18 March 2015

Winter Trip with Family - Cheonggyecheon Stream & Tom N Toms Coffee, Gwanghwamun

Assalamualaikum. 안녕!

Previous post (here).

Balik dari acara shopping di Namdaemun & Myeongdong petang tu, semua pun kunun penat melantun2. But considering kami akan balik lusa (26 January), then malam sebelumnya mesti aku akan busy packing...so I decided to go out tonight. Aku heret Ezza sekali sebab minah tu kecoh bila aku cakap mau keluar sendiri. The rest stayed at home; layan Kdrama without subtitle. Gigih sungguh. 

At first mau bawa Ezza pi Mango Six (The Heir filming site) tapi rasa macam jauhnya lahai Seolleung Station tu. Then teringat janji aku mau bawa dia pi To The Different Cafe (My Lovely Girl filming site). Pun aku cancelled juga idea tu mengenangkan 'perjalanan' yang jauh dari exit subway pi cafe tu. Cakap jaklah malas kan Bie! Kesian Ezza, musnah angan2 mau lepak cafe2 tu. Bila fikir2 balik, kejam juga aku kan. Luckily budak tu akur bila aku suarakan idea untuk pi area City Hall jak.

Tapi! Budak tu sudah siap cakap, next trip dia akan paksa aku pi cafe tu semua on the first day we landed Seoul. Next trip ntah bila lah kan. Insha Allah, amin. Memang akan 'balik' juga cuma for the being, belumlah tau bila.

24 January 2015
Seoul
# Ice Skating rink in front of Seoul City Hall
Niat untuk main ice skating; bolehlah berangan jadi Kim Yuna. Tapi bila tengok orang yang super ramai atas rink tu, teruslah cancelled. Ntah bilalah terlaksana impian aku main ice skating sini. Last year pun ndak jadi sebab cousin aku ndak reti main. Kalau sendiri memang tidak akan lah. 
# Cheonggyecheon Stream
Ezza kagum sebab sungai ni super bersih. Pastu boleh jadi port melepak layan feeling juga. Yang pelik, masa kami datang tu Saturday night tapi sendu gila area stream ni. Selalu aku datang, memang meriah. Ka semua pun lepak rumah layan Kdrama juga?
# Ahjussi collecting the coins.
I always wonder ke mana pergi all those coins yang orang campak dalam that wishing well. And I found out that day when I saw those Ahjussi. 
# Throw a coin & wished for the underprivileged to get the attention they should be getting.
# I dare myself to walk along the stream until Dongdaemun...
sampai sekarang misi belum accomplish. One day Insha Allah. Masa aku pi sama Ezza ni, temperature adalah sejuk membunuh. Memang confirm lah aku ndak larat teruskan misi. Next balik kampong trip kena datang musim selain winter & summer. 
# Bulb lampu tu semua dibalut guna pelestik jak. Kreatip inovatip.
Selalu terlepas untuk join Lantern Festival di stream ni sebab cuti aku ndak pernah ngam ngan date festival. Hopefully one day akan ada hari cuti aku clash with this festival.

Sudah tawaf lebih kurang stream ni, we decided to lepak ngeteh pula. So mencarilah dua saudara ni cafe best sepanjang stream tu. Then I saw this one cafe yang jual superb delish cakes. Sekali tengok price for drinks, terus rasa macam liur tukar jadi paku. Mahal gila! Kek pun mahal tapi aku ndak kisah sebab memang nampak sedap. Cuma aku ndak dapat terima fakta harga air yang terlebih harga. Nearly 13,000 KRW for a cup of latte! Haruslah menangis poket aku.

Jadinya kami keluar dari cafe serba ado tu. Punah harapan mau mencekik kek 'mewah'. Pastu round lebih kurang, terus both decided untuk lepak di Tom N Toms jak. Sejuk oii, ndak larat mau survey any coffee shops around that area. 
# Thing I love about the cafe in South Korea.
Idea untuk ada benda alah ni juga IF one day my impian jadi kenyataan. Insha Allah, amin.
# Dua bersaudara layan ngeteh sambil mengudap cheesecake.
Kami lepak dalam cafe tu sambil gosip. Yang jadi bahan gosip bukan calang2, retis Kpop ok! Cara gosip tu macam kenal rapat sama retis2 tu. Pastu sempat layan Kdrama juga. Memang betul tiada kerja berfaedah kami buat malam tu. Well, nama pun chilling time with the cousin. Agak2 sudah habis modal gosip, kami pun berambus dari cafe tu. Then saja aku bawa Ezza jalan pi subway station yang jauh sikit dari stream tu. Sebab mau tunjuk dia tempat aku & Baby (her little sister) celebrate new year last year. Trip yang sepatutnya dia join tapi terpaksarela burn ticket sebab suddenly college dia tukar date exam. Teruslah segala planning jadi haru biru. Alhamdulillah, tahun ni berjaya juga dia jejak South Korea. Ateh udah graduate. 
# Jongno Tower.
One of the famous landmark in Seoul. Aku ndak tau napa, but since first trip lagi aku memang suka building ni. 
Sampai rumah, semua sudah berlayar ke alam mimpi. As usual, sebelum tidur kami me-laundry dulu sambil layan Running Man. Tu kan tugas hakiki aku sepanjang 8 malam kami di Seoul. Si Err ndak kisah sebab bab ni memang favourite dia pun.

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , , ,

21 hollered!:

syieda said...

Mohon next trip bwk aku sekali plissss

Mie said...

Dah ada plan nak ke Seoul lagi... pergh kau ni Bie...

DJ said...

Aku teringat aku terkesejukan melampau kat stream tu sbb air terjun tu kan melampiaskan angin dan air + winter...rasa ketar smpai nak nanges!nasib nampak teksi cepat tahan, masuk teksi lega ada heater...hehehehe

dzuchan said...

aku dah berniat nak rasa beberapa coffee shop kat korea haha..bukan tempat drama pun xpe asalkan dapat coffee and dessert sedap & rare. kena allocate duit siap2 ni *matilah verangan*

Bibie Karim said...

Syieda: Hahaha next trip kita merantau ke kampong2 lah eh.

Mie: Pergh sangat. Insha Allah bakal ada trip lagi tapi xtau bila.

DJ: Tu lah pasal tetiba idea nak tawaf sampai Dongdaemun terbantut dek sebab suhu melampau2 dropped.

Dzuli: Xpe verangan insha Allah jadi realiti. Ko gi ah cafe kat Samcheongdong juga. Sana cafe dia unik2. Ko nak try ala mewah, gi Cheongdamdong barulah feeling retis kayorayo.

dzuchan said...

aku ingat pernah baca satu guesthouse ni area coffee shop, ada a few coffee shop around situ. tapi x ingat la pulak dari blog mana. kalau dok situ best gak, bolelah ngeteh bila2 masa pun.

kay dolce said...

Misi nak jalan dari Gwanghwamun ke Dongdaemun tu pon ada dalam wishlist saya tapi tak pernah tercapai. One day nanti InsyaAllah

Ah, kafe-kafe Seoul... memang best mengopi/mengeteh di sini, ditambah pula dessert dia banyak yang cute and sedap kan!

Miss Nazla said...

Masa aku pegi stream ni pun takde orang. Sampai ahjushi yg pass by suruh aku balik sebab sejuk melampau tapi melampau lagi 2 budak gems ni duduk2 time malam malam.

Bibie Karim said...

Dzuli: Ha better ko cari GH tu. Share ngan aku, nanti nak try gak. Menarik tu kalau memang banyak cafe around dia.

Kay: Insha Allah, sama2 kita laksanakan misi tu nanti ye. Dessert diorang memang win. Sometimes macam sayang giler nak makan.

Naz: Asal xbgtau Ahjussi korang nak menikmati angin malam katanye. Bukan selalu sejuk melampau, kat Malaysia manade gitu.

Azra said...

aku boleh imagine betapa sejuknye kat stream tuh

zaraab said...

Cantiknya stream waktu malam. I was there during daytime. And just a day before the Lantern Festival. Melepas. Betul betul takde rezeki. I got to know about the stream masa i pergi course about environmental monitoring whatsoever. Tapi tak tau la berjaya atau tak derang nak ubah Sg. Kelang jadi mcm tue.

BIBIE KARIM said...

Azra: Sejuk giler! Tetiba temp dropped lak. Tapi gigihkan gak lah aku jalan sampai bridge ke-3.

mrs.smile said...

aku kopi pes komen syieda..mohon bawa aku next trip :)

peerghh hebat gosipan ko sama kazen retis kpop sajer

Bibie Karim said...

Zara: Aku memang suka lepak area stream ni. Tiap kali balik, xpernah miss gi sini except last autum la. Rugi kan melepas lantern festival tu. Walhal lawa sangat. Hihi heard too pasal project nak cantikkan Sungai Klang. Insha Allah kot, one day bila our people dah ubah mentaliti masing2. Ni still sukasuki campak sampah out from the car window. Susah ah.

Bibie Karim said...

MS: Joms ah ko je yang xsudi nak joing aku. Hahaha haruslah hebat gosipan kitorang. Mana nak kalah kan. Kata level retis gak bila sampai sana.

Jari Manis said...

ahakss..Ezza....siap mau repeat tu sbb angan x tercapai..boleh je Ezza..auntie Bie ko tu anytime je..Bie..23 Mac nanti add sale boleh try :-)

ahjussi to collect coin..Bie tak tanya ke...mana dia campak coin tu nanti ke masuk poket sendiri hiksss

2 kali ke sana..2 kali jgk tak tercapai nk ke stream nih

sib baik lah sepupu pun jenis minat kpop so rancak lah korang borak heee

Bibie Karim said...

JM: Sales nanti ni nak kena cari tiket lain. Rehat jap dari beli tiket balik kampong kaedahnye.

Coins tu untuk charity lah JM. Cer tengok gambar bawah Ahjussi collect coins tu. Diorang guna untuk bantu yang kurang bernasib baik.

Hihi yang over minat Kakak sepupu dia ni ha. Ezza tu minat Kdrama je sebenarnya. Dia kureng Kpop2 ni.

Ishraki Shah said...

Kayala oppa tu yek..hari2 collect coins dlm stream tu. Ko x tanye dia ker Bie bapa dia dapat collect setiap hari..hihi.

Bibie Karim said...

IS: Diorang collect tu & bagi kat persatuan yang akan distribute to the unfortunate ones. Refer gambar bawah selepas gambar Ahjussi collect coins. :)

Radin Fadli said...

Bibie saya pun pergi ke Tom Tom tu hehehehe. And you should go see the lantern festival, memang kagum terus, ada lantern siap boleh gerak gerak lagi , sangat menarik tertarik kau memang debom . Bibie ada make a wish tak ?

Bibie Karim said...

Radin: Ha memang, awak & Azra rasanya lah yang selalu lucky. Dah tengok twice kan. Benci! Wish kat wishing well tu ke? Haha Ahjussi xbagi baling coins masa dia bersihkan tu. Ada couple nak buat masa tu, dia suruh tunggu. So saya setakat wish semoga coins tu semua digunakan untuk something beneficial untuk yang berkenaan.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑