11 December 2013

CutiCuti: Hong Kong - The Peak / Masjid Ammar & Osman Ramju / Popeyes Restaurant @ HKIA

Assalamualaikum. 你好

Hoyeah finally...dalam mood yang kunun ke laut, aku dapat juga habiskan entry cuti2 Hong Kong ni. Last entry akan update pasal our accommodation pula. Walau stay hostel murah2, tetap gatal aku mau buat review.

On our last day in Hong Kong, we headed to The Peak early in the morning. First day sudah cekewa ndak dapat merasa naik tram dek kerana lautan manusia yang terlalu menyesakkan mata & fikiran hence we decided to go on the last day. Haritu kami hanya sempat menjejak kaki di Lower Terminus (story here).
Our last ride on the Star Ferry from Kowloon to Hong Kong Island. Awal pagi, sangatlah tenang keadaan laut. I feel at peace! Unlike time balik dari Macau tu kan. Nightmare!
View of skyscrapers from the ferry terminal.  
Oleh kerana perkhidmatan bas nombor 15C hanya start beroperasi pukul 10am, makanya kami terpaksa guna servis superwalkertapaki di awal pagi. Lucky enough sempat light breakfast dalam bilik before we departed. Else, ada pengsan on the way to The Peak. 
Apple Store ni memang famous. Among the biggest store I've ever seen so far. 
Kami berjalan dari Central terminal tanpa ada bantuan map. Only berbekalkan bangunan di atas ni as landmark. Nasiblah kau tinggi mencakar langit, boleh nampak even from afar. Bunda dengan yakin jak ikut aku, ndak tau yang anakonda dia ni pun sebenarnya ikut instinct jak berjalan.
Kami berjalan dalam 10 minit...and bila nampak jak bangunan ni, memang 100% yakin aku ndak sesat. Bangga! Ndak sia2 study street view googlemap prior coming. 
Reached the Terminus Lower Peak at 730a! Memang terbaik punya awal. Kami sampai sekali ngan staff2
As per Ernie..."Ndak pernah saya nampak ni tempat lenggang gini". Mostly friends who've been here experience super crowded atmosphere prior boarding the tram. 
Tram makes few stops before reaching The Peak. Tram stops ni semua memang dekat rumah orang yang ada2
Memang lenggang.  But ada few early visitors like us juga; sure case malas menempuh orang ramai. Yang atas sekali tulah Sky Terrace. It was suggested the best time to lepak atas tu is during sunset. Boleh view Hong Kong Island dengan super clear. 
Because we were there early, memang ndak dapat naik lagi. Kaunter pun belum buka. And kami memang ndak plan untuk naik. Bunda is acrophobia. Sebelum jadi apa2 yang ndak diingini, betterlah elakkan. 
The first tram. 
Skyscrapers in Hong Kong Island; viewed from from the rooftop. Yang ni pun aku menikmati pemandangan secara sendirian berhad. Bunda warned "Jangan dekat sangat, bahaya" countless times. Sempat snapped few pictures before we decided to go down from the rooftop.
Sudah penat menapak di awal pagi, marilah isi perut. Sambil2 surf internet. Wifi free di puncak ni. Masa breakfast ni, ramai lah nampak tuan2 or maids bawa their dogs jalan2 ambil angin pagi. Style orang kayakaya sangat kan. Siap buang masa lepak di Starbucks with their dogs & owner lain. Gosip2 cerita anjing kali. Ngeks.
Inilah pemandangan pukul 1030a. Sudah berular2 queue. Padahal it was Wednesday! Should we came a bit late, mesti stuck dalam human traffic ni. 
Untuk sampai to next destination...we took the public bus in front of the Charter Garden. Menapak sikit dari Lower Terminus to the bus stop. 
To get to Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre; we took the bus #23 bound for North Point Ferry Pier. And hop off the bus at the fifth stops. Walked straight ikut aliran traffik until nampak 7-Eleven store. Turn right, masjid tu belakang building ni jak.
And alhamdulillah, sampai. Masa ni budak2 tadika di Islamic Centre ni baru jak habis kelas. Comel jak aku tengok budak2 tu.
Naik lift untuk ke kantin. Ramai suggest harus singgah sini untuk dim sum. Jadi kami pun haruslah ambil peluang, alang2 sudah di sana. 
A bit pricey tapi tempat yang susah untuk dapat sumber halal; logik lah bagi aku diorang up sikit harga. Anggap jak menyumbang untuk centre tu sekali. 
Rambang mata. Semua nampak sedap, semua nampak sungguh menawan di hati. 
Ended up pilih hanya 2 jenis dim sum. Ikut nafsu, semua aku mau. Tapi ikut kemuatan perut...ni pun sudah lebih dari cukup. Kenyang breakfast di The Peak maybe. Plus sudah menapak since morning, aku rasa muscle di perut refused untuk mengembang to allow more consumption. Makanan di kantin ni memang super sedap. Bunda likes Chinese cuisine & she is super satisfied with the food. Memang yummy!
Kunun si Err ndak da selera makan nasi...meratah lauk & dim sum jaklah. 
Settled with lunch, kami bergerak back to Central. Naik bas juga. Perut penuh ndak larat berjalan lagi!
Ndak boleh lepak lama sebab perlu check out at 3p. Suppose check out time is 2p tapi kami minta extend. Dengan syarat kena bayar extra. Itu ndak da hal, janji kami boleh mandi manda & jamak before gerak pi airport. Berpeluh melekit & bau asam paling kick sudah masa tu. Kami berjalan dari awal pagi, remember?
Us! Dari Tsim Sha Tsui ambil airport bus #A21. Jalan in less than 5 minutes jak dari hostel to the bus stop. 
Naik Air Asia, sila lah check in di Terminal 2. And again, superwalkertapaki!
Habis check in flight; aku tarik nafas & while looking at Bunda "Habislah sudah percutian kita di Hong Kong. Insha Allah, nanti kita pigi Korea ahh". And Bunda replied "Ya Korea yang ntah bila. Tapi ndak mau summer or winter". Wah gitu! 
Hong Kong airport memang super massive. Tengok jak berapa boarding gate diorang ada. Pengsan!
While tunggu flight kul 8p, kami decided untuk isi perut. Lagi?! Early dinner sebab nanti ndak mau makan dalam kapal. Ala kami menjamu selera pun pukul 6p. Sesuai lah sangat. Makanan dari breakfast & lunch sudah habis dihadam...tukar jadi energy. 
Ada kiosk yang serves makanan Halal di airport ni. Alhamdulillah atas kepekaan management diorang. Thank you!
Masa ni nearly 730p sudah tapi still terang benderang di luar sana. 
Eh bukan naik SIA ok. Belum ku mampu! Ni view dari departure hall. Flight was delayed nearly an hour due to technical problem. Kapal dari Kolumpor kununnya belum mendarat. Ndak palah delay ka apa, janji selamat sampai. 
We arrived LCCT at midnight. Flight Bunda to KK was early morning the next day. Whilst me, sempat spent another 2 days in Kolumpor before going back to KK. Maka tamatlah sudah entry cuti2 Hong Kong ku. 

Will update pasal accommodation later. And aku start counting days untuk balik kampung! Insha Allah!

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , , , ,

14 hollered!:

Jari Manis said...

yeayy...rasa bernafas kembali kerana boleh komen..entry2 sebelum ni leh baca je..tak ada ruang tuk komen..

best kan kalau traavel partner ngan bunda sendiri..senang tak adank kecil2 hati atau bermasam2 muka kan..

Ha'a..di airport HK juga dorang sedangkan prayer room

Balik KG..alahai..bila la turn JM nk ke sana lagi..hati mmg nk repeat..tapi..cost nan hado..kalau boleh tiap2 thn nk ke sana heee

BIBIE KARIM said...

Agaknye sebab Bb aktifkan imotiv comment box, tu yang xboleh view comment box blogger kalau JM view per entry. Hihi baru semalam disablekan imotiv tu. Sorry JM.

Aah best ngan Bunda. Kalau masam muka nanti dia xbelanja makan sesedap. Dasar anak bertuah kan.

Wah xtau pun pasal prayer room tu. Baguslah management macam tu, peka.

Bb memang dah set nak ke sana tiap tahun. Pastu meroyan xdapat gi Aussie gak sebab xckup bajet. Haru betul. Insha Allah, nanti mesti JM akan gi situ lagi. Berhantu betul Korea ni.

DJ said...

ha laaaa rindunya nak makan dimsum yang sedap tuuu...tp utk repeat HK mcm tak la dlm masa terdekat ni...hehehe bestnya teringat pergi masa winter...tp sejuk dia best je tak sejuk sgt....i loike!hehehe

syieda said...

Cantiknya awannnnn....

Suraya I. said...

cantiknye view from that peak! lagi la hari cerah, mmg awesome!
will definitely masukkan dlm itinerary hk even xtau lg tarikh nk g ble. hehe!

BIBIE KARIM said...

Nanti nak gi HK lagi time sejuk2, xlarat lah panas kat sana. Menggelupas kulit sebab kering. And nak try itik yang DJ makan aritu.

BIBIE KARIM said...

Alhamdulillah x hujan masa last day tu. Tapi malam tu angin agak scary gak, tu yang flight dr KL xleh landing agaknye.

BIBIE KARIM said...

Kalau from the Sky Terrace lagi lawa kot. Nampak kat blog budak2 yang dah gi. Kena masukkan, must visit place if turun HK. Sis aritu sanggup tukar plan semata nak gak merasa naik tram.

nana tron said...



dah google sky terrace...mmg must visit. dengarnya ada tiket pakej: madamme tussaud, sky terrace & round trip sky peak tram. bibie prasan tak pakej nI?

Malicious Mind said...

banyak juga your gambar2 dari Hong Kong Trip tu hari ya. Clear2 semua lagi tu gambar

BIBIE KARIM said...

Aah tau ada pakej tu tapi memang xplan nak naik Sky Terrace also xminat nak masuk Madamme Tussaud. Hihi so guna jelah octopus card untuk tambang tram. Kat atas, beli barang kat hrc je.

BIBIE KARIM said...

Aku jeles ko p Stanley Market tu. Cantik gambar2 ko sana. Alhamdulillah weather was superb nice aritu. Kalau x before tu hujan jak.

PuTrImaRyam said...

siok pigi HK time cuaca bagus! u shud go time weekend di central tu Bie, ramai pilipin + Indon lepakin ala-ala bersosial di sn, mcm negara durang ja durang buat...

BIBIE KARIM said...

Ya memang, kami sampai tu ari Sun. Trus pi Central lepas check in. Memang lautan lah. Ada tu aku blog dalam entry first day.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑