Shoot

Shoot

17 January 2015

Liburan Day - View on board Argo Parahyanan (Jakarta-Bandung-Jakarta)

Assalamualaikum.

Sambungan dari sini.

Ni bukan sambungan cerita last entry. This time, aku update some of the pictures yang aku sempat snap on the way from Jakarta to Bandung; and vice versa via train. 

Jom cuci mata!

24 Ogos 2014
Jakarta - Bandung
# Semua sila berhenti bila palang diturunkan. Keretapi lagi mau lalu. 
# Walau tiada palang, semua kena berhenti. Hormat train please. 
# Before jumpa segala pemandangan yang hijau, inilah sebahagain dari common view throughout the journey. 
# Sebenarnya view macam ni selalu jak aku nampak di KK. Specially area yang memang ramai orang dari Indonesia & Philippines.
# Masuk area hijau. Memang damai.
# Sawah padi, walau kecil jak tapak...tepi railway pula tu. 

27 Ogos 2014 
Bandung - Jakarta
# Remind me of the terrace paddy field at Tegalalang, Ubud. 
# Green...green! I like. 
# Bawah tu adalah sungai; cetek tapi berbatu-batan super banyak. Ni bukan yang paling tinggi, ada lagi satu landasan yang lagi tinggi tapi aku ndak sempat ambil gambar. 
Nanti aku update kesinambungan cerita last entry. Mana aku lepak petang tu. Layan sunset sangat.

eryantierdabdulkarim

16 January 2015

Liburan Day 5 - Bandung to Jakarta via Train (Agro Parahyanan)

Assalamualaikum.

Sambungan dari sini

27 Ogos 2014
Jalan Riau, Bandung

Last day in Bandung. Bangun awal to say my goodbye; safe flight wish to Ms C, Ms P & Ms L. Diorang balik Malaysia hari ni. A day early than Ms N, Ms Y & I. Lepas tu aku sambung tidur. Check out time is at 11am. We still have plenty of time untuk membuta before breakfast.

Aku bangun balik & get ready lebih kurang jam 10am. Before pi Bandung Stasiun, perut kena isi dulu. Train to Jakarta will depart at 12pm. Dari hotel aku naik teksi jak. Jadi orang ado2 kalau di Indonesia. Duit juta-juti tu yang redho jak naik teksi banyak kali.
# Breakfast last day
Apart from my favourite bubur nasi tuang sup ayam. Jadi al-Western sikit hari ni.
So lepas breakfast, naik bilik ambil beg. Pastu turun pi lobby dengan jayanya. Tengah check out, dapat message dari Ms N. 

"Kak Bibie naik cepat, kang nyesal ke sudah." 

Siap bagi hint ok. Tapi aku tetap maintain blur. Suddenly Ms Y muncul di lobby holding a box. Masa tu baru perasan bingai si Err. Baik punya perangai kan, tertinggal kotak Kartika Sari di bilik. Paling cun tahap lupa aku haritu. Kalau lah minah berdua tu check out dulu dari aku, memang selamat tinggal lah segala brownies & bollen aku. Sudahlah one of the mission pi Bandung pun untuk 'borong' KS. 

Lepas hugs + kisses Ms Y, aku pun naik teksi yang memang sedang tunggu aku depan hotel. Naik teksi yang ada sticker 'tambang minima 15, 000 IDR'. Driver tu tau aku dari Malaysia. Obvious kah? We had quite a good chat on the way to Bandung Stasiun. Dia siap minta not RM untuk kenang-kenangan. Aku ni memang plan mau bagi dia RM 10 once sudah sampai. 

Tapi?? Cancelled! Sebab masa mau bayar tambang tu, aku nampak laju tangan dia pi set meter tambang back to asal. Pastu dia charged aku 25,000 IDR! Walhal di meter aku nampak tambang cuma 8,000 IDR. Since teksi ni ada sticker tambang minima tu, aku kena redha bayar 15,000 IDR. Tapi driver tu ada hati mau hisap aku! Ingatkan lepas kejadian di Brunei, I'll become wiser. Cilake betul. Malas mau argue, aku bayar jak tambang yang dia mentioned. And not RM 10 tu aku simpan balik dalam poket jeans. Sila teruskan bermimpi untuk dapat not kenang-kenangan dari aku wahai taxi driver. Lepas bayar tambang, aku ambil beg...terus menonong jalan masuk stesyen without looking back. U can blah now!
# Greeted by a stewardess at the platform.
Aku direct pi platform sebab malas mau lepak di waiting area. Lagipun train memang sudah sampai & passengers pun sudah boleh naik if they want to.
# Agro Parahyanan train
# Jakarta-bound.
Tiket dari Bandung to Jakarta was slightly expensive than the one from Jakarta to Bandung. More info about the train schedule & ticket purchase, boleh refer sini
# Stewardess on board
Diorang ni akan ambil order meal each passenger in the executive coaches. Ndak perlu jalan pi cafeteria. Menu ada di tiap seat so boleh lah tengok & decide before stewardess ni datang.  
Based on my first train experience in Indonesia few days sebelum tu, aku memang ndak plan untuk menjamu perut dalam train. Rail track adalah ndak rata, sometimes track nun di atas bukit. Pastu tengok bawah, al-curam. Takut jak kalau aku makan, confirm akan terkeluar balik semua makanan nanti. So sebelum cipta drama dalam train, elak lah benda yang boleh elak. 

Sepanjang 3 jam journey tu, selain layan view aku sempat layan Kdrama. And update blog. Bila kepala start rasa pening, aku off semua aktiviti meninguk skrin hp...and aku pilih untuk tidur. Kasi rehat mata & minda. 

Arrived Gambir Stasiun as scheduled. Dari sana, terus ambil teksi yang parked depan building. Should I know teksi yang ambil dari dalam station will cost me extra 5,000 IDR (charge parking teksi dalam terminal), I would walk out from the station & hail a taxi from the side of the road. Ok, benda ndak sampai RM 2 boleh mau berkira kan.

Jakarta
# Blue Bird taxi; pilihan dulu kini & selamanya?
Siap ada GPS tapi driver tetaplah ndak tau exact location hotel yang bakal aku duduki. It's a new hotel he said. Tapi terima kasih sangat sebab dia ndak give up cari hotel tu. Aku just mention hotel tu depan ITC Mangga Dua, kira narrow down jugalah kan kawasan pencarian. Alhamdulillah, tanpa sesat...sampai hotel dengan riang ria. Just opposite the road from ITC pun hotel tu. Memang paling terbaik punya location.
Aku minta diturunkan di tepi jalan jak. Kesian kalau suruh driver tu masuk dalam lagi. Bukan jauh pun hotel tu dari jalan besar. Check in sangat smooth walaupun at first aku risau juga kalau Agoda cari pasal. Pernah aku dengar kes, credit card sudah kena charged untuk room rate. Bila sampai hotel, nama ndak da dalam sistem untuk check-in. Kiranya deduction ada, tapi hotel nan hado. Pastu neither hotel nor Agoda mau bertanggungjawab. Luckily nama aku ada dalam sistem masa check in tu. Alhamdulillah.

Masuk bilik, rehat lebih kurang...pastu aku bersiap untuk keluar balik. Perut sudah bergurindam. Dalam teksi tadi aku sudah nampak rumah makan Nasi Padang sebelah hotel. So tanpa fikir panjang maka ke sanalah aku menjamu perut.
# First thing first!
Makan. Tengok lauk yang super banyak, perut yang lapar jadi lagi lapar. Pastu nafsu lapar arah hati untuk kaut semua lauk yang ada. Nasiblah otak masih berfikir waras. Ambil yang berpatutan jak lah, sesuai untuk bilangan perut yang dijamu. 
Lepas lunch (yang super duper lewat), barulah pelancaran misi. Tahan teksi depan rumah makan. Mula tu aku plan untuk jalan kaki jak. Tapi biasalah, bila perut sudah penuh...mata pun automatik layu. Kaki pun malas menyumbang tenaga. Masa keluar dari rumah makan tu, aku actually sedang menimbang balik plan. Untuk teruskan misi...or balik hotel untuk membuta! 

Tapi kata hati ndak sync dengan kata minda. Fuh! Tangan sudah pun laju suruh teksi berhenti. Dalam teksi, aku berfikir lagi. Mau lepak di Kota Tua...or layan sunset di Ancol. Haish payah betul lah kalau masa limited tapi tempat aku mau pigi bersana-sini. 

Pakcik teksi pun bingung sama aku. Kejap Ancol, kejap Kota Tua. 
# Kalau naik bajai...pastu tunjuk fickle-minded sama driver bajai, harus kau kena tendang keluar dari bajai kan Bie! 
So, ke mana si Err lepas jamu perut? Nanti aku continue. Ngeks.

eryantierdabdulkarim

13 January 2015

Liburan Day 4 - Kartika Sari / Amanda Brownies / Paris Van Java

Assalamualaikum.

Sambungan dari sini

Kartika Sari ni actually aku yang paling excited sebab antara misi repeat Bandung pun sebab brownies dari KS. Last time aku borong Amanda Brownies...yang dari KS aku beli sikit jak, tu pun main rembat masa di airport. This time, aku memang sudah pasang niat untuk beli a.k.a borong sebab berjaya bawa keluar sebiji kotak dari KS. Masa ni juga aku baik hati terima kiriman orang. Alang2 aku memang mau beli, jadi terima jaklah pesanan. Lagipun bukan orang lain, close friends.

26 Ogos 2014
Kartika Sari
# Masuk jak terus harum semerbak.
Aku memang suka bau cake & brownies. Enough said.
# Super wide store
Kakak baju merah sampai terduduk mau pilih kerepek.
# Brownies & cakes
Bersinar mata aku nampak benda ni semua. Sweet tooth like moi memang ndak kan senang hati selagi ndak beli. Walau sepotong. Ms G boleh sokong statement aku ni. Haritu di Bangkok, dia siap tanya..."Perut ko ada simpan tong extra ka untuk kek?"
# Kerepok kerepek
Yang ni aku kureng gemar. Ambil, letak, ambil, letak...lastly memang ndak beli. 
Di KS ni juga ada surau & cafe. Tingkat atas ada kiosk yang jual baju Gurita. Aku rasa baru sebab dulu aku tau Gurita cuma ada satu kiosk jak, di Cihampelas Walk. Aku berjaya beli few brownies, almond cookies (my favourite!!) & bollen cheese + pisang. Pastu untuk purchase more than 450,000 IDR boleh request untuk letak bungkusan tu dalam kotak. Ada kaunter khas yang akan tolong kita wrapped kotak tu. Siap ada pemegang gitu.
# Them L-R Ms N, Ms Y, Ms P & Ms L
Lepas snap gambar ni, Ms C tarik muncung. Merajuk sebab ndak panggil dia join bergambar. Siapa suruh sebok sangat sama Iman kan! 
Settled di KS, Iman bawa kami pi Amanda Brownies pula. Mula tu ada niat juga mau beli sebiji dua. Tapi bila tengok expiry dates; terus batal niat. Mostly akan expire in two days. Kalau beli sekotak pun belum tentu akan dapat kasi habis. So selamat tinggal Amanda for now. Insha Allah kalau ada sesi repeat Bandung, nanti aku singgah & make sure akan beli. Untuk senarai outlet KS sila refer sini

Amanda Brownies
# Luas
I wonder macamana diorang boleh survive in this business. Almost all products in the store akan expire ndak lama lagi, banyak pula tu. Dapatkah diorang jual. Or akan sedekah. Hmm, aku memang pemikir.
# Si Poyo
Gigih pegang kotak, sekali tengok expiry date...terus laju letak balik. Pasrah.
Paris Van Java

Sebab pening sangkut lagi dalam macet, kami minta Iman bawa kami pi sini. Mula tu mau ronda dalam mall tapi hati meronta minta bawa pi ngopi. Paris Van Java was the first mall I went upon arriving Bandung for the first time in 2012. Imot bawa aku buka puasa di sini. Yes, aku memang suka bercutian di bulan Ramadhan. Excited tengok flight ticket murah sebenarnya. Impromptu purchase! Aku try juga cari restoran Casa Manja tempat kami lepak haritu, tapi macam sudah tiada. Sobs, baru mau lepak sana sambil imbas kenangan.

We decided to lepak di J.Co jak. Ntah kenapa ndak survey coffee shop lain dalam mall dulu. Maybe sebab hati sudah rimas, kepala sudah serabut. Kejadian betul. Yang ni aku lepak sama Ms C & Ms P. Yang bertiga lagi, pi round mall cari barang orang kirim.
# Ngopi di Bandung
Ada jak aku simpan list 'Best coffee shops in Bandung'...tapi kali ni kena simpan buat pekasam dulu. Time constraint. Tapi kalau pegi lagi nanti memang jadi ngeteh jak lah, I've 'drained' caffeine out from my system. Alhamdulillah it's been few months already.
# Salah order
Aku ndak tau aku salah bahasa or orang tu memang salah dengar. Aku order benda lain, tapi dapat lain. Donut aku minta pun tiada. Bila tengok bil, orang tu cuma charge satu drink. And donut tu memang comes with the drink. Pi counter tanya adik cashier, siap tunjuk resit. Tapi dia confident cakap memang betul. Aik, buy 1 free 1 ka apa. Aku yang kepala serabut, adik cashier yang sampai silap. Pasrah! Mau order donut lagi, fulus sudah parah. Aku ada lagi dua hari di sana. Diorang yang lain tu oklah, esok pagi balik Malaysia sudah.
Lepak di PVJ lebih kurang sejam. Then, kami decide untuk balik tapi sebelum tu mau singgah kedai parfum. Ada satu yang ramai bloggers suggest, dekat jak dengan hotel kami. Tapi masa kami sampai tu, kedai baru tutup. Ms P paling kecewa sebab yang ni memang request dia. Demi ndak mau Ms P bersedih, Iman bawa kami pi kedai lain. Nasib masih buka. Dekat sejam juga kami dalam tu. Apa ndak, semua pun sibuk juga membeli. Kunun mau jimat duit, sekali dengan aku ikut sekali terjebak. Terpaksa guna 'duit ejemensi'. 
# Options!
Walau ndak ori, tapi bau seakan sama. Tahan seharian juga. Hebat betul hidung diorang ni, campur tiap air wangi tu untuk dapat the scent we want. 
# Us with Iman in front of our hotel.
Ni last day kami guna khidmat supir dari Hayuka Bandeong. Last day juga jumpa Iman. Bagi payment sama Iman & kami selit jajan & angpau untuk anak2 Iman. Sebenarnya ada kami beli sekotak donut di J.Co, memang niat mau bagi budak2 tu. Bak kata Ms C, rezeki kita ada share dengan orang lain. Tu yang redha makan donut complimentary with drink. 
# Dinner! Mine, 'tajaan' Ms P.
Plan mau cari makan di luar, tapi bila sudah sampai bilik...malas tiada sempadan. Mula tu aku ingat mau tidur jak lepas mandi, tapi perut non stop menyanyi dangdut. Siap main angklung & ketuk rebana bagai. So, mengalah sama perut. Maka orderlah dari restoran hotel. Nasib restoran tu tutup lewat. 
Sebelum makanan sampai, terjadilah kejadian layan Running Man dalam tandas. Perut lapar, haruslah mood akan terjun ke laut paling dalam. Rasa mau marah & telan orang jak. Al-maklum, kepala ting tong. Tu pasal sebelum jadi parah, marilah hiburkan hati nonton RM. 

But why mesti dalam toilet? Bagus kan perangai...masuk tempat syaitan suka. Tujuan mau padam api, tapi pilih port paling terbaek untuk bagi api lagi marak. Patut kena duku jak kepala aku time ni.

Alhamdulillah, api ndak sempat menjulang sebab sedang layan RM tu, Ms P message bagitau makanan sampai. Kerlas kan, makan pun mau berajak bagai. Nasiblah Ms P rajin melayan bingai aku masa tu. Maka si Err pun keluar dengan hati separa kusam. Rezeki depan mata, jangan tunjuk muka masa nanti ndak berkat. Jadi makanlah aku di tengah malam. Menu berat pula tu. Diet? Tu boleh resume once balik KK. Walhal sampai sekarang masih mentekedarah macam piranha. Choi sangat!

Lepas dinner-cum-supper, masa untuk beradu. Perut berat, memang best jak layan untuk jadi ular sawa. Lagipun Ms P, Ms C & Ms L akan balik Malaysia early the next morning. Nasib memang kerja packing ni aku laju sikit. Else menangis lah tidur lambat sebab kena packing sorangsorang.

eryantierdabdulkarim

11 January 2015

Liburan Day 4 - Pasar Baru / Gubug Makan Mang Engking, Bandung

Assalamualaikum.

*clearing throat* *clearing throat*

What happened sama misi aku untuk settlekan entries cuti2 2014 aku? Obviously, it went down straight to the drain towards the year end. Clap. Clap.

Well to be honest, ever since the QZ8501 unfortunate event I kinda lost the 'will' to continue my mission. Last entry aku buat pun untuk wish Happy New Year. Walhal ada niat untuk buat entry summary to wrap up my 2014.

Anyhow, considering ada kawan tanya details pasal Jakarta & Bandung so aku pun decide untuk sambung & habiskan cerita pasal trip ni. Pigi sana cuma less than a week, tapi buat entry panjang berjela. Tabah jaklah!

Ok lets continue where I last stopped. From here.

26 Ogos, 2014
Pasar Baru, Bandung

Tujuan hari ni adalah Kawah Putih & Pasar Baru. Iman suggested to go to Pasar Baru first. Ok, ahli jemaah setuju. Di awal pagi, terus ber-pasar. Selalu aku beli barang basah untuk cafe, kali ni terus terjah kedai kain. Kerlas! Masa kami sampai belum banyak kedai buka.

Pasar Baru buka jam 9am tapi kami sampai seawal 830am. Semangkit betul. Demi orang yang mau cari kain untuk nikah katanya. Memula Iman bawa kami pi kedai yang bolehkan dia dapat 'komisen'. 
# Kedai Kain Famous
Memang famous among Malaysian. Aku dapat tau kedai ni dari DJ sebab haritu dia teman kawan dia shopping baju kahwin di sini juga. Pastu baru perasan, cousin aku pun pernah mention nama kedai ni sama aku. But as usual lah, aku bab kedai kain memang ndak ambil port sangat.
# Yang bakal kahwin & tukang penyeboks yang terlebih excited.
Pendapat bersama haruslah diambil kira. Siaplah si Andre (thanks DJ jual nama mamat ni kat blog kau) pakaikan di patung. Supaya dapat gambaran jelas katanye! Aku yang cuma beli lace 2 jenis & kain plain 2 meter ni pun dilayan macam tu juga. Serba salah ok tengok diorang sungguh2 angkut segala kain-main tu semua. Kalau ringan ok lagi. Buatnya aku ndak jadi beli? Ndak kah akan makan sumpah seranah berbakul2
# Shopping telekung
Habis di Kedai Famous, time untuk realisasikan list aku pula. Telekung. Memang sudah aim untuk beli few for families. Alhamdulillah termakbul niat.
# Kain Sari
Yang ni pun kedai Iman recommend. Dia tinggalkan kami bertiga di sini, and pi tempat telekung tadi sebab 3 Bersepupu tu masih ada di sana. Aku cuma beli 2 set kain sari di sini. Yang kunun nanti aku akan pasangkan sama kain plain; yang aku plan mau beli di KK jak. Tapi sampai ke sudah, masih selamat kain ni semua dalam almari. Semangkit kunun fikir fashion itu ini masa membeli ni. Sampai pening mamat kedai melayan aku. Pastu aku ketuk bos kedai, minta harga murah. Dalam kes ni, memang aku amal konsep 'I want my price'. Dapatlah aku 4 meter kain sari for only 70,000 IDR (~RM 20.00).
# Turn diorang; sesi terima pesanan dari jauh.
Settled urusan, aku terus duduk. Penat aku main congak angka sama bos kedai ni. Muka sudahlah macam Jep Sepah. Pastu cakap Melayu sikit punya lurus. Aku rasa memang dia Malaysian, tapi ndak mau mengaku sebab takut kami minta diskaun lagi parah.
# Kain sulam yang famous di Bandung.
While waiting for the 3 cousins, kami lepak depan kedai ni. Iman asked us to wait here sementara dia pi cari yang lagi 3 orang tu. Kalau dia cari, and kami pun merayau...memang sampai ke sudah ndak jumpa. Bila bosan duduk menunggu Iman yang ndak kunjung tiba, aku pun merayau dekat area kedai2 yang jual kain sulam. I saw few yang menarik jiwa, tapi cancelled niat untuk beli. Malas mau ingat sebab kenapa. Tiba2 hemo.
Ntah berapa lama kami dalam Pasar Baru tu. Niat untuk beli kerepek luar pasar macam si DJ pun ke laut sebab ndak tau macamana mau keluar dari situ. Plus risau kalau aku buat peta sendiri, satu kerja lagi si Iman kena mencari aku. 

# View part of Bandung dari Lantai 5 Pasar Baru.
And sebab lama sangat di Pasar Baru, next destination terpaksa cancelled. Sobs. Kawah Putih, insha Allah kita bertemu in my next visit which aku ndak tau bila. Alaaaa ada orang tu sampai sana pun on her 3rd visit, sebelum tu macam aku juga...perap itinerary. Ngeh. Harapan untuk repeat tu tinggi tapi maybe lepas ni akan heret Bunda. 

Sebab Kawah Putih cancelled, so aku request untuk makan. Breakfast nan berat di hotel sudah tukar jadi gas. So perut adalah menangis minta diisi. Lagipun kepala aku berdenyut balik, pening or mainan perasaan. Ntahlah labu. Yang penting, soru! Bila lapar memang automatik semua mau dibaham. Macet on the way tu pun aku rasa macam patut dibaham. Mampu mau baham macet?

Gubug Makan Mang Engking, Bandung

Aku ndak tau kedudukan tempat makan si Iman ni bawa. Kalau lah dia buang kami di abandon lake pun memang kami ndak tau. Siap lah masuk jalan gravel. Amazed jugalah aku, area macam ndak famous tapi suddenly ada restoran. Themed restaurant pula tu. Atas tasik...yang air dia nan hijau. Sekian. 
# Cari gubug (hut) pilihan.
Banyak kan ikan. At first aku ingat, kami akan disuruh pancing ikan dari gubug tu. And boleh lah request sama chef; apa jenis masakan kami mau. Rupanya...semua itu imagination aku semata. Try next time Bie.
# Man made lake.
Aku gigih cari punca air tasik ni tapi gagal. This restaurant is surrounded by stoned walls. 
# Reception & cashier area...yang ada roof paling tinggi tu.
Sengaja kami pilih makan tempat jauh sikit, baru dapat feeling makan atas tasik.
# Pretty unique sink in front of the gubug (hut).
# At the backside part of our gubug.
At first memang ingat akan ada orang mendayung sampan, datang ambil order & hantar order. Tapi hakikat? Diorang berwalkertapaki juga pi gubug kami. Just like we did.
# Our gubug.
# Es cendol because Es teller is too sweet for my tekak.
Walau matahari tiada; cuaca mendung tapi bahang boleh tahan perit. Pastu peluh pun rasa melekit. Tu pasal suddenly ada rasa untuk order cendol. Ndak pernah kejadian makan nasi & minum cendol.
# Menu orang kebulur tapi save budget.
Patut ni menu untuk 2 orang, tapi share bertiga with Ms C & Ms P. Tempe & tauhu goreng are my favourites, so memang budak berdua tu suruh aku habiskan jak. Makanan kami sampai dulu, so bila makanan 3 Bersepupu tu sampai, aku ndak ambil port untuk snap gambar sudah. Khusyuk layan perut lapar.  And sila jangan tanya harga makanan. Al-lupa tapi memang berbaloi ah since sharing bertiga. Ada kali dalam RM 15 per pax. 
# We-ca before leaving Mang Engking.
Sampai car park, nampak Iman lena dibuai intan. Terus rasa bersalah mau kejut or ndak. Mula tu kami ingat mau suruh dia ambilkan group photo depan signboard Gubug Makan ni. Since tengok Iman tidur dengan penuh iman, maka kami berwe-ca jaklah. 
# Group photo. Benda harus ada kalau jalan berjemaah.
Tabahlah kan jadi photog, harus muka kau paling depan & paling gedabak.
Lepas ambil gambar ni, Iman terbangun dari tidur nan lena. Tapi malas lah suruh dia tolong ambil gambar lagi, confident semua muka 'siap' dalam gambar yang aku ambil tu. Memanglah 'siap' sangat. 

Perut sudah kenyang, jadi masa untuk jalan tengok kedai. Suruh Iman bawa pi Jalan Cibaduyut. Mau tengok barang leather katanya. Kedai si Iman bawa tu macam 'ndak siap' jak. Ntah apa jaklah barang yang diorang jual. Langsung ndak menarik minat. Kejap jak kami di kedai tu. Apart dari bosan, fulus pun nan hado *clearing throat*. Automatically mood pun ke laut juga. 

Dari Cibaduyut, kami minta Iman bawa pi Kartika Sari. Sebelum sampai, memang sangkut gilagila dalam macet. Tabah! 

Tapi demi misi untuk borong brownies, si Err tabah. 

Bersambung...tibatiba!

eryantierdabdulkarim