17 September 2019

China Day 2 - Halal Food | 161 Wangfujing Hotel, Beijing

Assalamualaikum. Ni Hao!

Previous entry here.

12 January 2016
Beijing, China

Berjalan keluar dari area Forbidden City, tujuan utama mau cari subway station. Perlu sampai hotel as soon as possible katanye, sebab dua ketul ni sudah lapar tahap ndak boleh dibawa berbincang. 

Jalan punya jalan, subway station nan hado kelihatan. Both of us memang tiada data internet so berjalanlah ikut naluri hati (chewah sangat perangai). After nearly half an hour berwalkertapaki, suddenly nampak signboard Dongsi Street. Eh sudah dekat area hotel? Gagah juga lah berjalan di kala sejuk, di kala perut lapar.

But honestly, memang ndak terasa penat sangat pun sebenarnya. Sebab tujuan mau mencari subway station, and memang tiada plan untuk menapak balik hotel. Alih-alih, eh sudah di Dongsi. Berkat sesat awal pagi tu, bolehlah cam area hotel dengan jayanya. 

Sebab memang sedia lapar so teruslah kami terjah restoran halal sebelah hotel. Thanking DJ for this information she shared prior my trip. Memang restoran ni betul-betul only a few steps away from the hotel we stayed. Syukur ada tempat makan halal.
# Siapa boleh baca Pingyin, bolehlah translate nama restaurant tu for us
# To those yang in doubt, boleh refer this frame they hung at the restaurant. Halal certified gitu
# And yes, konsep order makanan di China...tunjuk gambar jak. Unless reti berbahasa diorang, bolehlah try berbasa-basi
# Alkisah perut lapar, nafsu tamak berhaloba bagai jadinya ambil side dishes tanpa toleh kiri kanan. Ingatkan free (macam di kampong), rupa-rupanyaaaaaaa...masuk bil juga. Tabahlah hati
# One thing I learned about my travel partner this time; nasi wajib ada in every meal. Arasso
Lepas mencemar tekak, perut sudah puas hati...marilah kembali ke lubuk hotel. Masa ni katil sudah memanggil. Baru perasan, penat oii! The night after arriving from Malaysia, memang tidur-tidur ayam. Lepas check in earlier this morning, terus berjalan non stop. Sudah makan semua, barulah body bagi signal untuk rest. Gitu alasan kau kan Bie, walhal memang tradisi kau lepas makan jadi ular sawa. Sistur ngensot.

Beijing 161 Wangfujing Hotel

Totally forgot how much we paid for this. Hopefully jumpa notes untuk trip China ni, nanti apa-apa hal aku update entry ni balik. Btw, hotel ni best. Lengkap segala-gala. Ni untuk aku, yang ndak berapa banyak cengkadak ni janji toilet & bilik bersih. Wow self-proclaimed nampak *flip tudung*

Some of the staff speaks little English but they are super helpful. Tanya itu ini, dijawab dengan jayanya. Kau faham, aku faham. Ndak pasti bombastic grammar bagai kan. Janji soalan terjawab & u got what u want.
# Our twin beds room hotel
# Toilet bersih, puas hati
# Gigihlah panjat kerusi just to get this angle. Left bed was mine
# Ceiling decoration at the reception counter (lupa ambil gambar counter, sekian)
# Hallway. That staircase leads to the restaurant, and hotel rooms. And other rooms (i.e meeting room, banquet room etc)
# View of the hotel facade at night. Taken after we came back from the Nest Stadium (later cerita yang tu)
# The less than 2 minutes walking distance from our hotel to the halal restaurant
Sampai bilik, tutup langsir. Masa untuk membuta. Kena tidur untuk regain energy & kewarasan fikiran. Pulun jalan cover semua tempat pun tiada guna kalau body jadi restless. Tu lagi parah, membuli badan. Sudahlah trip kali ni panjang, ndak lah mau jatuh sakit di awal-awal trip kan. 

So sebelum menjadi zombie, rehat lah dulu. Bukan dapat hadiah pun kalau jalan non-stop on 1st day. Tiber!

Nanti aku continue update pasal activity kami lepas bangun tidur petang tu. Till then, wassalam.

eryantierdabdulkarim

2 comments:

m.u.l.a.n said...

Nak sangat pergi China nak rasa halal chinese food tapi skrg mcm payah je ramai kena soal di immigration lama termasuk mak hari tu 2-3 jam kena soal sbb passport ada cop pergi mekah & palestin

bibie karim said...

@Mulan: Makanan halal kat China memang lain dari Chinese food yang kita selalu nampak kat Msia. Sedap & rasa memang beza sekali. Insha Allah Kak, try lah gi. Rasanya bab soal-jawab tu kejap je. Sekarang ni Japan & Korea tengah strict tu kena tempias sekali kat China kot.