28 July 2011

Cukuplah

Entri ini patut aku publish semalam. Tapi kerana api amarah sedang memuncak, berpercikan di segenap pelusuk hati...aku tangguh niat itu. Aku kata pada hati, sabarlah. Bawa istighfar; ingat Allah. Tiada guna caci maki dimuntahkan kerana yang terjadi sudah terjadi. Setiap perbuatan jahat pasti akan mendapat balasan setimpal dari Nya selagi tiada ia taubat.

Aku tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan namun siapalah aku untuk mempertikai undang2 itu. Biarlah, kalau yang punya kuasa sudah tetapkan itulah yang setimpal.

Cuma aku sedih mengenang nasib ibu & 2 ekor anak kucing yang tidak berdosa itu. Panggil lah aku terlebih beremosi; aku tidak kisah. Cacilah; katalah apa sahaja. Perasaan ini tidak akan terhapus dari jiwa. Tergamak manusia yang Allah kurniakan akal...yang jauh sempurna dari haiwan...berkelakuan seperti itu. Mungkin tidak keterlaluan jika aku melabel si penyeksa itu punya akal berpiawaikan kelas binatang! Apa tiada belas mendengar bunyi tangisan si kecil itu...apa tiada terdetik rasa kasihan melihat si kecil itu tergolek tiada daya untuk melawan balik.

Kalau betul mahu tunjuk kuat, sila lah berentap dengan yang selayaknya. Kenapa tidak kau pukul sang harimau...sepak terajang sang singa...dan pijak sang gajah? Itu baru lawan yang sesuai. Itu baru ku anggap adil. Berentap lah kau hingga tetesan darah terakhir pun, tiada siapa akan peduli. Tiada siapa akan mahu mengheret kau di muka pengadilan.

Video dari cctv yang ditayangkan di tv semalam mencarik hati aku. Berdarah!! Adegan kejam itu berulang2 tayang di birai mata. Ya Allah, tenangkan hatiku. Bersihkan mindaku. Elakkan lidahku dari berkata yang ndak2.

Sampai saat ini, sungguh jantungku ranap. Bernanah. Darah mengalir kerana luka masih belum kering.

eryantierdabdulkarim


5 comments:

ladyang said...

nasib aku tak tgk..and tak hingin nak tgk!!!

Unknown said...

Aku rasa klu ko tgk mmg akan hangin 1 badan. Aku menjerit masa dia pijak anak kucing tu. Sekuat hati! Sambil pandang cctv. Napalah dia tu mengaku manusia. Motif dia buat mcm tu? Suka2!!

Anonymous said...

Err, bongok oh tu orang.
Lagi bagus haiwan yang tiada akal tu dari dia tu.
Banyak sangat dah pasal kekejaman atas binatang, lagi-lagi kalau kucing.
Apalah dosa kucing tu sama dia.
Patut kena rejam je orang macam tu.

Malicious Mind said...

yah, memang perempuan tu dah hilang pertimbangan. kalau ya pun depressed, tidak la sampai mahu cederakan haiwan. ko belum nampak satu video yang perempuan tuh pijak anak kucing guna high heel sampai mati. punya kin panas. nanti aku post dalam FB ku

Unknown said...

@Ijan: Itu tanda org gila meroyan. Huhu xmau ckp byk2 nnt hilang rahmat Ramadhan. Ckup suda aku kutuk2 tu ari.

@Dana: Kan? Ramai lg org d dunia ni yg lg2 depressed dari dia tu. Ntah la napa gtu pendek akal manusia mcm dia tu. Oh yg pijak pakai high heel tu aku sdh tgk. Ada kena 4ward email. Itu lg kejam gilak. Ugh! Nah kan emo sudah.