18 June 2015

Turkiye Day 1 - Arrival at Sabiha Gokcen Airport, Istanbul

Assalamualaikum. Marhaba.

Gitu kan suddenly rajin melantun-lantun! Siap boleh published entry tiga hari berturut-turut. While hormon Rajin masih menguasai diri. Esok lusa belum tentu wujud lagi hormon ni. Al maklumlah datang tanpa diundang, pergi pun tanpa disuruh. Alasan!!

Before apa-apa, mau wish semua Selamat Berpuasa! Semoga amalan kita di bulan mulia ni, lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insha Allah, amin.

Anyways, as I've mentioned in my previous entry (here), flight from Doha to Istanbul was delayed sebab kena tunggu Pak Arab sefamily naik kapal. Untunglah duduk kelas ada-ada therefore boleh datang lenggang kangkung siap minta air right before take off. Sobs. 

Ish baru intro pun sudah berjela. Ok, back to my story. Flight sampai on time (630pm+-) despite being delayed. Tapi queue suuuuuper panjang di immigration counter buat kami lambat keluar dari arrival terminal. Nasiblah aku memang ndak kejar masa so tabahkan hati jaklah membariskan diri. Dekat sejam, barulah aku berjaya keluar.

Keluar jak, terus nampak bersusun-susun orang di depan arrival gate. Ada yang pegang tanda nama. Harapan jaklah mau mencari nama aku. Makanya sila sedar diri & berambus cepat. First thing first, withdraw duit. Kali ni aku memang ndak tukar langsung duit dari Malaysia. Aku just activate debit card for international use. Credit card memang aku sudah ndak pakai sejak fraud case haritu. And sebab aku touch down jam 12am(++) waktu Malaysia so aku cuma dapat withdraw sikit jak. For international use, from 12am-6am (Malaysia time) maksimum amount yang boleh withdraw is RM 1,000 only. Bolehlah kan asal lepas aku bayar tambang bus pi Taksim & beli Istanbulkart esok pagi.

4 April 2015
Sabiha Gokcen Airport, Istanbul
# Barisan orang yang menunggu saudara mara / guests keluar dari arrival gate.
# Intended to rent a mobile wifi modem tapi harapan ke laut!
Haritu baca dalam blog si Shahrule, memang ada kedai yang offer rental untuk modem wifi. Tapi dia tu turun di Istanbul Ataturk Airport (Europe side). Yang aku ni turun di airport Sabiha (Asian side). Booth telco sikit punya banyak, nan hado yang offer modem rental! Punyalah berasap kepala aku time ni. Marah sebab bingai diri sendiri. Sudah tau boleh jak apply online, tapi tetap dengan mau procrastinate. And tahniah lah sebab gigih jadi Miss Procrastinate lah aku ndak dapat sewa modem via online. Everytime pi website Alldaywifi, every time jugalah "Eh nantilah. Lama lagi mau pigi pun." Hambik! Rupanya rental form kena isi at least a week before pick up date! Pastu si Err bijak bestari, kunun baru mau book modem 3 days before departure. Memang patut dapat standing ovation!

Ada juga diorang jual simcard with data. Tapi harga simkad jak mampu buat mata hitam aku hilang. Mahal melantun! So dengan kaki super berat melangkah lah aku keluar dari airport. Marilah kita naik bas & check in hostel. Jiwa yang lara taruk tepi please, anda sudah di Istanbul. Bukan mati pun tiada modem wifi tu. Gitu ayat penyedap hati.

On the way keluar tu, suddenly nampak dua Malaysians yang sama flight ngan aku. Diorang queue depan booth 'Express Bus'. Boleh kah jadi bingai lagi sekali, aku pi join diorang queue. PADAHAL! Aku memang tau stop for Havatas Bus to Taksim is just outside the airport! Bila budak Malaysians tu tanya aku, taukah bas pi Taksim. Time tulah baru aku sedar diri. Macam baru lepas kena tukul di kepala. Jadinya dengan perasaan 'serba-tau' terus cepat-cepat bawa diorang keluar airport. Kejadian sangat kan distracted macam tu. Asal boleh ikut diorang queue not knowing diorang tu sebenarnya tau ka tidak. Bedebas!
# Counter ticket for Havatas bus. For info about their timetable, refer here
Kami ndak beli tiket di kaunter sebab by the time aku berdiri tegak depan kaunter tu, dan-dan tu juga counter Oppa tutup cermin. Closed katanya! Jadinya langsung terus naik bas after making sure the bus is going to Taksim. Signboard di bas adalah Kadikoy. Fare is TL14 in cash! Tapi kalau ada Istanbulkart, bolehlah tap kad di mesin next to the driver seat.
# Sudah duduk bertenang, barulah boleh ambil gambar airport dari luar.
Ntah apa yang aku kelam-kelibutkan masa ni. Mau cepat sampai Taksim, mau cepat sampai hostel. Walhal baru jam 730pm! It was Saturday some more. Macamlah bas yang aku naik tu bas last. Ni semua 'berkat' kecewa ndak dapat sewa modem!
# On board the Havatas; bound for Taksim. Yang ni atas Bosphorus Bridge. Boleh tahan congested jalan time ni.
And after nearly 2 hours on the bus, akhirnya sampai. Supposedly boleh sampai in less than an hour tapi tulah, macet! Sempat juga aku tidur masa dalam bas. 
# We hopped off the bus here. Terus angin bayu sepoi-sepoi dingin menampak muka. Ouh I like! 
Turun jak dari bas, aku blur & mamai! And nervous (motif??!). And lost! Sebenarnya mau cakap tu. Prior the trip, aku memang ada study bus stop Havatas di Taksim. Tapi apa yang aku nampak malam tu was totally different from what I've studied. The environment I mean. Nasiblah Malaysians dua orang tu ada roaming (both are students in the UK). So one of them helped me to locate my hostel via googlemap. I know my hostel is merely 5 minutes walking from Taksim Square but direction tu yang aku paling perlukan masa tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Lepas jak dapat direction, kami pun hugsmuax & bid goodbye to each other. And si Err pun mulakan langkah pi hostel.
# The famous statue at Taksim Square! 
Ni kira landmark for Taksim Square. And landmark ni lah aku cari masa turun dari bas tadi. Hampagas betul rupanya kena berjalan pi depan sikit baru nampak dataran ni. Leaving Point Hotel behind, and turn right at the restaurant opposite the hotel. 
# One of the grandest hotel in Taksim. Pun landmark berguna.
Sebab dalam description 'How to Reach Us' yang hostel bagi...aku kena ikut landasan tram maka dengan lurus pembarisnya aku memang sungguh-sungguh cari landasan tu upon reaching Taksim Square. Mampu jadi pembari macam tu sekali? Sobs. 
# Berkat ke-pembaris-an aku, akhirnya meletakkan diri di atas Istiklal Caddesi (Istiklal Street). Fuh! Orang super ramai. Photobombed merata-rata.
# Among back alley yang aku kena redah untuk sampai hostel. 
Nasib baik sudah sedia maklum, Taksim ni memang tempat happening. Kiranya, segala night clubs, pusat karaoke & whatnot ada di sini. In fact, hostel yang aku book tu pun adalah half-bar. Atas hostel, bawah bar. Ndak susah untuk locate hostel aku sebab direction memang awal-awal aku rekod dalam 'otak;. 
# Reception hostel cum bar. 
Sampai jak depan pintu hostel, memang ramai gila orang di luar. Melepaks malam minggu katanya. Pastu one of the waiter looked at me; "Miss Karim?" sambil tengok something di lengan. Rupanya kreatif innovatif, tulis nama guest di atas lengan. Konsep; takut lupa. And sebab masa cuma dia saturang jak kerja...pastu bar tu pun almost full house; so aku kena tunggu untuk check in. Dalam 10 minit gitu, aku dapat kunci bilik.

"U pay during check out. Now, cannot. Too crowded. Ur room, 3rd Floor." 

Kaitan crowded sama aku mau bayar rental? Fine, cuma dia jak kerja malam tu. Dia tukang ambil order, tukang hantar order. And tukang buat minuman juga. Aku malas fikir panjang, terus panjat tangga. Masa tu baru digest fakta "3rd Floor". It ain't ordinary staircase people!!! Ni tangga berlingkar yang ala rumah Ron Weasley dalam Harry Potter! Yang hanya saturang jak boleh guna tangga ni dalam satu masa. Bertabahlah!! Hangkut anak gajah naik tangga tu.
# My crib at Fendo Hostel, Taksim.
Nampak jak katil, terus rasa mau nangis *drama mode on*. Ouh aku sangat capek! Mau rehat cepat. But first thing first, berkenal ramah-mesra sama roommates dulu. Kami cuma bertiga malam tu. Both from China; pun travel DIY. And sangat friendly. The next day diorang akan check out, they will be going to other part of Turkiye. They did mentioned the name but sorry, short term memory aku sangat fail saat ini.

Sebelum bongkar beg, I decided to shower first. Badan sudah melekit tahap infiniti. Haruslah rimas! Lepas mandi, terus lompat atas katil. Betapa lega once I got to lie down, Automatik rasa segala urat yang tegang; mengengdur kembali. Tapi as usual lah. Bila sudah over-penat, memang susah gila mau tidur. Tambah lagi budak-budak dorm depan bilik kami, bising gila. Bercerita sesama diorang, tapi macam mau bagi dengar satu hostel. Tu belum campur hingar bingar orang-orang yang lepak bar di bawah hostel. Bertabah!

Although tidur lewat I woke up early the next morning. Before Subuh!! Reason being? Bunyi hon non stop di luar. Ini rupanya orang yang pernah sampai Istanbul selalu cakap "Orang Turki memang suka hon." Indeed. Rasa mau keluarkan kepala dari tingkap bilik...and teriak kuat-kuat suruh diorang stop meng-hon. Tapi, masuk kandang kambing kenalah mengembek. Macam mana pun hati menceceh marah...aku di tempat orang. So sebab ndak dapat sambung tidur, si Err pun tarik tuala & mandi. Excited sebenarnya mau explore Istanbul, kan?!

Yang tu kita sambung next entry, ok. Wassalam.

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , , ,

29 hollered!:

Hidayah Rodhi said...

Yeay sudah ada cerita pasal Turkey! Ini yang holiday mood nak kena On dah ni hiks.

Azra said...

kalau aku mesti dah cursing dalam hati bile tengok tangga spiral tu... dengan anak gajah kat belakang, kalau terpeleot atas tangga mmg free2 tergolek sampai bawah

Miss Nazla said...

nangis kenangkan tangga rumah ron weasley. ahahahha. chop soalan. kenapa ko tak pernah publish gambar roomates? aku curious nak tahu jenis jenis rupa orang yang backpacking setabah ko. hahaha

Ish Shah said...

Marhaban Ramadhan Bie, Alhamdulillah teruskan kerajinan anda. #kipidap
Tengah syok baca, tetiba kuar nama aku...haha...tersedak jap (motif sgt nak bagitau). No wonder naik flight duk kelas org beraada..patutlah Terbaek!

Just wonder mcm mana ko navigate srg2 kat sana tanpa wifi modem. Kalau akula, memang sesat barai jawabnya. Istiklal Street tu cam kat
Myeongdong street aje. Apa bahasa commonly diorang speaking kat sana?


Ernie Khairina said...

seriusly kapal tunggu orang? huntungla. sampai malam ah..ko mmg hebat

Nana Rjay said...

Ok, this is what am waiting for :)

Bibie Karim said...

Hidayah: Ko bakal ke Turkey ke. Woot.

Bibie Karim said...

Azra: Aku memula malas nak layan tangga tu lagi, sebab nak cepat sampai bilik. Tapi pagi esoknya aku memang menyumpah seranah bila tertinggal barang kat bilik.

Bibie Karim said...

Nazla: Minah2 tu tengah pakai mask bagai. Ko mampu nak ajak orang wefie tengah malam buta? Ala xde setabah mana pun. Sabit malas nak tarik beg AF je tu yang berbackpack bagai.

Bibie Karim said...

IS: Selamat berpuasa! Hahaha tetiba diseru kan. Laju je ko perasan. Mampulah buat perangai sebab duduk kelas atasan. Buatnya rakyat marhein? Tabah kan hati hahaha. Tapi sebenarnya yang kelas ekonomi walau ada yang lambat pun diorang tunggu. Nanti dah hujung2 entri Turki aku cerita. Tetiba nak surprise bagai?

Aku navigate guna note aku da siap2 letak dalam fon. For direction sume, aku printscreen before keluar hostel. Alhamdulillah survive gak aku walau xde modem wifi. Mengade sangat kan semua nak berwifi aje. Aah Istiklal Street ala2 Myeongdong gak. Senantiasa ramai orang. Pastu kalau nak tengok fesyen pelik2 pun bolehlah lepak kat sana. Turkish cakap bahasa diorang. Xramai boleh cakap Eng tapi diorang sangat helpful.

Bibie Karim said...

Ernie: Yaaa tunggu dekat sejam oii. Sampai malam, xjuga lewat manalah tapi tetap gelap gulita. Awal bah masuk Maghrib.

Bibie Karim said...

Nana: Hihi berkurun baru ada kan. Penyakit M bah sila faham ah.

Reen Johan said...

Mmg kak pun tak sabar nak tumpang Bie explore Istanbul ni..
Selamat berpuasa Bie

Hidayah Rodhi said...

Insha Allah. Ameen. =)

Bibie Karim said...

Kak Reen: Selamat berpuasa juga. Hihi thanks for reading.

Bibie Karim said...

Hidayah: Amiiiiiin. Ko mesti suka punya sebab banyak buildings.

kay dolce said...

Selamat berpuasa juga Bie :D

Ooh dah masuk Turkey! Kenapa Bie masuk dari belah Asia, sbb ticket murah ke sebab mmg ada benda nk tengok?

liza said...

Tangga???? Waaaaa dah la baru sampai....nk kena mendaki lg...huhuhu
Bestnya ko dah sampai turki...

Radin Fadli said...

Tak sabar nak baca entri turkey =). Hahaha selalu memang macam tu, orang perkenalkan nama, lalu kita akan terlupa dengan tidak sengaja. Tangga? tangga adalah musuh utama KAHKAHKAH

Bibie Karim said...

Kay: Masa beli tiket tu xtengok pun landing kat mana sebenarnya haha. Lupa Istanbul ada 2 airports.

Bibie Karim said...

Liza: Ha tangga spiral dah rasa macam nak gi jumpa Dumbledore pun ada gak masa menapak naik tu. Menabahkan diri demi nak cepat sampai bilik.

Bibie Karim said...

Radin: Kan. Tapi dulu selalu je ingat nama orang. Ni faktor usia lah kot. Bahahaha. Tangga kat sana dah serupa macam kat kampong. Menabahkan diri jelah.

Qaseh Vee said...

dahsyat org arab blh buat kapal tunggu dia ... owh , x blh bygkn klu saya di situ . mjur ada 2 student membantu ... heret beg naik tangga tkt 3 ? pembakar lemak semula jadi tu ... heheheee

DJ said...

ok lepas ni berlupa entry berdarah hati...huhuhu istanbul bila aku nak datang...apesal aku rasa macam sesak je kawasan tu wei?ke perasaan aku je mcm tu??

BIBIE KARIM said...

QV: Dahsyat x dahsyat kan. Kata duk business class so logiklah kot buat kapal tunggu. Yang marhen ni duk dediam jelah. Sampai tersengguk-sengguk tidur, sibaik penat so malas nak kecoh-kecoh. Exercise di malam hari, jadinya bertabah lah memanjat tangga. Demi nak cepat landing atas katil.

DJ: Bahahaha berdarah hati eh. Belum lagi tu. Insha Allah beb, ur turn akan datang. Soon! Cepat aminkan. Taksim memang sesak. Katanye kawasan ramai orang melepak & melepet.

budak kampung said...

Haha.. Lamanya aku tunggu post ni. Rupanya kau pergi sorang ye.. awesomelah. Selamat berpuasa Bie

Bibie Karim said...

BK: Selamat berpuasa juga!!! Lama aku xjenguk rumah ko. Aah, aku gi sorang. Partner sume x available plus tix mahal nak arwah masa diorang tengok.

Siti Yang Menaip said...

yuuuhu Kak Bibie.. iols datang singgah baca cerita Turkiye..
huurm family arab tu sbb duduk first class eh boleh lambat lenggang2 gitu ? amboi dia tak fikir orang lain dah lama tunggu.. kalo duduk first class x boleh ke nak tinggal diorang ? semaklah..

kental la akak jalan sorang2 cenggini.. CT tak boleh rasanya hehe..
penakut. CT pun rasanya nak sewa modem jugak nanti.. tapi nak survey2 dulu n okeh i need to apply awal lah kan hehe.. nanti nangis coz mati akai la internet tak ada..

anak gajah tu apa ? bag ke ? hehehe..

Bibie Karim said...

CT: Yuhuuu. Selamat hari raya adik ku. Even yang duk ekonomi class & dah cek in, diorang tunggu.

Haha terpaksa mengkentalkan diri. Sebab xde sape nak join. Aah memang kena sewa modem senang sikit nak navigate. Tapi kedai sana mostly ada free wifi so xde susah pun. Apply awal as to avoid kejadian macam akak hahaha.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑