6 July 2015

Turkiye Day 2 - Gulhane Park / Eminönü, Istanbul

Assalamualaikum. Marhaba.

Hati sedang mau marah sebenarnya *inhale exhale* Gitu! Ada orang bawa keluar; kunun mau beli barang raya. Aku ni sudah bersiap bagai, dia tiba-tiba cakap ndak jadi. Sudahlah aku kena datang jemput kan. Hoi hangin satu kepala. Like, ndak bolehkah bagitau awal-awal. Pagi tu tau pula whatsapp tanya bila aku datang jemput. Ciskek! Aku sudahlah paling malas bersiap sekarang ni. Cafe tutup, so kerja aku di siang hari lepas hantar barang jualan pi kedai & PaRam adalah melanguk depan kotak-empatsegi-hitam. Plug pendrive & dengar lagu ok! Sebab management bijak belum datang untuk install Astro. Bertangguh dekat dua minggu sudah. Nasiblah internet ada. Mencabar iman betul lah perangai sorang-sorang di bulan Ramadhan ni. Ndak lama ada aku jadi vampire ni.

Anyhow, malas mau layan kepala hangin aku hence I drove back home. And decided to update this blog. Ada orang bakalan pi Turki next summer; siap dia bagitau suruh habiskan entry Turkiye before her trip. Hampunlah Farry! Kawan awak ni memang suka menangguh. Ada masa rajin melantun-lantun but most of the time memang malas menjunam-junam. 

Intro haruskah berjela-jela Bie? Ok, jom sambung dari entry lepas. Ntah berapa entry lah baru habis trip Turkiye ni. Baru Day 2 pun sudah 5 entries! Sobs. Gigih betul buat banyak-banyak.

Lepas jumpa Medusa, I walked to Gulhane Park. Bestie Ernie sudah siap-siap printscreen pasal this park prior my trip. Memang selalu excited for each other kami ni. Bila nampak tulips nan banyak tu, haruslah mau dijejak kan. Haven't had the 'opportunity' to go to the huge tulips fields in Kuekenhof & Tesselaar as yet. Insha Allah, one day!

Btw, did u know tulips are actually native to Central Asia & Turkey? It was kinda  fun for me, knowing the history of this elegant flower before I set foot upon the land. Read here

5 April 2015
Gulhane, Istanbul

# Biar bunga berbicara.
# Siapalah gerangan yang ganas macam mawas ni! Mau berguling ala Hindustan pun agak-agak lah. 
# Take 5. Ambil feel kejap dengan cuaca nan redup. Tenang rasa di hati.
# In Turkish, tulips are called Lale. 
# Liza, tu boots yang kau nak tengok tu. Aku lenjan habis since Oct last year. Konsep beli-pakai-sampai-lunyai.
# Hello there pretty! Always my favourite hue!
# Tulips in Turkish culture symbolize paradise on earth & had almost a divine status. 
# The era during which the Ottoman Empire was wealthiest is often called the Tulip era or Lale Devri.
# Beautiful beautiful color combination.
# Bukan hantu bunga; in fact tiap kali tanam bunga...mesti mati. Tapi gembira bila tengok taman macam ni. Sesubur alam betul tulips dia.

Habis lepak seround dua di taman, marilah keluar & menuju pi area Eminonu. Sengaja ikut jalan lain; seiring laut. Sebab laluan tram tu insha Allah akan jumpa lagi esok hari. 
# Andang fesyen di sana. Senyum tak perlu kata apa-apa.
# Sirkeci
# Galata Tower seen from across the Bosphorus sea.
Rasa tenang jak tengok laut. Setakat tengok, memang tenang. Suruh aku masuk menyelam or even snorkelling, haruslah selamat tinggal ucapan ku beri.
# Galata Bridge spanning the Golden Horn. Aku slowly jalan menyusuri tebing laut. Cuci mata tengok bangunan di seberang sana.
# Mereng, kau jumpa Joho kat Japan. Aku lak jumpa Sabah Tanahair ku kat sini. 
# Simit or gevrek; Turkish circular bread. 
Aku tengok macam keras kejung semacam so takutlah mau try. Only in my last few days in Turkiye that Merengmate told me...the one topped encrusted with Nutella was the best. Better late than never, huh!
# Crossed the tram track at Eminonu Station, heading to Yeni Camii a.k.a New Mosque. 
# I didn't go inside. Just lepak duduk atas bench facing this mosque sambil mencekik bread. Lapar baq hang!
# Spice Market; just next to Yeni Camii.
# Because it was Sunday! Laluan bawah tanah pun jammed packed! 
# Regardless the age. Semua duduk lepak facing the Bosphorus sea. Sambil layan Balik Ekmek (Fish Bread). Mostly are locals. Tenggelam si Err yang bertudung pink jangok dalam lautan orang Turki. 
# Niat di hati memang mau try Balik Ekmek ni. Tapi cancelled serta merta bila tengok orang semeriah ni! Tomorrow we go; I promised to myself. 
So teruslah pi counter booth yang jual tiket for Bosphorus cruise. Cari yang murah-murah jak janji boleh tengok part of Istanbul (both Asian & European sides) from the sea. Sebelum beli tiket, aku ronda dulu area ni. Sebenarnya contemplating whether mau naik ferry or tidak. Seriously! Aku mabuk laut. Tapi fikir punya fikir, timbang ringan berat...finally decided to just buy the cruise ticket. Apa jadi di jam kemudian, itu belakang cerita. Janji peluang sekali seumur hidup ni jangan dipersiakan. 
# Ni ferry yang bakal bawa aku belayar membelah lautan Bosphorus. Tengok bot huyung hayang dipukul ombak pun aku sudah ikut pening. 
Apa nasib aku atas feri nanti? Tu aku cerita in next entry. Bersambung katanya.

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , , ,

25 hollered!:

Ernie Khairina said...

Haha iyakan sepa la juga yg baring2 sana tulip tu...and oh ituka spice bazaar..lagi2

kay dolce said...

Wahhh cantiknya tulip-tulip tu *_* Dahlah macam-macam warna!

Bie, Balik Ekmek tu fish sandwich kan? Pernah nampak dalam rancangan kenalkan Turki, nampak macam sedap!

Saya suka tengok scarf org Turki, jangok! Mau robek wallet kalau saya ke Turki asyik memborong scarf je!

Bibie Karim said...

Ernie: Kesian tu bunga. Xpandai timbang rasa. Orain lain pun mau enjoy tengok bunga bah. Ya itulah spice bazaar. Jangan tertipu nampak macam kecil maka-maka panjang ke belakang lagi tu. Lebar lagi.

Bibie Karim said...

Kay: Memang lawa. Imagine yang kat Holland tu, mesti lagi lawa kan.

Aah tu fish sandwich. Sedap. Saya suka je tapi selalu je baca orang cakap xsedap. Xde rasa, hanyir etc. Kena ngan tekak saya kot.

Scarf diorang memang style sangat. Cara pakai pun sama je tapi lawa. Nak try tapi takut kang rimas sendiri. Haha xpepasal bad mood.

DJ said...

best giler lepak kat tepi bosphorus tuh...dgn angin sepoi bahasa...perghhh....

eh ko kena pi tesselar tu wei...lagi banyakkkk tulipsss...tp takleh lawan keukenhof laa...hehehe

Jea Mohamad said...

warna warni gambo2 ko. dgn ini aku isytiharkan ko sbagai minah bunga!!! hahahaa

ramainya org turki melepak..

BIBIE KARIM said...

DJ: Best. Angin best. Cuaca ala mendung pun best. Yang xbest ramai sangat orang. Insha Allah. Buat masa ni cuci mata jelah tengok blog ko gi Tesselaar tu. Cuci mata tengok blog kawan aku gi Kuekenhof juga. Sobs. Belum mampu menggapai impian nan satu itu.

Jea: Eleh ko kalau cherry tu warna warni kat Daesong-ri aritu, sure ko amik gambar laaagi banyak dari aku tau. Hahaha. Tu sibaik satu kaler je ko jumpa. Aah ramai. Giler. Aku terkejut nampak sebab area Sultanahmet tu ramai tourist je. Sekali hambek, depan laut rupanya local ni spend weekend diorang.

Norharyani Sanusi said...

macam mau gilak aku tgk bunga tulips tu bie..

liza said...

tgh syok2 tgk gmbar...terkejut aku...hahahahaha nice boots

Ish Shah said...

Baca 1st paragraph dah mcm panas...sib baik x hangit. Bie..actually apa motif ko ambi gambar couple Turkey tu? Adakah nak tunjuk fesyen org2 sana ataupun nak tunjuk p'puan bertudung pakai skirt.@_@

Gambar Bosphorus sea yang diambil dari Galata Tower memang awesome seperti org professional ambil gambar. Ker cilok gmbr dlm website lain? hihihi...gurau aje. Wei..ramainya org..season apa waktu ko pergi nie? Woot..woot..nie bot org kaya.

syieda said...

Alahaiii cantiknyaaa Gulhane park tu.time aku pergi tu takat nengok kat kat celah tingkap masa gi muzium kat tepi tu. Tapi mmg hebat la ko jalan kaki ke eminomu tuh. Tak mampu aku nak ikot mcm ko.

Bibie Karim said...

Yanie: Ada juga tu nanti di Japan. Mencari ko.

Bibie Karim said...

Liza: Hihihi tetiba ada gambar tu, haruslah upload.

Bibie Karim said...

Ish: Xhangit sebab bulan puasa takboleh marahmarah. Ceh!! Poyo lebih. Aku nak tunjuk fesyen kat sana macamana. Ramai je aku nampak pakai skirt singkat tapi bertudung. Ni lah PM diorang sekarang tengah usaha nak atasi. Gitu.

Pro eh. Ceh nak kembang skit. Xmain cilokcilok tau. Penat aku tahan nafas sambil pegang camera. Semata xnak gambar gegau tau. Aku gi spring. Ramai orang menikmati angin bayu spring yang bersepoisepoi. Xde makna boots orang kaya. Tu harga xsampai rm50 haha.

Bibie Karim said...

Syieda: Ko banyak gi muzium kan trip Istanbul tu. Aku xdan masuk. Yang makam tepi Ayasofya pun aku boleh terlepas. Sobs. Citer malam tu lagi parah hahaha nak patah kaki!

An said...

lawanya taman bunga..maw berbunga2 hati dok sini kan bie..hihi

BIBIE KARIM said...

An: Memang lawa An. Sibaik luas so xdelah rasa sesak sangat nak strolling around. Berbunga sokmo masa tengok bungabunga tu.

mrs.smile said...

misi mencari tulip yang terpaksa aku leburkan...huhu
sape la yang ganas sangat pi lenjan habis kat bunga tu sampai mcm tu sekali...hadoi

Miss Nazla said...

tudung pink ko tu tak janguk laaaaaaaa. cantik kotttt

budak kampung said...

Tulip dia bulan april aje ke Bie. Memandangkan aku tak di benarkan komen kat post lain (aku pun tak tahu kenapa tapi banyak post aku tak dapat komen) aku nak gak tulis sini.. cantik sangat gambar Blue mosque yang kau ambik. Interior dia sangat menyerlah. Lebih cantik dr yang kawan aku ambik tu hari.. hehe. Kau pakai Gopro ke?

Bibie Karim said...

Mrs: Ala xpe, nextime insha Allah. Kan habis lenjan bunga tu sume. Marah betul aku masa nampak tu.

Bibie Karim said...

Nazla: Dia jadi jangok sebab mencapap gila. Orang kat sana mostly pakai tudung kaler hitam putih kelabu. Aku? Hahaha. Saja cari kelainan. Tettt.

Bibie Karim said...

BK: Aku rasa masa spring je kot. Some place katanye kalau lucky akan jumpa black tulips. Ha blogspot memang. Dia ada angin sukasuka je block orang dari nak komen. Aku pun selalu gak jadi macam tu. Interior blue mosque lawa giler tapi aku dengar area yang x leh masuk tu laaaagi lawa. Aku xmampu beli gopro, guna sjcam sajo. Hihi.

sai said...

wahhh istanbul aku datang!gila cantik tulip tu semua...tak sabar nak terjah jugak one day!

PuTrImaRyam said...

Nah...bikin gerigitan ni tu tulips a.k.a lale...pinkkk n yellow r my feveret.....menahan ketw aku terbaca pesyen 'andang' tu. Andang k bkn undang2...hahaha...

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑