28 June 2015

Drama - Minggu Lembik & Kuning

Assalamualaikum.

Fuh! Memang selayaknya aku panggil minggu ni...minggu lembik & kuning. Or lagi tepat! 

MINGGU KUIH LEMBIK & KELAPA PARUT KUNING.

For the whole week, I've been squawking' the words "lembik, kuning, lembik, kuning". Nasiblah siapa yang terpaksa menadah mata baca rungutan aku di whatsapp tu. To those poor souls, terima kasih daun keladi kerana sudi melayan bingai aku.

Like seriously I didn't know what went wrong. Suddenly jak. All started last Monday. Talam Cendol aku super lembik, memang langsung tiada rupa untuk jadi bahan jualan. Kalau aku jadi pembeli pun memang dari jauh aku reject. Then, oklah aku sedapkan hati. Salah masak tepung tu kali, maybe aku masak ndak sampai naik wap. So the next day, aku buat lagi. Ain't gonna give up that easy! Jadinya, untuk Tues tu aku buat dengan penuh fokus. Buka balik buku resepi yang Chef Asma bagi masa aku beli steamer & pembaris talam dari beliau haritu. 

Hasil? Still lembik! Masa tu belum lagi keluar bahasa Ci to the Ke aku. Sabar kata ku. Allah mau uji. Aku buat different talam pula for Weds. Tapi hasil yang ni lagi double triple menyakitkan hati. Bernanah ok! Aku buat Talam Keladi. Elok kuih tu keluar dari loyang, seloyang kuih tu menggelongsor jatuh atas lantai. Toooooooooo flaccid!! Mau menangis pun ada masa ni. Tiga hari berturut-turut wei!

Pastu mengadu domba sama para Aunties ku. Tau apa feedback diorang?

"Ha, adalah tu yang minta. Ko kan duk rumah baru, maybe ada yang ko ndak hulur sebelum buat kuih tu."

Gituuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Suka kuih rupanya yang dimaksudkan tu. Nonsense! Aku sudah sebulan duk rumah ni kot, hari-hari pun buat kuih. Ndak pernah pula lembik tergelongsor macam tu kan. Sobs.

On Thurs, still not giving up...aku buat Talam Cendol lagi sekali. Pun sama!!! And kejadian lembik tu went on until today (Sunday). Memang ngam lah aku namakan Minggu Lembik, kan? Yang pelik tu, dari 4-5 jenis kuih talam aku buat...cuma dua jenis ni jak buang tabiat. 

Kalau mau cakap aku salah resepi, mustahil sebab kuih lain ok jak. Siaplah aku refer nota resepi, extra focus somemore! Pastu try derhaka sama resepi. Aku kurangkan sukatan air. Pun hasil sama juga, lembik a.k.a licak!! Walhal kalau nisbah tepung banyak, kuih jadi keras. Kan?!? Kes aku, memang special.  

Kalau cakap sebab aku tukar bahan i.e tepung, telur, santan. Pun triple mustahil sebab semua bahan tu memang brand sama jak. Plus, aku belum beli stock-up pun untuk this week. Aku kalau beli barang memang terus dalam carton. Beli sekali banyak; senang kerja. Cashier pun ndak bosan asyik muka yang sama ulang alik. 

So any possibility(ies) yang mampu diketengahkan sebagai sebab musabab kenapa kejadian ni occurred? Ntah lah labu, aku pening fikir. 
# Tension buat Talam Cendol failed memanjang, aku tukar Talam Pacar Johor. 
Pun kejadian yang sama!!! Lapisan bawah elok jak kenyal kental kejung, tapi bahagian atas? Alkisah, bancuhan atas tu sama jak dengan Talam Cendol sebenarnya.
# Alhamdulillah, Talam Keladi aku harini (280615) ada kemajuan sikit. Lepas standard piawai (set by me) untuk jualan walau still ada lembik sikit bahagian tengah tu.
Berbalas whatsapp sama Ms F....dia pun ikut sama pening. Mana tidaknya, she said I have been making the same kuih for years already. Kotlah kalau baru belajar, logiklah lembik dua tiga kali. Yang ni, sudah masuk tahun ketiga. 

As for Kelapa Parut Kuning...ni pun bikin aku hangin satu badan juga. Macamlah kejadian kuih lembik tu belum cukup serabutkan otak aku. Kelapa parut pula buat hal. Selama ni ndak pernah lagi kejadian kelapa parut yang aku guna untuk salut kaswi & bronok jadi kuning. And cepat basi. Normally, sebelum aku golek-golekkan kuih tu atas kelapa parut aku akan gaul with garam. Then baru steam. But last Tues, suddenly the grated coconut turned yellow-ish. At first I thought maybe lama sangat aku kukus. So aku guna jaklah kelapa tu. Sekali, in less than 3 hours...basi! Bangas as the Sabahan called it. 

The next day, semangat juang masih tinggi...aku kukus kelapa tu kejap jak. Unlike macam yang selalu aku buat. Still kelapa tu turned yellowish. Aku ndak guna lah kali kedua tu. Ndak best oii, kuih tu untuk jualan di param. Aniaya orang yang beli jak. Sudahlah mostly beli untuk juadah buka puasa kan. Orang beli mestilah sebab diorang teringin makan. Sekali ngap, basi pula. Ha aku imagine kalau tu jadi sama aku. Haruslah berbakul bebelan aku. So, orang lain pun mestilah sama kan apa diorang rasa.  

Pasal masalah kelapa ni, aku syak mesti sebab aku beli di gerai lain. Kelapa parut ni aku beli seminggu sekali. Then I put it in the freezer. Boleh tahan sebulan. Bila mau guna, I just put it in the steamer & steam for 5-10 minutes. Mixed with a pinch of salt supaya kelapa parut lambat basi. Last Sunday, aku beli dari gerai lain. Kononlah mau tolong 'bangsa' sendiri sebab sebelum ni aku beli dari gerai Macik India. 

Untuk test kesahihan teori aku pasal tukar gerai tu, semalam aku pi beli dari gerai India tu. And tadi buat kaswi, aku guna kelapa parut yang baru tu. Hasilnya?? Well, refer picture below.
# Alhamdulillah! Putih salju jak kelapa parut walau aku steamed for more than 10 mins. 
Kesimpulannya? Pasni aku ndak lah beli kelapa parut dari gerai Kelapa Kuning tu lagi. Aku perasan kalau di gerai India tu, diorang hanya akan parut kelapa bila customer mau beli 'kelapa putih'. Di gerai Kelapa Kuning, kelapa putih tu memang sudah ada siap-siap dalam mesin parutan. Kiranya bila customer minta, diorang tinggal ambil masuk plastik & timbang. Bunda cakap maybe kelapa parut di gerai tu, diorang sudah parut since morning. And since it is exposed to persekitaran hence dia jadi ndak elok sudah. Pasal tu kuning bila kena steam. Sekian teori kami anak beranak.

Untuk kuih lembik...aku belum ada solution. So far statement Bunda paling win.

"Maybe Talam got bored...pasal tu dia melembikkan diri." Mampu?!

Malam ni mau try buat Talam Cendol lagi. Kalau still ndak jadi, terpaksalah aku lepaskan dia dari senarai list kuih 'My Forte'. Dari mula buat si Cendol ni, I never failed. Semua perfect jak. And talam ni paling banyak orang request; apart from Talam Keladi & Talam Tokyo. 

Sabar Bie, Allah mau uji kau di bulan mulia ni. Cuba lagi, jangan cepat putus asa. Gitu muhasabah diri. Hwaiting!!

p/s Kepada yang berDivaDivana semalam, kalau talam aku tak jadi gak malam ni...aku bawa talam jelah jumpa korang nanti eh. Malu wei kalau talam lembik bagi kat orang. Peace!

eryantierdabdulkarim

16 comments:

mrs said...

ahahahahah mmg win kan komen bunda! yees finally ko dah tahu sebab ape kelapa ko kuning..setel satu masalah ngeh ngeh
malam ni buat lagi...kalau tak jadi mungkin teori bunda ada betulnya :P
weh aku nak kuih kaswi...mengancam sangat lah aku tengok! weh aku lapar huhuhuuuuuuuuuu

azaleania said...

Hehe..lawak entry nih..teori anak beranak yang tak menahan tu!
Adeh Bie..camna selembik itu jadinya?

DJ said...

kan teori aku aritu ada munasabahnya...tunggu laaa buat talam tu lepas tempoh tuh...hahahaha!amboi talam tokyo?pacar johor?kagum nama talam ko ni...talam korea ngan talam australia takde ke?

dzuchan said...

maybe ko kena hantar kat semenanjung ni sikit...hihiii

Ish said...

Wah ! Kuih talam pun ada macam2 nama. Cer tukar Talam Pacar Johor ke Talam Pacar JDT. Sure laris cam pisang goreng kat cni.

Bibie Karim said...

MS: Kan. Boleh pula kuih jadi bosan, lalu melembikkan diri. Sabar jelah aku dengar. Malas nak layan. Ko xyah nak kata teori dia ada betulnye. Kang dia lagi yakin kuih tu bosan jadi talam. Kaswi tu mengancam sebab ko tengah lapar. Cer baru lepas makan, mesti ko xheran punya.

Bibie Karim said...

Aza: Hahaha sesuka jiwa buat teori. Tapi memang betul ko. Kelapa kat gerai India tu fresh. Dia parut bila request je sebab dia tau kot untuk kuih. Yang gerai M tu pula jual yang dia dah parut sesiap. Gamaknya nak cepat, xnak customer tunggu.

Hmm aku pun xdapat jawapan lagi kenapa lembik macam tu. Yang sadis sekali sampai jatuh menggelongsor tu ah. Xdapat diselamatkan.

Bibie Karim said...

DJ: Kalau ikut teori ko, xtau bila habis tempoh ni sebab xsampai pun lagi. Mengikut pengalaman, memang akan jadi fenomena kuih xjadi kalau dekat-dekat tempoh tu tapi xdelah sampai lembik jatuh menggelongsor macam kali ni. Sedih betul nengoknye. Ala nama talam tu bukan aku yang cipta, tu dalam buku resepi ah. Aku ngikut je. Masa baca komen ko ni aku dah gelak besar part talam korea sebab aku memang ada satu nama nak guna nanti. Ko tunggu!!

Bibie Karim said...

Dzuli: Gitu kan syarat dia pula hahaha.

Bibie Karim said...

IS: Ko jangan memacam. Nama talam tu semua memang kat dalam resepi tau. Asal dari sana gak tu. Nanti aku nak letak nama Gangnam Style pula.

kay dolce said...

Saya pon baru nak tanya, kenapa takde Talam Seoul ke Talam Myeongdong ke.

Selamat mencuba lagi Bie! PS: kalau turun semenanjung saya pon nak setalam kuih! ;D

Radin Fadli said...

Mungkin lembik sebab dia tengah puasa kot? hahaha or maybe cuaca panas jadi dia malu. Seronoknya dapat berbuka beramai-ramai tu.

Miss Nazla said...

hahahahahahha statement bunda tu aku suka. hahaha tp aku tak sangkat topik ni akan jd entry di belog ko hahaha. sengih sorang2 aku baca ni

Bibie Karim said...

Kay: Saya nak invent nama baru gak ni. Nanti saya reveal haha. Tapi resepi orang punya cuma tukar susun atur warna talam jelah kot. Xreti lagi nak olah resepi sendiri. Wah tu dia nak setalam kuih sekali haha. Insha Allah Kay. Kalau saya turun KL, boleh jumpa.

Bibie Karim said...

Radin: Hahaha ni lagi satu teori xboleh blah tau. Cuaca panas sangat boleh terima so dia cepat cair haha. Nanti request ngan DJ nak join gather2. Dia pengerusi majlis tu.

Bibie Karim said...

Nazla: Seteghes ok asyik x jadi je. Rasa nak bang kepala kat dinding. Huhu.