Keliru dibauri dengan cebisan rasa gembira.
Aku tidak tahu apa penyebabnya.
Atau, mungkin saja aku tahu.
Tapi sengaja aku ambil jalan yang panjang.
Untuk tidak mahu tahu. Untuk tidak ambil peduli.
Berdrama. Bermelankoli.
Memang itu fasa kesukaan aku.
Asal saja aku tidak meletak beban di bahu orang.
Tidak membuang susah ke hidup orang lain.
Aku tidak ambil kisah apa diperkata orang.
Kerana hidup ini, SELAIN Dia
Hanya aku yang mengerti.
Hanya aku yang tahu.
Hanya aku yang mampu tafsir.
Hanya aku yang boleh beri kata putus.
Hanya aku yang bisa menilai.
Hanya aku yang faham.
Perasaan ini berbaur sekali hari ini.
Saat ini. Malam ini.
Aku angkat tangan.
Panjatkan doa pada Nya.
Moga ini semua bakal jadi tenang
setenang air laut tanpa gelora.
Moga jadi seperti sedia yang kala.
Insya Allah.
eryantierdabdulkarim