Assalamualaikum. Marhaba.
Sambungan dari entry lepas (
sini).
5 April 2015
Bosphorus Cruise
|
# Kaunter tiket. Paid TL 12 for the 1.5 hour cruise. |
Memang sengaja ndak mau ambil tour yang sampai Prince Island. Masa adalah sangat constraint. Petang tu kena pi office Kamil Koc beli tiket pi Denizli. Sebab aku ndak tau closing hour dia, jadinya aku plan lepas cruise & round area Galata Tower aku akan pi sana. Lagipun memang tiada plan pun untuk menjejak sampai pi island tu.
Slot cruise aku patutnya jam 430pm. Tapi si Bijak Bestari ni pi naik ferry right after she bought her ticket. That was 30 minutes early! Sebab? Ferry sudah ada & sedang parking. Pastu yang jaga tiket pun ndak halang aku pun masuk ferry tu. Memang tempah penyakit. 10 minit pertama, aku masih ok. Excited ronda ferry. Siap jadi extra friendly sama pekerja di cafe dalam ferry tu. Ambil gambar tiap bangunan yang boleh nampak dari ferry. Selca jangan cakap lah ntah berapa puluh snap.
|
# Gigih ambil gambar Yeni Camii & Balik Ekmek ship from the ferry. |
|
# Siap order apple tea! Note gelas tu, bentuk tulip tau. |
And kepala suddenly rasa biul. Terus rasa terhuyung hayang tiada ampun. Pi belakang ferry, masuk toilet...bluek! Tahniah Bie! Ur very first vomit while travelling. Like seriously, macamana helikopter pun aku di Cambodia haritu langsung tiada lah istilah bluek ni. Penangan kebijaksanaan. Ntah apa jak dalam kepala otak mau masuk ferry awal. Come to think of it now, bagus lagi aku layan Balik Ekmek di jeti. Instead of jadi extra punctual. B to the Ngong betul perangai. At least, selautan manusia di jeti ndak memualkan perut.
|
# On the way balik pi jeti. Sempat kan! |
Aku lepak lah melepas pening tepi kaunter tiket tadi. Then bila attendant ferry panggil semua passenger masuk, baru aku join masuk. Tawakal jak aku masa ni. Janganlah ada kejadian melawat toilet lagi. Pening kalu, muntahkan saja isi perut di lautan. Itu bukan kategori mencemarkan laut.
|
# Ferry leaving the jetty at Eminonu. |
|
# To niL, aku belanja kau satu gambar. Kau pelik takde gambar aku kan. Sorry lah muka kepam, seharian aku mengukur jalan kat Sultanahmet. |
I chose to sit in the center; lower deck. Di luar. Sebab udara kepam kalau duduk di dalam; lagi cepat aku mual. Lagipun kan tujuan ikut cruise ni untuk cuci mata tengok view Istanbul dari laut.
|
# Galata Bridge. |
Bawah jambatan tu banyak restoran yang jual Balik Ekmek juga tapi based on what I've read...mostly cost makan di kedai bawah jambatan ni mahal sikit. Tapi selesa lah sebab ada meja & kerusi proper. Unlike kalau beli dari ship tu. Kerusi kena berebut; pastu makan kena cepat-cepat ndak boleh lepak lama sebab ramai orang tengah tunggu turn untuk guna meja.
|
# Karakoy jetty; opposite Eminonu jetty. Stopped sini untuk ambil passengers lain. |
|
# Pemandangan di Istanbul. Masjid di mana-mana. |
|
# That's the Europe side of Istanbul. Too bad I didn't get to go there during this trip. Kekangan masa katanya. |
|
# More of Europe side. |
|
# The famous Bosphorus bridge. First night masa sampai Istanbul, Havatas Bus yang aku naik dari Sabiha Gokchen Airport memang lalu jambatan tu. |
|
# Asia side. Ni pun ndak sempat jejak. Fuh! Harus ada repeat visit. |
Ndak banyak sangat gambar aku masa ni. Sebab ada mamat Syria duduk sebelah bawa borak. Aku ni dalam layan ndak layan tapi dia rancak gila bercerita. Rosak moment mau feeling tengok laut Bosphorus. Nasiblah right after Bosphorus Bridge; when the ferry made a u-turn to return to Eminonu...he went inside. Katanya sejuk! Ndak tahan; gigil gitu. Aku? Well macam Ms G cakap; kulit tenggiling. Haruslah I opted to stay outside. Tapi memang sejuk oii. Dari Eminonu, angin cumalah bersepoi menampar muka. Yang ni, memang angin penampar. Namun gigih juga ndak mau masuk.
|
# Right after lintas bawah jambatan, ferry pun buat u-turn. |
|
# Ortakoy Mosque at the Asia Side. Port paling best layan Bosphorus bridge illuminated at night. |
|
# Dolmabache Palace. My greatest regret was not being able to visit this magnificent palace. Cuci mata baca blog orang jaklah for now. |
Lengkap 1.5 hour, kami pun sampai Eminonu jetty. Laju si Err keluar dari ferry. Takut kalau lama-lama atas tu, huyung hayang...ada lagi sekali buat kunjungan hormat pi toilet. Masa ni nampak Balik Ekmek tapi still ndak bernafsu mau singgah makan sebab orang masih ramai.
So aku pun naik pi Galata Bridge, and walked towards Karakoy area. Boleh jak ambil tram dari Eminonu but I purposely chose to walk. Naik tram nanti ndak dapat cuci mata tengok keliling. Pastu kena lagi bersesak sama orang ramai. Betterlah walkertapaki jak.
|
# Pemandangan atas Galata Bridge. Ramai jak orang memancing, dari pagi membawa ke malam. |
|
# Hari siang masih panjang. Belum tiba masa untuk sang mentari berlabuh. |
Jadinya kenalah guna masa yang ada sebaik mungkin. Walkertapaki dari Eminonu pi Karakoy adalah dalam less than 10 minutes. Itu ikut kelajuan kaki aku...and keadaan aku yang kejap-kejap stop tengok orang memancing. Sibuk kan mau tengok siapa paling banyak dapat ikan. Ada yang siap sediakan baldi & isi hasil tangkapan diorang untuk dijual. And ada juga yang lepas dapat ikan, diorang lepaskan balik dalam laut. Hmm ragam si tukang pancing.
Ragam aku si tukang sebok? Ndak sedar pun kaki sudah menjejak Karakoy. Next mission is the Galata Tower. Bukan mau naik tower tu pun, tapi ada misi untuk diri sendiri. Gitu.
eryantierdabdulkarim
26 comments:
Posing maaintain jek!
Tak menampakkan rupa org dah vomit pung!
niL: Tu aku cakap kat ko, kena pandai posing depan camera bahahaha. Lipstick dah hilang! Terus x merah Mak Ngah bibir aku.
ade ikan ke bie..deme duk mancing tu? tingat pulak citer Iatanbul aKU Datang..same scenery...
part mabuk laut aku mmg surrender laaa... sgt sengsara okayyyy
alala..mmg rosak momen mo feeling2 oh. aih ko asal naik kenderaan laut mmg terus pening ah. kompem la saya tdk bawa ko fethiye-santorini feri ni kihkih. anyway gambar ko selfie tu cantik sbb ada nampak galata tower
Adoi. Muntah rasa epal tea tak?
Once again, ada few pics yang ko ambik menarik minat aku sebab kena pada tempat dan masanya (sila jgn kembang). Several times ko mention dalam entry nie pasal Balik Ekmek...apa yang special sangat? Aku tengok boat yang jual Balik ekmek tu pun hebat..siap kubah lagi. View buildings kat Europe side dari Bosphorus sea tu cantik.
mana lagi gambar ko yang selca berpuluh pulun tu..tayang la nak tengok :p
memang sah ko akan ripit lagi istanbul sebab ko mention banyak kali :)
Cantik gambar last tu!
Bie, dekat Istanbul ni takde skycrapers or bangunan moden ke? Saya tgk gambar semua bangunan-bangunan yang rendah dan klasik saja. Ke sebab area ni bukan city center?
hensem tak mamat syria tu??hehehehe
Kak Syam: Banyak ikan lah. Siap buh dalam baldi untuk dijual tau.
Liza: Sangat sangat sangat sengsara!!! Tapi gagahkan juga.
Ernie: Memang pening automatik. Belum lagi kena suruh naik bot laju. Awalawal berzikir. Ala kalau naik feri pi Santorinni, ko jaklah. Saya naik kapal lah. Jumpa di sana, di sana!
soalan aku sama dgn DJ. hemsem tak mamat tu? ada add ig ke fb ke? hahaha. btw lain sungguh asia side dgn europe side ek.
Nana: Aah rasa epal kelat. Yucks sungguh.
Ish: Hahaha patut ko letak ayat jangan kembang kat depan. Lambat sangat warning tu. Hidung ku kembang kempis dah. Skit masa lagi nak meletup. Balik Ekmek tu kira local delicacy kat sana. Its a fish sandwich. Sedap wei. Buh sos leman + sprinkle with salt. Yums!! Kan lawa, tapi x dan nak gi. Nextime perhaps? Bahahaha.
Mrs: Alaaaaaaaaa kita2 jelah aku share gambar tu. Kat sini macam meroyan je rasanya kang kalau aku letak.
KAy: Walhal terang benderang tapi gambar tu jadi macam dah nak dekat Maghrib. Kesan sebab fokus ngan matahari saya rasa.
Rasanya ada tapi tu pun bangunan lama gak. Kalau mencanak tinggi macam KLCC tu saya xnampak. Xtau kalau ada other area tapi macam xde jek. Yang saya pegi ni memang city center.
DJ: Hahaha hensem lah juga. Ala2 muka Arab gak. Ko tau jelah mata aku terpikat ngan yang macamana.
Hahaha.. merasa ikan di laut makan muntah kau Bie. Berbezakan Europe and asia side. Bila lah Istanbul nak memangil aku
Cantiknya Yeni Camii. Amboi tengok org memancing ke, bibie yang memancing tu TETTTTT
Alright there's nothing more i could say to this entry . COOL lah :D
Nazla: Hahaha sila rujuk jawapan aku bagi ke DJ ye. Xde makna nak add friend kat any social media. Aku is not that friendly. Tettt. Lain. Kalau ko nak tengok Euro side, ko gi blog Syieda.
BK: Hahaha hadiah dari Msia katanye. Kesian tau. Berbeza kalau tengok dari laut nun. Tapi xtau kalau dah jejak sebab aku x dan gi haritu. Wei, ingat ko dah jejak Isketambola ni.
Radin: Aah lawa. Camii kat sana sume lawalawa. Yang ni x masuk sebab masa tu kejar masa nak naik cruise + gi tempat lain. Hihi x nak memancing unless yang dipancing tu ada rupa macam orang kampong. Hahaha.
SD: Thanks for dropping by. ;)
Iskk mamat ensem Syria tu ko malas nak layan? ni ko stok-stok K-pop je ko pandang eh? Kalo aku harus dah ajak dia teman gi dinner malam ni (ayat miang).
Tahniah dpt naik cruise Bophorus..time constrain pun ko mampu lagi.
Aza: Mengganggu ketenangan jiwa tu malas nak layan. Hahaha nampak sangat kan memang jiwa Kpop sebenarnya. Gitu kan nak dinner bagai. Hoii! Hahaha. Kena selit gak naik cruise tu, kalau x sempat Galata xpe janji cruise naik.
Post a Comment