Shoot

Shoot

23 August 2019

Life l Evening Outing at Ttukseom Resort

Assalamualaikum. 안녕

Kita simpan tepi dulu cerita throwback trip-trip lalu. Bagi rehat kotak memori kejap. Banyak sangat mau diimbas, takut short circuit sistem aku nanti. Gitu hujah si Err.

22 Aug 2019
Ttukseom Resort, Seoul

So, semalam akhirnya Allah bagi peluang merasa 'makan di depan Han River' di Ttukseom. Finally, after the umpteenth times merancang. Alhamdulillah.

We plan, Allah plans. And indeed, He is the best planner

Aku & Niza gerak dari guesthouse after solat Asar. Actually terlajak 30 minit sebab gedebak gedebuk bersiap, then masa tu lah baru sibuk cari tikar, cari sudu garfu pinggan pelestik. Janji jumpa jam 530pm, around 6pm barulah tersembul muka kami. Nasiblah Suna & Zue pun baru sampai, cuma awal few minutes from us. 

Angin petang semalam adalah bersepoi-sepoi bahasa. Pancaran matahari pun Kurang bahang sudah sekarang ni. Signs of autumn is approaching soon. Can't wait!

Mula tu kami plan mau berpicnic di Yeouido; still ber-view-kan Han River. Tapi fikir-fikir balik, tempat tu macam sudah biasa. Lagipun sure ramai orang. So I suggested Ttukseom Resort ni. Dulu aku pernah pi sini, layan melankoli hati. Walhal kau menjejak sana sebab tu shooting location drama Iris 2 yang si Top berlakon. Koh!

Anyway, untuk ke Ttukseom Resort ni...boleh naik subway sampai Ttukseom Resort Station (뚝섬유원지역) Line 7 - Exit 2 or 3.

#1 Maples leaves on that pillars would be super beautiful when they turn yellow+red+orange
#2 Boleh sewa basikal; single seat & tandem available. Sewa ikut jam; kalau ndak silap 1 hour (3,000\) & 2 hours (5,000\)

Kali ni belum bernafsu untuk mengayuh jadinya pandang sepi jaklah basikal-basikal tu. Insha Allah nanti bila datang jiwa feeling Kdrama, aku sewa kau. Ok Sikal?

#3 Terkesima dengan keindahan alam. Siapa cakap tumbuhan melarat tu parasit jahat? Parasites aren't all bad though (tetiber kelas Sains, eh?)
#4 Definitely a sight to behold. Awan kepul-kepul why you so pretty?
#5 Silkworm-inspired kinda building?
#6 The J-Bug Culture Complex; an observatory & culture zone. This is the symbolic structure that promote Ttukseom Hangang Park
#7 Our view from where we sat. Boleh view skyscrapers di seberang sungai...also manusia-manusia yang beriadah

We purposely chose the area where we can gaze out over the river. Mula mau cari area berumput but it was too far from the river. Ndak boleh nampak river; auto cancel port hijau. Berkonsep sungai sungguh piknik ni kali ah. 

#8 Our menu santapan; nasi goreng cili kering campak-campak si Err & ayam goreng + tteokbokki pedas YangPang Ahjumma

Sebab perut masing-masing sudah berkonsert pelbagai genre music; jadi teruslah cari port lepak, bentang tikar hasil pinjaman dari stor guesthouse & soru! Ingatkan semua mampu bertahan dari berlapar, sebab masing-masing sibuk ber-WOW tengok maple leaves...tengok J-Bug...tengok oppa. 

#9 Aku & mereka-mereka. We-ca sebelum acara 'silent treatment' sebab perut lagi penting

Habis makan, galak semua bercerita. Sesi curhat murhat bagai, ndak sedar mentari sudah start sorok diri. Nasiblah awan kepul-kepul telan matahari; so ndaklah regret sangat ndak dapat tengok sunset cun. 

#10 Sunset separa jadi katanye

Lepas makan, sesi gambar area sekitar then kemas-kemas tikar...masa sudah time untuk explore J-Bug. Last time aku pegi, 'Seoul Thinking Floor' tu belum wujud. Kali ni mau tengok apa yang ada dalam 'ulat bulu' ni. 

Ada mini library juga. So boleh spend me-time di sini. Thinking floor katanye kan. Insha Allah next time aku try test spend masa membaca sini. 

#12 Siapa boleh baca Hangul, bolehlah pinjam buku di sini. Kalau aku, harus bawa buku sendiri
#13 Translated as; berehat sebentar itu tidak apa-apa kok
#14 From one of the big round windows
#16 Usha reading/ santai area at the 2nd Level

Kitorang singgah solat di Nursing Room located at 1st Level. Alhamdulillah Allah mudahkan. Siap solat semua, sorang Ahjumma ni masuk & bagitau kitorang bilik tu untuk nursing room jak. Tapi kami angguk (buat-buat faham) jaklah. Sempat membawang Ahjumma juga

"Eleh, habis tu kau bawa periuk mau basuh di sink dalam nursing room tu boleh pula? Adakah periuk baby?"

Gitu. Kitorang soal-jawab sesama sendiri jaklah. Tetap bagi senyuman manis sama Ahjumma. Biarlah, dia ndak tau kan. Maybe dia ingat kami lepak-lepak tidur dalam tu. 

#17 View from the observation deck 1st Floor. 

Di deck ni siap ada beans bag, siapa-siapa plan mau layan sunset & view bangunan warna warni ala-romantika boleh lah lepak sini. Tapi janganlah di musim winter, silap-silap jadi sculpture di situ.


Ronda seround-dua J-Bug ni lepas solat...pastu kami gerak pi area water fountain. Bukan rezeki kami, ndak sempat usha area swimming pool. Rupanya tutup jam 5pm. Ndak apalah bukan mau mandi manda pun kan. 

Sampai area water fountain, gelap gulita. Not long after, dengar lah muzik. And air pun start menari. Oh sampai on time rupanya kami. Too bad ada pagar yang keliling fountain tu. Bolehlah, tengok air menari di sebalik pagar.

#19 Benda simple, bukan ndak pernah tengok tapi aku tetap happy. Senang jak buat si Bibie ni gumbira (yo'oh statement)
#20 Gigih tunggu warna favourite muncul. 

Kitorang bentang tikar lagi sekali. Kali ni di area berumput. Sambil layan ngopi lagi. Rugi ndak bawa keropok buat kudap-kudap. Dekat sejam juga kami lepak sini before Suna spotted the 7E sign at the ship-shaped building anchored offshore.

Maka berjalanlah empat wanita jelita pi kapal tu. Rupanya sanalah tempat untuk sewa swan boat (I called it love boat). Ada cafe & restaurant juga. Tapi kami cuma singgah untuk beli kopi because according to Suna, kopi 7E sedap. 

#21 Si extra cahaya, pentipu betul camera phone aku ni. Sorok segala bekas jerawat. Choi sungguh
#22 Ship-shaped building known as Arirang House (automatic 3 Army humming Arirang; BTS version)
#23 Nun di seberang; Lotte Tower (Jamsil area)

Sudah settled hal kopi di Arirang House, kami pun jalan balik pi subway station. Lepas tu sakit jantung tengok tangga nan tinggi di Exit 2 & 3 tu. Suddenly gatal lah cakap mau ngopi & kudap kek (nafsu!). So kami pi seberang jalan, jalan ikut tunnel.

Pagi sebelum berpiknik, aku search cafe-cafe best dekat Ttukseom Resort ni. Tu yang tiba-tiba TERmengidam kek bagai. Sekalinya Pancake Pantry tutup. Tapi kecewa ndak lama sebab depan sikit ada Coffee the Sol. Masuklah kami berempat. 

Planning asal memang mau lepak. Tapi bila waiter tu bagitau each of us need to order a drink for a table in the cafe, terus kami cancel plan ngopi. Ginilah konsep cafe sini. Diorang ndak mau rugi 'ruang'. And diorang memang strict, no means no. Kita as customer pun kenalah respect. Since yang craving cake (memang all the time ngidam) adalah aku, therefore aku jaklah yang beli. Take out. 

#24 I bought Marble Cheesecake & it was marvelous! Baru makan suku, balance ada dalam fridge. Makan sikit-sikit, takut kalau habis nanti termengidam lagi...eh?

Kami berpecah di Kon-dae Station. Sudah lewat malam, bawa-bawalah balik ke bilik. Maka tamatlah cerita picnic kami di Ttukseom. Kalau sempat merasa winter, bolehlah nanti sledding di sana. Insha Allah, moga ada peluang.

Punya panjang entri picnic si Bibie. Walhal pi sana ndak sampai half day. Sobs.

Till next entry, wassalam.

eryantierdabdulkarim

4 comments:

  1. Bie...
    yg fans TOP buat gathering masa dia abis military tu area ni ke? cam sama jer...

    ai is tak sabar tunggu GD kuar...hahahahahhaa....
    #anjummataksedardiri

    ReplyDelete
  2. @Liza: Aku tengok gak video dia gi salam fans tu, tapi macam kat sini je. GD kuar xlama lagi kan. By Dec sume dah discharge. Tinggal si Maknae (hahahaha).

    ReplyDelete
  3. menarik TTukseom Resort..ada J-Bug building..

    masih di SK ke? kerja di sana? bestnya..

    ReplyDelete
  4. @Nohas: Sorry sangat xperasan xreply lagi komen. Lepas approved ingatkan nak reply nanti2. Menarik building ni. Haritu nak gi autumn tapi banyak sangat list places to go so memang xdan gi sana. Gitu alasan. Eh xkeje sini pun. Keluar masuk ala balik kampung konsep dia.

    ReplyDelete