13 June 2014

Chasing Sakura Day 7 - Osaka Castle / Osaka Universal City

Assalamualaikum. Konnichiwa.

Yes, hormon Rajin sudah mari. Bolehlah kasi habis entry pasal trip Jepang ni secepat mungkin. Insha Allah, another trip bakal menyusul ndak lama lagi. Just for the record, si Err adalah bijak gara2 excited tiket murah terus terbeli without tengok date. Asal murah, kita sambar. Turned out, that trip bakal berlangsung di bulan Ramadhan. Tabahlah hati. Last time pi Bandung pun kes begini juga. But lucky that time, Allah kasi 'cuti'. 

Cuma kali ni macam risau sikit fikir siapa mau tolong jaga gerai di Param. Sob. Terpaksalah aku mendera Bunda terchenta. Bertabah lagi sekali nanti akan dengar ceramah ala radio rosak. 

Ini kesinambungan cerita dari sini.  

Kyoto Station --- via JR Special Rapid Service ---> Osaka Station --- via Osaka JR Loop Line ---> JR Shinimamiya Station
View sebaik keluar dari JR Shinimamiya Station. Hostel tu terletak next to that pink building. Budak2 tu ingat memang yang pink tulah hostel kami...well knowing me kan. And masa sampai ni juga suddenly matahari tapuk (sorok) diri. Mendung al-gloomy. Temperature pun dropped gila juga.
Ndak dapat tengok festival tulips, tapi syukur sepanjang di Jepang memang selalu jak terserempak taman kecil macam ni. Nampak macam pelestik kan, walhal original baq hang.
Walau kereta bertali arus, basikal tetap one of the main transportation juga di Osaka ni. 
Settled checked-in, kami naik bilik. For a night, aku akan stay bilik single. Triple room is the biggest room at this hostel tapi masa aku book tu, yang tinggal cuma economy twin room & single room. Jadinya pasrah aku booked 2 twin rooms & 1 single room. Rest dalam 15 minutes, off we went out. Ni last day Ms H di bumi Jepang, so kena guna masa sebaik mungkin. 

Before keluar hostel, aku pungut segala brochures & map dalam hostel. Seriously langsung ndak study sangat pasal Osaka. Since kami sampai pun sudah lewat petang, aku cancelled niat untuk beli Osaka 1-day pass tu. Macam membazir pula bila aku kira2. Bukan banyak kena turun naik train, memang ndak lebih dari harga pass. Lagipun JR Pass masih valid, bagus guna sampai lenjan. Baru berbaloi bayar RM 890.00 untuk pass tu.

Our first destination was Osaka Castle. Nearest JR station is Osakajokoen Station. Dalam train tu baru aku kalut cari direction semua. Nasiblah pamphlet Discover Osaka aku ambil dari hostel tu sangat membantu. Funny thing was, aku sebenarnya terambil pamphlet in Hangul. Masa sibuk study map & train route tu aku masih ndak perasan. Then bila mau baca part details, baru aku macam eh ni bukan kah Hangul. Perangai sangat kan! Tapi!! Hidung adalah kembang semangkuk sebab ternyata ndak sia2 aku ikut online class Korean101 tu oii. I can read Hangul handsomely now. Macam kunyah candy gitu. Sila muntah. Tapi part baca nama station jak lah lepas. Part details memang selamat tinggal labu.

JR Shinimamiya Station --- via Osaka JR Loop Line ---> JR Osakajokoen Station

10 April 2014
Osaka-jo, Osaka
Dari Osakajokoen Station, kami menapak pi Osaka Castle. Before tu limpas Osaka-jo Hall. 
Ramai gila orang. Pastu mostly teenagers & few Ahjummas. Automatically kami assumed ada concert lah kali malam tu. When I saw a group of girls bertatu di muka with the word B1A4, baru aku tau. Ooooo ada Kpop konsert. Group tu kira baru lagi so aku memang ndak berapa ambil port. But aku tau lah kewujudan group tu. Rupanya budak2 tu ada jelajah siri Live Tour 2014.

Ish, like perlukah terserempak benda gini. Buat rindu sama 'kampung' ok! Macam ndak cukup kejadian silap ambil pamphlet tau. Motif sangat semua kau mau kasi kait kan Bie. Kebetulan kunun.
Enjoyed tengok the way they dressed. Awal gila diorang datang walhal konsert start malam. Kaedah beramasmesra. And ada yang aku nampak sudah buat macam camping site. Siap bentang kain, ada kerusi & utensil masak memasak. Ini sah memang sudah lama di sana. Ntah bermalamn kali. Ada lagi dressed up ala karakter kartun Disney. Macam2 ragam & aku suka tengok. 
Meriah! Yalah, diri sendiri belum mampu untuk jejak any Kpop concert. Nasiblah haritu group aku ndak minat, cuba kalau CnBlue or BigBang or Suju or EXO? Mau nangis darah aku luar stadium. Gila ramai bias kau Bie! Tamak haloba. Ndak banyak booth jual merchandise group ni, yang banyak aku tengok group of girls yang distribute light stick / bandana yang ada nama member diorang suka. Kami cuci mata sepanjang jalan pi castle. At least ndak lah bosan perjalanan tu.
Dari hall tadi, akan lalu tunnel that will lead to Osaka Castle Park. 
Sebab petang & mendung, nampak ramailah orang beriadah. Yang naik basikal, yang jogging, yang berhanami, yang bawa anjing bersiar2 pun ndak ketinggalan. 
Totally a different view from what we saw previously in front of the hall. Tadi bingit suara orang mencicit bercerita/bersorak, not to forget groups yang semangkit nyanyi lagu B1A4 siap menari few steps. Dekat area garden ni, lebih banyak dengar bunyi daun ditiup angin. Tu dia bahasa! And sometimes dengar tuan panggil anjing diorang. Bunyi loceng basikal. Bunyi orang bercerita tapi ndak sebingit depan hall tadi.

Castle ni terletak jauh nun atas bukit. Memang bersuperwalkertapaki lebih sikit petang tu. The Oteman (Gate) Gate that we walked passed through to reach the castle was under construction that day. Baru berangan mau posing depan one of the Important Cultural Assets of Japanese government.
Dari kejauhan sudah nampak part of the castle. 
Like any other castles back in the days, Osaka Castle is also a fortress. Hence explains why it is built on a raised platforms of landfill. Supported by walls of cut rock; each overlooking a moat. 
Walking on the bridge, towards the ground of the castle gave me some sort of an unexplainable feeling. Kalau lah buang tabiat pakai kimono, mesti lagi rasa macam berada di zaman Edo. 
After the bridge, ingatkan sampai sudah. Walhal terpaksa menapak lagi. Siap mendaki bukit nan curam. 
Bertabah jaklah yang lain ikut aku. Harini every places we visited are the ones yang memang dalam check-list aku. Walking on hilly terrain. Jalan keliling taman. Tapi! Malam adalah aktiviti khas diorang. Mau pi Universal City, bukan mau masuk USJ tapi mencari kedai batu keras. Banyak lagi pesanan yang belum dilunaskan kunun. Thought sudah habis diorang langsaikan masa di Tokyo. 
Lepas walkertapaki & pendakian yang macam mau cabut nyawa, akhirnya sampai! 
Aku langsung ndak fit haritu. Baru jalan sikit sudah macam putus nyawa. Maybe sebab perut kelaparan. Last aku jamu perut masa breakfast di hostel. Banyak berjalan, tangki perut jadi sempit. Malas mau makan, boleh?
Once a castle, and later became a military armouries...Osaka Castle is now a modern functioning museum after stages of restoration projects done by the government.
Based on what I read at one of the info plaque there, the elevated lift on the right side was actually built at the same time the castle was constructed. Only that, the lift was built sesuai dengan teknologi zaman tu. Yang sekarang tu memang lift moden. Reproduction of the original.
Lepak di bench tu kejap, tulis poskad katanya. Padahal angin sudah start mengganas. Hingus meleleh pun ndak sedar.
It was already late evening when we arrived, so we didn't enter the museum. Macam rugi pula masuk kalau dapat explore pun in less than an hour. Kami explore keliling castle lebih kurang. Masuk kedai souvenir & aku berjaya rembat few things for the besties. Ngam kami keluar, kedai pun tutup. 

Admission fee for Castle Tower is 600 yen. It is open from 9am to 5pm. Last admission is 430pm. Kalau ada Osaka 1 day pass, boleh guna kupon yang dapat sekali sama pass tu. With the coupon, entrance is free.
Sunset from the castle ground. Kena menapak lagi untuk pi train station. Huwaaa.
Ndak da fenomena super moon macam di Korea haritu. View moon biasa jak. Awal kau keluar wahai bulan. Walhal senja pun baru berlabuh.
Habis di castle, kami ikut semula jalan masa kami sampai untuk balik pi train station. Masa ni makin ramai orang depan Osaka Hall. On the way tu, nampaklah doors untuk VVIP/VIP ticket holders sudah buka. Bersopan jak budak2 tu queued untuk masuk. Ndak da kejadian tolak menolak dengan rakus. Bagus, berdisiplin.
Bought our takoyaki from this Ahjussi. 
Orang bilang datang Osaka kena try takoyaki. Because it originated from here. Banyak betul gerai sudah buka petang tu. Jual variety of snacks. Yang tengah tunggu masuk hall pun bedal beli juga. Angin makin sejuk jadi baguslah makan benda panas. 
Sebab budget sangat, jadi beli secara kongsi. 6 biji dalam tu ndak kan bedal sendiri pun kan. 
Aku jadi super bijak masa ni, sudah tau benda tu baru jak diangkat dari tray. Masih panas. Boleh aku dengan rakus sumbat sebiji masuk mulut. Just like what I always did kalau makan takoyaki di KK. Hasilnya? Adalah dalam 5 minit menahan sakit lidah & lelangit melecur. Airmata meleleh aku ndak peduli sudah. Panas gila! Air pula ndak da. Botol kosong jak Ms G bawa masa tu. Bertabahlah aku bernafas dari mulut. Menahan panas & sakit. Adalah dekat seminggu juga baru baik kesan melecur tu. Padanlah muka, rakus & haloba lagi. Bingai menjadi2

Kami bantai habis takoyaki tu di sana juga. Pastu naik train untuk pi next destination. Osaka Castle adalah penamat jadual aku. Next destination adalah tempat tujuan budak2 lain. Aku tengok diorang since dari castle tu sudah start humming lagu 'mau cepat sampai kedai batu keras'. So marilah kita tunaikan.


JR Osakajokoen Station --- via Osaka JR Loop Line ---> JR Nishikujo Station --- via JR Yumesaki Line ---> Universal City Station

10 April 2014
Universal City, Osaka
Sampai Universal City ni, kelibut cari tempat tujuan utama. Kesian kan perangai, my cousins went here few months before me. Aku ndak terfikir mau tanya dia, mana kedudukan sebenar. Puaslah Ms P gigih cari directory. Tanya orang.
Siap naik escalator, passed through the shops...ended up masuk yang cafe. Nasib ada tangga masuk Hard Rock Shop. Rupanya kedai tu right in front of USJ main entrance. Hampagas kelapa betul!
Because the youngest brother already got his baju cap Tokyo HRC, macam ndak adil kalau yang satu tu aku beli baju lain. So I bought my Adik Pulau a baju cap Osaka HRC. Tu jak lah si Err mampu kasi souvenir untuk adikberadik. Walhal untuk diri sendiri pun ndak beli apa. 
Di sini juga Ms H & Ms C membeli ndak hengat. Like, seriously memborong. Masing2 habis nearly 100k Yen, siap swipe lagi. Phew.
Bukti! Ni baru part of barang belian Ms H.
Lepas beli apa aku mau, I went out the shop to look around. Kasi chance mereka yang mau memborong. Walau masa ni angin adalah triple kali ganas dari angin di Kyoto, aku gagahkan diri jalan. Demi mau pijak area USJ. Since ndak masuk, so mari ambil gambar untuk cogankata 'been there, done that'. DJ & JM pun baru habis buat entries pasal this theme park, so boleh baca experiences di 'rumah' diorang. JM siap ada pengalaman ngeri dalam tu; cerai talak 3 terus. 
Alkisahnya, ada orang berdarah hati masa nampak roller coaster dari luar ni. Berkecai jantung bila nampak betapa laju roller coaster tu berdesup atas rail. Memang ndak dapat cakap apa, I did gave her an ultimatum prior the trip. Disneyland or USJ. And she chose the first. Blame me not Ms P!
Ambil berkat bergambar depan the famous globe of Universal Studios jak lah kan.
Habis diorang bershopping, kami saja gatal tengok directory board. Pastu nampak pula ada 1 Indian Restaurant dalam bangunan berdepan USJ tu. Apalagi, orang2 yang sudah seminggu di perantauan & rindu nasi berlauk pauk pun terus ndak fikir panjang. Dinner luar kita malam ni; gitu seru Ms P. Walhal macam everyday juga melantak nasi di hostel. Be it instant or nasi himpit. Tapi memang since jejak Jepang, budak2 lain belum merasa makan di luar. Aku & Ms G sudah melantak sushi di Tsukiji Market.

Jadinya menapak lah kami masuk bangunan & naik pi 4F kalau ndak silap aku. Indian Restaurant Pinakhana nama restoran tu. Masa sampai depan restoran, yang lain macam in doubt juga. Boleh ka ndak. Then datang pelayan tu, sibuk laung Halal Halal. Teruslah bersinar muka diorang & laju jak menonong masuk. Ala Indian pun kan, memang segala jenis daging diorang ndak makan except ayam. Insha Allah, kami tawakal & yakin. 
We chose to sit a little bit farther inside. Sebab kalau duduk depan, ndak dapat cuci mata tengok interior deco. Walhal risau kalau ketawa besar, jadi perhatian pelanggan lain. 

Deco dalam restoran. I've never been neither to India nor Istanbul...but masuk dalam ni buat aku ada feeling ala-Istanbulakudatang. Hmmm...adakah itu hint. 
Even dalam restaurant, ada heater...our ninja refused to open her 'mask'. Tetap sejuk katanya.
My dinner; lupa harga. Vegetarian Briyani Fried Rice. And that tea is to die for! Sedap & pekat gila. Nyesal minta hanya secawan, masa bayar bil baru tau tea/coffee adalah free flow. Sob.
Group photo before we called the night off. Tapi kena naik turun train 2-3x dulu before sampai hostel pun. 
This was our last pic with Ms H sebab early the next morning she will be flying back to Malaysia. Walau husband bagi green light berjimba sama girlfriends, sila jangan lupa celebrate birthday sang husband. The reason why Ms H balik awal. 

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , , ,

30 hollered!:

Supermeng Malaya said...

Osaka castle tu kalau nak pegi memang excited. tapi bila menapak nak sampai ke atas mula rasa sangsi dengan diri sendiri. pastu mcm menyesal..

kau menyesal tak? hahahaa

gila la nak travel musim puasa. nasib kau dpt cuti. aku belum pernah cuba lagi... rasa mcm tak mampu....

mrs.smile said...

homai gambar kat castle tower tu cantik bak hang!
bridge dia bersih giler..macam nak baring jer kat situ
kiranya selain sushi takoyaki adalah menu wajib utk cuba bila japan...ok noted!

eeh kalau nak gi konset cnblue jangan lupa helo helo mrs sama!!!

Jea Mohamad said...

Dasar kpop! dimana-mana pun mesti nak berkpop jugak ko kan..hahaha

Sejuk ke? aku tengok rileks je Jepung-jepung tu pakai short & skirt pendek..huahua

#aku terbaca phrase utara disini..

BIBIE KARIM said...

Aku menyesal sebab xsempat masuk je. Dah penat menapak tu, tengok2 masa dah nak dekat tutup. Sob sangat.

Gigih kan mendaki demi Osaka Castle.

Cuti aku dah ditetapkan so pepandai lah atur nak travel. Sibaik aku beli gi negara jiran je, buatnya terbeli gi Europe. Mau pengsan puasa 17jam. Penyakit.

BIBIE KARIM said...

Xpernah lagi jumpa street or tempat kotor kat Jepang. Hebat betul disiplin diorang. Saya memang hantu takoyaki tu yang nak merasa dari origin dia, baru feel.

Konsert diorang selalu nak gi tapi xngam ngan cuti. Benci. Nanti kalau jadi gi, saya holla2.

Bibie Karim said...

Hahaha dasar kan. Ala macam lah yang orang yang tetiba nak ke Mokpo semata nak jejak kampung Oppa je, walhal bukan ada apa pun kat sana kannnnn.

Haaaa sejuk giler! Diorang tu demi gaya, sanggup menahan. Hanyir sungguh bau jeles ko kan Bie!

Speaking utagha skang. Dont play2.

Jari Manis said...

Ahahaha bie, mmg otak ingatan kuat lah masih ingat ehh pasal cerai talak 3 tu heee
Oasaka castle tu mmg cantik klau ke osaka tp x siggah sana mcm x lengkap je tp yg confius tu naper waktu Jm prgi x lalu tunnel tu yek.
Takoyaki d mana2 shj mmg sedap sekali cuba nk lg :-)

nyza said...

Bie,
Aku nk gelak dulu b4 mengomen,,hahaha..
KOREA101 gaksss keee??...hahahaha..me too^^
tp aku mmg tak paham satu mende...kikikiki
mmg buta hangul..haha

Mie said...

Ambik berkat je Bie berfoto depan US tu pun cukuplah...Kalau masuk jadi macam JM pun kuchewa jugak...

BIBIE KARIM said...

Agaknye JM ikut laluan lain kot. Ada banyak laluan kot nak sampai castle ni. Kitorang ikut hala dari Osaka Hall tu.

BIBIE KARIM said...

Hihihi siap ambil lessons berbayar, kalau x dapat baca gak memang harus aku kena duku. Notes pun aku print out. Senang nak buat rujukan. Ayat basic aku faham lah, kalau dah details sangat memang selamat tinggal.

BIBIE KARIM said...

Memang amik berkat je. Haha kalau masuk kawan yang xbertudung yang suka main extreme rides tu semua. Sibaik gak xmasuk, kot sume rides memang diorang xbagi yang bertudung naik kan. Seriously xpernah dengar rules macam ni. Felik.

DJ said...

kedai makan ko pi ni kat ne?macam tak nampak je ko citer??ke aku yg tak nampak?hahaha

ohoi ko pi 1 month lepas aku pi kot, aku pun tak smpai lagi cerita osaka castle ni...takpe tunggu sok jugak aku publish!hahahaha pastu aku bagi ko jeles sikit sebab aku masukkk dlm castle tuh..kehkehkeh....

syieda said...

Byk giler jalan kaki..
Oklah aku g gym skarang jugak. Kbai...

BIBIE KARIM said...

Laaa perenggan tu terdelete. Bingai ah si Bibie ni oiii. Jap aku tambah info. Gagagagagagah.

Eleee saje kan sajeeeeee. Dah la ko masuk Hiroshima Museum. Bencis.

BIBIE KARIM said...

Kenalah jalan kaki baru best. Dapat nikmati bermacam benda, dapat cuci mata.

Scdha Sein said...

Castle kat Japan ni hampir sama je bentuknya ek...

BIBIE KARIM said...

Kan? Lebih kurang macam yang ko gi kat Nagoya juga. Inspired by 1 architecture model aku rasa.

CT Humairah said...

alaaaaahai seronoknya kak oooi..
baru prasan in a week akak nak travel solo yee yee..
souvenir peeelish :D

BIBIE KARIM said...

Alhamdulillah dapat peluang. Akak nak gi Shanghai lepas baca entries CT. Best giler lak tengok adventure korang

Xjadi travel solo tu. Berdua ngan partner yang selalu travel gak. Insha Allah nanti pm address kat hangout ye. Hihi.

Rozita said...

Cantiknya gambar gambar Bibie ambik..Teringat masa akak ke Osaka jugak...

BIBIE KARIM said...

Hihi tq Kak Ita. Sayang xmasuk garden yang penuh sakura. Masa ni nak cepat gi castle tu je. Lagipun dah nak petang & mendung pula. Wah, best kan kalau dapat imbas kenangan bila tengok entry orang lain. Thanks sudi singgah.

Ernie Khairina said...

semua gambar cantik

Miza Chia said...

Demi cinta bah tu balik awal..mau tiup lilin sm husband... wakakaka.. padahal rindu anak.. next trip aku mau return 1 flight sm group.. malassss sdh sorg2 pergi dan balik...

BIBIE KARIM said...

Makaseh. Kiss sama si Dalish & Baby.

BIBIE KARIM said...

Demi cinta tu tetap, bulat bilang dalam hati kan. Sama2 tiup lilin aku sangsi, bukan si Ariq ka patut excited. Haha. Rindu bapa nya dulu baru rindu anak ahhh. Jangan terbalik.

Bah nanti diatur lah gitu. Baru ngam kan.

fayreen mizan said...

hahaha Bie... suka ayat "bingai menjadi-jadi" tu... ingatkan geng-geng kitorg yg level makcik2 ni je cakap macam tu! :D

Bibie Karim said...

Statement famous among geng2 saya juga. Manada Fayreen level makcik. Kakak vogue tau! Memang bingai kan, dah tau panas tapi lagi nak melahap sebiji. Dah lah takoyaki kat sana saiz besar2.

Norharyani Sanusi said...

Bie,takoyaki tu fav aku jgk klu sini KK!hihihi..paling suka Japan Boat Takoyaki

Kira hidup jgk la klu aku makan takoyaki hari2 di Jepun kan?(mudah2an tercapai impian ke sana..Aamiin!)

BIBIE KARIM said...

Lain ah rasa yang Japan Boat tu sama yang di Osaka...jadi ko kena sampai sana untuk taste the real feeling. Gitu ah menghasut orang.

Insha Allah, sampai tu impian ko. Yakin jak.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑