22 September 2012

Edisi: Draft Entry

Assalamualaikum. Annyeong.

Hmm hari ni sangat reluctant untuk turun bekerja. Rasa macam masih mau berulit sama selimut, bermanja2 sama Cafe. Tu anak memang ah, time aku rasa kemalasan paling ndak da ampun...time tulah dia trip comel baring atas dada aku. Buat muka paling mengantuk! Macam mau dikasi penampar. Kalau Sunday buat gitu aku boleh terima lagi. Boleh join beradu semula. Ini buat perangai on Sabtuday; hari untuk bekerja membanting tulang 4 kerat albeit only for halfday.

These days maybe sebab semester baru start...students super ramai datang cafe. Last week memang berabisan busy. Bukan lagi tripping ni kali ah. Alhamdulillah rezeki. Aku busy since morning till 3p jak lah. After tu aku senang lenang goyang kaki di ofis. Ngek. Tapi muscles sudah pandai menjadi stiff sekarang. Bahu pun lately suffered from frequent aches. Aku sudah tidak setangkas dahulu...umur makin menaik kan. Alasan yang boleh buang masuk longkang, sila! Koyok & Yoko2 have became my best of friends ever since the attack of these sakit sendi tulang belulang urat murat. 

Yesterday, after so many years...tiba2 dada rasa sesak. Like, ndak cukup udara berputar dalam dada. Inhaler adalah sudah lama ndak jadi kawan. Bertahun bermaustatin di dalam laci dressing table. Paksa diri bernafas depan kipas. Fuh luckily ndak semput berabisan di sana. I can’t afford to get sick these days. What’s more when we’re short of staffs at the moment. Ndak apalah, berhempas pulas sekarang nanti bercutian dengan jiwa bunga2. Barulah worth every cents earned. 

I miss spending time with myself. Ni lah kan malar terus berangan mau jalan lagi. Bestie Ernie told me back then...I will not be able to stop once I’ve started ‘my journey’. And yeah memang terbukti sudah sekarang. Berangan nonstop macam ndak da kerja lain dibuat. Free kan! Plus ndak menyusahkan orang kan. Ndak mengasi kudis. Janji aku ndak involve siapa2. Hemo hemo! To date, terlampau banyak future planning. Macam semua pun mau dikasi squeeze in a year. Terpaksa aku buat reminder tegar sama diri sendiri. 

To do thing one at a time. Setakat ni to-do-list sudah tutup rapat. Tiada sebarang penambahan dibolehkan. Bie, sila renew list ONLY when at least half have been achieved. Terlampau banyak mission to accomplish pun payah oii, nanti kurang focus. Orang bilang yang dikejar ndak dapat, yang dikendong berciciran. Hmm but for now, belum tau lagi ni apa yang aku kendongkan. Insya Allah, will sort everything out to get a clearer view soon-ish.

Yang duri2 racun2 serangga2 boleh diabaikan. Normal lah manusia, manada journey smooth berabis without all those obstacles. Paling manis hasil yang diperoleh bila semua onak ranjau berduri dapat dihadapi dengan penuh sabar. Kalau pun terpaksa tukar haluan nanti...ndak pa. Asalkan niat baik, Allah pasti tolong. Paling penting, redha & terima Qada Qadar Allah dengan hati yang terbuka. Tiada pernah Dia berikan ujian terhadap hamba Nya tanpa memberikan sesuatu nikmat yang super indah sebagai balasan.

Scribbled on Sat; published on Mon. Comel!
eryantierdabdulkarim

6 comments:

Anonymous said...

1st time sa nampak post ko yg skema mcm esei...wakakakakka -supercute grunge

kizzy t.fauzi said...

haha baru mengaku tua ka? lol kan ko x suka admit tua? kah3

btw, aku sajes ko beli Lavender spray from Tanamera. bagus utk yg migrain, sakit kepala, pening2 etc. =)

Unknown said...

Supercute Emma saya terima lah kan. Dei b4 ni bukan selalu kah tu saya buat skema. Lagi s ke ma dari ni pun ada kama tu. Lol

Unknown said...

Adei mnada tua. Makin matang ba. Tu aku akun la. Alaaa apa ada sama number beb kalau ndak da perubahan positif. Bukan ndak suka tapi memang realiti bah aku belum tua. Umur jak menaik. Haha.

Ya aku sekarang tu ada spray lavender di bilik. Sama yanga bakar tu, supaya tidur dengam tenang. Otak ndak serabut bangun esoknya. Knun lah kan.

Ernie Khairina said...

Ada2 saja org kaya suruh beli kan hehe..peace!

Unknown said...

Peace yo!!! Berbaloi2 bah tu kan yang kena suruh beli.