Perlu mula sesi muhasabah diri
dengan lebih giat & jitu
Rasa macam mau muntah darah
beribu kilo punya berat
lepas baca latest entry si KM
Site dia ni memang favorite aku
Selalu aku tunggu update dari beliau
Walau dia tu menjawab soalan orang
tapi seringkali jawapan dia tu
umpama kapak yang dibaling
melayang terus jatuh terpacak
atas kepala aku
Maka retaklah tengkorak
berhamburanlah otak
Banyak benda terjadi satu dua menjak ni
Kadang tu ada rasa mau kurung diri
biar orang lupa kewujudan aku
Ujian di bulan penuh hikmah ni
kalau dapat diharungi dengan sabar
harus syurga balasan di 'sana'
Habis jak Ramadhan
berkeliaran balik si laknat jahanam
baru masa tu
iman main game see-saw
kedudukan jadi berubah2
Aku ndak pernah bosan berdoa
supaya hati aku jadi kuat
jadi tetap jadi kejap
dengan apa yang aku percaya
Niat mahu berhenti mengeluh
mahu bersuara hanya bila perlu
mahu itu mahu ini
Tapi alasan ndak pernah habis
Hmm
betullah apa si KM cakap
bukan ndak tahu dosa pahala
bukan ndak tahu apa salah apa betul
bukan ndak pernah belajar
bukan ndak pernah dikasitau
bukan ndak tahu mengasi beza
tapi cahaya untuk dapat melihat
sudah jadi malap...
sudah jadi kelam...
sudah jadi mau ndak mau jak menyala...
Aku mungkin tahu mana silapnya
mana titik mula semua itu
juga tahu cara untuk mengasi lurus
apa yang bengkok
apa yang ndak ngam
sekali lagi...semua tinggal harapan
kalau hati dikasi biar jadi gelap
kalau cahaya itu ndak dicari
Tinggi mana ilmu
Banyak mana hukum hakam dalam kepala
Memang tiada hasil
Kalau hati masih pilih untuk berjalan
dalam lorong yang gelap
Sedang orang buta pun tahu cari jalan
kalau berkali diorang lalu jalan yang sama
Inikan pula orang celik macam aku
Ndak kan sampai detik nafas mau berhenti
baru karau mau cari jalan yang betul
masa tu baru poyo mau cari hidayah
Hmm
itu pun KALAU Izrail mengasi amaran,
sudah sampai detik terakhir hidup aku
Macamlah mati tu pakai alarm segala kan?
Haru.
cik Err,
sila pesan banyak kali sama diri
kau itu tidak sempurna
bukan dari golongan alim
yang mana hidayah itu Allah bagi direct
Kau golongan yang perlu cari hidayah itu
Kerana dengan mencari...kau akan lebih paham
apa erti hidup ini.
Usaha lebih lagi untuk terangkan hati kau
yang makin hari makin gelap tu, ya.
Sempena merdeka, mau juga aku pasang
misi untuk diri sendiri.
Hmm...merdekakan hati dari kegelapan.
Mohon ampun dari Nya setiap saat.