14 August 2018

Victoria Day 1 - Arriving in Melbourne

Assalamualaikum. G'day Mate!

Finally boleh mula update Victoria Trip. *clap clap clap* 

3 years has it been but the memories still vividly linger in my mind. My first oversea birthday trip with my two Jemahs. The other two Jemahs had their Australia's trip earlier that year (they went to Perth) so berpecahlah kami. Orang ndak ajak pi Perth therefore kami yang tertinggal ni buatlah trip Australia sendiri. Ngeh

Ms G & I departed for Melbourne earlier in the evening. While Ms H took the midnight flight; alone. Akibat beli tiket last minute. She was the last among us three to joined this Victoria trip. Bertabahlah nak, flight fare pun al-mahal dari kami. 
#1 Masa ni ramai ingat aku balik kampong. Sebab poyo ber-annyeonghigyeseyo bagai dalam instagram.
26 Jul 2015
Tullmarine Airport, Melbourne

After almost 8 hours on board, we safely landed at Tullmarine Airport T2 half past 11pm (Malaysia is 2 hours behind). Masa turun dari kapal, aku memang half mamai. Perlu cari tempat landing sebuah badan ASAP. Kunun tu plan asal si Err. So aku just membontot Ms G, masa ni memang super malas mau refer signboard bagai. 
#2 Taken right after disembarking from the flight
I was assigned by the two Jemahs to carry the luggage that contained our food (that includes segala mak-neka sambal, Maggi, buns, breads). Aware of how strict Australia law is towards food brought to their country, we made a list of the food prior coming. Untuk mudahkan proses declaration sebab baca tips dari si John, list ni akan senangkan kerja personnel officer di airport. Ndaklah custom officer tu perlu tanya each food yang ada dalam luggage. Memang ada risau sikit, banyak jak dengar cerita foodstuff ended up getting thrown in the trash.

Tapi yang paling win, berkat membontot Ms G...aku sampai terikut dia jalan di lane 'Nothing to Declare'. Dengan penuh condifent oii! Nasib jak ndak buat lambaian ratu. And aku menonong jalan sampai Arrival Hall tanpa ditahan (muka habis yakin). Alhamdulillah tiada kejadian anjing polis datang dekat & hidu luggage bagai. Tiada additional screening whatsoever. Masa sudah keluar tu, aku masih blur. 

To be honest, I was actually wondering. Why did it takes so long to arrived at the Food Declaration area. 

"Eh, kenapa jauh betul ni mau declare food."

Siap merungut kau!!! Ms G was extremely shocked when she saw me behind her. Berjalan ayu tarik luggage as if nothing to worry.

"Mana mau declare ni food? Saya sudah kasi keluar ni list since we landed."

Gituuuuuu! Pegang list of food ketat² katanye. 

"Kau gila kah ikut Nothing to Declare lane?? Astaga luckily no sniffer dogs nor officer tahan kau. Betul² ooo kau Pisang!"

Like seriously lah muka minah tu. Muka kajutan + muka marah + muka frust + muka tahan diri dari panggil aku palui + muka pasrah dapat kawan al-bingai. And apa kejadian si Err? Selamba jawab

"Ha? I thought ada special area just for food inspection" 

Parah gila lah bah perangai ignorance kau Bibie oii! Kalau baru first time turun naik kapal, keluar masuk airport...bolehlah difahami. Ini?? #bukanstatementriak

I reckoned, Ms G took few hours jugalah untuk settle with her disbelief towards my kebingaian. She shook her head endlessly every time she looks at me. Pastu saiko, tengok luggage...tengok aku. Then, smirked. Hampunlah, si Err mamai tiada sempadan. First time bah sampai Down Under (alasan minta duku sangat). 
#3 Luggage Controversy; kataku!
Ndak palah, ada juga kenangan menjadi selamba-bingai di negara orang. Negara yang strict gila pula tu. Adoilah perangai, baru landing sudah kau shoot drama kan Bie. Betul bersyukur lah ndak kena tahan, worst...denied entry. Tu memang lagi super win lah kan. Nauzubillah (jangan diminta Biee!)

Lepas pusing arrival hall, we decided to lepak at Hudsons Cafe (which was already closed at that time). Ada power point; senang charge phone. And dekat sama arrival hall juga so esok pagi ndaklah kelibut huru hara tunggu Ms H. Ada juga kerusi untuk tidur tapi each adalah berpalang; sila lupakan niat menselesakan diri. Aktiviti pelunjuran kaki adalah ke laut.

Sebab malam masih muda, and aku pun tiba² segar bugar...aku minta tolong Ms G jaga bag sebab aku mau menawaf airport. Sekalinya hampa. Mostly semua kedai sudah tutup! Midnight pun Bie, what did u expect. 

#4 Keluar pintu kejap, took this pic & ran back inside. Sejuk oiii! 
#5 Then naik escalator pi Boarding Hall. Sendu jak suasana, so aku turun pi arrival hall balik. 
#6 Kesenduan terserlah
Sudah tawaf ala kadar, next agenda adalah untuk cari the Prayer Room. It is located at Terminal 2 near the International Departure Lounge. Very near to where Ms G & I decided to spend our evening at. Masa masuk tu, ada few lelaki tengah solat jemaah. Sebabkan surau tu pun ndak luas mana, aku tunggu di luar. By the way, wudhu boleh ambil di washroom dekat dengan surau. 
#7 Alhamdulillah dapat jama'. 
Aku ada niat untuk tidur dalam surau malam tu. Siap solat, I went to meet Ms G & told her about my idea bernas. Pastu bila aku masuk surau tu semula, sudah ada someone inside. Berselubung dalam sleeping bed. Rupanya homeless. And it's a guy. Haruslah idea bernas direct masuk freezer. Maka melepaklah kami depan Hudsons Cafe tu. Bergilir tidur sebab take turn jaga bag. 

I woke up right after Subuh prayer call. Cuci muka, top up kejelitaan adjust kecomotan sikit...and tunaikan tanggungjawab. Memang automatik refreshed lepas solat. For breakfast, aku jamu perut with croissant & hot tea from Hudsons Cafe. Thanks tumpangkan power point untuk charge gadget kami.

Pastu kami angkut bag pi meeting point near Arrival Hall. Senang kerja Ms H. Takut dia terkial² cari kami, bazir masa lagi. Tapi memang boleh tahan lama tunggu minah tu keluar. Flight awal pagi memanglah super busy. Sniffer dog pun telah kelihatan. Officer pun busy intai beg² passengers.

"Oh hi, u missed me last night" *jeling ratu*

Gitulah ayat orang lupa daratan. Nasib jak kau lepas custom semalam Bie. Else, ntah² kau sudah selamat dalam flight on the way balik Malaysia. 

Dekat 1 hour (++) tunggu Ms H. Sempat aku & Ms G tersengguk² ah. Kemengantukan level parah teratas sebab malam tu kami just tidur² ayam. Sudah jumpa Ms H, peluk cium lepas rindu (walhal baru semalam jumpa di KLIA2).  Girls! And Ms G ungkit balik cerita aku ikut dia limpas No Declaration Lane. Semangkit bentang laporan sama Ms H nampak. Sudah ku hagak, that cerita basi will be heard again the next day. Pasrah jaklah tadah telinga kena saiko.

So, ke Melbourne CBD ke kita lepas reunited sama Ms H? Itu tunggu next entry lah kan. Kayuh pelan², jangan gelojoh. Ingat tu Bie.

Till then, wassalam.

eryantierdabdulkarim

2 comments:

nohas said...

ooo..kena declare foods semua..belum pernah ke Aussie..

Bibie Karim said...

Aah. Sama macam nak masuk NZ juga. Xpe insha Allah, menjejak juga tu