16 June 2015

Qatar - Souq Waqif, Doha

Assalamualaikum. مرحبا.

Previous entry (here). 

Lepas berlegar-legar melegamkan diri di bawah sinaran terik mentari pagi di The Corniche, aku pun atur langkah pi Souq Waqif. Dengan harapan setinggi gunung, kedai di market sudah mula beroperasi. Based on sikap 'peramah' aku bertanya orang arah sebenar pi Souq Waqif...alhamdulillah berjaya sampai pi market tu dengan jayanya. As I previously said, aku boleh jak lintas jalan dari The Corniche tu tapi saja tukar angin untuk guna the underground passage. 

4 April 2015
Souq Waqif, Doha
# I saw this signage after asking around. Ndak apa, bukan rugi pun tanya orang.
# Underground passage. Berhawa dingin. Kiri kanan tu diorang tampal poster 'rupa' Doha zaman dulu kala.
Juga akan lalu underground parking lot before sampai market ni. Aku ndak perasan berapa lama aku berjalan (maybe dalam 5 minit or so) tapi memang aku excited lah. Ntah lah pasal apa, tapi excited. Sila faham kecelaruan bahasa. 
# The first building I saw upon exiting the underground.
Terus laju-laju doa dalam hati, janganlah walau seekor pun datang dekat. Bukan takut pigeon tapi!! Adalah perkara paling mau dielak...untuk burung melepas hajat di atas aku. Satu kerja oii mau cari tudung or baju spare. Jadinya lepas ambil gambar lebih kurang, aku jalan laju-laju pi area yang tiada pigeon.

Masuk jak area market ni, aku pun start wandering around. Keluar masuk lorong dalam bangunan, pastu jalan tepi bangunan. Jumpa few Malaysians, yang transit macam aku juga & final destination diorang adalah Paris. Borak lebih kurang, lepas tu kami bawa haluan masing-masing. Aku sudah sedia untuk sesat dalam market ni tapi ntah kenapa ndak pandai sesat. Maybe kalau malam, bila semua kedai sudah buka...lampu lip lap sana sini, masa tu aku akan sesat. Masa aku datang ni, banyak kedai belum buka sebenarnya. Area market jual barangan harian jak yang banyak buka. Area restoran memang nan hado yang buka lagi. Except few small gerai. 
# View taken from where I sat while enjoying my super light breakfast.
Lepas sejam meronda, baru aku mula buka mata untuk cari tempat melepas lelah. I saw few coffee shops while wandering. Bila patah balik, mostly kedai still tutup. Ada yang baru start buka kedai, keluarkan kerusi meja semua. Sobs. Impian untuk ngeteh di Doha punah ke laut.

Dengan berat hati, aku continue pencarian. Then I saw few group of Pak Arabs tengah lepak depan satu gerai kecil ni. Yang lepak adalah versi Arab-kertu. Again, impian cuci mata tengok Arab kacak punah berkecai. Tapi aku decide untuk breakfast di gerai tu jaklah. View orang kertu pun, kertulah! Malas mau mencari lagi. Peluh pun sebenarnya sudah start menitik di dahi. Panas!
# Breakfast. I spent less than 10 Riyals for this.
Memang bahasa paling ayam-itik masa order ni. Nasiblah dalam kalut tu muncul seorang perwira dari Bangladesh yang tau jugalah English sepatah dua. Dapatlah aku order cheese naan & milk tea. Rasa roti tu boleh tahan, masuk tekak aku. Tapi tea adalah out paling ke laut. Aku ndak tau di mana silapnya, boleh aku dapat tea halia + susu?! Nasiblah mengenangkan aku di tempat orang, else memang aku bantai keluarkan balik jak teh tu dalam gelas. Dengan susah payah aku paksa diri untuk habiskan seteguk yang sudah masuk mulut tu, then aku angkat tangan & minta drinking water. 

Lepas breakfast, aku lepak lama sikit. And masa tu baru perasan, aku seorang perempuan di gerai masa tu. Yang lain semua lelaki. Adakah sebab Saturday hence Mak-Mak or Cik-Cik Arab belum berkeluaran? Lucky enough tiada pandangan tajam or sinis aku dapat. Semua pun buat hal sendiri. Ada yang sibuk 'bergosip', ada yang sibuk main dam. Ada yang khusyuk menikmati makanan macam aku. Agak-agak makanan sudah sempurna masuk perut, aku pun teruskan plan untuk explore lagi Souq Waqif ni. 
# My kinda thing. Traditional architectural building. Masih dikekalkan sampai sekarang.
# More shops at narrow alleyways. 
Belum banyak kedai yang buka. Tapi aku just jalan-jalan cuci mata. Memang tiada plan untuk membeli pun. Except fridge magnet untuk diri sendiri.
# Among the earliest shop to opened that morning. 

I spent nearly 2 hours here. Pastu ikut balik underground passage tu, menuju The Corniche. Initial plan was to walk to the area where the modern buildings are. Pastu tiba-tiba rasa malas & rimas. So Plan B, hail a taxi. Problem is, sejak sampai aku belum nampak lagi bus stop di Doha ni. I saw few public buses & lotssss of taxis! But where do they stop? No idea. And dalam panas & berpeluh macam baru jogging 10km tu, aku teruskan juga langkah. Dengan harapan akan sampai pi seberang tanpa sedar. Gitu! Tapi harapan tinggal kenangan bila ntah dari mana bingai datang, aku tahan teksi tepi jalan. The power of hand! Teksi stop. But instead of telling the driver to bring me to West Bay district (where all Doha's skyscrapers are located), I said "Doha old airport". Nampak sangatkan aku ndak tahan panas mengigit di Doha masa tu, terus laju ungkap perkataan airport.

But why old airport? Because taxi driver yang bawa aku dari airport pagi tadi bagitau I can take a shuttle bus from the old airport to new airport (Hamad International Airport). Bus fare is much much cheaper than taking a taxi. Mesti Ahjussi tu simpati bila dengar aku membebel taxi fare in Doha is super expensive. Terang-terangan tunjuk perangai cheapskate kan.

Back to the taxi at The Corniche; the driver told me, fare to the old airport will be 20 Riyal because we have to make a u-turn as the airport is at the opposite way. Pastu aku buat jual mahal, I said thanks & tutup pintu teksi. Mampu? Dalam ndak tahan bahang matahari, dengan peluh menitik lagi! Ada hati jual mahal? Tapi memang nasib aku baik sebab driver tu panggil lagi sekali. And he asked me how much I can pay him. Aku pun dengan muka sejujur alam;

"I can only pay u 10 Riyal. I only have 20 Riyal & I need money to pay for my lunch at the airport."

Walhal?? Balance Riyal aku masih banyak. Dasar kemut! Syukurlah juga driver tu terus angguk. And journey from The Corniche to the old airport boleh tahan jauh juga. Kalau pasang meter, mau puluhan Riyal aku terpaksa bayar oii! Sekali Ahjussi tanya Arrival or Departure terminal. Ah sudah! Aku manatau which terminal kan. Ahjussi teksi pagi tadi didn't mention anything pasal terminal pun. Masa tu baru dapat tau, Arrival & Departure terminal untuk old airport adalah berbeza. Jarak pun boleh tahan, memang jauh kalau menapak. Sekali lagi dengan penuh yakin, aku cakap departure. Ikut logik katanya! Orang dari city center pi airport mestilah sebab mau berlepas kan? Sampai departure terminal, kosong! Cuma ada tukang sapu. Sebiji shuttle bus pun aku ndak nampak. Bila tanya Ahjussi, he said he knows nothing about the shuttle bus. Logik juga sebab dia baru setahun jagung di Doha while Ahjussi pagi tadi sudah berpuluh tahun di Doha. 

Dalam kalut mau decide untuk turun dari teksi & tunggu jak shuttle bus...suddenly 

"I send u direct to the new airport. Just pay me 15 Riyal. 5 Riyal for ur lunch at the airport."

Haruslah melonjak riang si Err. Terus setuju without hesitation! Buatnya aku turun, and langsung tiada shuttle bus. Kan satu kerja lagi untuk menapak keluar dari terminal airport pi jalan besar...and tahan another taxi. And I was 100% sure the fare akan melantun-lantun. On the way to the airport, sempatlah chit-chat sama Ahjussi. He's from Pakistan. Paling best dia tau aku dari Malaysia.

"People from Malaysia are very nice. My brother works there. He always send money to our family in Pakistan. That's why I don't hesitate to help u. We Muslim; must help each other."

Ok terharu! Ribuan terima kasih majikan kepada Abang si Ahjussi! Anda telah mencantikkan nama Malaysia. Tempias kebaikan anda telah terpalit ke atas saya. Thanks again! 

Dapat chit chat sama Ahjussi dalam 10 minit jak sebab lepas tu aku passed out. Kentara gila kan jet-lag tiada ampun. Dari pagi paksa diri untuk berjalan ukur tanah Doha. Penangan dia, seawal tengah hari aku sudah exhausted. Sampai airport, lepas bayar & ucap 3x goodbye sama Ahjussi. Over kan! Tengok jam. Allahu akbar! Dekat half an hour juga journey dari airport lama pi HIA ni. Tapi aku cuma disuruh bayar tambahan 5 Riyal jak. Lingkup lah taxi driver kalau selalu dapat passenger macam aku. Apa pun semoga rezeki Ahjussi tu makin murah. Insha Allah, amin amin. 
# Construction. Construction. Banyak disajikan view gini sepanjang jalan pi airport lama dari The Corniche.
Masuk airport, aku ronda-ronda lagi. Sampai pagi tadi aku cuma sempat ronda arrival floor. Kali ni aku ronda area departure. Memang super luas airport baru ni. Canggih lagi. Wifi laju & FREE! Siap ada station untuk main internet. Paling best, semua desktop adalah iMac! Then I saw area yang ada partitions & sign "Silent Area". Rupanya tu untuk passenger yang mau melepas lelah a.k.a tidur. Nampaklah mereka-mereka yang berselubung habis dalam 'pods' yang ada. Tidur nyenyak gitu. Ndak payah lepak lounge untuk dapat kerusi selesa. 

Habis meronda, aku masuk food court. Masa untuk isi perut. Roti pagi tadi sudah tukar jadi tenaga & haruslah sudah habis aku consume. Mencekik nasi briyani lauk ayam yang super mahal (~RM 40.00); memang betul tercekik masa tengok harga. Mau makan sandwich tapi takut nanti lapar lagi. Padahal connecting flight lagi dua jam; dalam flight nanti ada makan juga! Hai lah perut perlukah tunjuk mogok lapar di tempat serba serbi mahal oii.

Settled makan, cari surau. Aku sengaja pi surau yang dekat sama boarding gate. Senanglah sikit ndak kelam kelibut kalau kena panggil untuk boarding. Surau adalah luas & bersih. Tempat wudhu pun luas. Tapi kenapakah kering? Rupanya orang di sana, lepas wudhu jak diorang akan lap segala anggota yang basah dengan tisu. Lap sesungguh-sungguh ok. Aku? Mestilah ndak gagah untuk kerja lap-melap ni. Selamba jaklah dengan kaki basah tu aku masuk surau. Pastu mendapat jelingan dari adik cleaner. Hampun! Alkisah Kakak mau biar air wudhu kering di badan; kan lebih afdal gitu. 
# Selesai jama'. Pastu kagum tengok jubah lawa orang-orang sana pakai.
Sebab ndak bawa my own telekung, and aku ndak pakai jubah macam Cik-Cik Arab sekalian...pinjam telekung surau jaklah. Telekung adalah macam jubah juga. Sarung terus dari kepala. Tapi lagi kerlas dari jubah Cik Arab sekalian. Mine; flowery gitu! Mampu? 

Pas solat, aku bergerak pi boarding gate. According to announcement, kunun final call. Sampai dekat boarding gate; cuma ada few passengers. Ah sudah! Masa ni lah aku cuak ayam. Ndak kan tertinggal flight wei! Terus tanya ground staff dekat gate. Choi sangat ah. Percuma aku panik sendiri. Rupanya flight aku delay 30 minit. Suka tau mainkan perasaan aku. So menunggulah aku depan pintu, apa-apa hal ndak lah ketinggalan lagi kan. Ndak lama lepas tu, kami kena panggil naik shuttle bus. Masa ni baru perasan, eh mana datang ramai-ramai ni. Tadi boarding hall ni kan kosong. Urusan dari boarding gate up to naik flight went smooth.
# Bound for Sabiha Gokchen, Istanbul.
Masuk kapal, buckled up...and aku terus pi dreamland. Sampai tersengguk-sengguk tidur. Budak Thai sebelah aku siaplah kasi ketawa. Lantak! Janji aku dapat tunaikan niat. Kurang tidur kalu, ada yang mood ke laut. Aku tidur dalam 40 minit lah juga, pastu terbangun. Ingatkan sudah sampai masa untuk makan! Tapi rupanya kapal still parking cantik atas landasan. Belum pun departed oii! Nasib baiklah aircond on. Else memang lagi godzilla lah mood aku. 

Alkisah flight delayed sebab kena tunggu few Business Class passengers yang lambat. Adalah dalam 6 orang; sefamily. Ouh Pak Arab & family! Pastu mampu, masa tengah ready untuk take off...diorang minta hidang minuman? Sambil 'istighfar' dalam hati...aku tutup mata jaklah. Sumbat telinga sama earphones. Bagus lagi sambung tidur. Kalau tiba time makan, for sure FA akan kejut aku punya. And I was right. Lepas makan, sambung tidur lagi. Jet-lagged kan!

So, next? BibiErr menjejak Istanbul. Gitu ndak boleh blah statement. 

eryantierdabdulkarim

26 comments:

Unknown said...

apakah fungsi kayu kayan yg terjuloq keluaq kat bangunan souq tu bie..??

Supermeng Malaya said...

BK.. kau gi solo ke ni

kay dolce said...

Ooo Sous Waqif ni ala-ala traditional market ya?

Btw, walaupun entry Doha, tetap ada perkataaan ahjussi XD

dzuchan said...

bie, akibat suka tengok amazing race, aku rasa souq waqif tu macam la bazar2 dekat morocco gitu kan (belum smpai morocco lagi :-P)..ye lah satu family kot diorang. tapi yang Doha ni mcm lebih modern sikit

aku selalu je minum teh halia susu kat Malaysia hehe..aku suka.

Bibie Karim said...

Kak Syam: Alaaa suka tau tanya soalan yang xde jawapan. Tu binaan dari zaman dolu kala katanye so idoklah teman ada jawapannye. Tapi kalau jalan kat kedai2 kecik tu, nampak lah kayu kayan tu macam penahan bumbung. Cuma xtau kenapa sampai terjuloq macam tu.

Bibie Karim said...

Kay: Aah. Kalau malam katanye ramailah pakpak Arab kacak lepak menshishakan diri. Tapi aritu yang melepak cumalah pakpak kertu. Pasrah. Hihi dah terbiasa panggil Ahjussi. *silalah muntah*

Bibie Karim said...

Dzuli: Ha lebih kurang sebab kawan aku yang satu flight ngan aku dari Msia tu kan gi Morocco. Dia gambar pasar tu memang sibiji. Cuma, pasar kat sana happening gak waktu siang. Siap la dia sesat dalam tu.

Huwaa aku xleh go ngan teh halia. Anything Minuman yang berkaitan halia. Tapi ayam masak halia aku suka.

Bibie Karim said...

Meng: Aah. Sibaik kan driver Pakistan tu x culik aku. Dahlah minta tambang murah, tertidur lak dalam teksi.

Unknown said...

Clap...clap...clap
Transit dua entry
Turkey punya stori harus doploh entri
Teruskan sblm roh rajin kelaut...

tintamerah_blogspot.com said...

terror ko bie pow tu driver teksi.aku imagine klu dia skodeng ko tgh makan nasi briyani..ooo, byk riyal ah!hahaha

Bibie Karim said...

Kak Sal: Hahaha clap clap eh. Over kan walhal baru transit. Tu yang malas bila da start scribbling semua lah nak dicritakan.

Bibie Karim said...

Yanie: Kedekut kan gitula. Sanggup bah kelentong Ahjussi. Alhamdulillah jumpa orang baik-baik jak sepanjang di Doha. Boleh tahan mahal bah tambang sana. Tu yang aku set fare awal-awal sebab memang dia xmau guna meter. Riyal ku bawa balik KK masih ada dalam 80. Bahahaha. Ntah apa mau dibikin tu.

Jea Mohamad said...

ni pakai kamera baru ke? lawa gambo :)

boleh bayang jalan2 waktu panas, mmg cepat mengalah, i is pon begitu :(

Bibie Karim said...

Jea: Campur2. Aku xreti guna sjcam tu memula. Banyak gambar aku blur masa kat Doha & malam sampai Istanbul tu. Rupanya pas klik shutter, xleh nak alihkan cam terus.

Kan panas jadikan kita rimas, kan? Dah lah sebenarnya ngantuk. Perang dengan jet lagged lagi.

Ish said...

Binaan Souq Waqif tu is like Arabian traditional market walaupun berada di tengah city...Nice.

Wow! Nasi briyani ayam super duper mahal tu, tapi of course portion dia besarkan? Tapi pelik juga sebab Qatar negara Islam, patutnya makanan halal murah. Maybe sebab kat airport kot. Aku pernah makan Nasi Ayam harga kat RM50 kat HK. Lelap mata aje bayar sebab dah lapar sangat.

Qatar Airlines...how the service & food dia? Waitress cun? hahaha...

Miss Nazla said...

kalau aku jd ko dalam teksi tu sure panik. Arrival ke departure. mana nak ikut logik time tu. Dan nasib baik sungguh ahjusshi tu baik nak offer hantar pergi new airport terus.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Pi sol0...Selamat berpuasa...

Bibie Karim said...

IS: Memang ala Arabian traditional market kot. Nampak market kat Morocco kawan upload haritu. Ala2 gak.

Mahal! Serba serbi mahal kat Qatar sebab gaji diorang mahal. Ada Malaysian aku jumpa masa balik dari Istanbul, dia kerja kat Doha. Salary rm10k is nothing kat Doha. Gitu!

Service tip top. Food lagilah. Kenyang aku dalam flight sebab asyik makan je. Janganlah panggil waitress hihi. FA cun, and friendly macam FA MAS gak. Ramai Msian pun keje ngan QA.

Bibie Karim said...

Nazla: Nak panik tapi tengok masa ada 3-4 jam lagi so aku buat gaya cool. Masa ni lah juga aku menyumpah diri sebab x roaming kan fon. Ceh macam selama ni pernah roaming pula kan bahahaha. Dia mesti la baik sebab dia suka Malaysian kan. Gitu yakin.

Bibie Karim said...

Abang MKL: Aah gi sorang. Selamat berpuasa juga.

Ernie Khairina said...

sa suka tu bangunan! mcm2 juga sana grand baazaar kan? proud to be malaysian hehe

Bibie Karim said...

Ernie: Cantik kan. Senibina dulu kala juga diorang kasi kekal sampai sekarang although banyak renovation dorang buat. Hihi lebih2 kurang jugalah.

DJ said...

motif kat doha pun nak berahjussi bagaikan....hehehe untunglaaa dapat abg paki yang baik hati...tak dibawaknya ko lari bila ko membuta dalam teksi dia...hehehe

Unknown said...

DJ: Bahahaha kenalah ingat 'identiti' diri senantiasa. Ko harus faham. Untung lah kan xkena culik. Kalau x, merasa lah juga melepak kat Pakistan. Sobs.

An said...

Bie p solo ka?? salute!:)

Bibie Karim said...

An: Ampun An baru nak reply, nak dekat setahun lebih hahaha. Aah pi solo.