23 March 2015

Winter Trip with Family - Last Day in Seoul

Assalamualaikum. 안녕!

Last day in Seoul! Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Sobs. Sayu jak muka masing2 pagi tu. Atau aku sorang jak yang berperasaan gitu. Yang lain sebenarnya ndak sabar mau balik Malaysia; boleh makan ayam puas2 tanpa rasa ragu.

Before check out, aku message Mr Joungtea passcode pintu rumah. Satu kerjalah pula Ahjussi tu mau masuk rumah sendiri kalau aku ndak kasi passcode tu. Pastu adalah sikit buah tangan kami dari Sabah yang kami bagi sama dia. Aku letak atas kitchen counter jak. Berserta note kecil. Tulis belakang resit pula tu; sungguh ndak senonoh kerja si Bibie. And I'm glad Mr Joungtea likes the gift we gave him. Haruslah dia cakap suka kan, apa punya teruk kalau dia cakap

"I tak suka lah gift korang tu, cliche sangat."

Kami memang ndak plan pi mana2 pagi tu eventhough flight balik Malaysia adalah jam 425pm. Jalan beramai2 ni kena selalu beringat faktor masa. Tugas aku pagi tu, masak segala barang basah yang ada. And also vacuum rumah. Haritu host bagi rumah dalam keadaan tip top bersih, haruslahkan 'return' pun dalam keadaan yang sama. Orang berbudi, kita berbahasa. Kaitan? 

26 January 2016
Seoul
# Last day in Seoul.
Semua macam berat hati untuk keluar dari rumah pagi tu. Macam ndak percaya. Betulkah sudah 'berjimba' selama 9 hari di bumi Kpop ni? 
As usual, naik airport bus. My first time naik subway pi airport last autumn, is definitely my last. Ndak sanggup aku mengangkut anak gajah turun naik subway. Menapak untuk transit train pun satu kerja hazab juga. 

Sampai airport, parking trolley...trus the three sisters hilang dari pandangan. Mau explore Incheon Airport katanya. Pastu bila kaunter check in buka, aku seteghes. Sudahlah lupa suruh Bunda connect wifi airport jadinya memang tiada cara to communicate with them. Luckily tengah queue tu, diorang muncul. Terus ndak jadi darah mendidih. Mampu mau didihkan darah sama the three sisters? Silap2 kau yang jadi daging salai Bie.
# Long queue but it only took less than 10 minutes for me to dropped our luggage.
Talk about super efficient & super fast work! Hands down.
# Meal on board.
First time gigih masak dari rumah & tapau untuk bekalan dalam flight. Walhal mau habiskan stok barang mentah di rumah sebelum check out. Beli telur sampai 1 carton; macam mau tinggal 2 minggu di sana kan.
Flight departed & arrived on time. Alhamdulillah, semua landed KLIA2 in one piece. Aku ndak tidur sangat dalam flight sebab dapat seat nun di belakang. Second last row! Nasiblah turbulence ndak berapa terasa malam tu. Lagi pula ada dua budak kecil belakang aku, yang super bising & asyiklah tendang kerusi aku. Macamana si Err mau tidur lena kan. Tu yang sampai ter-beli in-flight meal. Nasib Adek belanja. 

Landed di KLIA2, memang tabah bertapaki dari arrival gate pi claim luggage area. Masa ni memang semua muka penat maksimum. Di Seoul bukan main lagi kan siap berlari naik tangga. Sampai Malaysia, lembik selembiknya. Naik Skybus dari airport pi KL Sentral. And cousins (Ezza's brothers) fetched us up. Maka berakhirlah sudah winter trip with family! Thank you sebab sudi join aku balik kampong. Thank you bersabar sama aku; walau most of the times itinerary yang aku buat memang mencabar minda+fizikal. Except rail bike; itu aku dera diri sendiri. 

Bunda, Aunty & my two cousins balik KK City the next day. Whilst me? Ada another getaway with my girlfriends. Ni trip yang 'bangun awal pagi tengok web Airasia ada sales terus beli tiket untuk semua prior asking their opinions'. 

So, untuk conclude trip ni...aku pun kunun rajin sharing budget. Budget ni excludes makan (~RM 400.00) & shopping. Peringatan lagi sekali, financial management ni depends on individual. Lain orang, lain cara diorang spend/manage their moolah. Sekian.

18 January 2015 - 26 January 2015
  • Flight Return KK-KUL: RM 90.00 
  • Flight Return KUL-ICH: RM 692.00 (include luggage 20kg+25kg return)
  • Accommodation: RM 491.00
Total: RM 1,273.00

  • Airport Bus Return ICH-Seoul: 20,000 KRW 
  • TMoney Reload: 30,000 KRW
  • Pocket Wifi: 15,840 KRW 
  • Everland: 37,000 KRW
  • Nami Island: 8,000 KRW
  • Bus Return Seoul-Hwacheon: 18,500 KRW
  • Hwacheon Ice Festival & Ice Illumination Plaza: 10,000 KRW
  • Gangchon Rail Bike Rental: 10,000 KRW
  • Cable Car to Namsan Tower (one way): 6,000 KRW
Total: 155, 340 KRW (~RM 497.00)

Exchange rate 1,000 KRW = RM 3.17

Total Damage: RM 1,273.00 + 497.00 = RM 1,770.00

Sebenarnya aku budget dekat RM 2,000.00 juga sebab kunun mau pi Yangpyeong Ski Resort & Jeonju Hanok Village. Tapi cancelled sebab dua hari terakhir di sana, diorang request untuk jalan2 sekitar Seoul jak.

Oklah budget ni aku rasa. Yang penting semua pun bergumbira.

eryantierdabdulkarim

32 comments:

Azra said...

bajet ke korea ni, kalau tak shopping, mmg reasonable sangat ... yg buat jadik poket kempis tu bile mate terus jadik $$$$$ bile masuk kedai2 cosmetics tu semua

dzuchan said...

okey..ada perbentangan bajet. I suka sebab nak buat benchmark. Aku cadang taknak masak2 pun sebab just 4 full days. so kena la enjoy Korean cuisine puas2 kan hehe. I think my spending akan banyak pergi dekat entrance ticket sebab semua attraction wajib rasa nak pergi (tamak)

HaFizaH aYu said...

Bab2 bajet la susah..bw duit sikit kang menyesal plak blk mesia sbb xshopping puas2 tambah2 pi myeondong,kang bwk byk kang abis cmtu jer duit hahaha

Bibie Karim said...

Azra: Kan. Lagi kalau aku xmasuk Everland tu memang dah banyak boleh reduce. Part belibelah kat kedai kosmetik tu xdapat disangkal lagi!!

Dzuli: Trip kali nilah paling banyak keluar duit untuk makan kat luar. Sibaik sharing is caring masa bayar tu. Selalu aku bajet sehari RM 20-30 je untuk makan. Pulun siap2 breakfast free kat hostel haha. Ala ko firstime gi kan, haruslah tamak semua nak masuk wei.

Miss Nazla said...

Aku tetap nak terasa dengan ayat ko "lain orang, lain cara dia spend duit"


blahla bibierrrrrrrrrrrrrrrrr

btw, transfer dari Incheon Airport naik subway ke Gimpo Airport pun aku dah rasa sengsara bawak luggage AF

liza said...

Wow...dpt less than 2 ribu....tahniah! Hihihi

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Setiap yang best mesti berakhir...

Unknown said...

Hafizah: Haha dilema betul kan. Tapi sibaik setakat ni memang xpernah kacau lagi duit 'ejemensi'.

Naz: Wakakakakaka alah janganlah suruh aku blah kan. Betul apa. Kang kalau ikut bajet orang, ko lak x enjoy with ur holiday. Jauh wei transfer train masa kat Hongik aritu. Nak nangis.

Liza: Hihi terima kasih. Kalau x kerana bingai sendiri terlupa print out booking wifi, mesti rental lagi murah. Haritu terpaksa bayar ikut walk-in rate. Sobs.

Unknown said...

Abang MKL: Yang xbest pun xselamanya xbest, kan. Hihi.

DJ said...

Huik abes dah.aku yg dh pi lama nz pun xabes lg.waaaa lembabnya akuuu...

kay dolce said...

Bie, murahnya tiket KUL-ICN u tuu *_*

Best baca travelog Korea Bie ni, nanti kalau saya tgh meroyan nak ke Korea, akan saya dtg terjah sini lagi ;D

Mie said...

Dah boleh plan lagi bila nak balik kampung...hehe

Bibie Karim said...

DJ: Buat pertama kalinya aku cantas ko kan. Yahuu! Tapi logik ah ko banyak aktiviti kat NZ tu kenala cerita details untuk tatapan kitorang yang xsampai lagi.

Kay: Murah lagi sebenarnya tu tapi sebab nak tunggu confirmation ahli lain tu yang jadi mahal. Tau lah AA kan pantang lambat sedetik huhu. I love reading ur entries too. Boleh mengimbas memori plus dapat new info. And new friend as well.

Mie: Hahaha buat masa ni kena put on hold dulu plan nak balik. Insha Allah resume semula next year. Semoga tabah hati tengok tix murah.

mrs said...

kalau cosmetic sama everland aku reject sure aku banyak duit lebihan kan!

Ish said...

La....Dah last day ker? jelous aku ko dapat tukar 3.17, aku tukar aritu 3.30. Tu bila nak shopping kena budget2 sket..huhuhu

Seronok baca coretan ko bie. Ada tmpat2 baru yg aku kena explore jika pergi lagi nanti. Review pasal tmpt makan mmg best.

Bibie Karim said...

MS: Hahaha korang ada gi Everland eh haritu. Tapi betul memang banyak boleh kurang if xmasuk tempat berbayar. Aku ni sebab bawa firstimer kan.

IS: Aah dah last day. Kejap je rasa. Xnak balik je haritu, tapi mengenangkan ada trip lain 2 hari lepas tu so redhalah. Normally kan aku tengok rate kat KK ni lagi murah dari kat West. Untung gaklah dapat 3.17. Pastu aku memang xtukar sebab banyak balance dari trip lepas. Hihi thanks sudi baca coretan aku ni. Kalau ada ayat xfaham tu, buat2 'pass' jelah eh. Aku selesa bercerita guna slang aku hihi.

Nanatron said...

mmm statement makan ayam puas-puas tu sememangnya satu dendam rindu kalau pulang Malaysia. Aku biasa nak AYAM GORENG!!!! ishk lapar sudah nih...

RynFeruzRasid said...

hi bie...kalau kat kk, bie biasa tukar kat mana...travel partner ni nanti fly dr kk...kot2 boleh share tempat tukar tu..hehe..tengs bie!

Bibie Karim said...

Nana: Hahaha tu statement cousin aku sebaik landed. Yeah, boleh makan ayam di mana2. Mensampah aku dengar.

Ryn: Selalu tukar kat Wisma Merdeka. First akan tengok kiosk kat depan Triumph (Ground Floor). Pastu compare ngan yang kiosk kat sebelah Guardian. Normally memang dapat murah kat first kiosk tu.

Unknown said...

saye suke bce blog aka psl Korea nie ! Sye nk g sne jgk bln dpn, byk reference sye ambk dri sni. Thanks kak ! Btw, sblm sye g sne, perlu x sye ambek suntikan vaksin ? Sbb risau jgk byk pyakit skrg nie

Unknown said...

Gummy: Wah ni nama macam penyanyi Gummy tu. Hihi. Thanks for reading. Akak xpernah lagi amik any suntikan vaksin prior my travel. Tapi kalau rasa nak amik, xde hal. Just in case kan like u said sekarang ni banyak penyakit.

Radin Fadli said...

Bibie kalau bag gajah warna kuning tu lepas eh masuk ke dalam kapal terbang? tak payah check in luggage? hahaha rasa macam banyak kali tanya, cuma saya tak cofident saja hehehe. Total damage 1700 tu, kalau bagi tahu orang mesti orang ndak percaya kan? tapi rate sekarang dah melampau 3.5 aritu check aduyai....

Miss Pija said...

Less that rm2k?Wahh...ini sangat best. Tak sabarnya saya nak pergi Korea. hehe. Next month je. Memang bookmark blog akk la sekarang ni :)

Bibie Karim said...

Radin: Gajah kuning yang sepupu saya bawa tu kan? Beg tu memang bawa naik cabin. Dari Malaysia pun camtu gak. Alhamdulillah lepas je. Memang RM 1,700 tapi xmasuk makan. Kalau include makan+shopping around RM 2,000 gak ler. Sibaik haritu memang xtukar duit pun sebab guna balance dari trips lepas. Kat KK sekarang rate 3.3-3.4 paling tinggi saya pernah nampak.

Bibie Karim said...

Fiz: Less than 2k kalau makan or shopping xmeriah sangat. Wah next month dah nak gi eh. Ok, jeles. Haha. Xleh dengar orang gi sana mesti poyo nak jeles bagai.

QueenZ said...

Salam. nak tanya. pocket wifi tu macam mana nak book eh?

Bibie Karim said...

QueenZ: Isi form kat link bawah ni. And make sure print out or save kat fon. Nak pick up nanti just tunjuk kat diorang else nanti kena rate walk in, mahal melantun.

http://roaming.kt.com/renewal/eng/reserve/reserve.asp

Hope this help.

hamqih's world said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Bibie Karim said...

Hamqih: Modem tu boleh secure with credit card juga if xnak bayar dep 200k. Diorang xkan charge cc tu pun.

Unknown said...

hi bibie....terjumpa blog ni and igt mau buat as my reference utk trip ke sana nanti....nk tau kat mana stay ek?? cube carik dlm ur blog tp x jumpak....sbb ktrg plan mau amik guesthouse yg ade private kitchen...senang mau main masak2...heheh

Bibie Karim said...

Nik La: Stay dekat area Jong-no. Few minutes walking from Myeongdong. Booked via airbnb. Saya ada buat entry pasal accommodation tu.

http://eryantierdah.blogspot.my/2015/03/south-korea-ok-vill-house-seoul.html

s@kur@_Ch@n..haiyahh.. said...

hi, bibie..
me & my 2 friends akan ke korea next year.blog u ni jadi reference yang sgt bagus untuk kami.thanks for sharing..tapi saya nak tanye banyak bende , boleh ke saya personal emel bibie..;)