Sambungan dari sini.
Kartika Sari ni actually aku yang paling excited sebab antara misi repeat Bandung pun sebab brownies dari KS. Last time aku borong Amanda Brownies...yang dari KS aku beli sikit jak, tu pun main rembat masa di airport. This time, aku memang sudah pasang niat untuk beli a.k.a borong sebab berjaya bawa keluar sebiji kotak dari KS. Masa ni juga aku baik hati terima kiriman orang. Alang2 aku memang mau beli, jadi terima jaklah pesanan. Lagipun bukan orang lain, close friends.
26 Ogos 2014
Kartika Sari
# Masuk jak terus harum semerbak. Aku memang suka bau cake & brownies. Enough said. |
# Super wide store Kakak baju merah sampai terduduk mau pilih kerepek. |
| ||
# Kerepok kerepek Yang ni aku kureng gemar. Ambil, letak, ambil, letak...lastly memang ndak beli. |
Di KS ni juga ada surau & cafe. Tingkat atas ada kiosk yang jual baju Gurita. Aku rasa baru sebab dulu aku tau Gurita cuma ada satu kiosk jak, di Cihampelas Walk. Aku berjaya beli few brownies, almond cookies (my favourite!!) & bollen cheese + pisang. Pastu untuk purchase more than 450,000 IDR boleh request untuk letak bungkusan tu dalam kotak. Ada kaunter khas yang akan tolong kita wrapped kotak tu. Siap ada pemegang gitu.
# Them L-R Ms N, Ms Y, Ms P & Ms L Lepas snap gambar ni, Ms C tarik muncung. Merajuk sebab ndak panggil dia join bergambar. Siapa suruh sebok sangat sama Iman kan! |
Settled di KS, Iman bawa kami pi Amanda Brownies pula. Mula tu ada niat juga mau beli sebiji dua. Tapi bila tengok expiry dates; terus batal niat. Mostly akan expire in two days. Kalau beli sekotak pun belum tentu akan dapat kasi habis. So selamat tinggal Amanda for now. Insha Allah kalau ada sesi repeat Bandung, nanti aku singgah & make sure akan beli. Untuk senarai outlet KS sila refer sini.
Amanda Brownies
# Luas I wonder macamana diorang boleh survive in this business. Almost all products in the store akan expire ndak lama lagi, banyak pula tu. Dapatkah diorang jual. Or akan sedekah. Hmm, aku memang pemikir. |
# Si Poyo Gigih pegang kotak, sekali tengok expiry date...terus laju letak balik. Pasrah. |
Paris Van Java
Sebab pening sangkut lagi dalam macet, kami minta Iman bawa kami pi sini. Mula tu mau ronda dalam mall tapi hati meronta minta bawa pi ngopi. Paris Van Java was the first mall I went upon arriving Bandung for the first time in 2012. Imot bawa aku buka puasa di sini. Yes, aku memang suka bercutian di bulan Ramadhan. Excited tengok flight ticket murah sebenarnya. Impromptu purchase! Aku try juga cari restoran Casa Manja tempat kami lepak haritu, tapi macam sudah tiada. Sobs, baru mau lepak sana sambil imbas kenangan.
We decided to lepak di J.Co jak. Ntah kenapa ndak survey coffee shop lain dalam mall dulu. Maybe sebab hati sudah rimas, kepala sudah serabut. Kejadian betul. Yang ni aku lepak sama Ms C & Ms P. Yang bertiga lagi, pi round mall cari barang orang kirim.
# Ngopi di Bandung
Ada jak aku simpan list 'Best coffee shops in Bandung'...tapi kali ni kena simpan buat pekasam dulu. Time constraint. Tapi kalau pegi lagi nanti memang jadi ngeteh jak lah, I've 'drained' caffeine out from my system. Alhamdulillah it's been few months already.
|
# Salah order Aku ndak tau aku salah bahasa or orang tu memang salah dengar. Aku order benda lain, tapi dapat lain. Donut aku minta pun tiada. Bila tengok bil, orang tu cuma charge satu drink. And donut tu memang comes with the drink. Pi counter tanya adik cashier, siap tunjuk resit. Tapi dia confident cakap memang betul. Aik, buy 1 free 1 ka apa. Aku yang kepala serabut, adik cashier yang sampai silap. Pasrah! Mau order donut lagi, fulus sudah parah. Aku ada lagi dua hari di sana. Diorang yang lain tu oklah, esok pagi balik Malaysia sudah. |
Lepak di PVJ lebih kurang sejam. Then, kami decide untuk balik tapi sebelum tu mau singgah kedai parfum. Ada satu yang ramai bloggers suggest, dekat jak dengan hotel kami. Tapi masa kami sampai tu, kedai baru tutup. Ms P paling kecewa sebab yang ni memang request dia. Demi ndak mau Ms P bersedih, Iman bawa kami pi kedai lain. Nasib masih buka. Dekat sejam juga kami dalam tu. Apa ndak, semua pun sibuk juga membeli. Kunun mau jimat duit, sekali dengan aku ikut sekali terjebak. Terpaksa guna 'duit ejemensi'.
# Options! Walau ndak ori, tapi bau seakan sama. Tahan seharian juga. Hebat betul hidung diorang ni, campur tiap air wangi tu untuk dapat the scent we want. |
# Us with Iman in front of our hotel. |
Ni last day kami guna khidmat supir dari Hayuka Bandeong. Last day juga jumpa Iman. Bagi payment sama Iman & kami selit jajan & angpau untuk anak2 Iman. Sebenarnya ada kami beli sekotak donut di J.Co, memang niat mau bagi budak2 tu. Bak kata Ms C, rezeki kita ada share dengan orang lain. Tu yang redha makan donut complimentary with drink.
# Dinner! Mine, 'tajaan' Ms P. Plan mau cari makan di luar, tapi bila sudah sampai bilik...malas tiada sempadan. Mula tu aku ingat mau tidur jak lepas mandi, tapi perut non stop menyanyi dangdut. Siap main angklung & ketuk rebana bagai. So, mengalah sama perut. Maka orderlah dari restoran hotel. Nasib restoran tu tutup lewat. |
Sebelum makanan sampai, terjadilah kejadian layan Running Man dalam tandas. Perut lapar, haruslah mood akan terjun ke laut paling dalam. Rasa mau marah & telan orang jak. Al-maklum, kepala ting tong. Tu pasal sebelum jadi parah, marilah hiburkan hati nonton RM.
But why mesti dalam toilet? Bagus kan perangai...masuk tempat syaitan suka. Tujuan mau padam api, tapi pilih port paling terbaek untuk bagi api lagi marak. Patut kena duku jak kepala aku time ni.
Alhamdulillah, api ndak sempat menjulang sebab sedang layan RM tu, Ms P message bagitau makanan sampai. Kerlas kan, makan pun mau berajak bagai. Nasiblah Ms P rajin melayan bingai aku masa tu. Maka si Err pun keluar dengan hati separa kusam. Rezeki depan mata, jangan tunjuk muka masa nanti ndak berkat. Jadi makanlah aku di tengah malam. Menu berat pula tu. Diet? Tu boleh resume once balik KK. Walhal sampai sekarang masih mentekedarah macam piranha. Choi sangat!
Lepas dinner-cum-supper, masa untuk beradu. Perut berat, memang best jak layan untuk jadi ular sawa. Lagipun Ms P, Ms C & Ms L akan balik Malaysia early the next morning. Nasib memang kerja packing ni aku laju sikit. Else menangis lah tidur lambat sebab kena packing sorangsorang.
eryantierdabdulkarim
15 comments:
Aku tpikir ada kmungkinan x diorg reprocess blik amnda tu.hahaha
Brownies memang sangat sedap...bisanya ambil beberapa perisa yg berlainan...
ingat lagi adik aku gigih belikan aku kartika sari brownies ni masa dia pergi bandung, tapiiii
aku rasa aku prefer Amanda lagi sebab brownies dia moist gitu. Kadang2 pelik je diorang boley jual satu pack brownies tu around RM 8-15 hengget (ke harga dah naik 2014 ni?), tapi kalau pergi bakery, satu slice kecik dah RM 4 hehehe..
mesti iman suka kan dikelilingi bunga bunga!
Bandung sama brownies berpisah tiada! tak lengkap trip ke bandung kalau tak beli brownies :) eeh dah macam pantun pulak aku rasa
DJ:Aku lak imagine diorang just stamped new date kat kotak. Xpun jadikan alah keropok. Tapi diproses balik sounds more convincing lah kan.
Mie: Haritu beli choc & almond. Perisa lain dah out of stock. Orang borong since pagi lagi kot.
Dzuli: Gigih tau Msian borong brownies untuk bawa balik Msia. Eh tapi aku pun suka Amanda nye. Moist sangat kan. KS nye ala2 versi keras sikit. Kena panaskan kat microwave baru yumms. Aku dah lupa harga sebungkus berapa tapi memang murah ah.
MS: Dia suka layan Ms C je. Kitorang dia tengok lebih kurang. Ko sejak dua menjak ni memang suka berpantun bermadah berhelah kan.
Serious best. Gonna pay my visit to Bandung in future la. Sana dapat barang murah-murah! :)
Mohon forward kan list coffee shop di Bandung ye eonnie. kihkihkihkih.
Sampai sekarang aku masih menanti penjelasan tentang Running Man di toilet itu.
Mohd Shahril: Memang pun. Tapi kena tengok kualiti juga la kang beli murah2 sampai Malaysia guna xsampai sebulan, dah rosak. Tapi kalau part makan memang murah & sedap. Berbaloi.
Nazla: Eonnie hangguk hang. Sepuk kang. Nanti aku korek nota ye. Btw, penjelasan apa ko nak. Aku lapar pastu xde mood tu yang layan RM dalam toilet hahaha.
Bie, kalau beli banyak2 berkotak2 dekat KS tu agak2 lepas je ke dkt airport? Macam nak terbang pi borong pisang salai byk2.
Chop lg 4 hari ye winter holiday. HAHAHA...ternampak pula bila scroll ke bawah. Balik kampung lg ka?
Jaja: Kalau 2-3 kotak aku rasa lepas. Ko cakaplah nak bagi souvenir kat sedara mara gitu. Ko terbang sengsorang ke. Ni betul kes xmenahan nafsu nak berpisang salai.
Hihi aah insha Allah lagi few days nak balik kampong. So far spent winter kat sana jelah hopefully tahun depan bertukar venue gitu.
aduhh..kangen ama bandung baca entry bie..huhu
brownies sama bandung bagai aur dgn tebing..eh! hahaha
An: Kena repeat Bandung lagi. Ha tu dah siap peribahasa bagai. Memang brownies kat sana mengundang rindu kan.
Post a Comment