16 July 2015

Turkiye Day 2 - From Fendo to Paprika

Assalamualaikum. Marhaba.

Previous entry here

Sebelum sampai hostel, singgah Simit Sarayi. Selama 2 hari di Istanbul, aku jadi pengunjung tetap pastry shop ni. Like seriously, adalah paling rugi total kalau skip 'lawatan' to pastry shop when u're in Istanbul. 
# One of the branch at Istiklal Caddesi.
# Aku bisa gila bila tengok semua ni.
# At one of the many pastry shops in Taksim. Buta mata, buta hati tengok semua ni. Am literally spoil for choices! *tarik rambut*
# Among the 'jajan' that I bought everyday while I was in Istanbul. Oh yes, kacang dia memang banyak macam tulah in every bar. Ni bukan setakat marketing strategy ka apa. U definitely get what u see. 
Ok, sudah habis memborong jajan lebih kurang maka tibalah masa untuk balik pi hostel. From the shop, jalan kaki in less than 5 minutes jak. 

Please bear in mind, aku start 'ukur jalan' di Istanbul since early in the morning. Brunch di Sultanahmet, then walkertapaki dari Gulhane Park to Eminonu, joined the 1.5 hour Bosphorus cruise, menapak naik the hilly terrain to Galata Tower, walkertapaki from Kabatas to Ortakoy for nearly an hour. So haruslah PALING LOGIK once sampai hostel, aku mau rest yang betul-betul rest. Yes? 

Sampai entrance hostel, aku nampak the owner whom I didn't get to meet the night before. Sebab aku kan sampai lewat & was only greeted by her staff. Macam mana aku recognize dia? I saw her pics in booking.com. Masa aku melangkah masuk, suddenly she called me. She smiled at me but at the same time muka dia kerut seribu as if masalah besar had just happened. Walau penat gila, aku gagahkan diri juga pi mengadap dia. Dalam kepala, otak aku ligat cari sebab musabab kenapa muka dia gelisah gitu. 

First, aku ingat beg aku kena curi. Tapi rupanya masalah lagi besar jadi. Rasa macam kena hempap bangunan pun ada when she said 

"Miss Karim, I've been trying to reach u since morning. But I cannot. Sorry but u have to check out from this hostel tonight. We are fully booked for tonight. The girl who is supposed to check in after u cannot do so because ur belongings are still in the room. But lucky she went out this evening & will be back before midnight. U have to check out now so we can clean the bed for her. We are truly sorry."

Agak-agak apa aku rasa masa tu? Seriously! Memang rasa mau teriak tapi menangis jauh sekali. Aku ni penat hoii! Dapat news bangang macam tu, dia expect aku akan lompat bintang menari twist ka? It was bloody 1130pm! Kepala aku ni sudah 80% shutting down tau. Yang aku tau masa tu mau naik bilik, mandi & makan. And tidur! Bukan dengar cerita bertajuk 'Kau kena check out sekarang." Apa kes dia boleh cakap ndak dapat reach aku the whole day. Apa dia ingat semua orang activate roaming ka masa travel? Apa dia ingat semua orang akan ada internet connection masa travel?

Aku tarik nafas panjang, pastu slowly aku duduk depan dia. I took sometime to search for the best ayat to say to her. Aku betul-betul blank & blur masa ni. Finally I managed to 'screamed' the word WHY.

"Because, we couldn't processed the credit card details u provided to secure ur booking. I have email u regarding this matter, yesterday. Since I don't received ur reply so I assumed u cancelled the booking."

Memang gila! Ntah email apa dia cakap aku ndak tau. Langsung tiada! Aku ni jenis check email every time ada internet connection pasal tu aku yakin 100% that I did not get any from her. And setahu aku, according to booking.com credit card details tu cuma untuk reference. Lagipun sebelum aku decided untuk book, aku memang pilih hostel yang ndak charge or pre-authorize credit card untuk rental. This hostel terang-terang cakap, pay cash upon check in. No booking or credit card fees! 

Credit card details tu memang valid masa aku booking. Tapi kan ada kejadian credit card aku involved with fraud case sometimes last year. So aku teruslah cancel card tu. No more credit card. Tapi! Kalau pun sebab details tu penyebab aku terpaksa check out that day, apa kes kena halau lepas aku stay 1 malam. Kan??!?!? Aku sampai the night before, staff dia memang tunggu aku pun. Siap tulis nama di lengan. Siap ada kunci. Siap tau nama aku. Fyi, reservation aku di Denizli & Goreme langsung tiada masalah! Padahal aku booked guna the same credit card. 

"Last night, my staff just had to let u check in because u're a girl. He was afraid u might not be able to find another hostel & it was already late at night. But today cannot. Because the girl will be staying here for a week."

Macam kambeng kan alasan? Cakap jaklah kau sudah terima booking yang lagi lama dari aku. I booked for 2 nights but that girl booked for a week. Jadi kau ndak mau rugi, hence u cancelled my booking dengan alasan yang bongok. Mula-mula aku terima jak alasan dia pasal credit card tu, tapi bila aku perasan cerita dia macam bertunggang langgang...memang ndak lama aku terus dapat hidu permainan busuk dia. Dari pagi aku punya jatuh chenta sama Istanbul but why did u have to tarnished everything? Penutup hari pula tu.

"But nevermind. I already did u a favor. I helped u find another hostel. I called my friend & he told me they have room for u. But it is not a 4-bed female dorm. It is a 6-bed. Good news, there will be only 3 guests in the room tonight. Including u. It is not far from here. Only a block away. I will walk with u to the hostel. The rate is also cheaper than here."

Kan? Kan? Did me a favor? Memang harus pun kau cari hostel untuk aku. Bukan aku yang cari pasal. Aku memang langsung tiada kudrat untuk lontarkan marah. Ndak mampu! Aku betul-betul penat. Sobs. Then minah tu cakap-cakap lagi, sambil tekan kalkulator, dia explain itu ini. Ada lah dalam 2 minit dia bercakap. Aku memang ndak pay attention sudah masa tu. Mata aku sudah half-katup. Sikit masa lagi memang melayang kumpir di muka dia. 

"JUST TELL ME HOW MUCH I SHOULD PAY. I AM VERY VERY VERY TIRED NOW. I REEEEEALLY NEED MY REST. TELL ME HOW MUCH. I WANTED TO PACK MY THINGS ASAP." 

Suara aku memang sudah meninggi. Tapi masih dalam kawalan. If I vented my anger, risau juga aku dia suruh bonzer dia baling aku keluar dari hostel tu kan. Ndak terkontang-kanting si Err cari hostel sendiri di tengah malam buta? Survival skill ka apa ka, memang semua sudah shut down saat ini. Aku penat!!!! Dalam marah, sempat kan aku pertimbang baik buruk segala. Pffft!

Lepas buat bayaran, aku naik atas. Nasiblah aku ada bawa extra backpack kecil, so aku campak segala barang yang aku sudah keluarkan the night before dalam beg tu. Dorm adalah kosong masa aku packing tu. Jadinya sambil packing, sambil aku menyumpah seranah. Rasa mau jak aku terbalikkan katil & locker masa tu. Buat pedajal sikit. Kalau aku kumpul segala kudrat yang ada, memang boleh jak aku laksanakan apa yang hati aku suruh. Tapi buat apa? Setakat puaskan hati sendiri? Macam bingai! Lagi bagus cepat-cepat berambus dari hostel J to the Nam ni. 

Sampai lobby, minah tu sudah siap tunggu aku. Pastu dia bawa aku pi hostel yang baru tu kunun. Tanpa offer untuk tolong angkat bag. Mampu? Walhal depan belakang aku hangkut backpack, plus sling bag lagi. Tangan kiri kanan pegang paper bag simit. 

"Miss Karim, I put u No Show in the booking.com web. So they won't charge me anything. If they call or email u, just tell them u decided to change hostel last minute."

Mangkuk hayun! Turun naik jak dada aku tengok minah bestari tu. Kaki almost gave up jadinya aku cuba fokus untuk gagahkan kaki. Jarak satu blok rasa macam 10 km masa ni. Aku cuma sempat bagitau dia, macam mana dia assume aku cancelled booking tu padahal few days before check-in date aku siap email bagitau aku akan sampai lambat. 

"Ohh, I remembered ur email. Ya, ya I remember. Strange isn't it u didn't received my email regarding the credit card details. Many of my guests said the same thing. They didn't received email from me. I think I have to check my email setting."

Ndak payah check email setting. Check dulu otak kau yang wayar otak sudah berselirat tu!!! Fuh, memang lepas soalan last tu aku terus diam seribu bahasa. Sedar-sedar jak kami sudah sampai depan hostel. Itu ini itu ini, ntah apa dia kelentong owner baru tu...teruslah dia say goodbye sama aku. Tadi janji sama aku, kalau aku ndak suka hostel tu...kami akan cari hostel lain. Ini tiada pun dia tanya aku ok ka tidak, bilik pun aku belum tengok...tiba-tiba goodbye! Hancur betul perangai hoii! Aku pasrah. Yang penting, dapat bilik. Ada katil untuk aku berehat. Walau terpaksa naik tangga Harry Potter sampai tingkat 4! 
# My room. 
Upon entering the room, I was surprised! It was an 8-bed dorm. And no one inside! 

"U have the room all by urself tonight."

Fuh! Blessing in disguise I must say. The night before risau macamana mau susun barang tanpa membuat 'huru-hara' di kawasan selain katil. The night before aku complain bathroom yang terpaksa share sama budak-budak dari Male Dorm. Alhamdulillah, dapat dorm yang kosong. Pastu en-suite pula! Harga murah some more! Terus rasa mau guling-guling atas lantai. Tiba-tiba penat hilang. Lantas (?!!?), aku senyum sendiri. Baring atas katil sambil layan upload gambar seround-dua. Wifi free & super laju. Then mandi sebab baru perasan perut adalah lapar.
# Dinner-supper kumpir! Inilah kumpir-ndak-semengah aku. I chose cabbage, mushroom, extra cheese & extra spicy sauce as my toppings. Yumms!
Sedih tau tengok rupa kumpir ni, macam baru lepas dilanggar kereta sorong. Patut makan masa panas-panas, tapi aku makan kumpir yang sudah sejuk-beku. Ni semua gara-gara minah bertuah Fendo Hostel tu. 

Habis makan, aku pun baring. Lega gila dapat rehatkan segala anggota badan. Tilam pun ndak keras sangat tapi lagi empuk tilam di Fendo sebenarnya. Tettt! Sambil tunggu masa beradu, sambil berwhatsapp sama bestie. Haruslah meluah rasa. Luckily masa tu di Malaysia sudah jam 8am. Awal bestie bangun melayan keluh kesah ku. 

Malam tu aku sengaja pilih katil dekat dengan heater. Sebab temperature dropped to 3'C. Aku ndak tau jam berapa aku tertidur tapi aku terbangun sebab aku mengigil sejuk. Check heater, langsung ndak berfungsi. Lantai pula memang tiles, langsung tidak berkarpet. Lagilah triple sejuk. Dalam sejuk tu aku pujuk diri untuk tidur tapi gagal. Lastly, aku gagahkan diri turun pi lobby. Aku dengar suara owner hostel berborak di luar pintu, syukur! Mula tu aku bagitau pasal heater, then dia suruh aku turn on switch dalam dorm tu juga. Siap dia tunjuk mana kedudukan switch tu. Sampai bilik, nan hado switch tu. So aku turun lagi sekali. Dalam sejuk gigil, dengan tangga spiral tu lagi. Memang menguji sabar. 

"Oh the dorm u stayed, the heater is centralized. Sorry I forgot. I turn the heater for u."

Mampu bagi alasan gitu? Padahal masa bagitau heater tiada, dia siap quote nombor bilik aku. Pasrah. Aku pun naik bilik balik. And dalam 10 minit later, bolehlah rasa heater tu berfungsi. Tapi kena baring super dekat sama heater baru dapat rasa haba. Aku siap 'peluk' heater tu ok. Mau buktikan betapa 'berfungsinya' heater tu. Selimut 2 lapis, sweater 2 lapis, siap sarung jaket...still aku gigil. Stoking? 3 lapis aku pakai. Alhamdulillah though for I managed to get back to sleep. Lena jugalah tidur lepas tu. 

Aigoo! Ndak sangka akan berdrama di Istanbul. Suddenly rindu rumah sangat-sangat malam tu. Kalau Bunda tau, mesti jadi bahan. Ndak pernah kejadian meronta rindu rumah sepanjang aku jalan-jauh. I didn't tell her what happened to me when I was still there. Takutlah nanti risau melantun pula kan. Hence I told her after I got back.  

Indeed, this is one of the most memorable experience for me. Looking back at it now, I could only laughed at myself. Yet, perasaan untuk sumpah-seranah minah Fendo tu still exist. Aku rasa ndak akan hilang rasa tu sampai bila-bila. Walau aku bersyukur dapat dorm kosong lepas dihalau. Sebab aku ndak kan lupa betapa sejuk gigil aku tidur malam tu. Walau tidak segigil si Meng tidur dalam khemah di Mongolia aritu. Yang tu kalau jadi sama aku, haruslah aku ndak kan fikir panjang. Terus ketuk khemah owner; ketuk sampai roboh.

Gitulah kan panjang lebar huraian drama aku di Istanbul. Maybe untuk certain orang, benda tu remeh jak. Tapi bagi aku, benda gitu memang memerlukan balancing emosi yang tinggi. Mainan jiwa betul kejadian gitu. I didn't say I managed to control my anger; aku kan still menyumpah dalam hati. But I am glad I didn't say much to her. Sebab kalau ikutkan hati, memang aku mau lepas segala rasa marah + penat sama minah tu. Nasiblah dalam rasa marah, masih mampu berfikir sedikit waras. 

Hopefully janganlah jadi benda gini lagi di masa depan. Rasa paling sengal tiada ampun. Penat kawal emosi as well.

eryantierdabdulkarim

Categories: , , ,

18 hollered!:

liza said...

Letak komen dkt booking.com. Blh jd peringatan pada yg lain. Hisshhh aku pulak yg jadi geram....hahhahab

Supermeng Malaya said...

hahahah tetap ulas citer aku sejuk beku di mongolia tu..

anyway.. payah jugak kalau kena halau tetiba. mau meraung. nak marah pun tak guna kan?

x pe la. belajar bersabar la tu..

selamat hari raya BK !

Miss Nazla said...

Ni antara yang worst kalau pi bercuti ni. Dan nampak nau membohong sebab pekerja dia siap expecting ko datang lagi. Lepas tu ada hati nak letak No Show. Celaka sungguh. huh. aku emo.

Ish Shah said...

Bie, nie entry ko yg paling drama pernah aku baca. Sadis betul... Teruk betul owner hostel tu, rasa mcm x bersalah. Tgk gmbr kumpir ko tu..aku rasa dia marah jgk tu sbb lambat kene makan.Aku berharap supaya kes begini x terjadi pada aku.

Bibie Karim said...

Haritu aku email booking.com. Memang diorang suruh komen kat page tu. Aku baca review before ni semua pun kata ok. Tapi bila da balik dari sana, tetiba banyak lak komen x berapa nak ok muncul. Memang geram weii. Xdapat nak hurai dengan kata2.

Bibie Karim said...

Meng: Maunye x ingat. Aku siap imagine masa baca entry ko tu. Sah roboh khemah diorang aku ketuk.

Sama kan kes kita dihalau. Tapi aku dihalau setelah stay semalam. Haru betul. Marah pun xguna. Bukan aku boleh dapat balik bilik tu.

Selamat hari raya juga Meng. Kosongkosong.

Bibie Karim said...

Nazla: Ko xpenat ke da tolong emo aritu haha. Tapi serious beb. Aku memang mendidih marah haritu, just xdapat nak luahkan je. Penat sangat kot.

Bibie Karim said...

Ish: Drama & aku berpisah tiada. Memang muka dia langsung xtunjuk sebarang reaksi bersalah. Yang dia tau, aku kena check out malam tu juga. As if dia nak bagitau kalau aku x setuju pilihan hostel yang dia carikan, then aku boleh cari sendiri. Dah lah tengah malam kan. Kot lah dia bagitau siang tu sebelum aku gerak pi mana2, bolehlah aku ikhtiar. Insha Allah, aku doa xjadi kat ko. Pengalaman gak ni. Mengajar untuk jadi extra sabar. Sobs.

Hahaha kumpir da merajuk lama sangat aku kepam dalam bekas tu. Sibaik still sedap!!

Ish Shah said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

riza afzan said...

ni kali ke-3 nampak traveller ke sana yang recommend kedai pastri ni...ok, akan masuk dalam list tmpt utk pergi nanti...thanx sebab sharing :-)

Jea Mohamad said...

ini ke cerita nightmare ko di turki..

kalau aku kan dah lama jd hulk,ko mampu lg tanya nak byr berapa..

ko bg la review terukss kat booking.com tu. kalau org menipu mmg ckp putar belit last2 kantoi sendiri.

An said...

Ya ampun bie..hampeh tul hostel tue! si owner nyer especially. Putar alam betui..kita baca entry nie pon rasa geram hangin jer..huhu. mmg boleh mendatangkan amarah! Syabas sbb berjaya menyabar kan diri..hehe. sure dh tahap malas nk pikir, gadoh pon x guna kan..

Sila bie review true story kt booking.com tue..bior xde lg yg terkena..huhu

btw jajan n pastry shop tue mmg menggoda tul..hehe

Bibie Karim said...

Ish: Selamat Hari Raya. Maaf kalau ada terkasar bahasa selama kenal kat alamaya ni.

Bibie Karim said...

Riza: Thanks for dropping by. Kedai pastri ni famous kat sana. Among yang sangat merata-rata branch dia. And murah some more, tu yang penting hahaha.

Bibie Karim said...

Jea: Haaaaa inilah nightmare aku. Walau pun x hebat sangat tapi dugaan besaq buat aku. Xmampu nak hulk sebab aku fikir what if dia suruh aku cari hostel sendiri. Xke naya. Dengan xde tenet nye. Aku xtulis lagi kat booking.com. Insha Allah will definitely write something. Bengang oi bila tetiba dia bagitau pasal No Show tu. Bongoks betul.

DJ said...

aku kalo ngan dini di tempat kejadian, mau kena cekik dah pompuan tuh!lagi dah penat, kaki sakit giler...huh!erk rupa kumpir tak mampu menggoda aku lagi..hahaha

Bibie Karim said...

An: Hampas kan perangai dia. Memang malas nak fikir dah sebenarnya. Nak cepat dapat bilik & rest je. Kaki lenguh giler lepas seharian ukur jalan. Nanti nak buat review gak tapi xtaulah bila haha. Penat nak olah ayat. Kang keluar ayat xsedap. Jajan shop kat sana memang menggoda. Habis duit sebab duk membeli jelah.

Bibie Karim said...

DJ: Xdapat buat apa beb. Kang dihalaunye aku & suruh cari hostel sendiri lagi haru kan. Huhu. Kumpir tu sebenarnya lawa & sangat menggiurkan tapi aku dah bawa dia ke hulu ke hilir kan malam tu. Thats why rupa pun xberapa nak mengancam. Ko kena try nanti

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑