang kau sibuk mau ambil peduli. Arasso Bie? Kalau mau ambil feeling makan2 di Yanggood silalah cuci mata di blog Azra & Radin

Insha Allah, next trip pasti akan ku jamu perut di sini. And yang paling paling pasti, I will NOT go there on Sunday. Sebab Sunday restoran adalah tutup, sekian.

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , , ,

22 hollered!:

Azra said...

kesian kat family ko tak dapat makan lamb ... aku pun sebenarnye tak perasan kedai ni tutup hari ahad .. ingatkan bukak everyday

mrs.smile said...

ok menjadi drama ahad ko...simpati sama adik kesian dia

baru tahu pasal kewujudan kedai tu dari bloglink yg ko kasi tu

Miss Nazla said...

Untuk non-penggemar daging lembu or kambing macam aku, memang tak rasa pape kalau tak dpt makan sini. Kalau tak dpt makan dimsum, YA AKU MARAH. haha

kay dolce said...

Ah! Saya pon terasa kekecewaan tak dapat makan lamb tu... Tak apa, itu maksudnya kena repeat next time ke Seoul kan!

By the way, saya lupa nak kenalkan diri. Saya Kay, saya pon suka Korea so sangat excited baca blog Bie ni.

Farihah said...

Hahahhaha..i feel you..huhuhu..ok bangga nama saya disebut dlm post ni..

liza said...

Nasib la takder yg tarik muka...jln ngan famili ok kot...ngan kwn mesti byk drama kan...hahahha

Muhammad Khairuddin Lim said...

wah..drama yang menarik

BIBIE KARIM said...

Azra: Aku pun memang confident gila dia buka everyday. Hampas betul. Nak return the next day dah xleh sebab flight balik Msia petang tu.

MS: Menjadi sangat. Ntah lah bingai menjadi2 lak di hari Ahad.

Nazla: Bahahaha kisah Dim Sum ko tu aku rasa antara paling epik. Bukan sebab xdapat makan, tapi sebab musabab ko xdapat makan tu.

BIBIE KARIM said...

Kay: Yes next time!!! Insha Allah, repeat tu memang da simpan niat kan. Patut saya yang introduce diri sebab saya yang tinggal komen kat blog awak dulu hihi. Hi-five Kay, kita pencinta Korea gitu.

Farry: Hahaha feeling xdapat makan sambal sotong kan.

Liza: Sibaik ah, diorang pun xlarat dah nak tarik muka sebab memang cenggitu perangai hakiki hahaha. Kalau ngan kawan, memang akan berdrama kot. Tapi kalau ngan geng yang selalu travel sesama, diorang xkan tarik muka insha Allah. Confident. Selagi ada option lain, diorang ok. Kalau dah xde option, redhalah makan nasi instant kat bilik.

anakomak said...

Mostly org citer psl lamb grill... lembu grill xde ke? Sbb ndak makan lamb...uhu

zaraab said...

Lorr, ye ke Bie? Kesian plak. Alhamdullillah. Semuanya paham kan? I will update on Halal Food in Korea which includes this restaurant as well. InshaAllah.

Jari Manis said...

apa Bie? last day in Korea..ya Ampun...JM nye entri berbulan x habis2 lagi huhu...

loh tutup...sian si Adek tu :-)

ahahaahha...kenapa ni Bie...pegi stadium tutup...pegi yanggood tutup..mmg nasib x baik lah hari tu...no luck..yelah kebanyakan kedai tutup AHAD kan tapi syukur semua ahli jemaah memahami itu yg penting

Bibie Karim said...

Ako: Certry kat Eid Halal, Itaewon. Restoran baru. Rasanya ada kot lembu grill. Hihi. Dia atas sikit dari Murree, belah kanan dari masjid tu.

Zara: Sibaik semua faham je. Bajet lah juga kot kena marah ke apa kan. Haha hakikatnye memang xtau it is closed on Sunday. Wah sempat makan kat sini eh, jeles. Huhu.

Bibie Karim said...

JM: Tulah kan Bibie nak masuk entry Cambodia dah ni. Hihi xpelah slowly siapkan bukan ada nak dikejar pun kan. Xde rezeki haritu nak tawaf stadium & makan kat Yanggood. Ada hikmah tu, at least dah taulah resto tu tutup Ahad. Allah nak bagi kitorang rezeki lain kat Insadong. Dapat tambah list of places to eat in Seoul hihi. Tetiba positif kan fikiran.

DJ said...

Wahhh yang goodd.....sedapnyerrrrr aku nk cuba nnti...tetiba kelaparan plk ni..hahaha

Bibie Karim said...

DJ: Ko kena gi. Wakilkan aku!

Ishraki Shah said...

Thanks for the direction to Yanggood. Manalah tau next visit bole singgah. Bole ber bbq la nanti. My favorite tu lamb chop.

Bibie Karim said...

IS: Ko kena gi! Wakilkan untuk aku lak nanti. Aku xtau lagi bila nak balik ni. Huhu.

Radin Fadli said...

Alamak,dia tutup ahad kah? nanti kena update di blog.Di Seoul kita memang jrng masuk mall kan? semua barang macam sangat mahal hehehe. ndak ada gambar di dalam HRC? aiskrim tu ada jual di tingkat atas pavilion di tokyo street.

Bibie Karim said...

Radin: Ha bolehlah update kat blog awak tu hihi. Ada hikmah gak saya xjadi makan kat situ kalau x selamanya xtau dia tutup Ahad kan. Ada gambar dalam HRC tapi malas nak letak, sebab poyo sangat.

diary1971 said...

Beeeeeee....... Sedapnyerrrrr yanggood!!!!!! Teringat2 sampai sekarang huhuhuhuhu...... Sebab dia jauh je dr central kalau tak mmg tiap malam kami mengulang dia je huuuuuuu -shida

Bibie Karim said...

Shida: Haaa benci benci. Semalam baru lepas saiko ngan DJ sebab dia baru pas dinner kat sana gak. Meaning, memang kena jejak sana gakla nextrip. Insha Allah, amin. Janji jangan pi hari Ahad. Sobs. Nextime u boleh gi Yanggood lagi. Lepas rindu dendam. Ugh jeles.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑