14 March 2015

Winter Trip with Family - Eomoni Jib, Myeongdong

Assalamualaikum. 안녕!

Previous entry (here).

Sampai Seoul dari Gangchon pun dekat senja sudah, and perut sebenarnya sudah start buat konsert dangdut masa dalam train lagi. So haruslah, the moment sampai Seoul...semua pun mengadu lapar. And Yours Truly adalah paling lapar. Kan habis energy 'rawat' kaki cramp.

Semua request mau makan nasi. And Angah cakap mau cuci mata di Myeongdong night market. Lagi. Maka, ke Myeongdong lah kita. Bertabah jaklah transit train lagi dari Wangsimni Station & turun di Myeongdong Station.

Dalam fikiran aku cuma ada Eomoni Jib. Sebab Yooganae kan awal2 lagi kena reject masa Day 1 haritu. And Jungmu Kimbap bukan consider menu berat. First time aku pi seafood restaurant ni masa summer trip 2013. Klik link tu untuk direction. 

23 January 2015
Myeongdong, Seoul
# Belek menu; boleh baca sebab written in English katanya.
# Nampak kah betapa lapar masing.
Baru banchan (side dishes) yang sampai, terus serbu. Ndak payah tunggu main course.
# Nae sigsa. Dalsot Bibimbap.
Ini jaklah yang paling sedap aku nampak masa place order. My favourite; siap request extra seaweed flakes.  
# Main course. Aku tumpang sekaki merasa.
They ordered sambal sotong. Seafood stew. 
Paling lucu bila Angah confidently order crab in soy sauce. Sekali sampai! Crab adalah raw. Nangis darah semua tengok crab tu. Kecuali aku & Ezza. Sebab kami bantai makan; siap cicah sama soy sauce tu lagi. Nasib Angah bijak bergeliga, dia masukkan ketam tu dalam periuk stew. Settle masalah problem. And semua makan dengan jayanya tanpa rasa geli2 sebab kena telan ketam mentah. Customer meja sebelah (Chinese) yang order menu sama, heran tengok kami masukkan ketam tu dalam periuk. Apa jaklah Jiejie, janji habis segala yang kami order. Siap banchan tu bertambah 3x. Gumbira Ahjumma tengok kami makan dengan selera.

Sudah kenyang, masa untuk proses melancarkan penghadaman. Walau pun sebenarnya aku sudah rasa mau bertukar jadi ular sawa. I need my bed! 

Myeongdong kalau malam memang meriah. Aku paling suka tengok street food diorang. Setiap musim memang akan ada 'highlight' snack. 
# Yang ni pun ada di Malaysia sudah so Ezza ndaklah teruja. Kunun.
# Hotteok; famous winter snack. 
# Marketing!
Laku gila love hotteok tu. Sekejap jak habis. Walhal rasa sama jak ngan yang bulat tu. 
# Branch Jungmu Kimbap yang baru.
Jalan straight jak dari Exit 6 (Myeongdong St), kedai ni sebelah kanan. In between Innisfree & Body Shop. Aku takeaway jak malam tu, yang lain still kenyang & refuse untuk duduk lepak. Ntah perut kategori apa kau ni Bie!
# With Bunda.
Angah & Aunty sempat shopping. Paling lama diorang berkampung dalam Etude House. Ntah apa jak yang ndak cukup. Si Err sempat rembat beg 4-segi. Famous ok dalam Kdrama. Jadi, tripping harus!
# Cuteness!
Walhal jual waffle aiskrim jak pun.
# Myeongdong memang senantisa meriah. Especially malam.
Sempat juga beli strawberry berbungkus2 sebab the little cousin adalah hantu strawberry. Makan non stop! Malam tu balik rumah berwalkertapaki jaklah. Semua pun macam ndak kelaratan untuk turun naik tangga subway lagi. Baguslah kan, exercise sikit bakar lemaks degil. 

Tapi sesungguhnya aku paling sengsara. Menahan kaki nan perit. Malam tu aku tidur paling awal. I asked Ezza to take over the laundry job. Nampak kan betapa si Err penat tengok orang mengayuh. And according to Ezza, aku tidur paling 'bising' malam tu. Bukan jak bunyi enjin motorbot rosak. Bunyi musical box pecah pun ada. Gitu kan gigih mengutuk aku. 

Sobs. Bila ingat balik betapa pintar & kondifen fit nya aku untuk naik bike tu...rasa mau duku kepala sendiri pun ada. Ndak apa, pengalaman katanya. Dapat tengok Gimyujeong Station yang klasik apa! 

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , , ,

18 hollered!:

Azra said...

Bie, cemane nak order takeaway Chungmu kimbap tu? ahjummas tu paham tak kalau cakap takeaway? ke kene berbahse hangul gak?

Norharyani Sanusi said...

Hahaha..ketara betul penat ko bie mengayuh!

Bibie Karim said...

Azra: Aku masuk tu, terus tunjuk arah keluar kat Ahjumma. Dia lak yang tanya "take away?" Hahaha. Dia dah tau kot sebab kedai tu xbesar macam yang ko gi aritu.

Yanie: Penat ok! Berdengkur macam apa jak kazen ku bilang.

anakomak said...

Jungmu kimbab... ala asal lmbt no kuar entry ni... nk jgk merasa.....aishh

kay dolce said...

Cik Bie, tgk gambar2 u ni buat saya rindu Myeongdong! Saya pon sangat suka tengok2 gerai dekat Myeongdong ni, walaupun xada benda yang nak dibeli, tetap gagahkan kaki ke sini sebelum balik hotel.

syieda said...

Matiklah kalo aku gi solo sana. Mestilah aku ari2 puasa.

BIBIE KARIM said...

Ako: Itu tanda memang kena repeat lagi ah kan.

Kay: Memang rindu. Seoul pun dah macam berhantu. Asyik2 nak balik je. Kuar je dari epot, tarik nafas dalam2...terus rasa sentimental giler kan.

Syieda: Ko xmakan seafood ke Merengmate. Ala xmakan seafood xpe, ko jadi ah vegan.

DJ said...

weiii dasot bibimbap tuuuuu menggoda!hahaha berapa ko makan sini bie..mahal tak?

eh chungmu kimbap ada new branch?so ko nak suggest aku pi makan branch yang mana ni...hehehe

Jari Manis said...

perut buat konsert dangdut di Korea? hahaah...lapar betul tu

ahaks...bijak angah...kalau x biasa mkn raw mcm tu boleh muntah lah haiii

love hotteok lebih cepat habis dari yg bulat? nampak! presenting tu yg penting :-)

dah copy direction ke Eomoni Jib..harap2 HALAL kan lah ye (mood mengada) ahaahah

mrs.smile said...

aku suka myeongdong! tak beli ape pun takpe janji aku boleh jenjalan kat situ

Bibie Karim said...

DJ: Fav aku tu bibimbap. Nak lagi kalau banyak seaweed flakes. Aku xingat dah berapa tapi around 120k KRW lah juga. Standard ah kan makan kat Seoul.

Jungmu yang ni lah aku suruh ko gi tu. Senang. Xde corner sana corner sini. Lurus je dari Exit 6, then kedai ni belah kanan ko.

MS: Memang best. Aku suka je jejalan sini walau bukan kaki shopping pun.

Bibie Karim said...

JM: Memang lapar sangat. Penat tau. Bb boleh makan je ketam raw tu haha. Perut universal kununnye walhal durian xmakan pun. Hihi amik jelah direction tu. Memang niat sharing pun tu yang tulis kat blog ni. Kedai tu tersorok sikit tapi senang je nak cari sebenarnya.

Ishraki Shah said...

Cam sedap aje seafood stew tu..nyum2.

Masa jalan kat street area Myeongdong, nampak few stall jual Hotteok tu tapi ndak tau pula Halal di makan. Apa isinya ye?Sekali tengok macam 'roti boom' pun ada.

Last2 beli sotong bakar aje. Puas hati sedap & banyak.

Bibie Karim said...

IS: Memang sedap sangat. Terus imagine ala2 makan cam dalam KDrama tu. Poyo sangat. Hotteok tu inti dia kacang, gula & cinnamon. Kat Busan inti dia kuaci. Beli bila dia jual hotteok semata kalau sekali ngn tteokbokki or stew tu semua memang xbeli ah. Sotong bakar memang xleh masuk, haritu try yang kawan punya. Dan2 tu terkeluar balik. Sobs.

Miss Nazla said...

meroyan part 3.

Bibie Karim said...

Nazla: Ha royan part 4 lak lepas ni eh.

kay dolce said...

Bie, saya dtg terjah balik entry ketam mentah ni haha Ketam tu sedap kan?! Ada satu kedai sepecialty dia ketam ni dekat Garosugil tu tau. Sedap sangat! Saya lupa nama dia, nanti saya korek notes balik ya.

Btw kan, kedai Bie makan ni dekat lorong sempit yg ada banyak kedai mkn camni ke? Saya rasa Busan Gib yg saya mkn tu dekat2 ngan kedai Bie pergi ni.

BIBIE KARIM said...

Kay: Ketam tu sedap sangat tapi xsempat ambil gambar, chopsticks dulu yang hangkut ketam2 tu. Haha nampak sangat kebulur kan. Sebenarnya xleh nak makan seafood sangat sebab alergik tapi bantai gakler. Tu pun Bunda dah bagi lirikan manja suruh beringat.

Rasanya Eomoni Jib ni sebaris je ngan kedai Busan Gib yang awak gi tu. Sebab ada 2 kedai lain sebelah kedai ni. Dia kat lorong sempit gak. Masuk kanan bila nampak kedai Frisbee.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑