Shoot

Shoot

30 June 2015

Turkiye Day 2 - Sultanahmet, Istanbul

Assalamualaikum. Marhaba.

As I said in my previous entry, I went exploring some part of Sultanamet prior entering the Blue Mosque. Alkisah perut sudah berdangdut. Jadi kena mencekik sebelum aku tercekik menahan sakit bila gastrik datang melawat. 

Alhamdulillah, banyak pilihan makanan di Sultanahmet ni. Ndak susah mau cari; semua dijamin Halal. Cuma tu jaklah, mau masuk pun kenalah beringat budget sendiri. Kalau budget ado, bolehlah pakai taram jak makan di mana-mana. Kalau nan-ado macam aku, haruslah buat tawaf keliling area untuk survey harga. 

And Istanbul successfully triggered my 'sweet tooth' on the first day! Mengugat iman betul makanan diorang. Dari makanan berat, sampailah dessert. Baru first day tapi aku sudah start memborong lokum (famous Turkish delight). Sila tahu, masa beli tu memang langsung tiada terlintas di hati untuk bawa balik Malaysia ok! Aku rambang mata upon seeing all the choices in front of me. Haruskah display dengan cara paling menggiurkan?! Sudahlah boleh cuba-try-test. Kalau tiada tester, siaplah dengan muka ndak malu aku suruh Oppa potongkan sikit. And diorang memang akan layan walau tau chances kau beli 50-50 jak. Lebih pada mau 'free testing'. 

5 April 2015
Sultanahmet, Istanbul
# One of the many Turkish Delight shops in Sultanahmet. Haruslah si Err terjah every kedai possible. Semata untuk ambil tester. Yumms!! 
# Aku memang extra energetic masa di Istanbul. Sugar high!
# Keluar dari restoran ni, terus jadi Panas Baran. Double Baran tu!
# Kebab. Kebab. Lauk Pauk sedap.
# Ahjumma. Sambil uli tepung jadi roti, sambil main handphone...nampak aku hala kamera, terus senyum. 
# Menyusuri kedai-kedai belakang. Mostly kedai ala fine-dining jadi aku just tengok jaklah sambil berjalan. Cuci mata.
# Pudding Shop; among the famous eatery in Sultanahmet.
Mula ingat mau lunch di sana jak. Sebab ramai recommend dalam Trip Advisor. Tapi! Food display kedai sebelah Pudding Shop tu lagi mencengkam jiwa aku. Terus tertarik kau paling de'boom! Maka dengan senyuman lebar; perut menyanyi riang...aku melangkah masuk. 
# Ahjussi yang nampak garang. Tapi bila nampak kamera, terus jadi friendly.
Note the food! Sangat meriah, sangat banyak! Aku adalah rambang mata rasa macam mau ambil semua!
# Dessert. Turkish loves their fruits & Bavlava. 
Ok dari observation aku; konsep kedai makan di sana macam ala-ala queue dalam dewan makan asrama. Start dari pintu masuk, ikut jak rail depan display. Ambil pinggan, tunjuk dan tunjuk dan tunjuk lauk. For dessert, boleh ambil sendiri. Order air dekat cashier. Bayar sebelum makan. Senang!
# My first meal di bumi Turki.
Sayur adalah wajib! Tapi aku ndak sangka begitu banyak portion yang diorang akan bagi weiii. And aku pilih potato tu sebab aku ndak mau jamah nasi lah kununnya. Memang brilliant decision sebab dalam potato tu adalah lambakan minced meat. Sangat sedap! Sangat berchenta untuk aku habiskan juga. Banyak aku baca di blog orang pasal makanan Turki ni. Mostly complain pasal the bland taste. Pastu ramai siap suggest suruh bawa sos tomato/cili or sambal. If u asked me, I'd say I don't have any problem with the food. Perhaps aku bukan picky eater. Semua aku telan. Atau aku memang tahap kebulur gaban that's why sedap jak di tekak. Or maybe lidah universal much? 

Lepas mencekik, jalan-jalan cuci mata lagi. Killing time before masjid buka to visitor. 
# I think this is the 'post office' mentioned by Merengmate in her blog. I bought stamps here. Senang nanti; tulis postcards tampal stamp & buang jak dalam mana-mana postbox. 
I headed to Blue Mosque right after purchasing the stamps. Jalan dengan penuh santai sebab baru lepas makan. Ndak guna rushing pun, ndak kan lari Masjid Biru dikejar. Gitu! Padahal pagi tadi punya main risau kan ndak sempat lawat semua tempat. 

Fyi, untuk trip kali ni sebenarnyan aku tiada itinerary tetap. I just jot down the places that I wanted to go. Kalau ndak sempat, insha Allah murah rezeki repeat visit lagi nanti. Tapi, aku fix kan siap-siap lah sekian-sekian dates...aku akan ada di mana. Thats all. Hence, I only perfected the itinerary after the trip. Tu pun sebab ada dua-tiga kawan yang minta pinjam itinerary. Kalau tiada orang minta, memang selamanya semua still dalam bentuk caca-marba. Ngeh!

Anyway, as said in my previous entry...after visiting Blue Mosque, I went to see the Hippodrome of Constantinople. Located just outside the mosque; at Sultanahmet Square. Read more about the story about the hippodrome; here
# Obelisk of Thutmose III
# Walled Obelisk
# Tulips! Kali ni ndak jadi jakun macam di Jepun haritu. Tau sudah yang ni original. 
Aku bukanlah minah bunga tapi bila nampak bunga warna warni macam ni...meriah di kiri kanan; haruslah aku jadi excited. Bukan selalu perjalanan aku diiringi tulips. Kan best kalau dapat bawa balik Malaysia berkuntum-kuntum.

Next aku pi attraction bawah tanah pula.

To be continue...ahaks.

eryantierdabdulkarim

28 June 2015

Drama - Minggu Lembik & Kuning

Assalamualaikum.

Fuh! Memang selayaknya aku panggil minggu ni...minggu lembik & kuning. Or lagi tepat! 

MINGGU KUIH LEMBIK & KELAPA PARUT KUNING.

For the whole week, I've been squawking' the words "lembik, kuning, lembik, kuning". Nasiblah siapa yang terpaksa menadah mata baca rungutan aku di whatsapp tu. To those poor souls, terima kasih daun keladi kerana sudi melayan bingai aku.

Like seriously I didn't know what went wrong. Suddenly jak. All started last Monday. Talam Cendol aku super lembik, memang langsung tiada rupa untuk jadi bahan jualan. Kalau aku jadi pembeli pun memang dari jauh aku reject. Then, oklah aku sedapkan hati. Salah masak tepung tu kali, maybe aku masak ndak sampai naik wap. So the next day, aku buat lagi. Ain't gonna give up that easy! Jadinya, untuk Tues tu aku buat dengan penuh fokus. Buka balik buku resepi yang Chef Asma bagi masa aku beli steamer & pembaris talam dari beliau haritu. 

Hasil? Still lembik! Masa tu belum lagi keluar bahasa Ci to the Ke aku. Sabar kata ku. Allah mau uji. Aku buat different talam pula for Weds. Tapi hasil yang ni lagi double triple menyakitkan hati. Bernanah ok! Aku buat Talam Keladi. Elok kuih tu keluar dari loyang, seloyang kuih tu menggelongsor jatuh atas lantai. Toooooooooo flaccid!! Mau menangis pun ada masa ni. Tiga hari berturut-turut wei!

Pastu mengadu domba sama para Aunties ku. Tau apa feedback diorang?

"Ha, adalah tu yang minta. Ko kan duk rumah baru, maybe ada yang ko ndak hulur sebelum buat kuih tu."

Gituuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Suka kuih rupanya yang dimaksudkan tu. Nonsense! Aku sudah sebulan duk rumah ni kot, hari-hari pun buat kuih. Ndak pernah pula lembik tergelongsor macam tu kan. Sobs.

On Thurs, still not giving up...aku buat Talam Cendol lagi sekali. Pun sama!!! And kejadian lembik tu went on until today (Sunday). Memang ngam lah aku namakan Minggu Lembik, kan? Yang pelik tu, dari 4-5 jenis kuih talam aku buat...cuma dua jenis ni jak buang tabiat. 

Kalau mau cakap aku salah resepi, mustahil sebab kuih lain ok jak. Siaplah aku refer nota resepi, extra focus somemore! Pastu try derhaka sama resepi. Aku kurangkan sukatan air. Pun hasil sama juga, lembik a.k.a licak!! Walhal kalau nisbah tepung banyak, kuih jadi keras. Kan?!? Kes aku, memang special.  

Kalau cakap sebab aku tukar bahan i.e tepung, telur, santan. Pun triple mustahil sebab semua bahan tu memang brand sama jak. Plus, aku belum beli stock-up pun untuk this week. Aku kalau beli barang memang terus dalam carton. Beli sekali banyak; senang kerja. Cashier pun ndak bosan asyik muka yang sama ulang alik. 

So any possibility(ies) yang mampu diketengahkan sebagai sebab musabab kenapa kejadian ni occurred? Ntah lah labu, aku pening fikir. 
# Tension buat Talam Cendol failed memanjang, aku tukar Talam Pacar Johor. 
Pun kejadian yang sama!!! Lapisan bawah elok jak kenyal kental kejung, tapi bahagian atas? Alkisah, bancuhan atas tu sama jak dengan Talam Cendol sebenarnya.
# Alhamdulillah, Talam Keladi aku harini (280615) ada kemajuan sikit. Lepas standard piawai (set by me) untuk jualan walau still ada lembik sikit bahagian tengah tu.
Berbalas whatsapp sama Ms F....dia pun ikut sama pening. Mana tidaknya, she said I have been making the same kuih for years already. Kotlah kalau baru belajar, logiklah lembik dua tiga kali. Yang ni, sudah masuk tahun ketiga. 

As for Kelapa Parut Kuning...ni pun bikin aku hangin satu badan juga. Macamlah kejadian kuih lembik tu belum cukup serabutkan otak aku. Kelapa parut pula buat hal. Selama ni ndak pernah lagi kejadian kelapa parut yang aku guna untuk salut kaswi & bronok jadi kuning. And cepat basi. Normally, sebelum aku golek-golekkan kuih tu atas kelapa parut aku akan gaul with garam. Then baru steam. But last Tues, suddenly the grated coconut turned yellow-ish. At first I thought maybe lama sangat aku kukus. So aku guna jaklah kelapa tu. Sekali, in less than 3 hours...basi! Bangas as the Sabahan called it. 

The next day, semangat juang masih tinggi...aku kukus kelapa tu kejap jak. Unlike macam yang selalu aku buat. Still kelapa tu turned yellowish. Aku ndak guna lah kali kedua tu. Ndak best oii, kuih tu untuk jualan di param. Aniaya orang yang beli jak. Sudahlah mostly beli untuk juadah buka puasa kan. Orang beli mestilah sebab diorang teringin makan. Sekali ngap, basi pula. Ha aku imagine kalau tu jadi sama aku. Haruslah berbakul bebelan aku. So, orang lain pun mestilah sama kan apa diorang rasa.  

Pasal masalah kelapa ni, aku syak mesti sebab aku beli di gerai lain. Kelapa parut ni aku beli seminggu sekali. Then I put it in the freezer. Boleh tahan sebulan. Bila mau guna, I just put it in the steamer & steam for 5-10 minutes. Mixed with a pinch of salt supaya kelapa parut lambat basi. Last Sunday, aku beli dari gerai lain. Kononlah mau tolong 'bangsa' sendiri sebab sebelum ni aku beli dari gerai Macik India. 

Untuk test kesahihan teori aku pasal tukar gerai tu, semalam aku pi beli dari gerai India tu. And tadi buat kaswi, aku guna kelapa parut yang baru tu. Hasilnya?? Well, refer picture below.
# Alhamdulillah! Putih salju jak kelapa parut walau aku steamed for more than 10 mins. 
Kesimpulannya? Pasni aku ndak lah beli kelapa parut dari gerai Kelapa Kuning tu lagi. Aku perasan kalau di gerai India tu, diorang hanya akan parut kelapa bila customer mau beli 'kelapa putih'. Di gerai Kelapa Kuning, kelapa putih tu memang sudah ada siap-siap dalam mesin parutan. Kiranya bila customer minta, diorang tinggal ambil masuk plastik & timbang. Bunda cakap maybe kelapa parut di gerai tu, diorang sudah parut since morning. And since it is exposed to persekitaran hence dia jadi ndak elok sudah. Pasal tu kuning bila kena steam. Sekian teori kami anak beranak.

Untuk kuih lembik...aku belum ada solution. So far statement Bunda paling win.

"Maybe Talam got bored...pasal tu dia melembikkan diri." Mampu?!

Malam ni mau try buat Talam Cendol lagi. Kalau still ndak jadi, terpaksalah aku lepaskan dia dari senarai list kuih 'My Forte'. Dari mula buat si Cendol ni, I never failed. Semua perfect jak. And talam ni paling banyak orang request; apart from Talam Keladi & Talam Tokyo. 

Sabar Bie, Allah mau uji kau di bulan mulia ni. Cuba lagi, jangan cepat putus asa. Gitu muhasabah diri. Hwaiting!!

p/s Kepada yang berDivaDivana semalam, kalau talam aku tak jadi gak malam ni...aku bawa talam jelah jumpa korang nanti eh. Malu wei kalau talam lembik bagi kat orang. Peace!

eryantierdabdulkarim

26 June 2015

Turkiye Day 2 - Sultan Ahmet Camii (Blue Mosque), Istanbul

Assalamualaikum. Marhaba.

Lepas berjam-jam dalam Ayasofya, pastu lepak fountain untuk tukar bateri kamera...then tibalah masanya bergerak to Blue Mosque. Dari jauh hati memang sudah sayu tengok masjid ni. Sebab, niat asal untuk singgah solat di sini. At least mau lepak kejap & baca few verses from the Quran. Unfortunately, Allah bagi cuti. Sobs.

A bit of facts about this grand mosque.

"The Sultan Ahmed Mosque is a historic mosque in Istanbul. The mosque is popularly known as the Blue Mosque for the blue tiles adorning the walls of its interior. It was built from 1609 to 1616, during the rule of Ahmed I. He decided to build a big mosque in Istanbul to reassert Ottoman power after the Peace of Zsitvatorok & the result of the war with Persia. The Sultan Ahmed Mosque is still popularly used as a mosque." -wikipedia-

5 April 2015
Sultanahmet, Istanbul
# Masjid Biru a.k.a Blue Mosque. Saja cari bench yang mengadap masjid ni, sambil tukar bateri sambil cuci mata. Betapa indah!
# Just can't get enough of it. Ada puluhan shots aku ambil before masuk masjid ni.
# Sultanahmet Foundation building. Just next to laluan untuk pi masjid.
# Cak! Si Err before the Blue Mosque. Selca berbiji-biji before I finally made my move to enter the mosque. Dasar hantu kamera!
# Ablution area. Perempuan pun wudhu' open. Kalau mau wudhu' di toilet pun boleh. Just sediakan TL1. 
# Saja detour dari laluan biasa. Mau tengok lagi masjid ni in a whole. 
# Courtyard.
Di tepi-tepi perkarangan ni, ada diorang letakkan board yang ceritakan pasal agama Islam. Dan juga sejarah sedikit sebanyak pasal 25 Nabi & Rasul utusan Allah. Didn't know if the board memang ada di sana selamanya or only for a period of time. Ramai tourist yang bukan Islam baca sejarah tu. And I heard this one man said 

"Indeed, Muhammad is the greatest leader."

So, does that statement make him less Christian? Duh. Mana tau dia Christian? Sebab aku nampak rantai tanda Salib di leher dia. Di Malaysia jak kecoh sikit-sikit pesong akidah. Buat itu, pesong. Buat ini, pesong. Fuh tiba-tiba emo. Abaikan. Sekian.

Sebenarnya azan Zohor berkumandang the moment I stepped into the courtyard. Jadinya, memang visitor ndak boleh masuk. Except yang mau ikut berjemaah. Ada dua entrance gates here. Satu adalah dari inner yard (refer pic above; its opposite the gazebo), and another one dari belakang masjid. No worries, ada signage direction pi pintu tu. Yang lucu bila ada tourist yang queue depan pintu utama...siap pura-pura pakai tudung & bagitau guard diorang mau solat. Bila ditanya are they Muslim...dengan jujur jawab NO. Mampu? Memang gigih certain tourist ni. Although depan pintu tu sudah diletak arahant 'Entrance open only for worshiper during prayer time". Tetaplah diorang berpusu-pusu bertolak-tolak mau masuk. 

Aku? Boleh jak sebenarnya aku cut queue & bagitau guard aku Muslim. Tapi sebab aku cuti khas, better lepak di luar jaklah dulu. Tiada kerja kan mau join yang lain tu bertolak-tolakkan. Orang mau jemaah dalam tu, kan kes malu besar kalau tiba-tiba aku masuk dalam tapi duduk melanguk tengok orang solat. 

Fyi, this mosque is closed to non-worshippers 45 minutes before the the Adzan; 30 minutes after the prayer. On Friday pula, it is only open for visit after 230pm. Pasal tu it is advisable untuk rancang waktu melawat prior coming. Macam aku memang kes terjah sukati jiwa raga.  
# Another side of the inner yard. Ada construction juga masa ni.
# Prior the trip, aku memang simpan niat untuk ambil gambar arcade dalam inner courtyard ni. Alhamdulillah, tercapai. 
Actually, aku ndak tunggu sampai habis jemaah solat. Sebab masa tu perut sudah start berdangdut. Baru perasan, the only thing yang aku jamah since last night...adalah air gas yang aku beli that morning di Taksim. Kerlas kan minum air gas di awal pagi. Masa tengok botol tu, aku ingat tu air jus biasa. Sobs. So sebabkan lapar...and aku tau ada lagi half an hour before the mosque is open to public, I decided to go makan first. Jamu perut adalah penting; mau lagi bila perut sudah start buat konsert. Aku cari makan di area Sultanahmet. Tapi sempat jalan-jalan cuci mata tengok kedai-kedai di sana. At the same time mencari kedai yang sesuai sama budgetlah. Dalam pada mau cuci mata, sampai kedai-kedai belakang juga aku jejak. Siap sempat beli setem! Siap sempat usha kedai souvenir murah. Siap diayat-ayat sama mamat Turkish. Ouh manis gula-gula betul ayat diorang; nasiblah handsome jadi aku layan dengan senyuman manis lah juga. Dasar!

Lepas makan & restkan perut, aku jalan balik pi Masjid Biru. Anyway. cerita makan & ronda-ronda tu nanti aku update next entry ok. Kali ni aku decide untuk masuk ikut pintu belakang jak sebab pintu tu lagi dekat jarak dengan restoran tempat aku mencekik. Sekali sampai, memang mengucap panjanglah kan! Super long queue! Tabah jaklah. Kuatkan iman & joined the queue. Nasiblah sudah makan. Nearly an hour juga aku beratur...in which the first 30 minutes; queue adalah idle. Aku pelik ndak kan masih tutup masjid walhal sudah sejam habis waktu Zohor. And not long after tu, barulah kepelikan & soalan aku terjawab. Rupanya ada solat jenazah lepas solat Zohor tu. Kesian juga aku tengok family si Mati. Dalam bersedih tu, kena berpusu-pusu pula keluar dari masjid. Sebab tourist pun ramai. Siaplah nampak; isteri si mati tu jatuh pitam sebelah aku. Pastu family pun datang kerumun. Cuba sedarkan dia. Terus aku alih pandangan tempat lain sebab kalau tengok lama-lama, nanti aku join berairmata pula. 

Lepas jak habis solat jenazah tu, barulah barisan running back again. And aku berjaya masuk dalam masjid in less than 10 minutes. Before masuk, those yang berpakaian tidak-sepatutnya akan dikasi tudung & skirt. Pastu dapat pelestik juga for our footwear. Masa ni memang ikut idea si Syieda, simpan pelestik untuk diguna semula di Pamukkale nanti. Bagus tips ko Merengmate; sangat berguna. Gomawo! 

Masuk dalam masjid, terus tengok atas. Subhanallah! Ndak sangka oii! Tadi belek postcards di Sultanahmet, banyak yang tunjuk interior Blue Mosque. And saat ni, I was standing inside the mosque. 
# Called the Blue Mosque because of its interior blue tiles. 
Tapi sebenarnya, lots of the blue tiles are mostly in the inaccessible upper galleries. Never mind, dapat tengok yang accessible ni pun sudah cukup buat aku teruja.
# At every pier, the interior is lined up with more than 20,000 handmade Iznik style ceramic tiles in more than fifty different tulip designs. 
I can't zoomed in my camera to clearly capture the tulip designs though. Masa ni ramai sangat orang depan belakang kiri kanan. Mostly gambar gegar sebab asyiklah kena tolak. 
# Decorations include verses from the Quran.
# That's the main dome.
# Chandelier. Dulu-dulu lampu dalam masjid diperbuat dari emas & permata. Siaplah ada telur ostrich (to avoid cobwebs inside the mosque) & crystal balls. But all have been removed & some 'disedekah' sama muzium. 
# Yang belah kanan tu adalah minbar. Imam stands there when he is delivering sermon selepas solat Jumaat & Hari Raya/Haji. 
It is said that this mosque is designed that even at its most crowded, everyone in the mosque can see the imam from the minbar & hear him. 
# Most important element of the mosque is the mihrab. 
# The women's prayer area. Open. Untung yang pakai jubah, terus boleh solat. 
Aku lepak lebih kurang sejam jak dalam masjid, rasa ndak selesa pula berdiri lama depan orang yang solat. On the way out, jumpa dua Malaysian yang sama-sama naik bas dari airport semalam. Diorang tengah duduk-duduk lepak dekat exit door. Baru lepas solat they said. Bestnya! Rasa cemburu gila wei. 
# Goodbye for now Blue Mosque. Kalau ada kesempatan, insha Allah aku akan datang lagi. Ada misi belum tertunai. 
Keluar dari masjid, sarung boots...and marilah menerjah tempat lain. Time is gold when I travel so memang ndak kan balik bilik selagi malam belum menjelma. Gitu ayat. Jalan keluar dari area masjid dengan hati bahagia campur sayu. Sigh. Tapi tetap senyum kerang busuk bila nampak tulips yang meriah gila di Sultanahmet square.

Aku singgah area where the Hippdrome of Constantinople is located. Just outside the mosque sebenarnya. Suatu masa dulu adalah sporting & social center for Constantinople (Byzantine era). Saja mau tengok few fragments of the original structure yang survived.
# Obelisk of Thutmose III (right) & Wall Obelisk (left).
And cerita lanjut, aku continue next entry. Ahaks.

eryantierdabdulkarim

24 June 2015

Turkiye Day 2 - Ayasofya Muzesi, Istanbul

Assalamualaikum. Marhaba.

Holla! Laju kan aku update kali ni. Nampak sangat banyak rehat. Oklah, take five jap sementara tunggu kuih muih ku masak. Kalau non stop di dapur, nanti ada muka aku ni jadi over mulus pula. Sebab asyik berdepan sama steamer. Bau perfume pun ndak dapat lawan bau tepung-and-kelapa yang melekat di badan aku sekarang. Demiii...haruslah gigihkan diri.

Anyway, sambung cerita dari previous entry. Lepas belek German Fountain lebih kurang, aku pun ikut langkah kaki. And headed to Ayasofya or Hagia Sophia. Somehow aku prefer its Turkish name. Nampak lagi lembut & sophisticated gitu. Before tu, mari baca sikit sejarah pasal Ayasofya. 

"Ayasofya is a former Greek Orthodox church, later an imperial mosque. First Turkish President; Mustafa Kemal Ataturk transformed the building into a museum in 1935. Famous in particular for its massive dome, it is considered the epitome of Byzantine architecture. It is said to have changed the history of architecture. From its initial conversion until the construction of the nearby larger Blue Mosque of Istanbul in 1616, it was the principal mosque of Istanbul." -wikipedia-

5 April 2015
Sultanahmet, Istanbul
# The fountain located in the middle between Ayasofya & Blue Mosque.
Masa duduk lepak on one of the benches there; while facing Ayasofya...teruslah menyesali decision aku untuk stay di Taksim. Sebelum sampai Istanbul, aku memang ada book hotel di Sultanahmet. And that hotel memang sangat dekat dengan all the main attractions; walking distance only. Pastu memang confirm every morning akan cuci mata tengok those beautiful pillars & dome while having breakfast. 

Tapi aku kena bijak atur itu ini. Aku sampai dari Doha sudah malam, pastu kalau mau pi Sultanahmet kena naik funicular & tram lagi. Alangkah seksa diri kan kalau kena mengangkut anak gajah lagi semua. Hence the decision to just stay at Taksim. Lagipun cuma dua malam ni Istanbul, esok malam aku akan berangkat pi Denizli. And tempat untuk ambil bas tu di Taksim. Jadinya, kira berbaloi juga keputusan aku tu kan. Walau rugi lah ndak dapat cuci mata tengok bangunan bersejarah ni di waktu malam. Sekian explanation panjang lebar walhal tiada bertanya. Saja suka-suki kasi pencerahan. 
# Can't help but to imagine...how it really looks like back then. Masa zaman kegemilangan Ayasofya ni.
# Some says Ayasofya is pink in color. Hmm part pink, aku angguk laju-laju although others might see it as red-brick.
# Admission Fee - TL 30.
# Body & bag screening before entering the museum. Antara faktor kenapa queue panjang. 
Fyi, tripod jenis kecil & kaki fleksibel tu adalah dilarang untuk dibawa masuk. I had monopod in my bag & aku jalan limpas scanner dengan jayanya. How did I know about the tripod thingy? The security guard held the tripod belong to the couple in front of me. Diorang bagi satu kad untuk claim tripod tu nanti masa keluar. 

Audio guide is available for rental just after the security check. And I decided to just roam freely without having to wear the headphones. Lagipun sama jak dengan apa yang aku boleh baca dari information plaques. So, jimatlah TL10. Sebenarnya boleh juga beli Museum Pass; lagi jimat kalau mau visit more than 3 museums yang pass tu cover. Aku pun mula memang plan mau beli 3-days Pass tapi nasib ndak baik. Pass tu sold out. Menyesal ndak beli online. Yang tinggal masa tu cuma 5-days Pass in which harus aku ndak beli sebab aku cuma ada 2 days di Istanbul. 
# Entering the church-mosque-museum via the Imperial Gate.
Soon after kaki melangkah masuk, aku terus berdiri kaku. Speechless! Crowds of people didn't succeed in distracting me. Neither did the restoration work. Masa ni, tengah cuba untuk digest fakta yang aku sedang berdiri di dalam Ayasofya. 

Terus teringat buku 99 Cahaya Langit Eropah (II). Betapa masa baca buku tu, aku selalulah imagine macamana rupa bangunan hebat ni. And sangat sangat ndak sangka, aku sudah sampai di sana. Now I know why people who have been here can't express their feeling in words. Sebab aku pun sama. Words just cannot justify my feeling at that time. 
# The dome. 
Unfortunately because of the ongoing restoration work, only half of the interior could be seen. Pi Soraksan dulu pun construction sana sini, and now di Ayasofya pula. Redhalah. Janji sudah sampai, sudah menjejak, tapi belum puas mengkagumi. Sejarah di sebalik bangunan agung ni memang pahit. Cuma tu lah, siapa kita untuk ubah sejarah tu kan. Doa aku moga suatu hari, azan akan kedengaran lagi dari 'masjid' ni. 
# Painting of two of the four immense cherubs could be seen in this picture. Also an image of Virgin Mary holding Jesus. Circular-framed medallions inscribed with the names of Allah, Muhammad, the first four Caliphs & the two grandchildren of Muhammad were hung on columns.
# Up there is the upper gallery. 
# Mihrab (left); perhaps one day akan ada imam berdiri di situ sambil memimpin solat. Minbar (right) tempat Khatib menyampaikan Khutbah. 
# Gagah untuk menapak naik pi upper gallery. This is one super slippery passage. Sikit aku tergelincir masa naik ni.
# The ongoing repair work doesn't stop people from visiting Ayasofya.
# At one of the corner at the upper gallery. .
Lama aku berdiri di corner ni. Berimaginasi sendirian berhad. Until one lady came to me & offered to take my picture. Apakah? Aku pun layan jak lah
# This is the Loge of the Empress; located in the center of the upper gallery. This is where the Empress & the court-ladies would watch any proceedings down below. 
Semasa penaklukan Islam, Sultan Mehmed II bagi arahan untuk tukar gereja ni menjadi masjid. Hence, some of the mosaics di upper gallery yang menggambarkan Jesus, Christian Saints & angels were either removed or plastered over. This is due to Islam's ban on representational imagery.

Famous restoration commanded by Sultan Abdulmecid uncovered & cleaned many of the mosaics, Yet some were recovered for protection against further damage. It is only after Ataturk transformed Ayasofya into a museum does all the white plaster covering mosaics was removed. Pasal tu sekarang, memang boleh nampak most of the mosaics. Even drawings di dome yang dulunya covered with plaster pun makin visible sebab banyak plaster yang sudah tanggal. 
The Deesis mosaic was commissioned to mark the end of 57 years of Roman Catholic use and the return to the Orthodox faith. 
# Comnenus mosaic depicting Mother Mary holding Christ on her lap. On the left is John II Comnenus holding a purse; symbol of an imperial donation to the church. While on the right is Empress Irene; seen offering a document to Virgin.
# View of the Blue Mosque from one of the window at Ayasofya.

Sebenarnya tingkap tu sangat tinggi. Tapi gigihlah juga aku ikut mat-minah salleh yang lain. Diorang angkat tangan jak sudah dapat snap. Aku? Siap bertinting...siap angkat tangan. Pun masih ndak nampak, jadinya pasrah main klik-klik jak. Turned out hasil adalah tidak mengecewakan. 
# Remains of Ayasofya were being displayed outside the museum. 

Di luar perkarangan muzium ni ada cafe & souvenir shop. Mula tu ada juga plan untuk lepak ngeteh tapi cafe adalah penuh sesak. I had to forego my niat. Lepak duduk jaklah outside the muzium. Sambil cuci mata tengok orang. I spent nearly three hours in here. Tu pun rasa macam ndak cukup. I wish I have more time. Tu pun ada few corners of the museum were closed to public due to the restoration work. Confirm kalau sections tu buka, lagi lama aku dalam ni. 

Sudah melepas lelah, I made my way out from the museum. Queue di luar makin panjang. Syukurlah aku sampai awal. Ala, the weather was very nice that day I don't think people would mind queuing. Walau ada cahaya mentari, tapi langsung tiada rasa panas. Angin spring lah katakan.

# Ablution fountain just outside Ayasofya; before the exit gate. 
Subhanallah. Terus imagine lagi. Masa zaman kegemilangan Islam di Turki, mesti ramai yang ambil wudhu' di sini. Aku rasa memang kerja aku sepanjang hari was trying to imagine macam mana keadaan masa lalu di Istanbul. Or dulu dikenali juga as Constantinople

Keluar dari Ayasofya, langkah kaki terus bawa aku pi area fountain. Macam ndak cukup gambar aku ambil sebelum masuk muzium, sampai fountain...aku snap few more pictures. Pastu duduk di bench lagi. Bukan lepas lelah, bukan cuci mata. Tapi tukar bateri kamera. Aigoo baru few hours keluar dari hostel, the juice has already drained out. Banyak gambar aku ambil tapi ndak semua aku upload dalam ni. Haruslah bakal mengundang amarah kalau page loading. So, upload jaklah mana yang berpatutan di mata si Err.

Anyway, ke mana hala tuju seterusnya? Ehem, haruslah bangunan yang bertentangan sama Ayasofya. The Blue Mosque! As usual, yang tu aku sambung cerita di next entry. Before tu, kasi teaser dulu lah kan. 
# Sultanahmet Mosque or famously known as Blue Mosque.

Annyeong!

p/s Thanks to Aza; dapat bayangan juga how Sultanahmet looks like at night. Memang lawa beb. No wonder kau cakap susah nak describe feeling bahagia masa kat Turki. I feel u bebeh!

eryantierdabdulkarim