4 June 2010



Tiba-tiba jiwa rasa kosong...

Mungkin gara-gara penangan cerita yang aku tengok semalam.
Mungkin juga kepala sudah sarat menanggung pelbagai persoalan
mengenai hidup yang sebahagian besarnya, belum aku temu
jawapan pasti

Ingin aku muntahkan rasa ini...aku ingin luahkan rasa ini
tapi aku takut itu akan jadi bahan untuk mencarik robek
jiwa ku di kemudian hari

Mengapa susah untuk mengikis; membuang jauh apa yang ku rasa
selama ini
Mengapa susah untuk aku pejam mata & tidak benarkan dia
hadir

Yang bersalah tetap aku...tapi itulah yang dikatakan takdir
Siapa mampu melawan kuasa Nya? Siapa mampu mengatakan tidak
pada setiap rancangan Nya?

Yang menjadi punca adalah aku...yang mencetuskan peristiwa itu
adalah aku. Itulah takdir hidup. Andai bukan aku yang melakar...
pasti orang lain akan melakukan. Penghujung cerita tetap akan sama.
Yang membezakan hanya siapa penyebab.

Semua aku terima dengan pasrah. Kerana aku yakin, Dia tahu apa
yang terbaik untuk hamba Nya.

Kerana Dia tahu aku kuat untuk hadapi semua ini
Hatta diletakkan gunung di bahuku, andai Dia katakan aku mampu...aku
yakin aku boleh.

Aku manusia yang mengaku punya iman...walau terkadang rapuh namun
akan ku cuba untuk menjadi yang lebih baik dari semalam

Pada Nya aku sandarkan harapan ku...pada Nya aku serahkan takdir hidupku.
Andai Dia tinggalkan aku...tiada harapan bagiku lagi.


No comments: