24 April 2015

Cambodia - Angkor Wat, Angkor Archaeological Park

Assalamuailkum. Chomreabsuor.

Finally, after beratus-ratus kali ulang baris ayat yang sama "Aku mau pi Angkor Wat!!". Alhamdulillah, Dia makbulkan doa. 

Berkat penangan jus USD 1, aku tidur super lena malam tu. Entry here. Nasib juga pagi tu Ms H kejutkan aku. Kalau ndak, harus terlajak-lajak tidur. Sekali sekala bagi yang lain bangun awal dari aku. Lepas bersiap semua, kami pun keluar. Gagau cari kunci mangga main entrance atas meja receptionist. Hostel ni kalau siang pun cahaya sendu, apalagi kalau pagi buta. Jam 6am! Atas bantuan torchlight handphone Ms P, berjaya jumpa kunci sekecil alam tu.

And macam semalam juga, supir kami sudah sedia menanti di luar. Cuma kali ni Zack tiada; maybe ada guest penting dia perlu entertain nanti so dia hantar substitute supir. Janji ada supir, jangan suruh kami berlima bersempit dalam satu tuk-tuk sudah. Ada terbalik tuk-tuk tu nanti. Ndak sempat sampai Angkor Wat!

Journey dari hostel to Angkor Wat took about less than 30 minutes. Tapi memang sejuk gila sepanjang jalan tu. Terus rasa rindu katil! Motif? Along the way juga nampaklah few tourists (mostly minah & mat saleh) gigih cycling jak pi Angkor Wat complex tu. Sudahlah tiada lampu jalan, lampu dari beskal pun macam malu-malu mau menyala. Jealous sebenarnya tengok diorang cycling. Aku ni belum gigih habis mau buat gitu. One day, maybe?

29 January 2015
Angkor Archaeological Park
# Ticket counter. Where a pass will be given to u; siap ada gambar kau attached atas pass.
Entrance Fee: USD 20 (One Day Pass) 

Which allowed visitor to entry any of the Angkor temples freely in a day.
First yang kena buat before masuk Archaeological Park ni. Supir turunkan kami di pondok kaunter. Alhamdulillah memang tiada orang langsung time ni. Just the five of us & four Malaysians yang sama flight kami semalam. Sempatlah bercerita sementara tunggu turn masing-masing buat pass. Memang dari semalam asyiklah terserempak sama diorang ni. Nasib baiklah jumpa yang peramah. Siap share travel plans lagi kunun. After Siem Reap they will be heading to Saigon, Vietnam via bus. Fuh!

Lepas dapat our passes, semua naik tuk-tuk & supir bawa kami pi area dekat jambatan yang perlu kami rentas untuk ke Angkor Wat. Dari dalam tuk-tuk lagi aku sudah nampak cahaya merah-jingga di seberang tasik. Terus laju terdetik dalam hati, there goes my sunrise di Angkor Wat. Sah-sah bila sudah nampak hue macam tu memang aku tau nan hado lah sunrise yang dinanti.
# Jambatan yang kami rentas untuk ke seberang.
Unlike other bloggers yang perlu rentas jambatan ni dalam keadaan gelap & ada yang sampai terpaksa guna lampu dari handphone bagai; kami jalan atas jambatan ni dengan bantuan sinar sang mentari pagi yang penuh sendu. Siap sempat snap few pictures of the man-made lake! Siap posing atas jambatan. Masa ni semangat membara untuk kejar sunrise sudah mati dalam jiwa setiap kami. Gitu kan ayat. So kami pun pakat jalan dalam keadaan paling santai & relaks. 

Bila limpas the first temple ruins, tu dia! Punyalah merimbun orang. Masing-masing tunjuk muka kecewa sebab tiada sunrise yang diharapkan. Aku ada plan untuk tengok sunrise di celah temple Angkor Wat tapi aku memang awal-awal cakap sama diri sendiri, itu bonus kalau dapat. Sebab tujuan utama adalah untuk menjejak kaki di Angkor Wat. Great temples of Angkor hidden for centuries in the jungle until it was discovered in 1861. 
# Redha! Foggy or was this cloudy; and hue as such, selamat tinggal jaklah anganan untuk ber-sunrise.
Obviously we're not the earliest to arrive. Sebab masa kami sampai ni, sudah beratus-ratus orang bertapa depan ruins. Area paling famous untuk enjoy sunrise ialah depan lake facing Angkor Wat. Tu jangan cakaplah tahap kepadatan dia. Packed! Yet as usual, kami berjaya squeezed in ourselves among the swamp of people. Nasib juga masa kami sampai depan tasik, the crowd slowly dispersed. Terus masing-masing poyo posing depan tasik. With Angkor Wat as the background. 
# Unfortunately, no sunrise! But at least, one checklist ticked! Dapat jejak Angkor Wat...and ada gambar reflection of the temple on the lake. 
Angkor Wat ni dibina dari sandstone blocks rather than bricks. Cara pembinaan temple ni dipanggil Angkor Style; contoh paling sesuai untuk menunjukkan senibina klasik orang Khmer. Impressive lah kan, walau sudah beribu tahun tapi masih gah berdiri. Adalah yang hancur sana sini but people can still see & be mesmerized by its original structure.
# Tangga super curam; batu besar-besar. Jatuh kalu, selamat tinggal dunia. Ndak pun, confirm lupa ingatan terus. 
# Your Truly at one of the corner entries.
# An exquisite bas-relief decorate the temple's wall. Cerita pasal ukiran ni start dari hujung sana; and continue keliling temple. All connected.
Ada few tour groups dalam area ni masa tu so haruslah aku tumpang dengar explanation the guide about the scenes on those walls. Aku dengar few familiar names from Hindu epics such as King Ramayana. Dulu di Bali pun dengar nama yang sama juga. Mesti famous raja tu kan.
# Posing at one of the many corridors. Gigih ok tunggu sampai area ni kosong!
# One of the outside corner
# At the yard of the upper gallery (tower) of Angkor Wat
# Central structure of the temple, the three lotus-buds shaped towers.
"Angkor Wat is the largest religious monument in the world. It was first a Hindu then a Buddhist temple. Built by the Khmer King in the early 12th century. Angkor Wat means City of Temples in Khmer." -wiki-

# Matahari sudah menegak di kepala, barulah dapat view ala-sunrise ni. Pun jadilah!
Sudah round half of the complex (kami tidak segigih mana untuk buat complete pusingan), pastu masa untuk cuci mata tengok apa yang dijual di gerai-gerai tepi tasik. Ada few gerai jual makanan juga tapi memang ndak plan makan di sana. Diragui katanya. 

Lepak lepas lelah tepi tasik; sambil posing ndak boleh blah. Pastu baru decided untuk keluar sebab bahang mentari sudah mula terasa. Janji sama supir jam 8am tapi around jam 10am baru kami keluar. Ndak sedar pun 4 jam kami dalam tu. 
# One of the ruins along the way to Angkor Wat complex
# Tasik buatan. Yang ni pun sebenarnya salah satu strategi pertahanan dari serangan musuh. 
# Saujana mata memandang? Team that up with debu pasir & habuk. Satu kerja mau mencari tuk-tuk kami in the sea of identical tuk-tuks. Adoilah!
Dalam misi mencari tuk-tuk, ternampak gerai jus USD 1! Terus semua melompat gumbira; including yang tertidur sambil berdiri semalam. Actually masa ni belum lagi dapat tau punca aku ngantuk gaban the night before. Pasal tu dengan yakin aku pun join beli. Kali ni mixed sekali banana + papaya + mango. No wonder effect melantun-lantun.
# Mereka yang kebal!
Sudah jumpa supir, maka off we went to our next destination. Kita ke Angkor Thom! An area larger than Angkor Wat because it was a city itself. The last capital of the Khmer empire. Before we reach the city, our supir dropped us at a bridge. Yang kiri kanan ada barisan statues; some are headless. We walked along the bridge where the angry/fierce-face statues lined. Kenapalah supir 'buang' kami di bahagian muka garang. Kan bagus jalan di sebelah statue muka manis. Ndaklah scary sangat.

This bridge stretches along a moat & leading to the city gate. 
# The angry/fierce statues. Ada makna di sebalik semua statues muka garang & manis ni.
# The city gate. 
Spot the face at the gate. Tu 'first face' yang kami jumpa before encountering more 'faces' at the Bayon Temple. Sila imagine macamana orang dulu kala without any advance technology tool boleh buat binaan macam tu? 
# Standing before the 23 meter tall city gate. Jus belum habis jadi effect ting tong belum keluar.
Cuma satu kenderaan jak yang dibenarkan to pass through the city gate; at any one time. So imagine betapa penyabar drivers di Cambodia ni. One at each time; applies to both way! Tapi semua pass through dengan senang hati tanpa ada bunyi hon membingitkan telinga, or suara orang menjerit bawa gaduh. Harmoni gitu. 

Supir kutip kami di sini. And barulah bergerak pi are Angkor Thom. First temple would be the Bayon Temple. Next entry aku bentang cerita Bayon. Penat menaip, sekian.

eryantierdabdulkarim

16 comments:

dzuchan said...

nak pegi Angkor wat jugakk!!!
*tapi asyik beli tiket pegi tempat lain hehehe*

dalam ni ke yg boleh kayuh2 beskal? ke temple lagi satu?
macamla aku nak kayuh beskal kan..

Bibie Karim said...

Dzuli: Ha aku haritu sekali jumpa tix murah terus xfikir apa dah. Budak2 lain pun bosan asyik dengar angan2 aku nak jejak Angkor Wat kot.

Dalam ni la orang kayuh2 beskal. Yang sewa beskal dari Siem Reap pun banyak. Tapi tulah aku xlarat kot, dahlah jalan berdebu. Pastu xrata pula.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

saya suka sunset view di sini..

syieda said...

Boleh eh time aku pergi ritu...aku ingatkan kolam depan angkorWat tu ialah lopak. Hihihihi..nasiblah hari tu hujan..tak de org ambik gambo..Kalau tak. .mesti aku join dorg ambik gambo sama2

Unknown said...

Best! Kalau pergi sana kena banyak minum air sebab panas. Takut dehydrated ;)

DJ said...

cambodia ni antara 1st trip aku, yang aku plan sndiri...jadinya banyak lacking...tak reti crik info sgt lg...hahaha jadinya, tak pnah tpikir pun nak sunrise ke sunset ke masa tu..janji sampai jer!hahaha gitu kan suci murni pikiran seorg traveller...gituu...hahahaha

ahhhh tetiba rindu plak cambodia...tp nak repeat...entah le...hahahaha

Bibie Karim said...

DJ: Terima kasih walau pun ko kata lacking sana sini, banyak info aku ceduk dari entries ko. Gomawo.

Rindu sebab tergolek ke apa. Bahaha bye.

Bibie Karim said...

MSF: Aah memang berbotol gak teguk air aritu. Panas dia lain macam dari Malaysia. Kering. Pastu debu lagi. Bedak free gitu.

Bibie Karim said...

Abang MKL: Sunset kat Cambodia memang antara yang lawa cuma xreti nak capture moment tu je.

Bibie Karim said...

Syieda: Haha ngan ko aku xheran dah. Memang imagination selalu luar biasa kan. Ko lalu gate Bayon aritu belah yang senyum2 ke masam wei.

kay dolce said...

Saya suka gambar ala-ala sunrise tu, cantik dengan biasan? pantulan? Angkor Wat dalam tasik tu.

Unknown said...

Kay: Tulah sibaik lah dapat juga gambar Angkor Wat dengan biasan/pantulan (guna dedua jelah kan). Walhal awan memang kelabu asap je haritu. Walau matahari dah naik, still boleh nampak jerebu (ke kabus) here & there.

Farikica said...

Lewat u all kluar yer.. 6pm... kami ritu pukul 5 dah jalan kot.. memang gelap, gigi pon x nmpak....he..he...

Scdha Sein (SS) said...

Rugi kalau tak masuk Angkor Wat nih kan... Tapi harga tiket dia mahal kot... Sekarang ni kalu pegi lagi mahal aku rasa..

Nasib baik effect jus USD 1 tu tak melantun2 sampai jadi jamban bergerak! Ha Ha Ha..

Bibie Karim said...

Fari: Ya hampun baru nampak komen ni lupa nak reply hahaha. Lewat tapi masa tu rasanya macam gelagp lagilah.

Bibie Karim said...

SS: Boleh x lepas setahun baru nampak komen ni. Hahaha. Tix Angkor tu maintain lagi USD 20 for one day entry aku rasa. Effect jus tu xboleh blah sampai sekarang still gelakkan diri sendiri bila teringat. Bengong betul.