14 July 2011

Tidak Perlu


Pelik sungguh yang bernama aku.
Sudah tahu kenyataan itu.
Di hadapan neraca itu, buku di tangan kanan tidak wujud.
Semua telah habis dibayar di sini.

Lantas, apa jadah perlu kaget.
Apa jadah perlu risau.
Baru dicuit sedikit,
kau sudah terjungkit?

Come on...chillax.

Ndak payah terpekik terlolong minta didengar.
Ndak perlu gelabah tiada pasal.
Itu kerja orang yang mahu benang basah berdiri tegak.

Sudah kau maklum wahai cik Err.
Hanya 3 yang akan menolong kau.
Jadi apa perlu kau tagih perhatian dari yang tidak layak?

eryantierdabdulkarim

Categories: , ,

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑